Semalam pergi ke kenduri di rumah kawan abah. Kebetulan masa abah sampai, Pak Teh dia ada, sempat la sembang sekejap. Tak sembang apa pun, cuma Pak Teh suarakan tentang Janji Melayu. Sebabnya, Pak Teh patut datang ke kenduri tu bersama-sama jemaah surau bersama2, tapi sebab depa datang awal tanpa inform, so, Pak Teh datang lambat la.
Betul juga kata Pak Teh, benda macam ini memalukan orang Melayu, sebab istilah Janji Melayu tu macam dah sinonim dengan tindakan orang melayu yang suka tak tepati masa dan janji. Kalau meeting pukul 3, pukul 3.30 baru nampak muka orang2 yang patut datang meeting.
Inilah antara beberapa benda yang buat abah sangat tidak setuju bila orang kata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Sebabnya dalam Islam, penuhi janji dan tepati masa itulah yang diajar. Tapi dah memang feel Melayu, tak ikut juga ajaran Islam macam itu. Janji tak ditepati juga, masa tak diikut sepatutnya juga.
Betul juga kata Pak Teh, benda macam ini memalukan orang Melayu, sebab istilah Janji Melayu tu macam dah sinonim dengan tindakan orang melayu yang suka tak tepati masa dan janji. Kalau meeting pukul 3, pukul 3.30 baru nampak muka orang2 yang patut datang meeting.
Inilah antara beberapa benda yang buat abah sangat tidak setuju bila orang kata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Sebabnya dalam Islam, penuhi janji dan tepati masa itulah yang diajar. Tapi dah memang feel Melayu, tak ikut juga ajaran Islam macam itu. Janji tak ditepati juga, masa tak diikut sepatutnya juga.
Kalau kita boleh ubah keadaan macam ini, abah rasa kita akan jadi bangsa yang lebih baik dan maju. Kita cuba hapuskan istilah janji melayu ini kepada Janji orang Islam. Berjanji ditunaikan, dan masa ditepati. Camna nak hapuskan? Kita kena mulakan dari sekarang untuk buat ikut yang sepatutnya.
Hari Jumaat lepas kerja hari tu, abah ajak Ummi dan Muizz ke The Store, saja nak carik barang2 yang dah takde kat rumah. Dalam nak cari barang2 lain, sempat juga masuk kedai CD. Apa lagi, sambar juga satu CD baru dari Hijjaz, Pelita Hidup IV: Perjalanan. Menarik juga album kali ini, dan abah tertarik ngan satu lagu depa, Orang Berjuang. Kata Ummi, lagu ni pernah dinyanyikan oleh Nada Murni satu ketika dulu, tapi versi Hijjaz ni lagi sedap.
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela Tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia 'uzla menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasul Nya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu bayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga
Sori, tak sempat nak mengepek panjang, sebab abah kena ikuti satu kursus hari ni. Esok dan lusa, kena hadiri satu persidangan di Crown Princess pulak.
Nanti kita jumpa lagi, insyaAllah.
Nak memetik kata-kata dari album Pelita Hidup IV - "Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan..."
1 comment:
abahmuizz, seronok jika kita kaji tentang perkataan melayu nih...or bangsa melayu itu sendiri...rasanya di M'sia ini sepatutnya disebut org melayu itu beragama Islam dan bukan melayu itu Islam dan lagi parah Islam itu melayu. Kita sepatutnya 'berbangga' sebab hanya bangsa melayu sahaja didunia ini yg dikaitkan dgn satu agama iaitu semua melayu beragama Islam, setidak2nya di M'sia lah,melayu di negara lain tak pasti lagi,sebab itu baru2 ini kecoh pasal siLina Joy tu...
Berbalik pada janji melayu, sebenarnya dari beberapa kajian tak rasmi yg dibuat, org melayu ni sebenarnya bersikap sopan utk tidak datang tepat pd waktu yg dijanji kerna,jikalau datang awal mereka sptnya terlalu mengharap so mereka dtglah lewat sdkit, ini juga memberi ruang kpd tuan rumah or host bersedia dgn lebih rapi, sbb mereka juga selalu belom bersedia pd waktu yg dijanjikan. hehe
Post a Comment