Thursday, May 14, 2009

Cerita tentang Ulangtahun...

Lagu dulu, cerita akan menyusul kemudian. Tapi hari ni juga insyaAllah.

Banyak benda nak diceritakan, tapi yang ni penting untuk diutamakan, kala ini.

Ummi, selamat ulangtahun. Lirik lagu ini tidak berapa kena dengan isi hati abah, tapi abah suka melodi waktu part - Selamat ulangtahun sayang...

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

to be continued...

Ini sambungannya...

Semalam hari ulangtahun kelahiran ummi. Cuma kali ni istimewa sikit, sebab tahun ini, diwaktu ini, ummi sambut ulangtahun kelahiran dengan satu berita gembira. Berita gembira untuk kami sebenarnya. Ummi disahkan hamil lagi. Syukur pada Allah atas nikmat rezeki yang diberi. Dalam waktu abah berdoa untuk dikurniakan paling tidak seorang lagi zuriat, Allah mendengar doa abah. Dan semoga kali ini, Allah berikan abah dan ummi baby girl yg kami idam2kan selama ini, insyaAllah.

Dan kerana kehamilan ini juga, 2 hari lepas ummi terpaksa ditahan dihospital kerana berlaku sikit pendarahan. Alhamdulillah tidak serius, tapi masih perlu berehat dan berjaga2. Abah dah plan nak surprisekan ummi dipejabatnya pada hari semalam, tapi sebab ummi sedang berehat dirumah, maka terpaksa la surprise dibuat dirumah saja.

Surprisenya hanyalah sekadar kek yang abah tempah khas dari kak mis. Abah tunjukkan disini kek tersebut, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tidak, tapi sekadar memaparkan hasil kerja kak mis yang selalu abah kagumi. Kak Mis, ayat pertama yang keluar dari mulut ummi waktu dibuka kotak kek tersebut, "Cantiknyaaaaa, abah tempah dgn kak mis ke nih? Cantikkkkk..." Terima kasih banyak2 kak mis, sebab berjaya sampaikan perasaan abah pada ummi dengan hasil kerja kak mis. Thanks for the birthday gift too.

Kebetulan harijadi sahabat baik abah juga kurang lebih sama dengan Ummi, maka abah tempah dengan kak mis, satu kotak cupcake utk G for his 29th birthday, dan juga babynya Fatin (bakal menantu abah nih) yg sambut 1st birthday tempohari. Dan abah paparkan juga disini, untuk promosikan hasil kerja Kak Mis.

Ini sajalah dulu untuk makluman sahabat semua, berita2 lain akan abah ceritakan kemudian nanti. Sebab banyak benda yg berlaku kebelakangan ini.

Semoga sahabat2 semua dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa. Itu doa abah untuk anda semua, dan abah pohon doa anda semua juga, untuk kesejahteraan keluarga abah.

Monday, May 11, 2009

Cerita tentang MMS...

Salam sahabat,

Semoga sahabat semua sihat ceria dihari Isnin ini, yg pada sesetengah orang adalah hari hitam. Pada abah hari apa pun, sama saja, putih hitamnya bergantung pada diri kita, tapi hari khamis tetap hari favourite. Sebab? Rahsia. Hahaha.

Dan hari ni nak memetik sesuatu dari emel lagi. Harap sahabat semua tidak bosan kerana abah asyik memetik. Nak mengepek tak ada idea, jadi memetik sajalah idea orang. Cerita tentang 3 makhluk - kita, malaikat dan syaitan. Bacalah (kalau sudi)...

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejap lagi lah, ngantuk lagi ni....zzzzzzzz


Manusia - Nak makanlah, lapar...
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .
Syaitan - Ahh, tak payah la... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panas la skang nih, pakai yg short je ler!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii.

Manusia - Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia. .
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang beb, lantaklahh dia kan ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2 sendiri lah...

Manusia - Banyaknya dosa aku...
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda lagi....rugila...

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, takde orang tahu...Jommmmm...

Manusia - Uuhhh? Letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan didunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Bro, rileks la dulu. Kalau tak sempat, leh qadha kan???

Banyak juga terkena kat batang hidung abah. Nak salahkan syaitan pun, tak boleh sepenuhnya, sebab syaitan tu cuma menghasut, tapi yang membuat keputusan, diri sendiri gak. Tapi kalau syaitan yang betul2 syaitan menghasut, boleh faham lagik, yang jadi tak faham, bila manusia2 sekeliling yang jadi tukang sampaikan dialog2 si syaitan. Parah.

Takat ni dulu. Esok pagi abah ada ujian, anda doakan semoga akan boleh lalui dengan jayanya ujian tersebut. Kalau lulus, insyaAllah abah akan kongsikan dengan sahabat semua tentang ujian itu. Doakan abah ek!

Thursday, May 07, 2009

Cerita tentang mak...

Salam sahabat,

Abah dapat satu emel dari Muzem, berkenaan Ibu. Sekarang ni dimana2pun kita semua ditunjukkan/didengarkan/disibukkan dengan Hari Ibu. Bagus pun sebenarnya. Sekurang2nya bila kita terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga hingga terlupa nak fikir pasal ibu, bila orang lain sibuk2 dengan Hari Ibu, kita pun akan turut sama terfikir pasal Ibu. Dan abah nak kongsi dengan anda apa yang Muzem emelkan pada abah, tapi abah sesuaikan dengan diri abah. Sekadar untuk berkongsi cerita.

"Ibu.. Oh Ibu.."

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku.....mak (dan kakak)

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak(kakak)

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak (mungkin, sebab mak tak pernah sebut pasal ni)

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak (abah tak cari sapa2, menangis sendiri2)
Bila nak bermanja, aku dekati....mak (tak bermanja, sebab adik2 ramai)

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak (waktu kecil2 dulu tak bergesel ngan mak)

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak (ayah yang banyak pujuk, itupun kalau
abah sedih bila ayah pukul abah)
Bila nakal, yang memarahi aku....mak (dan ayah)

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak (takde orang pujuk, abah pujuk hati sendiri)

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak dan ayah (tapi ayah lebih2 marah)

Bila takut, yang tenangkan aku....mak/kakak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak (dulu abah tak peluk sapa2, dah tua bangka ni baru abah pandai peluk mak)


Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti telefon....kakak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....kakak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak (Abah tak luahkan pada sapa2)

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak (dan ayah)

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak (tak ada orang yang sibuk bila abah nak exam
)
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak (atau ayah)

Bila ada masalah, yang paling risau
.... mak (dan ayah)

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak (lately ni saja)

Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak (dan kakak)


kalau balik ke kampung,
yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak (dan kakak)

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak (dulu sendiri buat, skrg Ummi yg buat
)
Yang selalu berleter kat aku...mak (dulu2 la, sekarang Ummi ambil alih)
Yang selalu puji aku....mak (dan ayah, dan Ummi
)
Yang selalu nasihat aku....mak (dan ayah, dan Ummi)


Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....Kakak (mak sangat kecewa dengan abah sebab ini - Ampunkan abah mak!)


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....Ummi

Bila sedih,
aku cari....Ummi
Bila berjaya, aku ceritakan pada....Ummi

Bila gagal, aku ceritakan pada....Ummi juga (dan simpan sendiri)

Bila bahagia, aku peluk erat....Ummi
Bila berduka, aku peluk erat....Ummi

Bila nak bercuti, aku bawa....Ummi

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Pengasuh

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku (Abah tak sambut Valentine)

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” (Tak pernah lagi ucap pada mak)


Selalu.. aku ingat pasanganku (dan mak ayah)

Selalu.. mak ingat kat aku (mak tak pernah sebut, tapi abah tahu mak selalu ingat abah, menantu dan cucu2 mak)

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku

Entah bila... aku nak telefon mak (sangat jarang abah telefon mak)

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku (waktu hari2 tertentu saja)
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak (Ummi yang selalu belikan, bukan abah)

Emak abah bukan ibu sempurna (jika dibandingkan dengan ibu2 sempurna yang lain). Bukan salah mak, abah tidak dapat banyak benda yg orang lain dapat. Emak hidup dengan terpaksa berdepan keperitan dan kenyataan hidup yang sukar. Abah lahir waktu kakak2 dah boleh diharap, maka banyak masanya abah hanya ada dengan kakak2 abah.

Tapi apapun, abah masih bersyukur dilahirkan oleh mak. Abah bangga ada mak. Abah bukan anak sempurna, dan itu bukan salah mak mendidik abah. Mak dah buat yang terbaik mak mampu dengan segala kekangan yang ada. Walaupun abah sentiasa rasa iri bila lihat mak kawan2 yang sangat motherly dengan anak2 dia,

tapi...

Mak tetap ibu yang terbaik untuk abah.
Abah sangat sayang mak
Abah sangat kasih mak
Abah sangat hormati mak
Abah tak nak kehilangan mak...

Abah akan cuba bahagiakan mak supaya mak boleh lupakan kisah2 suram hari2 lalu, insyaAllah.

Tuesday, May 05, 2009

Cerita tentang Autobot...

Salam sahabat,

Tiada apa yang menarik kala ini untuk dikongsi. Sekadar ingin menampalkan satu trailer cerita yang abah tunggu2.



Dan pagi semalam, autobot abah kena sondol dengan satu decepticon. Nasib baik anak decepticon, kalau bapak dia yang sondol, habis autobot abah.

Pusing 2,3 bengkel nak cari harga yg paling murah untuk baiki, akhirnya jumpalah satu. Alhamdulillah si decepticon tu nak bayar, walaupun tidak semuanya. Abah kesian juga kat dia, memang la salah dia sondol autobot abah, tapi abah faham keadaan dia yang baru saja kerja. Tapi kalau dia tipu abah, itu abah tak boleh nak cakap apa la.

Apapun, harap sahabat sekalian ceria hari ini. Bekerjalah sebaiknya, dan kerjalah kerana Allah. Semoga kasih sayang dan rahmat Allah tetap ada buat kita.