Sunday, October 08, 2006

Cerita tentang ulangtahun kelahiran...

7 Oktober 2006

Malam tadi, waktu abah balik dari surau, abah di'surprise'kan oleh Ummi dan Muizz. Abah ingatkan depa dah tido, sebab gelap je bilik. Baru sekejap abah duduk kat sofa, tiba2 Muizz keluar dari bilik, dia kata 'surprise', dan Ummi bawak sebiji kek 'chocolate banana' kegemaran abah.

Abah tak tahu nak cakap apa, tapi abah seronok la, sebab anak kesayangan abah dan isteri kecintaan abah sempat lagi beli kek untuk raikan ulangtahun kelahiran abah ke-33.

Terima kasih Ummi, dan Muizz atas 2 keping kad harijadi yang sangat menarik hati abah. Dua kad yang paling bermakna tahun ini. Nak tengok apa Muizz tulis pada kad yang diberikan pada abah??



Dan ini pulak kad dari Ummi, tapi takleh tunjuk apa yg Ummi tulis, sebab apa yg tercatat hanya untuk abah seorang saja. Hehe.

Terima kasih untuk sahabat2 abah yang mengutuskan sms seawal jam 1 pagi untuk ucapkan selamat pada abah. Abah hargai tanda ingatan dan persahabatan kalian semua. Dan terima kasih juga atas doa yang diberi. Semoga umur abah ini akan panjang, dan panjangnya adalah untuk kebaikan semua, insyaAllah. Dan semoga rezeki abah akan dimurahkan Allah, dan murahnya rezeki itu adalah untuk kebaikan kita semua juga nanti, insyaAllah.

Untuk orang jauh yang sanggup datang kerumah pada pukul 11.30 malam, semata-mata untuk pastikan hadiah dan ucapan diterima pada masanya, abah tak tahu apa nak kata, selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan, doa dan pemberian. Moga Allah membalasnya dengan kebahagiaan hidup anda.

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah. Syukur atas segala yang telah Engkau berikan pada hambaMu ini ya Allah.

5 comments:

~comei~ said...

happy birthday abah muizz.. patutlah hari ni nak sangat jenguk blog abah.. psssttt jgn lupa kita sama bulan. hehe

(bestnyer choc banana)

Anonymous said...

Semoga abah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Insyallah. Rasanya saya adalah anak murid abah di Surau UDA.

Anonymous said...

Abah Muizz

Seharian hari ini ana membaca blog ini, sungguh menarik. Sebenarnya ana peminat blog niezam. Allah tunjukkan jalan yang baik hari ini. Ana dapat Abah Muizz dari blog niezam. Alhamdulillah. Insyallah setiap hari/minggu ana akan membaca blog ini. Banyak pedoman hidup yang dapat dicontohi. Ana sangat tertarik kerana blog ini lebih menjurus kepada Islam. Semoga Abah Muizz terus dapat menulis yang bernas dan banyak memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Insyallah.

Abah Mui'zz said...

Nim, terima kasih. Memang best pun banana choc tu. Nyam..nyam.

hajjah, terima kasih atas doa dan harapan hajjah. Tentang anak murid tu, abah rasa hajjah mungkin silap orang.
Abah belum pernah mengajar dimana-mana surau, sekadar belajar tu adalah sikit2.

Apapun, terima kasih kerana sudi lawat blog abah, dan ambil mana2 yang boleh diambil. Moga Allah akan tetap berikan abah idea dan kekuatan untuk terus mengepek mana yang baik, insyaAllah.

~comei~ said...

rasanya aba muiz yg hajah maksudkan tu yg ni--> http://aba-muiz.blogspot.com/