Monday, June 25, 2012

Cerita tentang tidur...

Anak: Ayah, nak tidur ni kena baca apa?


Ayah: Ish, ayah kan dah ajar.


Anak: Yelah, tapi saya kan kecik lagi. Dah lupa.


Ayah: Penatlah ayah macam ni. Berapa kali ayah nak kena ajar ni baru boleh ingat?


Anak: Ayah kan ayah. Memang tugas ayah mengajar saya sampai saya jadi macam ayah pula. Peace no war ayah.


Ayah: Kamu ni memang pandai. Mai ayah ajar semula.



=====================================

Doa sebelum tidur;


بسمك اللهم أحيا وأموت
Bismikallahumma ahyaa wa amuutu.
Dengan nama-Mu ya Allah ya Tuhanku, aku hidup & aku mati.

Doa bangkit tidur;

الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور
Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wa ilaihin nusyuur.
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami. Kepada-Nya jualah tempat kembali.
======================================

Anak: TQ ayah. Saaaayang ayah. Sebenarnya ayah, saya sudah hafaz dan amalkan. Saya cuma mahu ingatkan ayah agar tidak lupa untuk amalkan sama. Sekali lagi peace no war ayah ;).

* Benar, doa di atas kebanyakannya tahu namun kadang terlupa untuk istiqamah mengamalkannya..peace no war ^_^


--------------------

Salam sahabat2. Apa yg sahabat2 baca kat atas tu bukan nukilan abah, itu cuma abah ambil dari FB iluvislam. 

Apa yg boleh kita ambil iktibar dari kisah itu:-

1. Jadi ayah bukan mudah. Kerja mendidik anak2 dan isteri itu berat. Tapi Allah Maha Adil, diberi lelaki ini kekuatan mental dan fizikal, untuk digunakan dalam mendidik ahli2 rumahtangganya. 

2. Tidak ada istilah anak sempurna atau ayah sempurna. Masing2 manusia biasa yg punya kelemahan. Cuma untuk seorang anak, ayahlah hero dan idolanya. Apa saja kelakuan ayah, diambil sbg satu ilmu. Kalau mungkin tidak hari ini diamalkan ilmu itu, esok2 hari mungkin ada. Jadinya, ayah kena berusaha untuk jadi hero. Dan jangan malu untuk sesekali menjadi kecil. Kerana dengan anak2 kecil, banyak kalinya kita kena kecilkan diri.

3. Ilmu tanpa amalan akan pudar. Apatah lagi jika tidak diajarkan. Teringat pada kata2, ilmu itu ibarat air. Jika ia sentiasa mengalir, insyaAllah ia akan sentiasa membersihkan, dan ia sendiri bersih. Tapi jika ia bertakung, air yg bersih sekalipun, pasti satu ketika nanti akan tercemar juga kebersihannya.

4. Istiqamah la dalam melakukan kebaikan. Walaupun sesekali terlanjur melakukan kejahatan, teruskan mengulang kebaikan2 itu. Jangan putus harap andai keadaan tidak berubah spt yg kita harapkan. Bukan Allah tidak mendengar kita, dan bukan juga Dia tidak melihat usaha kita melakukan kebaikan, tapi Allah lebih tahu apa yg baik utk kita, daripada yg kita tahu. Dan Allah juga tahu apa kesan buruk pada kita, lebih dari kita tahu keburukannya. Allah akan beri apa yg kita perlu, bukan apa yg kita hendak. Apa sekalipun, istiqamah dijalan kebaikan, jangan berhenti berdoa, insyaAllah, ada nilainya kita disisi Allah. Bersangka baiklah.

Selamat merehatkan diri dimalam ini, dan malam2 yg akan datang. Maafkan setiap orang. 

Semoga dipagi hari esoknya, Allah masih menghidupkan kita - untuk memberi sebanyak-banyaknya.