Dah banyak hari tak sempat nak update blog ni. Tak sempat.
Hari Jumaat - Ahad, abah terpaksa berkampung(walaupun tak bermalam) di Hotel Legend, sebab company buat kolokium, dan abah selain dari jadi boss kecik utk satu committee, abah kena bantu satu boss besar buat presentation dia.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Walaupun ada 2,3 benda yang agak mengalutkan, tapi abah puashati la, sebab boss besar pun puas hati. Penat la tapinya. Dan alhamdulillah juga, sebab abah bertemu dengan seorang kawan baru. Kami sempat berborak tentang beberapa benda, tapi sayang, sebab program agak pack, dan abah terpaksa berkejar sana-sini, jadi, tak dapat nak sembang lama. Tapi tak apa, teknologi ada, lepas ni boleh berborak lagi ngan kawan baru ni.
Hari Isnin - Selasa, abah kena pergi Nilai, sebab ada satu persidangan. Itupun last minute abah tahu yang abah kena attend, sebabnya, ada orang lupa nak inform abah yang abah kena attend conference tu. Dan seperti biasa la, conference di Malaysia ni, selalunya membosankan. Bukan bosan apa, tapi sebab kebanyakan kertas kerja yang dibentangkan, samada terlalu teknikal, atau terlalu asas. Dan orang yg bentang pun, macam tak berapa tahu sangat apa yang dia bentangkan. Cuma berbaloi jugalah pergi, sebab ada beberapa plenary speakers bagi pembentangan yang agak baik.
Hari ni, Rabu, ada perhimpunan kemerdekaan pulak di ofis. Kena la pulak attend, walaupun kerja ada lagi yang masih belum beres. Tapi takpe, esok Merdeka, abah nak bawak family balik Kelantan, bercuti dalam 5-6 hari, datang ofis balik nanti, baru nak fikir semula tentang tugas yang tak beres lagi tu, ok tak? Hahaha. Hancus kompeni ada staf macam abah ni.
Oklah dulu, abah nak pekena milo panas sat, pastu turun gi auditorium, sebab ada perhimpunan. Salam.

No comments:
Post a Comment