Wednesday, October 18, 2006

Cerita tentang riak...

Abah nak cerita sikit tentang apa kisah tazkirah semalam.

Kalau malam sebelum tu, abah takleh nak tahan gelak, sampai mengekek-ngekek dalam surau, malam tadi, abah jadi takut sikit.

Takut bukan sebab ustaz tu serius, tapi takut dengan apa yg diingatkan.

Topik semalam simple je, tapi mampu buat abah rasa takut sangat. Apa topiknya - rasa riak.

Anda semua pun tahu kan apa makna riak tu. Senang sangat nak sebut, dan sesenang itulah juga hati kita nak rasa. Abah tak cakap orang lain, abah cakap ttg diri abah sendiri.

Untuk kebanyakan orang, abah rasa kita ni bukan nak rasa riak apa pun. Bila kita buat sesuatu memang niat kita ikhlas kerana Allah. Tapi bila sampai time buat tu, atau bila orang lain dok sebut2 apa kita buat, mulalah syaitan dok cucuk dalam hati. Mulalah rasa bangga sikit, walaupun mulut kata tak.

"Uih, bagus la hang nih derma utk anak2 yatim". "Hang ni aku tengok, rajin betul pergi surau, bagus la". "Ko ni Mat, memang rajin betul kerja aku tengok, selalu stayback. Kerja selalu excellent." Memang betul kadang apa yg dikata itu kenyataan yang takde orang nak sangkal pun, dan kawan2 kita cakap ikhlas pun. Cuma kitalah, bila dengar macam itu. Memang mulut kita kata, "alah, takde apalah, biasalah camtu". Tapi hati kita kadang2 takleh nak larang, takleh nak tegah dari rasa bangga juga walau sedikit.

Kena lagi teruk, orang lain tak cakap apapun, tapi kita sendiri yang terdetik dalam hati. Rasa bangga dengan apa yang kita ada, atau kita buat.

Susah sebenarnya nak jinakkan hati dari sifat macam ini. Kalau kesalahan dan dosa2 yang jelas nampak dimata, senang sikit. Kalau salah perbuatan, salah cakap, kawan2 boleh tegur. Tapi kalau tersilap rasa bangga, rasa riak, apatah lagi rasa ujub, memang sangat susah. Sebab orang tak nampak.

Abah tak tahu anda semua macammana. Tapi kalau ikut kata ustaz semalam(lupa la pulak namanya), orang yang riak, buat la apa pun, Allah akan tetap lemparkan kedalam neraka nanti. Ya Allah, takut sangat bila dengar ustaz cakap macam itu. Demi Allah, abah rasa hati abah ni pun jenis senang betul terdetik unsur2 riak ni. Dan setiap ketika itu jugalah abah rasa sangat takut dengan Allah.

Moga-moga Allah jauhkan hati kita semua dari terdetik perasaan macam itu. Dan kalau terdetik juga, cepat2lah kita mohon keampunan Allah.

Abah, Ummi dan Muizz nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Meraikan Idulfitri pada kawan-kawan abah semua. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, terlanjur kata, tersilap bicara, atau mungkin terlebih senda. Abah doakan moga Idulfitri kali ini benar2 dapat mengembalikan kita pada fitrah kejadian kita yang asal - fitrah seorang hamba yang sangat mencintai Penciptanya.

Pada yang akan melangsungkan perkahwinan lepas raya ni, tahniah abah ucapkan. InsyaAllah kalau takde aral, abah akan sampai juga kekenduri nanti.

Pada yg memandu, hati-hati bawa kenderaan. Dan ini, abah nak kongsi satu lagu yang memang jadi lagu wajib tiap kali abah memandu waktu nak balik raya. Jadi syok semacam kalau dengar lagu ni waktu balik raya. Hehe.




Ini juga satu lagu raya untuk kawan2 semua.




Salam idulfitri 1427H.

Monday, October 16, 2006

Cerita tentang pening...

Dari pagi tadi abah dok buka blog ni, dan dari pagi tadi juga dok memikir apa la yang abah nak mengepek. Dan bila dok kalut dengan kerja, abah terlupa langsung tentang blog. Dan nak pukul 1 ni, baru teringat balik yang abah ada benda nak mengepek.

Bukan benda penting sangat pun, cuma nak ceritakan betapa abah pening. Bukan pening betul2, tapi pening kiasan. Pening tentang apa, pening tentang kita. Tentang orang kita, Melayu Islam. Ler, kenapa lak nak pening, ada masalah apa? Takdelah masalah apa, cuma bila abah dok baca akhbar dan emel2 yang semakin hari semakin banyak dok bercerita tentang kita, sedikit sebanyak buat abah pening. Macam-macam isu.

Kadang2 abah fikir, kenapa makin hari makin pelik jadinya perkara2 dalam hidup. Ada yang makin bagus, ada yang makin menyesakkan dada dan minda. Isu Mawi dengan kenyataan yang dianggap 'sinis' oleh sesetengah pihak, hingga jadi satu perdebatan antara mereka yang terasa dengan mereka yang rasa depa sokong Mawi. Harap2 orang yang menyokong apa yg Mawi kata tu bukan sebab Mawi yang cakap, sudah ler. Yun pun suruh abah komen tentang isu ni, tapi abah takde la nak komen banyak. Pada abah, kalau nak diceritakan tentang aurat dan hukum bersentuhan lelaki perempuan bukan Muhrim, majoriti orang Islam Melayu Malaysia tahu akan apa hukumnya, walaupun ramai yang buat2 tak tahu atau memilih untuk malas nak ambik tahu tentang hukum itu. Bila Mawi keluarkan isu itu, ia seolah2 jadi benda besar semula, dan kerana Mawi yang keluarkan, perdebatan yg ada diakhbar tu kelihatan lebih pada Mawi kata, bukan kerana berdebat sebab nak terangkan hukum.

Abah bukan peminat Mawi, juga bukan peminat siapa-siapa. Tapi kalau bab aurat dan setuhan bukan muhrim pun jadi isu besar orang2 Melayu Islam sendiri, maka abah sepatutnya rasa pening. Bukan orang Buddha dan Hindu atau Kristian pun yang bising bab2 'dalam filem, takleh bersentuh lelaki perempuan bukan muhrim'. Yang kecohnya orang kita jugalah. Nak kecoh apanya, benda dah tetap, hukum dah ada. Apa nak jadi?? orang Islam sendiri perkecohkan tentang hukum agama sendiri???

Itu belum masuk isu 'haram'nya menyokong perayaan bangsa lain yang berkaitan agama mereka. Ini pun kecoh juga, tapi yang bagusnya sikit, sebab bangsa lain pun ikut sama kecoh. Bagus jugalah, sebab dengan kecoh macam itu, kita ada peluang terangkan pada yang bukan Islam akan hukumnya. Cuma yang buat abah pening, orang Islam sendiri lak kecoh lebih2, seolah2 mereka dan mak ayah mereka yang beraya Deepavali tuh. Bila Mufti Perak kata haram, maka banyak la pandangan dari rakyat marhaen beragama Islam ni yang kata macam2 tentang fatwa tersebut.

Ada yang sampai pertikaikan kenapa haram? Astaghfirullahaladzim, pening, memang pening.

Tapi satu benda yang berjaya ditunjuk oleh isu2 yang buat abah pening ni: RAMAI sangat rakyat Malaysia beragama Islam, terutamanya Melayu, yang masih tidak terdidik sepenuhnya untuk memikirkan dan berbincang tentang sesuatu perkara secara baik. Ramai yang jenis main cakap ikut kepala sendiri, dicampur dengan ramai yang tak tahu berlagak tahu. Dan jadi pening sangat, bila ada yang bercakap sesuatu yang dia sendiri tak berapa nak faham.

Apa nak jadi??? Aduih, pening..pening.

Harap2nya kita semua ni rajin2lah didik orang2 disekitar kita, supaya generasi muda yang akan ganti tempat kita nanti takkan terus2an pening macam kita pening, atau lebih takut lagi, depa yang jadi kepala yang memeningkan orang lain pulak.

Friday, October 13, 2006

Cerita tentang perkhidmatan pelanggan...

Alhamdulillah, hari ni abah masuk semula bekerja setelah 4 hari bercuti. Hari ni abah nak mengepek sikit tentang apa yang abah dah lama nak mengepek. Sebenarnya dah pernah abah sentuh dalam post yang terdahulu, tapi hari ni nak sentuh juga lagi.

Al-kisahnya macam ini. 3 bulan lepas, abah ada buat pengeluaran duit tabungan takaful. Abah pergi ofis Takaful Malaysia(TM) di Sungai Buloh. Isi borang semua siap, abah tanya adik yg cute tu berapa lama masa untuk abah dapat duit tu. Katanya 2 bulan. Walaupun sedikit pelik sebab Yun pernah bagitahu abah, dia buat pengeluaran cuma makan masa 2 minggu saja, tapi abah tak kisah sebab duit tu bukan nak guna cepat sangat pun.

Selepas 2 bulan abah pergi lagi ke pejabat depa tanyakan tentang cek tu, sambil2 abah pergi bayar untuk tabungan bulanan macam biasa. Depa kata tak siap lagi.

2 minggu lepas, iaitu selepas 2 bulan setengah abah tunggu, abah pergi lagi sekali. Kakitangan TM, Aswad kalau tak silap namanya, kata cek tak sampai lagi pada depa. Dan dia pun pelik, sebab cek tu print awal bulan Ogos lagi.

Dan hari Isnin lepas, abah call tanyakan Aswad. Pun jawapan yang sama, cek tak sampai lagi. Dia berjanji akan semak untuk abah. OK la kan.

Dan semalam dia call, kata cek dah sampai. Alhamdulillah. Lega. Akhirnya dapat juga cek tu. Cuma yang nak jadi ceritanya, bila abah pergi ambik, ketara tertera pada muka depan invois, cop tarikh terima cek ialah pada 30 Ogos 2006. Dan dalam buku catatan mereka pun tertulis 30 Ogos sebagai tarikh terima cek.

Abah diam sajalah, sebab fikirkan abah tak berapa sihat, dan sebab bulan Ramadhan. Kalau ikutkan abah yang biasa, abah rasa dua2 staff TM tu dah kena tegur dengan abah.

Bukan nak tegur apa pun, paling kurang, dah tahu mereka silap tak inform abah awal2, minta maaflah. Bagilah alasan apapun, "Kami terhilang no HP encik ke", "Kami misplaced cek encik ke" atau apa ke. Ini dua2 buat muka poyo je masa abah ambik cek tersebut, seolah2 abah ni tak reti nak baca apa yang tertera pada invois dan buku rekod mereka.

Benda2 macam ini yg kadang buat pelanggan terkilan dengan sesuatu bisnes. Abah berurusan dengan Takaful Malaysia kerana fikirkan ianya takaful, dan ianya syarikat orang melayu Islam. Tapi kadang benda2 yg nampak remeh pada depa macam inilah yang buat orang berjauh hati. Kalau nak bandingkan dengan kenalan abah yang wakil insuran syarikat lain, abah rasa kenalan2 abah tadi lebih pandai menjaga hati pelanggan berbanding TM. Abah pelik juga, kalau betul pihak TM begitu mementingkan perlaksanaan Islam dalam urusan, mereka patutnya tekankan juga pada kakitangan mereka akan kepentingan berurusan dengan baik dengan pelanggan.

Abah fikir dalam bisnes apa pun, selagi mereka perlu berurusan dengan pelanggan, perkhidmatan pelanggan perlu bagus. Secikai mana pun pelanggan, layanan kena baik. Sebab pelanggan itulah yang bawa duit kepada mereka, bukan minta duit pada mereka. Macam bank-bank tempatan juga, ada sesetengah tu layan pelanggan macam lepas batuk ditangga saja.

Lepas ni abah nak cuba berurusan dengan Takaful Nasional la pulak, nak tengok bagaimana cara mereka menguruskan pelanggan.

Wednesday, October 11, 2006

Cerita tentang Nuzul Quran...

Alhamdulillah, lama sungguh abah menyepi rasanya. Inilah bahana blog, baru 3 hari tak menulis, rasa macam lama je tinggal. Kalaulah ini berlaku dalam kes baca Al-Quran, alangkah baiknya. Sebab dalam kes Quran, seminggu tak baca pun, tak rasa apa2 dalam hati, baik rasa rindu, rasa nak baca, rasa tak lengkap hidup, etc. Seolah2 bila tak baca macam tak ada apa2. Tapi bila tak tulis blog 3 hari, rasa macam ada benda yg tak lengkap je dalam kehidupan. Ini peringatan untuk abah la ni.

Dan alhamdulillah juga, setelah beberapa hari diuji Allah dengan sikit masalah kesihatan, hari ni abah rasa sihat sedikit. Tak la sihat sebetulnya, tapi mampulah untuk buka emel dan balas mana2 yang perlu. Pagi tadi abah ke klinik untuk buat ujian darah, alhamdulillah, ujian untuk denggi negatif. Dan betul juga kata doktor Roslinda tadi, "Allah sayang u la nih. Dia nak cuci dosa2 kecil yang ada". Moga2 Allah ampunkan dan bersihkan dosa2 kecil abah sepertimana kata doktor tu, insyaAllah.

Dan terlanjur menulis ni, nak cerita sikit tentang kisah semalam. Tengahari semalam abah temankan ummi ke klinik gigi. Sementara tunggu Ummi siap, abah tengok la satu slot Wanita Hari Ini di TV3. Hehe, itu yg abah tengok?? Dah, takde apa nak buat, tengok je le. Tak la minat sangat. Cuma tertarik bila ditunjukkan satu slot dimana orang awam ditemuramah tentang Nuzul Quran. Soalan yg ditanya, "Anda tahu ke apa itu Nuzul Quran?" Dan hasilnya, abah agak tergezut jugalah. Tapi abah tak pelik. Ada yang menjawab, "Entahlah, tak tahu." Ada juga yang jawab "Hari turunnya Al-Quran kot?". Abah tak tahu apa orang lain fikir, tapi abah nampak ada yang tengok slot tersebut bersama2 abah tersenyum sendirian.

Abah tak rasa itu satu benda yang lucu. Tidak lucu kerana yang menjawab soalan itu rata2nya mak-mak dan ayah-ayah orang. Anda bayangkan mak ayah tak tahu apa itu Nuzul Quran, anak-anak sementelah lagi. Abah bukan nak mengata sesiapa, tapi ini realiti hidup kita sekarang. Orang2 Melayu Islam kita lebih tahu Nuzul Quran sebagai hari cuti. Dan tak pelik kalau anak2 remaja tak tahu banyak benda tentang agama sendiri, sebab ibu bapa pun tak tahu sama. Agaknya kalau ditanya apa itu I'dul Fitri pun, abah rasa majoriti kita akan lebih tahu itu hari raya. Hari dimana kita tak puasa dah, dan kita berjalan rumah sedara-mara dan makan2. Atau mungkin hari pakai baju baru. Moga2 tidak adalah ibu bapa yang beritahu anak-anak yang I'dul Fitri itu hari untuk mengumpul duit raya banyak-banyak.

Kalau anda ibu dan bapa, abah harap kita sama2lah dapat perbetulkan sikit keadaan semacam itu. Jangan sampai kita terkebil-kebil bila suatu hari anak tanya, "Ayah, kenapa hari raya haji ni orang sembelih lembu?". Ada banyak benda yang kita nak kena pelajari, jika kita tak tahu, dan ada banyak benda yang perlu kita amalkan, sekiranya sudah tahu. Moga2 kita akan jadi ibubapa yang terbaik untuk anak2 kita yang kita senantiasa doakan mereka akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Hingga jumpa lagi...

Sunday, October 08, 2006

Cerita tentang ulangtahun kelahiran...

7 Oktober 2006

Malam tadi, waktu abah balik dari surau, abah di'surprise'kan oleh Ummi dan Muizz. Abah ingatkan depa dah tido, sebab gelap je bilik. Baru sekejap abah duduk kat sofa, tiba2 Muizz keluar dari bilik, dia kata 'surprise', dan Ummi bawak sebiji kek 'chocolate banana' kegemaran abah.

Abah tak tahu nak cakap apa, tapi abah seronok la, sebab anak kesayangan abah dan isteri kecintaan abah sempat lagi beli kek untuk raikan ulangtahun kelahiran abah ke-33.

Terima kasih Ummi, dan Muizz atas 2 keping kad harijadi yang sangat menarik hati abah. Dua kad yang paling bermakna tahun ini. Nak tengok apa Muizz tulis pada kad yang diberikan pada abah??



Dan ini pulak kad dari Ummi, tapi takleh tunjuk apa yg Ummi tulis, sebab apa yg tercatat hanya untuk abah seorang saja. Hehe.

Terima kasih untuk sahabat2 abah yang mengutuskan sms seawal jam 1 pagi untuk ucapkan selamat pada abah. Abah hargai tanda ingatan dan persahabatan kalian semua. Dan terima kasih juga atas doa yang diberi. Semoga umur abah ini akan panjang, dan panjangnya adalah untuk kebaikan semua, insyaAllah. Dan semoga rezeki abah akan dimurahkan Allah, dan murahnya rezeki itu adalah untuk kebaikan kita semua juga nanti, insyaAllah.

Untuk orang jauh yang sanggup datang kerumah pada pukul 11.30 malam, semata-mata untuk pastikan hadiah dan ucapan diterima pada masanya, abah tak tahu apa nak kata, selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan, doa dan pemberian. Moga Allah membalasnya dengan kebahagiaan hidup anda.

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah. Syukur atas segala yang telah Engkau berikan pada hambaMu ini ya Allah.

Thursday, October 05, 2006

Cerita tentang Solat...

Terasa nak update blog, tapi tak tahu apa nak ditulis.

Sibuk sikit kebelakangan ni. Minggu lepas, abah terpaksa ke Besut sebab ada kerja sikit, dan terlanjur ke Besut, abah ambil peluang untuk bercuti di Kelantan. Sempat juga bersama-sama Mek berbuka puasa untuk beberapa hari, dan sempat juga untuk merasa makanan kelantan yang memang abah suka. Gulai itik serati, sambal mangga, sira labu, etc.

Hari ni memandangkan tak ada apa abah nak mengepek, abah cuma nak letak satu link ke satu tapak web yang abah rasa anda patut baca artikel yang ditulis. Bagus artikelnya, iaitu 25 Strategies to Help You in Concentration In Your Prayer.

Anda bacalah, dan moga2 ada sesuatu yg bermanfaat boleh dipelajari dari situ.

Selamat berpuasa untuk kawan2 semua.

Siapa yang nak kad raya, sila emelkan abah alamat anda.

Tuesday, September 26, 2006

Cerita tentang baik dan jahat...

Sebelum abah mula mengepek(eh, bulan puasa pun nak mengepek gak ke abah? :-) ), abah nak ucapkan Selamat berpuasa pada kawan2 yg baca blog abah. Moga hari ke3 Ramadhan ini akan terus berjaya menyedarkan kita akan hakikat hidup dan kewajipan kita sebagai makhluk Allah.

Takde la nak mengepek banyak, sebabnya bulan puasa ni tetiba hilang rasa nak mengutuk orang. Tiba2 je rasa cam jadi baik je. Abah bukan nak angkat bakul, sungguh tidak. Tapi memang betul, bermula malam 1 Ramadhan hati tu lagi, abah rasa macam takde hati nak bercakap banyak-banyak, mengutuk orang itu dan ini(walaupun niat abah mengutuk itu baik). Memang betul janji Allah, dalam bulan Ramadhan, segala jenis syaitan dan iblis dirantai.

Dan bercakap tentang baik ni, nak ulas sikit tentang tazkirah disurau semalam tentang baik. Kata abang penceramah tu, manusia ni secara fitrahnya memang inginkan kebaikan. Nak jadi baik, nak berbuat baik. Semua manusia secara asalnya macam itu. Tapi mungkin sebab hawa nafsu dan bisikan syaitan, kita tidak jadi baik. Pernah terbaca tentang orang2 jahat yang senantiasa akan kata dia nak berubah jadi baik. Memang betul dia kata, sebab fitrah manusia itu memang nak buat baik. Tapi oleh sebab nafsu, dan syaitan, kita tak juga buat baik. Ingat nak sedekah RM10 kat masjid, tapi bila nampak ada duit RM5, kita masukkan RM5 tu dalam tabung, sebab nafsu kata, "Simpan la RM10 tu, kang nanti nak beli itu ini ke apa ke".

Alhamdulillah, memandangkan bulan Ramadhan ini, godaan syaitan itu tidak ada, kita akan lebih mudah untuk melaksanakan kebaikan. Baik pada diri sendiri, dan juga baik pada orang lain. Cuma nak kena berperang dengan hawa nafsu diri sendiri saja, yg insyaAllah abah fikir, kita akan boleh buat.

Pernah juga dengar tentang persoalan,"Kalau dalam bulan puasa syaitan tak ada, kenapa manusia masih juga jadi jahat?". Dan jawapan yg abah baca pun sedikit sebanyak buat abah faham akan persoalan itu. Kata yang menjawab, memang betul dalam bulan puasa tidak ada syaitan berkeliaran, dan dalam keadaan itu pun, memang ada manusia yg buat jahat. Tapi kejahatan yang dibuat bukanlah kerana syaitan menghasut, tapi kerana hati manusia itu telah lali dan terbiasa dengan perkara2 jahat. Maknanya, buat jahat itu dah jadi satu tabiat atau kebiasaan dia, walaupun syaitan tak hasut. Dalam erti kata lain, ada 'syaitan' dalam hatinya. Kehadiran syaitan untuk beberapa ketika dalam hati dan diri manusia itu telah berjaya menanamkan rasa untuk berbuat kejahatan, dan bila syaitan dikekang pun, manusia ini masih akan tetap membuat kejahatan.

Tapi abah yakin, yang anda semua, kita semua, kalau berbuat perkara tidak baik pun, kita bukanlah dari jenis manusia seperti ini. Dibulan Ramdahan ini, jika kita terbuat silap dan dosa, abah pasti itu kerana hawa nafsu yang tak mampu kita kawal waktu itu sahaja. Dan moga2 Ramadhan ini dapat mengajar kita untuk lebih bijak mengawal hawa nafsu diri sendiri, insyaAllah. Sama-samalah kita doakan.

Oklah, abah nak buat kerja. Nanti kita sembang lagi, insyaAllah. Kalau berkesempatan, bacalah RAMADHAN PASARAYA IBADAT.

Doa Ramadhan ke-3:

Ya Allah! Berikanlah Aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bahagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan.

Friday, September 22, 2006

Cerita tentang Ramadhan yg bakal bertandang lagi...

Abah ada terima satu emel dari kawan baik abah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat abah.

Dan abah nak berkongsi ucapan yang sama dengan anda semua, rakan2 blog abah yang abah kasihi dan hormati.

Moga kita semua akan sempat menyempurnakan Ramadhan kali ini sepenuhnya, dalam keadaan yang penuh tenang, dengan ibadat yang lebih banyak dan lebih ikhlas berbanding Ramadhan sebelumnya, insyaAllah.

Ramadhan Hampir Tiba ...


Tiada kata yang layak di ucapkan selain...


dan memohon maaf atas segala kesalahan yang telah terjadi serta berdoa...



Nak memetik juga satu sajak nukilan seorang hamba Allah yang menarik hati abah...

Tunduk (doa Ramadhan, .....insan kecil)

Wahai Maha Pencipta
Kau pinjamkan kami hayat
mohon sirahnya terpelihara
jangan ambil nadi bernyawa
ketika kelana songsang berkeluk.

Wahai Maha Pengasih
Kau berikan kami syahadah
mohon sinarnya terjaga
jangan padam nur menyala
ketika maut mahu menakluk.

Wahai Maha Esa
kembalikan fitrah kami
sirnakan tawajjuh diri
kuncikan ke dalam hati
seorang hamba yang tunduk.

Untuk anda semua, "Have a Nice and Meaningful Ramadhan this year".

Tuesday, September 19, 2006

Cerita tentang kritikan dan kelemahan manusia...

Abah tertarik baca komen dari pembaca tentang epekan abah berkaitan kemahiran menyampaikan idea dan pendapat dengan orang lain.

Bang long kata, "...sebenarnya pekerjaan yg paling senang didunia ini adalah utk menjadi seorg pengkritik...mereka tidak memerlukan modal, cukup hanya dgn meneliti kelemahan kpd apa yg hendak dikritikan itu..".

Abah bukan la nak mengkritik bang long, dan tidak untuk kritik siapa2. Abah cuma nak kita kaji balik istilah kritik pada kita.

Siapa2 yang tonton Akademi Fantasia pasti tahu akan kewujudan pengkritik dalam rancangan itu. Siap ada pengkritik tetap lagi. Abah tak tonton sangat AF, tapi setakat yg abah tonton, abah rasa pengkritik mengkritik dari 2 sudut, positif dan negatif. Dan tak salah pun nak mengkritik, bukan sebab mengkritik itu perkara paling senang dibuat, tapi sebab mengkritik itu perlu. Kalau tak dikritik tak tahu pulak apa yang tak kena, dan yang kena.

Cuma yang jadi susah bila kritik tak kena tempat. Ambil contoh kritikan dalam AF, "Kamu ni hensemlah" vs "Kamu ni termengah2 masa menyanyi sambil menari, kena exercise dan kuruskan sikit badan tu".

Kritikan takleh lari dalam hidup sesiapapun, cuma bila mengkritik, kritik dengan positif, walaupun apa yg nak dikritik itu benda yang negatif.

Macam kes pemimpin negara, artis dan golongan popular yang dikritik, memang apa benda yg dibuat oleh depa, akan ada orang kritik, tapi kena tengok la kritikan yang macam mana. Abah tak rasa orang kritik sangat Siti Nurhaliza tak boleh menyanyi, tapi bab berbelanja dalam majlis kahwin, abah fikir ramai yg kritik itu membazir. Tak salah pun depa nak kritik, sebab benda itu memang betul. Memang ada yang kata, Siti kaya dan mampu nak belanja juta2, tapi kalau balik pada agama yang Siti anuti, itu ke kaedah berkenduri kendara berkahwin yang disarankan?

Memang akan ada juga orang kata, nak mengkritik, biarlah diri sendiri tu layak untuk mengkritik orang. Abah setuju pun. Tapi tak la bermaksud nak mengkritik Siti Nurhaliza membazir dalam kenduri kahwin pun kena ada PhD dalam Ekonomi, ataupun nak mengkritik gaya persembahan orang kena ada pengalaman buat persembahan 15 tahun. Rakyat2 marhaen macam abah ni pun takkan nak tunggu jadi ahli politik baru boleh nak kritik menteri dan orang penting negara tentang itu dan ini.

Abah mengkritik bukan dgn niat negatif, nak burukkan manusia lain, tidak. Cuma abah kritik untuk berkongsi pandangan abah, dan harap2 kalau betul apa yg abah kata, kita semua boleh ambil iktibar dari kritikan pada orang lain itu. Sebabnya, nak harap orang yg dikritik tu baca kritikan abah, memang mustahil la kan.

Kita yang tukang dengar atau baca kritikan pun tak boleh la nak sengih je memanjang bila dengar orang kena kritik. Kita pun bukan sempurna sangat. Belajarlah daripada kritikan orang lain. Mana-mana yg boleh diambil sebagai pengajaran, ambil, dan perbaiki diri. Takkan nak tunggu kita kena kritik perkara yang sama baru kita nak berbuat sesuatu, kan?

Hehe, malas la nak mengepek banyak-banyak, cumanya nak buat satu contoh insiden yg boleh berlaku:

Satu hari anak kita balik dari sekolah mengadu pada kita, "Ayah, cikgu along kat sekolah tu tak best la mengajar. Dia macam tak pandai sangat nak mengajar matematik tu. Bila kami bagi soalan yg susah sikit, selalu dia suruh kami cari sendiri jawapannya. Bila kami kata tak faham apa yang dia ajar, dia senyum je".

Agak-agak, apalah yang kita nak respon pada aduan anak tadi.

Adakah:

"Hah kamu nih, mengkritik cikgu je yang kamu pandai. Bukan nak belajar elok2, sibuk nak kritik cikgu. Cikgu yang tak pandai ke, kamu yang malas?"

atau,

"Along, tak apalah cikgu macam itu. Along kena ingat, manusia ni tak sempurna. Along kena terima hakikat cikgu Along macam itu."


Kenapa abah bagi contoh macam itu?

1. Sebab masa Form 4 dan 5, abah ada sorang cikgu Add Math yang hari2 kerjanya asyik bagitahu kami "Add Math ni susah, kamu semua memang takkan boleh buat SPM nanti, saya yakin ramai yang gagal". Dan betulpun telahan cikgu itu, ramai yang gagal. Abah pun nyaris2 gagal sebab dalam fikiran abah, Add Math itu susah. Tapi bila masuk matrikulasi, mungkin kerana cikgu yg ajar tu bagus, atau mungkin sebab abah dah makin matang, abah baru sedari yang Add math itu sebenarnya tidak susah. Dan alhamdulillah, result Math masa matrik agak memberansangkan juga. Abah tak salahkan cikgu, tapi abah rasa kalau orang tu bagus dalam melaksanakan kerja, insyaAllah takkan banyak kritikan perlu dilontarkan pada dia dan hasil kerjanya pun akan baik. Tapi kalau dah kerja macam nak tak nak je perform, macamanalah orang tak kritik. Kalau setakat bagi alasan, "Anda kena terima saya seadanya, sebab saya pun manusia biasa yang punya kelemahan", hancus syarikat dan negara.

2. Sebab abah macam tak boleh nak terima keadaan dimana, syarikat abah bayar 500-900 ringgit untuk abah pergi persidangan, at the end, abah kecewa sebab pembentang kertas kerja tak tahu nak present idea dan pandangan mereka. Abah cuba juga nak terima kelemahan diri depa, tapi abah macam peserta2 lain yang pergi dan bayar beratus2 itu yang tak boleh juga nak terima kenyataan semacam itu.

Malam tadi cermin kereta abah kena pecah dek mahkluk Allah yg menurut kata syaitan. Tak tahulah apa yang dicarinya. Takpelah, abah terima itu sebagai ujian Allah. Cuma nak pesan pada anda, kalau nak parking kereta dan tinggalkan lama-lama, pastikan tidak ada barang dalam kereta yang boleh menarik minat pencuri2 ini. Beg ke, sampul surat ke, smart tag ke, apa-apa sajalah. Sebab depa ni pantang nampak benda2 macam itu, walapun sebenarnya takde apa sangat pun, beg kosong, envelope kosong, hehe.

Esok pulak sambung...

Cerita tentang KLCC dan Petrosains...

Hari ni cuma nak bercerita tentang aktiviti abah dan keluarga, tak nak mengepek hari ni.

Hari Sabtu, abah bawak Ummi dan Muizz ke Aquaria. Dah lama nak pergi, tapi sebab tak berkesempatan(alasan biasa), baru hari tu dapat pergi. Kebetulan pulak sebab ada tiket free untuk kanak-kanak. Bercakap tentang tiket free, kalau anda ada anak2 atau adik2 12 tahun kebawah nak pergi Aquaria, abah ada 4 lagi tiket free. Muizz la orang yang paling seronok sekali kat situ, dan abah juga. Walaupun ramai sangat pelawat(imagine dalam tu ada lebih kurang 4-5 rombongan sekolah), Muizz macam tak endahkan depa semua, dia lari sini lari sana, nak tengok ikan. Kesian Ummi terpaksa kejar dia, takut2 dia sesat.

Aquaria memang mengujakan, untuk golongan macam Muizz dan abah. Cuma abah ngan ummi tak boleh nak duduk satu2 tempat lama sangat, sebab Muizz aktif sangat. Nanti kalau berkesempatan, abah nak pergi lagi situ.

Keluar dari Aquaria, abah bawak depa ke Petrosains, pun sebab dapat tiket harga rendah yang Aquaria bagi. Kat situ pun sama, tak boleh nak concentrate dengan bahan pameran, sebab si kecik tu aktif sangat, terlari sana sini. Beberapa kali juga kami 'kehilangan' dia. Masa nak balik, siap buat perangai lagi, tak nak balik. Aduihhh, jenuh gak Ummi pujuk dia.

Dan terlanjur ke KLCC tu kan, faham2 sajalah bila kat area situ, taman permainan kanak-kanak memang takleh nak elak. Abis je kami solat, terus diajak abah ngan ummi ke taman tu. Tapi tak sempat main lama, hari gelap nak hujan, abah ajak balik sajalah.

InsyaAllah, kalau berkesempatan, nak pergi lagi nanti. Muizz pun sekarang ni hari2 dok ajak pergi sana lagi.

Hari Ahad abah terima tetamu, Irman dan family. Kebetulan memang dah plan, kalau depa datang semenanjung, abah nak bawak datang rumah. Sebab masa kami keSandakan dulu, depa layan habis2an.

Irman dan family datang sebab hari ni (Selasa), ada majlis konvokesyen. Tahniah Irman, lupa abah nak cakap hari tu.

Nanti kalau abah keSandakan lagi, insyaAllah, abah akan kerumah Irman lagi.

Oklah dulu, nanti sambung lagi.

Sebelum tu, nak letak maksud mengkritik yang abah petik dari DBP.

mengkritik - menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik.

Sebab apa abah letak? Sebab ada orang sering beranggapan mengkritik itu pada arah negatifnya saja, dan tidak pada arah positif. Dan kalau terima kritikan pun, sering terima dengan cara yang negatif.

Nanti kalau ada masa, nak mengepek sikit tentang "kesempurnaan manusia"

Friday, September 15, 2006

Cerita tentang kemahiran...

Hari Selasa dan Rabu baru ni, abah hadiri satu persidangan tentang Knowledge Management(KM) di Crown Princess. Abah takde la nak pergi sebenarnya, tapi sebab boss dah suruh, jadi abah pergi la juga dengan beberapa org rakan pejabat yang lain.

Dan abah tak mahu mengulas banyak tentang itu, cuma abah fikir, persidangan itu sedikit sebanyak berjaya buat abah faham apa itu KM. Walaupun abah dah dengar term KM ini beberapa tahun yg lepas, baru sekarang abah tahu apa itu KM, dan abah rasa berminat pulak nak explore bidang KM ini.

Untuk anda yg mungkin tak tahu, KM ialah satu bidang yang cross-field banyak bidang lain. Ia berkaitan IT, Sains maklumat, Human studies etc. Kenapa KM diperlukan? Ambil satu contoh, dalam satu organisasi, setiap pekerja ada maklumat dan pengetahuan dalam diri dia, yang sebahagian digunakan dalam kerja, sebahagian lagi disimpan sendiri. Dan bayangkan staff yang dah 10-15 tahun bekerja, berapa banyak pengetahuan yang dia ada berkaitan kerja atau perkara lain. Tapi sebab pengetahuan cuma ada dalam diri dia, rakan2 lain tak akan tahu tentang pengetahuan berharga tersebut. Dan imagine kalau staff itu berhenti kerja, berapa banyak pengetahuan berguna yang dibawa pergi bersama-sama dia.

Andaikan pengetahuan yang ada itu dapat dicapai dan dikongsi oleh staf lain. Sudah tentu perjalanan syarikat akan lebih baik dan lancar, walaupun staf berkaitan sudah tidak ada disitu.

Itu satu daripada banyak contoh kenapa KM diperlukan didalam organisasi.

Kali ni nak mengepek sikit tentang manusia. Tentang kita semua.

Abah perhatikan sewaktu persidangan, ramai antara pembentang yang tidak ada kemahiran untuk membentangkan sesuatu perkara pada orang lain. Walaupun pangkat masing2 dah tinggi, ada yang bergelar Pengarah, Dr., Prof., CEO etc, tapi cara mereka berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka ttg suatu perkara dengan orang ramai, tidak begitu cemerlang.

Tercari2 perkataan sewaktu pembentangan, membaca slaid persembahan satu persatu, bercakap dengan skrin(bukan dengan penonton), dan macam-macam lagi. Agak malang jugalah bila orang2 yang berpangkat hebat2 ini tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Bukan setakat buat orang tidak faham, tapi dalam masa yang sama, bagi tanggapan tidak enak pada orang tentang diri dia.

Ada pembentang yang bagus idea dan pemikirannya, tapi sebab terpaksa bercakap dalam BI, terkial2 mencari perkataan dan menyusun ayat. Andaikata boleh bercakap dalam BM, abah yakin, lancar saja idea2 mereka akan keluar.

Untuk adik2 abah yg masih belajar tu, cubalah untuk belajar seni yang satu ini sebaiknya. Bila bekerja, kita akan banyak berkomunikasi dgn orang lain, dan kebolehan menyampaikan idea dan pandangan kepada orang lain, dengan baik, dan tidak membosankan ADALAH sangat penting.

Tidak guna rupa paras menarik bila terkial2 mencari ayat untuk dituturkan.

Sementara anda semua masih dalam proses belajar, cubalah kuasai kemahiran ini. Dan kilatkan kemahiran ini sewaktu bekerja nanti. Jangan nanti suatu hari anda jadi orang hebat yang gagal sampaikan atau berkongsi idea anda dengan orang lain, dengan cara yang berkesan.

Dan pesanan itu untuk abah juga. Sebab abah sendiri banyak kali berjumpa dengan profesor (sewaktu belajar dulu), yang mana setiap kali habis kuliah, abah sering tertanya-tanya "Apa benda yang lecturer tu cakap 2 jam tadi?". Dan bukan abah saja yang tertanya2, rakan sekuliah lain pun. Sebabnya, profesor itu gagal sampaikan ilmu dan pengetahuan dia dengan kaedah yang berkesan pada kami. Abah kena belajar dari pengalaman itu. Kena cuba jadi seorang pendidik yang bukan saja memiliki pengetahuan yang berguna, tapi mampu untuk berkongsi dan sampaikan pengetahuan itu pada anak2 bangsa yang lain sebaiknya, supaya mereka satu hari nanti akan jadi orang yang mempraktikkan pengetahuan yang berguna itu untuk kebaikan bersama, insyaAllah.

Sambung lagi nanti...

Monday, September 11, 2006

Cerita tentang janji...

Semalam pergi ke kenduri di rumah kawan abah. Kebetulan masa abah sampai, Pak Teh dia ada, sempat la sembang sekejap. Tak sembang apa pun, cuma Pak Teh suarakan tentang Janji Melayu. Sebabnya, Pak Teh patut datang ke kenduri tu bersama-sama jemaah surau bersama2, tapi sebab depa datang awal tanpa inform, so, Pak Teh datang lambat la.

Betul juga kata Pak Teh, benda macam ini memalukan orang Melayu, sebab istilah Janji Melayu tu macam dah sinonim dengan tindakan orang melayu yang suka tak tepati masa dan janji. Kalau meeting pukul 3, pukul 3.30 baru nampak muka orang2 yang patut datang meeting.

Inilah antara beberapa benda yang buat abah sangat tidak setuju bila orang kata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Sebabnya dalam Islam, penuhi janji dan tepati masa itulah yang diajar. Tapi dah memang feel Melayu, tak ikut juga ajaran Islam macam itu. Janji tak ditepati juga, masa tak diikut sepatutnya juga.

Kalau kita boleh ubah keadaan macam ini, abah rasa kita akan jadi bangsa yang lebih baik dan maju. Kita cuba hapuskan istilah janji melayu ini kepada Janji orang Islam. Berjanji ditunaikan, dan masa ditepati. Camna nak hapuskan? Kita kena mulakan dari sekarang untuk buat ikut yang sepatutnya.

Hari Jumaat lepas kerja hari tu, abah ajak Ummi dan Muizz ke The Store, saja nak carik barang2 yang dah takde kat rumah. Dalam nak cari barang2 lain, sempat juga masuk kedai CD. Apa lagi, sambar juga satu CD baru dari Hijjaz, Pelita Hidup IV: Perjalanan. Menarik juga album kali ini, dan abah tertarik ngan satu lagu depa, Orang Berjuang. Kata Ummi, lagu ni pernah dinyanyikan oleh Nada Murni satu ketika dulu, tapi versi Hijjaz ni lagi sedap.


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela Tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia 'uzla menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasul Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu bayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

Sori, tak sempat nak mengepek panjang, sebab abah kena ikuti satu kursus hari ni. Esok dan lusa, kena hadiri satu persidangan di Crown Princess pulak.

Nanti kita jumpa lagi, insyaAllah.

Nak memetik kata-kata dari album Pelita Hidup IV - "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan..."

Friday, September 08, 2006

Cerita tentang berubah...

Change is the essence of life. Be willing to surrender what you are, for what you could become.

Wednesday, September 06, 2006

Cerita tentang kritikan blog...

Duke Amiene Rev pada satu hari di minggu yang lepas, ada mengkritik blog abah. Terima kasih Duke kerana sudi mengkritik blog tempat abah mengepek ni.

Dan abah tak ada la nak mengulas panjang apa yang Duke kritik, cuma nak menambah sikit dari apa yang dikritik.

Kata Duke [abah ambil sebahagian saja]:

REKABENTUK BLOG: Biasa
Rekabentuk asasi blogger. Tidak ada sebarang ubahsuaian yang ketara.

Kata abah: Abang memang tak reti nak menghias blog ni. Atau mungkin abah rasa malas nak saratkan pandangan pembaca pada hiasan yang 'tak berapa penting'. Tapi kalau ada rakan blog yg boleh bagi idea nak bagi design menarik sikit, sangatlah dialu-alukan.

BAHASA DAN PENULISAN: Bagus
Bahasa dan gaya penulisan Abah Muizz menarik perhatian saya. Gayanya yang bersahaja dan menenangkan. Sejuk. Lembut. Namun dalam sejuk dan lembut itu ada ketajamannya. Kaedah yang digunakan oleh Abah Muiz ialah menyelit isu semasa atau kehidupannya, kemudian dibalut dengan iktibar. Menarik.
Membaca blog ini seolah-olah membaca surat Abah Muizz yang ditujukan kepada saya, mungkin kita. Tulisannya seolah-olah berinteraksi dengan pembaca. Bagus.

Kata Abah: Terima kasih.

Bahasa yang digunakan tidak 100% Bahasa Melayu rasmi, masih ada rojak. Ada juga bahasa singkatan dan bahasa percakapan harian.

Saya tahu saya tidak boleh memaksa para penulis blog untuk menulis dalam Bahasa Melayu yang betul. Sebab setiap orang mempunyai tujuan penulisan yang berbeza. Ada yang menjadi blogger semata-mata untuk meluahkan perasaan, menghilangkan tekanan atau mengisi masa lapang. Namun, saya benar-benar berharap agar para blogger cuba sedaya upaya untuk menggunakan bahasa kebangsaaan kita dengan sebaik mungkin. Saya juga sedang mencuba ke arah itu untuk diri saya sendiri, sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

Kata Abah: Abah memang berniat nak gunakan 100% Bahasa Melayu rasmi, tapi macam susah nak kawal bila dah menulis. Dan abah rasa kalau guna 100% Bahasa Melayu rasmi, mungkin penulisan abah akan jadi agak formal. Tapi insyaAllah, abah akan cuba perbaiki, kerana abah sendiri walaupun tidaklah sampai tahap patriotik sangat dengan bahasa ibunda, tapi abah ingin juga melihat bahasa ibunda abah ini digunapakai sebaiknya dan sebetulnya. Kalau bukan abah dan kita semua, siapa lagi yang nak daulatkan?

ISI KANDUNGAN: Sangat Bagus
Saya memetik entri pertama dari blog Abah Muizz:

"Out of nowhere, tetiba je tergerak hati nak create blog. Abah tahu abah tak reti nak menulis-nulis ni, tapi dah seronok baca blog orang lain, yang masing-masing, ada cerita dan penulisan yang menarik, so, create la satu. Harap-harap bila orang baca, ada la kebaikan/iktibar atau apa sajalah, yang boleh dipelajari. Abah tak tahu lagi pun nak menulis tentang apa,mungkin lebih pada kehidupan seharian abah. Seronok juga berkongsi cerita tentang hidup, dan kehidupan." - Abah.

Di sini saya boleh katakan, Abah Muizz adalah seorang blogger yang fokus terhadap isi kandungannya. Walau pun ada terselit peristiwa-peristiwa lain, namun matlamat penulisan blog Abah Muiz, tercapai. Saya sukakan blogger seperti Abah Muizz. Banyak pengajaran yang boleh saya pelajari dari blog Abah Muizz.

Kata Abah: Moga abah akan tetap fokus, insyaAllah.

TAHAP KEMASKINI: Mingguan
Secara puratanya adalah mingguan. Entri yang dipos adakalanya sangat panjang dan adakalanya sederhana. Mungkin bergantung pada masa lapang Abah Muizz. Tidak ada sebarang paksaan dari segi ini. Kita menulis berdasarkan bila kita kelapangan. Ada urusan harian yang realistik perlu diuruskan. Seperti saya, perlu juga meluangkan masa untuk akademik dan sukan selain dari aktiviti penulisan buku dan blog. Gaya hidup yang sihat dan berfaedah. Begitu juga Abah Muizz.

Kata abah: Memang pun Duke, kadang tu tak sempat abah nak mengepek walaupun tengah banyak idea.

JARINGAN UMUM: Sedikit
Ada beberapa jaringan kegemaran Abah Muizz disertakan dalam blog ini. Saya juga suka laman web Harun Yahya. Salah satu sumber inspirasi penulisan saya.

Kata abah: Banyak sebenarnya jaringan yang abah boleh letak, tapi abah tak letakkan. InsyaAllah, ada masa nanti abah akan tambah.

JARINGAN BLOGGER: Sedikit
Jaringan rakan-rakan blogger tidak begitu banyak. Namun saya percaya blog ini mendapat kunjungan daripada pembaca-pembaca lain juga.

Kata abah: Abah memang tidak ramai rakan blogger, agaknya sebab abah sendiri bukan jenis pandai nak berkawan dengan kawan blogger. Apapun, pada yang masih sudi anggap abah kawan blog depa, mekasih la banyak-banyak.

KOMEN PEMBACA: Sedikit
Sekejap ada komen. Sekejap tidak ada komen. Namun komen pembaca tidak penting. Cuma apabila saya melihat jika ada komen, saya boleh melihat apa pandangan pembaca terhadap entri yang ditulis. Adakah sama? Atau berbeza dengan pandangan saya. Komen di Msjbox juga saya teliti. Rata-rata bersetuju blog Abah Muizz ini adalah blog yang menarik dan positif.

Kata abah: Abah pun berharap pada pembaca untuk komen. Tapi sebab yang baca pun 2,3 kerat saja, abah faham-faham sajalah. Kalau ada yang baca, itu pun dah cukup baik.

Kesimpulan: Terima kasih atas kritikan membina yang Duke tulis untuk blog abah. Begitu juga dengan pujian yg disertakan. Moga2 blog ini akan lebih banyak dengan perkara2 yang bleh dimanfaatkan kita bersama, insyaAllah.

A Father's Instruction for Life - Look people in the eye.

Cerita tentang kampung...

Cuti hari merdeka yang lepas, abah dan keluarga balik ke Kelantan. Dah lama sangat rasanya tak balik jenguk Mek(panggilan abah pada ibu mertua) dikampung. Sempat la habiskan masa kat kampung selama 4-5 hari, dan hari ni, abah masuk kerja semula.

Tak ada apa sangat yang nak diceritakan tentang peristiwa balik dan duduk kat kampung, selain dari kenikmatan makan buah durian bangkok yang sangat sedap itu, dan juga seronok tengok Muizz bermain ngan sepupu2 dia yang dipanggil kawan-kawan. Dan puas hati sebab abah dan ummi serta Muizz sempat juga main air pantai di Pantai Tok Bali yang cantik itu.

Sempat juga bawak Mek pergi berubat di Wakaf Baru(hehe, ini kawasan yang abah baru discover diKelantan). Sempat juga bawak Ummi pergi Pasar Khadijah, belikan barang2 pesanan kawan2 Ummi dan kawan abah. Barang sendiri pun tak terbeli, hehe.

Sempat juga merasa keenakan nasi kerabu Mak Som dan sup perut Kak Ani. Dan kali ni agak lain sedikit, sebab abah tak terasa nak makan sangat kuih muih kelantan yang tak pernah gagal menambat selera abah. Kenapa ya? Agaknya sebab banyak makan durian kot.

Dan semalam sebelum kami bertolak balik ke KL, Mek dan Ummi berjuraian air mata lagi. Faham sangat apa rasanya ibu dan anak saat nak berpisah macam itu. InsyaAllah Mek, dan Ummi, kalau abah dilapangkan masa oleh Allah, akan abah bawak Ummi dan Muizz balik ketemu Mek lagi nanti, mungkin diawal Ramadhan. Abah tahu Mek itu seorang tua yang rindukan kehadiran anak2 dan cucu2 disampingnya ketika umur macam itu. Abah dan Ummi nantipun macam itu juga, jika panjang umur insyaAllah.

Dan lupa nak mention, yang kepulangan abah kekampung kali ini, menyaksikan kehadiran 4 ahli keluarga cilik yang baru. 2 anak saudara baru, dan 2 anak sepupu baru. Comel2 semuanya. Terkilan sikit sebab abah terlupa nak bawak balik kamera untuk rakamkan wajah2 comel 4 cilik tersebut. Dan insyaAllah, balik sekali lagi nanti, abah akan rakamkan wajah2 depa, berserta wajah seorang lagi sicilik yang tak sabar2 nak melihat keindahan dunia ciptaan Allah ini.

Cukup setakat ni dulu, esok kita 'sembang' lagi, insyaAllah.

Wednesday, August 30, 2006

Cerita tentang 31 Ogos 2006...

31 Ogos, tarikh yang abah tunggu-tunggu saban tahun, terutamanya sejak enam tahun yang lepas. Hehe, kenapa abah tunggu ek?

Sebab utamanya, 31 Ogos inilah hari ulangtahun perkahwinan abah dan ummi, dan tahun ini genap sudah 6 tahun masihi abah dan ummi hidup bersama, ditemani seorang budak kecik yang banyak songeh, Ahmad Mu'izz Hakim.

Sebab keduanya, 31 Ogos inilah juga hari mengingati kemerdekaan Malaysia negara tercinta ini.

Abah tak mahu komen banyak tentang merdeka, abah cuma nak menulis sikit tentang anniversary kami, dan tulisan ini abah tulis untuk ummi.

Untuk Ummi, ucapan ini mungkin ucapan yang sudah keberapa kali abah ucapkan, sebab abah tahu, by the time ummi baca mesej ini, 31 Ogos dah lepas.

Selamat ulangtahun perkahwinan untuk Ummi. Memiliki Ummi selama 6 tahun ini, adalah satu kurniaan Allah yang cukup bermakna dan membahagiakan buat abah. Kehadiran Muizz yang selalu buat kita ketawa, yang selalu buat kita senyum, yang selalu buat kita marah, yang selalu buat kita risau, yang selalu buat kita sedih, sedikit sebanyak menambahkan lagi rasa kasih yang ada dalam diri abah buat Ummi.

Abah berdoa moga2 Allah akan beri abah peluang untuk masih terus memiliki ummi selagi roh abah masih dikandung jasad, insyaAllah.

Dua lagu dibawah abah tujukan khas buat Ummi, walaupun ianya masih belum mampu untuk gambarkan sepenuhnya perasaan abah, tapi inilah dua yang paling baik yang dapat abah tujukan.



I swear by the moon and the stars in the sky
and I swear like the shadow that's by your side

I see the questions in your eyes
I know what's weighing on your mind
You can be sure I know my part
Cause I stand beside you through the years
You'll only cry those happy tears
And though I make mistakes
I'll never break your heart

And I swear by the moon
And the stars in the sky I'll be there
I swear like the shadow that's by your side I'll be there
For better or worse
Till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
And I swear

I'll give you every thing I can
I'll build your dreams with these two hands
We'll hang some memories on the wall
And when just the two of us are there
You won't have to ask if I still care
Cause as the time turns the page
My love won't age at all

And I swear by the moon
And the stars in the sky I'll be there
I swear like the shadow that's by your side
I'll be there

For better or worse
Till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
And I swear




Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kaujauh darimu
'Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu

Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa
Haruskah ku terus terlena, tanpamu di sisiku
Ku 'kan slalu menantimu

Ummi, I love you...

Cerita tentang bosan...

Dah banyak hari tak sempat nak update blog ni. Tak sempat.

Hari Jumaat - Ahad, abah terpaksa berkampung(walaupun tak bermalam) di Hotel Legend, sebab company buat kolokium, dan abah selain dari jadi boss kecik utk satu committee, abah kena bantu satu boss besar buat presentation dia.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun ada 2,3 benda yang agak mengalutkan, tapi abah puashati la, sebab boss besar pun puas hati. Penat la tapinya. Dan alhamdulillah juga, sebab abah bertemu dengan seorang kawan baru. Kami sempat berborak tentang beberapa benda, tapi sayang, sebab program agak pack, dan abah terpaksa berkejar sana-sini, jadi, tak dapat nak sembang lama. Tapi tak apa, teknologi ada, lepas ni boleh berborak lagi ngan kawan baru ni.

Hari Isnin - Selasa, abah kena pergi Nilai, sebab ada satu persidangan. Itupun last minute abah tahu yang abah kena attend, sebabnya, ada orang lupa nak inform abah yang abah kena attend conference tu. Dan seperti biasa la, conference di Malaysia ni, selalunya membosankan. Bukan bosan apa, tapi sebab kebanyakan kertas kerja yang dibentangkan, samada terlalu teknikal, atau terlalu asas. Dan orang yg benta
ng pun, macam tak berapa tahu sangat apa yang dia bentangkan. Cuma berbaloi jugalah pergi, sebab ada beberapa plenary speakers bagi pembentangan yang agak baik.

Hari ni, Rabu, ada perhimpunan kemerdekaan pulak di ofis. Kena la pulak attend, walaupun kerja ada lagi yang masih belum beres. Tapi takpe, esok Merdeka, abah nak bawak family balik Kelantan, bercuti dalam 5-6 hari, datang ofis balik nanti, baru nak fikir semula tentang tugas yang tak beres lagi tu, ok tak? Hahaha. Hancus kompeni ada staf macam abah ni.

Oklah dulu, abah nak pekena milo panas sat, pastu turun gi auditorium, sebab ada perhimpunan. Salam.

Thursday, August 24, 2006

Cerita tentang iklan...


Abah suka tengok iklan ni[maaf kalau gambarnya tak berapa cantik]. Pada yang nak tahu, itu iklan Prudential. Abah takde la nak promote produk prudential, cuma tertarik hati dengan iklan. Dan banyak lagi iklan2 sekarang yang menarik pada abah.

Wednesday, August 23, 2006

Cerita tentang cara bersahabat...

Baru2 ni mengepek tentang kawan, hari ni pun nak mengepek tentang kawan. Sebabnya: ada permintaan dari seorang sahabat, yang nak tahu apa pandangan abah tentang isu yang dia ketengahkan.

Kisahnya tentang bagaimana kita sebagai seorang manusia, berkawan. Kalau abah tanya "Penting ke kawan-kawan ni dalam hidup?", abah rasa ramai akan kata ya.

Abah sendiri akan kata, ya, penting. Mereka paling tidakpun, adalah sama pentingnya dengan orang2 lain dalam hidup kita - ahli keluarga dan saudara mara. Hampir kebanyakan masa kita, akan kita ketemu dengan kawan. Tak kisah la apa jenis kawannya, tapi abah rasa anda akan setuju jika abah kata, 2/3 daripada masa kita sehari-hari kita akan bertemu dengan kawan: kawan-kawan yg dari pelbagai kategori - kawan ofis, kawan sekolah, kawan sama U, kawan siber, kawan kepada kawan, kawan area2 rumah kita tinggal, kawan pada isteri/suami kita, etc.

Yang abah nak sentuh kat sini ialah peranan kita dalam memilih kawan dan bagaimana kita nak menjadi kawan orang lain.

Kawan macammana yang perlu dikawan? Susah nak jawab. Sebab lain orang lain jawapannya. Ada yang berkawan dengan jenis orang2 tertentu sahaja, ada yang berkawan dengan semua orang. Itu lumrah kehidupan. Hari ini anda jadikan seorang manusia lain sebagai kawan, esok lusa, anda pula dijadikan kawan oleh manusia lain. Dalam kata ringkas, kita kadang2 tidak berpeluang pun nak memilih siapa kawan kita.

Abih kalau tak boleh pilih, susah la kan? Kena yang tak berapa berkenan, takkan nak kawan juga? Teringat pada satu sahabat abah masa belajar dulu yang kata pada abah: "Dalam hidup ni, kita akan jumpa dengan lima jenis manusia yang kenal kita: kenalan, rakan, kawan, teman, sahabat. Kita kena tahu orang mana duduk pada tahap mana!" Dan berdasarkan inilah selalunya abah pandukan hubungan abah dengan orang lain.

Abah berkawan dengan semua orang, setakat ni la. Tak kisah siapa diri dia, asalkan dia nak berkawan dgn abah, akan abah jadikan kawan. Tapi selalunya ia akan melalui fasa yang lima tadilah. Maksud abah, semua kawan abah akan bermula dengan sekadar jadi kenalan, tapi ada yang akan berubah jadi rakan, dan sesetengahnya jadi kawan. Ada sebahagian kecil yang jadi teman abah, dan beberapa orang yang jadi sahabat.

Abah tak tahulah anda macam mana, tapi itu apa yang abah buat. Dan alhamdulillah, setakat ini, abah tidak ada masalah besar dalam memilih kawan, teman atau sahabat abah. Dan kebanyakan mereka yang tergolong dalam kelompok itu, bukanlah mereka yang tidak abah senangi.

Tapi kadang-kadang, ada ketikanya, abah silap percaturan. Dan abah rasa kebanyakan dari kita pun. Kita berkawan dgn dia, dan kita rasa dia dah naik taraf jadi teman atau sahabat. Anda faham-faham sajalah, kalau kawan dah jadi sahabat, bagaimana rupanya hubungan itu. Banyak benda dikongsi bersama. Hobi, kisah hidup, kejadian yg berlaku, masalah, hal kerja, banyaklah. Tapi sayang, rupa-rupanya keputusan kita silap. Tidak semua orang boleh jadi sahabat kita. Orang yg kita anggap sahabat itu sebenarnya bukanlah sahabat yang sebenarnya.

Dan kalau kita berada pada kedudukan sebagai kawan pada orang lain. Kena pandai2lah nilai, siapa sebenarnya kita pada diri orang itu. Ada orang takkan kata, "ko sahabat aku". Tapi dari gaya perhubungan, kita akan tahu, samada kita ini sahabat, teman, kawan, rakan, atau sekadar kenalan.

Kalau dirasakan kita ini teman atau sahabat, kena pandai2 jagalah perhubungan itu. Sebab apa? Sebab satu kesilapan yang kita buat, besar sungguh kesannya pada diri dia, dan juga kita.

Macam abah juga, kalau setakat rakan atau kawan bercakap yang menyakitkan hati, abah tak ambik port pun. Tapi bila teman atau sahabat buat macam itu, abah takleh tipu kata abah OK, abah cool. Dan abah rasa anda pun macam itu juga.

Eh, melalut-lalut la abah ni.

Ringkasannya:

Kita sebagai diri kita :
- Kenalilah siapa kawan kita. Kalau betul kita nak berkawan baik dengan dia, belajar kenali dulu diri dia, sebelum kita angkat darjatnya jadi sahabat baik dalam hidup.
- Jika dia bukan sahabat, jangan sewenang-wenangnya berkongsi kisah kita dengan dia, terutamanya masalah peribadi.
- Berusahalah jaga hati teman-teman dan sahabat-sahabat yang kita ada. Kehilangan seorang sahabat takkan sama dengan kehadiran seribu kawan.

Kita sebagai sahabat orang :
- Jagalah persahabatan sebaik mungkin.
- Andai perlu menegur dan mengkritik, kritiklah sebaiknya untuk kebaikan bersama.
- Berlaku jujurlah pada dia. Apa yg dicerita atau dikongsi pada kita, itu hanyalah untuk kita, bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
- Sentiasa letakkan apa saja tindakan kita untuk dia: ikhlas kerana Allah.

Itu sajalah kot sikit tips dari abah. Kalau berguna, ambil dan amal. Kalau tak, lupakan saja. Dan ini, ada Panduan Bersahabat dari Imam Syafie yang abah rujuk dari Al-Azim.com.

P/S: Nak sambung tips 'A Father's Instruction for Life' - Watch sunrise at least once a year.

Cerita tentang aurat...



Abah tak nak letak komen apa-apa, cuma jangan disalahtafsirkan kenapa abah letak imej ini kat blog abah hari ni.

Klik pada imej tersebut untuk lihat versi yang lebih jelas.

Tuesday, August 22, 2006

Cerita tentang sikap dan hati...

Alhamdulillah, Siti telah selamat dinikahkan dengan Datuk Khalid. Itupun abah sempat tengok masa Buletin Utama paparkan sikit segmen tentang perkahwinan Siti. Dan abah seperti biasa, no komen! Abah cuma harapkan moga depa berdua akan hidup bahagia seperti pasangan mukmin yang sepatutnya (faham maksud abah kan?).

Dan bercerita tentang Siti kahwin ni, abah pun nak ucapkan tahniah pada kawan sekerja abah yang melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu itu hari. Sempat la juga abah ke kendurinya di Sunway Semenyih. Kebetulan hari tu tengah lapar, apa lagi, bertambah la 2 pinggan nasi. Ekekeke. Iswan, tahniah dan Selamat jadi pengantin baru! Abah tak berupaya nak ke kenduri di Sandakan, tapi abah harap kenduri di Sandakan nanti akan meriah seperti Karnival Jom Heboh. :-)

Dan bercakap tentang tahniah ini juga, abah nak ucap tahniah pada Anim kerana telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat oleh UKM pada 17 Ogos yang lepas. Abah bangga kerana seorang lagi 'adik' abah telah berjaya dalam akademiknya. Dan moga dengan ilmu dan pengalaman yg diperolehi sepanjang belajar, akan Anim gunakan sebaik mungkin, insyaAllah.

Semalam juga abah sempat berborak sekejap dengan seorang kawan pejabat. Katanya, dia sekarang jauh hati dengan seseorang. Dan abah faham pun kenapa dia jauh hati dengan orang itu. Dan kes macam ini biasa berlaku dalam hidup kita pun.

Pernahkah anda mengenali orang yang semasa berada dengan anda, mereka lah sebaik2 manusia. Cakapnya berhemah, budi pekertinya baik. Tapi bila depa bersama ahli keluarga atau orang2 rapat, mereka tidak seberhemah dan seberbudi pekerti yang baik. Terutamanya dengan isteri, anak2, adik2, etc.

Abah pernah jumpa dengan orang macam ini. Dan abah kenal sangat-sangat siapa dia.

Dan itulah yang terjadi dengan kawan abah tadi. Dia jauh hati kerana seseorang itu berbuat macam itu pada dia. Dengan rakan taulan dan jiran2, cakapnya cukup baik, senyumnya tak pernah lekang. Pendek kata, orang akan kata dia orang yang baik. Tapi dengan kawan abah tadi, bercakapnya macam ambil syaray saja, tinggi suara perkara biasa, etc.

Apa penyelesaiannya??

Pada abah, kalau betul terasa hati, bagitahu pada orang terbabit. Kena terbuka. Untuk sesetengah orang, mungkin susah, tapi itu cara paling baik abah rasa. Harap2 dengan kita cerita tentang perasaan kita, dia boleh faham, dan terima, dan perbaiki, supaya perhubungan akan jadi baik, atau lebih baik. Tetapi kalau dia tidak berubah juga, kita kena terima hakikat bahawa dia adalah dia. Dan itulah ketikanya kena tanya diri kita juga, boleh ke kita tolerate dgn sikap dan keadaan macam itu. Kalau boleh, then, tidak perlulah sentiasa berjauh hati sekiranya dia macam itu juga. Dan kalau tak boleh nak tolerate, carilah satu alternatif yang dirasakan baik. Sebab dalam hidup ini walaupun memang perlu difikirkan hati dan perasaan orang, jangan pula sering mengorbankan hati dan perasaan sendiri.

Dan satu ingatan untuk anda, dan abah juga, sekiranya berdepan dengan cerita macam itu, samada kita yang jauh hati, ataupun kita yang buat orang jauh hati, carilah satu jalan penyelesaian yang baik untuk kedua-dua pihak. InsyaAllah, berkat keinginan, dan kesungguhan kita untuk menjalani hidup yang lebih baik, sementara kita masih bernyawa ini, Allah akan bantu kita perbaiki diri dan keadaan.

Friday, August 18, 2006

Cerita tentang 'stupidity'...

Kebelakangan ni, banyak juga terbaca laporan akhbar dan emel menceritakan kisah aktress terbaik Malaysia dan juga tentang Siti.

Minta maaf la, dah terbanyak sangat baca kan, jadi terrajin la pulak nak mengepek.

Tak nak komen banyak pun, cuma macam terkilan dengan apa yang cek mek kecik molek yang dapat anugerah tu. Pada abah la, what makes her look stupid is when she said those precious words: "I sound stupid if I speak Malay". Abah tahu pun depa jenis cakap orang putih sama family, sebab abah pernah jumpa dia ngan mak dia kat 1-Utama satu ketika dulu, dan memang dia speaking london(kata bang long) pun.

Abah terima kenyataan dia bahawa dia tak berniat buruk pun bila kata macam itu, tapi itulah, macam mana niat pun, kata2 itu memang nampak buruk pada orang yang mendengar. Sama la macam manusia jenis cakap sesedap rasa saja, pada dia, no harm is done, tapi pada yang mendengar???

Abah pun bukan tak pernah tersilap cakap, selalu. sebab itu abah boleh faham macamana susahnya bila kita tersilap cakap, walaupun apa yg kita nak cakap tu betul.

Dan ttg kes kahwin Siti dan Khalid. Tak habis2 kecoh satu Malaya hal kahwin. Siap masuk TV3 lagi berceritakan tentang rahsia depa. Haha, tapi takleh salahkan TV3 juga, sebab ada berjuta orang melayu yang ternanti2kan rancangan macam itu. Cakap banyak pun tak guna juga, sebab memang melayu macam itu. Orang lain nak kawin, kita yang kecoh lebih2. Kalau kecoh yang membahagiakan semua orang, alhamdulillah. Ini semua kecoh yang menjahanamkan(maaf cakap). Tak percaya, bacalah emel2 yang beratus2 yang berlegar2 itu cerita tentang Siti. 90% bercerita negatif saja. Sapa yang tulis? Sapa lagi kalau bukan orang melayu Islam kita. Siti ini, siti itu, Datuk K ini, Datuk K itu.

Bukan la abah kata Siti tu betul semua, cuma abah nak cakap: Buat apa la orang2 kita ni dok sibuk2 kecoh2 cerita tentang Siti. Biarlah dia kahwin, itu hak dia. Kita dok kecoh2 dalam emel pun cerita buruk2 tentang dia, cuma mengundang dosa saja, berganda2 pulak tu. Mahu tak berganda, beribu2 orang baca. Terima saja itu jodoh dia, dan doakan moga depa bahagia dan hidup di landasan agama yang betul. Bukan dengan kecoh2 sebarkan cerita yang kita pun tak tahu betul tidaknya.

Abah secara peribadinya, tak berminat sangat pun nak tengok segala macam kisah kat TV yang cerita tentang Siti, but still, kalau TV3 ada tayang majlis kahwin dia, abah nak juga tengok[hehe], kalau dah takde keja apa nak buat. Dan abah doakan Siti dan Datuk K akan hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri, dan dengan perkahwinan itu nanti, hidup mereka berdua, akan jadi lebih baik, dan mereka akan hidup sebagai orang Islam yang sepatutnya. Azmil Mustapha berubah, Ustaz Akil pun berubah, Kak Ogy pun alhamdulillah berubah, belum campur lagi Dayangku Intan, Norkumalasari, Raja Mazian dan beberapa orang artis lagi. Sama-sama la kita doakan.

Oklah dulu, abah nak sambung kerja pulak. Jumpa lagi.

Ini ada satu lagu yang Bob AF2 nyanyi, yang abah suka. Punya la lama cari, hari ni baru terjumpa.

Wednesday, August 16, 2006

Cerita tentang Waja...

Kereta Waja MME dah keluar dah, cantik gak. Berkenan, tapi ...

Tuesday, August 15, 2006

Cerita tentang Utara...

Seminggu dua ni abah kalut sikit dgn tugas pejabat yang tak pasti bila boleh selesai. Tapi abah ni biasa la, sekalut mana pun, akan ada masa juga nak mengepek kat blog.

Tapi kali ni nak cerita sikit tentang kunjungan abah ke Utara. Abah ke Sungai Petani hari Jumaat lepas atas urusan kerja. Bertolak lambat sikit, sebab tunggu Muizz habis sekolah. Sampai sana dalam pukul 8, tapi sebab pihak hotel salah bagi info, abah cari hotel tu dalam sejam juga. Rasa nak marah tu adalah juga sebab pihak hotel bagi direction yang salah. Masa abah call, dia suruh masuk exit SP Utara, tapi bila abah masuk exit Utara, dia bagitahu masuk exit Selatan pulak. Aduihhhh. Lepas tu bila abah call lagi mintak guide, dia suruh abah follow satu jalan dan pergi straight. Straight punya straight, sampai terlajak kedepan pulak. Sabar je hati.

Hari Sabtu abah kerja sehari suntuk. Pukul 6 lebih baru balik hotel. Apa lagi, bawak Muizz pergi main kat swimming pool la. Kebetulan masa tu takde orang guna, so, pool tu kami yang punya saja lah.

Hari Ahad, abah bawak ummi dan Muizz ke rumah keluarga angkat abah di Kg. Legong, Baling.

Kebetulan masa abah pergi, mak dan abah ada anak angkat lain yang kebetulan program anak angkat belia Perlis sedang berjalan. So, kenal la anak-anak angkat abah yang baru ni.

Kami sama-sama berkelah sambil makan2 di Sungai Kap. Abah ngan Muizz main air. Dan ummi, sebab tak tahan tengok kami enjoy main air, terus join sama. Hehe, memang syok la mandi kat situ. Airnya sejuk betul.

Lepak kejap rumah mak, lepas tu singgah ke rumah 2,3 jiran abah yang baik dgn abah masa program keluarga angkat hari tu. Kami bertolak balik ke Sungai Buloh dalam pukul 6 juga. Tapi sebelum berangkat balik tu, sempat lagi ikut abah menjala udang galah dikolam abah. Dapat la juga dalam sekilo. Hehehe, nanti merasalah abah makan tomyan udang galah best yang ummi akan masak, kan Ummi??

Itulah dulu untuk kali ni. Nak sambung buat kerja laks.

Thursday, August 10, 2006

Cerita tentang generasi...

Hari ni nak mengepek lagi. Bukan mengepek nak marah sesiapa, tapi mengepek untuk merayu dan memohon. Memohon agar kita lebih berusaha kearah membentuk keluarga dan orang disekitar kita, termasuklah diri kita sendiri.

Semalam berborak dengan seorang kawan yang secara tidak langsung berkhidmat untuk PLKN(Program Latihan Khidmat Negara). Dan dalam berborak, kami rupanya berkongsi rasa dan pandangan yang sama. Abah cuma banyak mendengar kerana abah perlukan input dari dia tentang apa yang jadi dengan PLKN.

Banyak benda sebenarnya yang perlu orang tahu tentang adik2 dan anak2 kita di Kem PLKN tu. Tentang apa yang depa belajar, apa yang depa buat, apa yang jadi pada depa, etc. Dn semalam, abah tahu juga sikit sebanyak tentang itu.

Program 3 bulan itu bertujuan untuk membentuk satu kelompok remaja yang boleh berfikir dan bertindak dengan lebih baik, dan dalam masa yang sama, cintakan negara. Alhamdulillah niatnya baik, dan perlaksanaanya pun baik, walaupun masih boleh dipertingkatkan.

Yang abah nak kongsi dengan anda ialah kisah budak2 PLKN ini. Ada bermacam2 jenis budak dengan bermacam2 jenis latar belakang yang pastinya datang dengan bermacam2 peel dan perangai. Ada yang bagus, ada yang biasa, ada yang kurang.

Yang baik tu abah tak nak komen la kan. Cuma nak komen tentang yang kurang baik sikit itu.

Kenapa abah kata kurang baik?
- Suka main2 dalam kelas.
- Tidak hormat para jurulatih yang majoritinya orang lebih dewasa.
- Suka langgar disiplin.

Mungkin ada orang kata ini benda biasa untuk budak2, tapi bagaimana kalau abah kata, ada kes pelatih PLKN nak bunuh diri, ada pelatih hisap ganja dalam kem??

Nak bunuh diri sebab tak tahan terkurung dalam kem. Hisap ganja sebab tak tahan ketagih.

Belum campur yang merokok, sedangkan rokok diharamkan dalam kem. Mana dapat rokok?? Mak ayah yang bawak sewaktu sesi perjumpaan dengan keluarga.

Mungkin kes terpencil, tapi abah rasa tidak.

Imagine ramai budak2 PLKN tu yang tak berapa mahir solat. Solat Asar 3 rakaat. Belum dicampur dengan yang solat sambil bergurau senda.

Abah tak nak kata ini salah siapa2. Cuma nak kita semua tahu akan keadaan ini, dan cuba bentuk keluarga dan orang2 yg dekat dengan kita supaya mereka dan kita tidak akan jadi macam itu.

Abah, dan kawan tadi bersetuju dalam satu perkara: banyak benda tidak baik yang terjadi dan dibuat pada budak2 ini ialah kerana keluarga. Mak ayah kadang tidak ambil berat sangat pada anak2. Cukup makan pakai belanja sekolah, OK, dah! Perasaan anak2, perkembangan karekter anak2, pendidikan anak2 terutama agama, semuanya macam tak ditekankan. Dan lebih teruk kalau mak ayah sendiri bukan jenis yang particular tentang kebajikan dan tanggungjawab mereka sendiri. Tak pelik kalau anak solat Asar 3 rakaat, sebab mak ayah pun solatnya bila free saja, ataupun lagi hebat, tak solat langsung. Tak pelik juga kalau anak remaja hisap rokok berkepul2, sebab bapaknya hisap 2X ganda kepulan asapnya.

Kawan abah kata, kadang2 sedih dengar cerita budak2 ini. Betapa kosong jiwa depa, walaupun ada mak ayah adik beradik. Keperluan fizikal selalunya mencukupi, tapi keperluan jiwa dan hati, kosong! Dan kita sebagai mak ayah sentiasa fikir kita dah besarkan anak dengan cukup makan dan pakai. Tugas cikgu2 dan ustaz2 disekolah untuk didik anak2 kita.

Untuk para2 mak ayah termasuklah abah sendiri, lebih2kan sikit masa tengok keperluan anak2, terutamanya yang kita tak nampak. Anak2 itu perlu bimbingan dan contoh. Agama jangan sekali2 diabaikan dari jiwa anak2. Kawal anak2 dari perkara2 yang tidak baik untuk dia. Kita buat yang terbaik untuk anak, dengan doa dia akan jadi manusia dan hamba Allah yang baik satu hari nanti.

Abah risau dengan apa yang jadi hari ni. Gerun tengok keadaan generasi muda. Dan kesian juga dengan generasi tua. Kalaulah kita boleh mainkan peranan kita dengan lebih baik sekarang ini, abah harap satu hari nanti, kita tidak perlu menyesal dengan banyak benda.

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa, moga Allah beri kita semua kekuatan.

Wednesday, August 09, 2006

Cerita tentang Muizz...

Ada dua insiden menarik tentang Muizz yang abah nak kongsi ngan anda.

Hari tu, masa abah balik dari Kuching, Muizz tak sihat. So, abah ngan ummi bawak dia gi klinik Dr. Cheng.

Klinik tu dekat dengan KJMC. Dan masa pergi tu abah park la kereta depan KJMC tu. Balik dari klinik, kami lalu la depan KJMC tu. Muizz tanya abah, "Abah, itu apa?". Abah kata "hospital". Dia pun mengeja la signboard KJMC tu, Pusat Perubatan Kelana Jaya. Tahu apa dia eja?? "PUSAT" - hospital. Aduihh, anak abah, PUSAT jadi hospital. Hehehehe. Abang..abang.

Dan 2,3 malam lepas, dia dok belek2 majalah Variasi. Kebetulan cover majalah tu, ada gambar hantu. Dia pun cam biasa la, cuba nak tunjuk kebolehan dia mengeja. Tau dia eja apa? VARIASI, "hantu". Abah ngan ummi pun takleh tahan nak gelak. Tapi dia buat muka innocent je la.

Aduilah, harap2 tak lama la dia macam itu.

Monday, August 07, 2006

Cerita tentang...tentang apa ek??


Dealova - Once

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
merantai hati
bayangmu seakan-akan…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa
membuatku tenang
tanpa dirimu
aku merasa hilang
dan sepi…

P/S: Ummi, lirik lagu ini adalah sama dengan apa yg ada dalam hati abah yg ingin abah luahkan pada ummi, tapi tak terluahkan.

Entry lama: Cerita tentang Kuching...

Semalam 31 Julai, abah cuti. Dan kesempatan hari cuti ni, setelah sekian lama tak dapat bercuti, abah gunakan untuk melawat kampung salah seorang kawan abah di Kota Samarahan.

Amir jemput abah dalam pukul sembilan lebih, dan perjalanan ke kampung Mang adalah dalam kurang lebih 20 minit. Kampung Mang adalah sebuah kampung di kawasan Kota Samarahan yang terkenal dengan tanaman nenasnya. Abah pergi sana pun sebab nak tengok kebun nenas bapa Amir.

Rumah orang2 di Kampung Mang cantik, dan tinggi tiangnya sebab rumah2 mereka betul2 ditepi Sg. Samarahan. Cantik sungguh pemandangan disini. Duduk berehat dipondok kecik tepi sungai, dengan angin yang best je bertiup, hehe, terasa macam nak duduk lama2 je kat situ.


Tapi sebab masa tak panjang, duduk kejap rumah amir, terus dia bawak abah ke kebun limau dan nenas milik ayahnya. Seronok juga dapat petik buah limau dari pokok dan makan dikebun tu terus. Nyaman..hehe, kata orang sarawak, yang maknanya, sedap. Mau tak sedap, dah la limau manis, free lak tuh.



Sempat la juga ambik gambar buah2an yang ada kat kebun tuh.



Balik dari kebun, Amir buat jus nenas yang memang pure jus nenas. Subhanallah, nyamannya jus tuh. Kena lak mak amir masak macam2 benda sebab nak jamu abah. Hehe, sud tulang ada, ikan bulu(atau mulu) goreng, buah engkalak, udang galah..perghhh memang nyaman. Ikan bulu ni yang hanya hidup di Sungai Samarahan ni sedap juga rasanya. Dan agak terkenal dikalangan orang2 Kuching.

Balik dari rumah Amir, abah ronda2 area Bandar Kuching kejap, cari barang2 yang Ummi pesan. Lepas maghrib, abah, amir dan abangnya pergi ke MyVillage Baruk, sebab abah ajak kawan2 yang tolong abah jaga exam diKuching ni, makan2 di situ. Ada dalam 13 orang semuanya.

Makanan kat situ macam biasa la, memang nyaman. Kena lak dengan kerenah masing2 yang tak abis2 buat lawak, memang kecoh la jugak, sampaikan orang lain pun jeling 2,3 macam jek. Tapi tak apalah, janji depa enjoy.

Itu sajalah agaknya pengalaman yang agak syok juga di Kuching nih.

Yang tak syok, sebab asyik dok dengar orang2 tempatan sini, yang majoritinya memang tak berkenan dengan Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya. Apa yang abah boleh kata, Taib memang sangat kaya. Rumah saja entah berapa juta harganya, belum ditambah lagi rumah anak beranaknya yang macam mansion mewah saja.

Kalau diikutkan kata2 orang tempatan sini, melayu di Sarawak mundur sebab Ketua Menteri sendiri sibuk dok kayakan diri dan kerabat2nya sendiri. Dan memang ya, abah memang nampak la rumah2 mewah, dan bangunan2 milik orang2 besar ini. Memang betul la kot apa yang orang2 biasa ni kata.

Jalan raya di Kuching memang kureng sikit keadaannya. Dan ada juga jalan yang kena tol. Orang2 yang kaya kebanyakannya orang bukan melayu, dan kalau ada melayupun, memang orang2 yg baik dengan KM. Kawasan perumahan baru memang agak banyak dibangunkan, tapi rata2nya rumah 200K keatas, yang pastinya bukan dalam jangkauan bangsa melayu islam disini. Abah tak nampak pulak ada projek perumahan kos rendah yang dibangunkan.

Sedih juga dengar cerita2 rakyat2 jelata ni. Tak ubah juga macam cerita2 di Semenanjung, cuma di Semenanjung keadaannya tidak begitu ketara.

Abah pun tak tahu nak komen apa, tapi dengarkan kata-kata sorang pakcik bila abah kata tentang banyaknya tanah dia sebab kebunnya luas dengan macam2 jenis tanaman, kata dia," Ini semua tanah Taib, bukan pakcik punya. Bertahun2 pakcik mintak, sebab dah lama pakcik usahakan tanah ni, tapi tak pernah dapat. Malas la nak cakap banyak tentang ni, buat menyakitkan hati saja."

Itulah sikit sebanyak cerita tentang Kuching dan Sarawak setakat yang abah amati dan dengari sepanjang 3 minggu ini. Harap2 bila abah kesini semula nanti, benda2 tak best tu akan berubah jadi best, walaupun hati abah kata, memang macam mustahil nak jadi macam itu.

Friday, August 04, 2006

Cerita tentang kenangan...

Kenangan Terindah



Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati...