Showing posts with label pandangan peribadi. Show all posts
Showing posts with label pandangan peribadi. Show all posts

Wednesday, March 09, 2011

Cerita tentang guru...

Salam sahabat2 abah.

Dua hari lepas, abah dengar satu rancangan diradio, yg mana ada caller telefon. Si caller itu, seorang guru mengaji. Dia mengadu akan kesedihannya bila mana, anak2 yg diajarnya mengaji itu, balik rumah ceritakan pada mak ayah, bahawa mereka dimarah sewaktu mengaji.


Abah pernah mengaji waktu kecik2 dulu (dah tua2 ni makin liat plak mengaji - mmg nak kena rotan abah ni), dan abah tahu apa yg guru2 mengaji ni marah. Mungkin kaedah marah itu berbeza, tapi yg pastinya, mereka marah hanya kerana mereka 'care' dan mereka sayang pada anak2 murid ini.

Cumanya, bila mak ayah yg terlalu mendengar kata anak2 ni datang dan berjumpa guru mengaji ini, hanya untuk dimarah, dicerca, dan diungkit akan upah RM5 sebulan yg diberi itu, abah boleh faham kenapa ustazah ini menangis kesedihan.

Abah yakin, bukan duit upah RM5 sebulan itu yang dikisahkannya. Cuma terkilan kerana disebalik usahanya mendidik anak2 kita, kita marah dan hina dia. Ini baru kisah guru mengaji, belum lagi cerita pasal guru2 kat sekolah tu. Berapa ramai yg pernah lalui pengalaman kena serang dengan mak ayah budak2, hanya kerana mereka terlalu dengar cakap anak2? Abah rasa ramai cikgu yg pernah kena, kecuali Cikgu Ajam (yg sangat baik itu).

Mungkin, dipihak cikgu, atau guru mengaji itu ada kesilapannya. Tapi tak bolehkah kita terima saja kekurangan mereka, demi kebaikan anak2 kita, dan demi usaha dan tungkus lumus mereka mendidik anak kita? Mati ke anak kita dikerjakan cikgu? Masuk ICUkah anak kita bila dirotan guru mengaji? Tidak kan?

Oleh kerana tidak, kita mak ayah ni, kena la bertolak ansur. Kalau betul nak tegur, pergilah jumpa, cakap baik2. Cikgu tak kecik hati, dan kita pun boleh tahu apa letak duduknya perkara.

Dan jangan sesekali ungkit akan RM yg kita keluarkan untuk bayar yuran sekolah atau duit upah mengaji. Maaf cakap, duit tu tak seberapa sangat pun untuk diungkit2. Ilmu yg anak kita dapat tu jauh lebih bernilai dari RM yg kita bayar.

Untuk sahabat2, dan diri abah juga, moga2 kita jadi mak ayah yg bertimbangrasa dan menghargai jasa dan pengorbanan cikgu2 pada anak2 kita ni. Anak kita cemerlang atau tidak, guru2 mereka tetap berjasa. Dan pada guru2, teruskanlah usaha anda mendidik anak bangsa. Ikhlaskanlah hati dalam mendidik. Bayangkan ilmu yg anda curahkan pada puluhan anak2 itu, melekat dijiwa mereka, dan mereka amalkan serta curahkan pada anak2 lain bila mereka dewasa nanti, Subhanallah, banyaknya pahala2 amal yg anda dapat. Jika ada pun mak ayah yg datang serang dan menghina anda macam2, sabarlah. Percayalah, satu ketika nanti, mereka akan sedar (atau terus2an tidak sedar) akan betapa anda berjasa pada mereka.

Semoga Allah sentiasa berikan kesabaran dihati kita, insyaAllah.

p/s: Jangan ditanya kenapa gambar SN mengaji yg abah pilih untuk dipaparkan. Kerana jawapannya pastilah, "Biarlah rahsia!"

Thursday, October 14, 2010

Cerita tentang takdir...

Salam sahabat,

Asyik (yg kadangkala keterlaluan) dengan fesbuk, buat abah lupa seketika pada blog. Kerja yg banyak tu pun ya juga (alasan!).

Apapun, moga anda terus sudi menjengah dan membaca ngepekan abah ini. Dan semoga kita semua masih tetap sihat dan ceria dalam rahmat kasih sayang Allah.

Baru2 ini, sewaktu sedang memandu sambil mendengar IKIM.fm, tertarik dengan satu sms dari pendengar yg mempertikaikan kenapa kita asyik merujuk pada bahan kajian manusia dalam memperkatakan soal jodoh sedangkan jodoh, ajal maut, rezeki, itu semua ditentukan Allah.

Tertarik juga dengan jawapan Prof tersebut. Dan disini abah nak mengulas sikit pasal itu.

Pada abah, memang kita kena yakin bahawa soal jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut - itu semua kerja Allah yang disembunyikan dari kita. Allah yg menentukan semuanya. Dan abah percaya juga Allah punya sebab untuk menyembunyikannya dari kita.

Anda tahu bila nak dapat rezeki? Bila nak bertemu jodoh? Bila nak mati? Rasa2nya takde yg tahu. Kalau agak2 tahu pun, masih belum pasti. Betul?

Dan kenapa Allah sembunyikan, pada abah, adalah kerana Allah nak kita gunakan akal yg diberi, kudrat yang diberi, ruang yg diberi, dan apa saja yg Allah pinjamkan pada kita itu, kita gunakan untuk berusaha. Bukan berusaha melawan takdir, tapi berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Samada Allah beri atau tidak beri, itu soal lain. Jika Allah beri, ataupu tidak beri, selepas kita berusaha sebaiknya, maka itulah takdir Allah pada kita.

Abah bagi contoh, orang kata "ada jodoh, ada lah tu." Betul, tapi kalau tak berusaha, agak2 ada tak jodohnya. Ada, jika itulah yg Allah kata, tapi logiknya, anda kena berusaha, kan? Berusaha mencari jodoh anda. Andai kata anda berusaha, dan anda jumpa bakal jodoh anda, tapi sehari sebelum akad nikah, dia Allah panggil menghadapNya, maka itulah takdir anda, iaitu bukan jodoh anda dengan dia. Dalam keadaan itu, kita pahamlah bahawa penentu segalanya adalah Allah SWT.

Tapi kalau kita tak berusaha. Kita suka seseorang, kita cuma diam. Kita tak berusaha nak "mendapatkan" dia. Kita cuma berdoa moga Allah jodohkan dengan dia. Dan bila satu hari kita dengar dia dah berkahwin, kita kata, "dah takde jodoh kita dengan dia.". Maka kita pun frust, walaupun masih menerima takdir Allah. Terima ya, tapi wajarkah frust. Allah beri kita pilihan. Dan kita memilih untuk tidak berbuat apa2. Andai mungkin anda berusaha, si dia mungkin jodoh anda.

Sama juga kalau bercerai, "sudah takde jodoh kami, nak buat macamana". Seringkali dengar orang cakap macam itu kan? Tak salah apa dikata, cumanya pada abah, bukankah Allah bagi pilihan untuk kita pilih.

Imagine anda jumpa sms cinta dari bekas pakwe isteri anda, apa nak buat? Ada orang tanpa usul periksa, ceraikan isteri tang2 tu juga. Dan bila dah bercerai, "Nak buat lagu mana, dah bukan jodoh." Yg sebenarnya, kita memilih untuk jadi macam itu. Andai kata kita berusaha untuk berbincang dan bertanya dengan isteri, mungkin takdir hidup kita bukan bercerai dengan isteri. Mungkin. Allah saja yg tahu.

Point abah sebenarnya ialah, jangan disalahgunakan konsep "sudah takdir Allah". Melainkan kita telah memilih untuk berusaha yg sebaiknya, sekiranya Allah kata itu bukan utk kita, maka disitulah baru kena konsep, "segalanya adalah ketentuan Allah". Jangan sesenangnya nak gunakan takdir Allah bilamana kita tidak berusaha dengan sebaiknya.

Panjang la pulak mengepek. Hehehe.

Abah berhenti disini dulu. Semoga kita akan jumpa lagi nanti insyaAllah.

Friday, August 13, 2010

Cerita tentang hukuman...

Pagi ini, terlihat satu gambar dikaca TV. Sedihnya rasa hati. Dalam pada kabinet memutuskan kes buang bayi dikelaskan sebagai kes bunuh (walaupun lambat, tapi alhamdulillah), kita dipaparkan lagi dengan kisah sebegini.

Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui
dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama
sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga,
Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Abah rasa (ikut rasa hati la ni), kalau dapat tangkap siapa yg membuat benda ni, sebelum dihukum bunuh tu, elok la dipaksa dia berendam dalam lubang kumbahan najis untuk 3/4 jam, dan siarkan di kaca TV. Daripada dok siarkan konsert2 artis yang menghancurkan itu, lebih baik siarkan hukuman yg ini. Sekurang2nya orang2 yg menonton akan boleh rasa bahananya perbuatan yg dilakukan tu.

Kita manusia ni kalau nak kata takut dengan hukum Allah, abah rasa semua tak takut. Setakat takut dimulut saja. Sebabnya, masing2 tak dapat nak bayangkan betapa siksanya hukuman Allah diakhirat, walaupun sekian banyak kisah tentang bagaimana orang2 yg meninggal merayu2 Allah supaya dihidupkan semula. Kita tetap macam itu, hanya kerana tak nampak bagaimana hukuman akhirat, kita jadi tidak takut dan tidak endah. Kita buat semua kesalahan2 yg Allah haramkan kita buat. Maka, elok juga ditunjukkan hukuman dunia ni pada semua orang. Dan bagitahulah diTV, ini baru hukuman dunia, belum hukuman akhirat lagi.

Abah tahu anda tidak setuju dengan apa yg abah kata. Tapi kita dah makin kritikal. Setelah sekian banyak benda kita buat (ataupun tidak buat apa2), kes buang bayi semakin banyak.

Mintak maaf la kalau abah terlebih emosi sikit. Sedih sgt tgk mayat bayi tu, dalam kumbahan najis. Celakanya siapa yg sanggup buat macam itu pada bayi itu.

Tuesday, August 10, 2010

Cerita tentang Ramadhan 1431H

Salam sahabat,

Sekian lama tak mengepek apa2, hari ni ada keinginan untuk mengepek.

Petang semalam, sewaktu sedang memandu pulang kerumah, abah dengar program Keluarga Sakinah di ikim.fm, dikendalikan oleh Datuk Prof Dr Sidek Baba. Program yg sangat baik, bukan kerana abah memang minat dgn Prof Sidek, tapi sebab intipati dan ilmu yang disampaikan. Berkaitan kekeluargaan dan bagaimana menjadikan rumahtangga dan kehidupan berkeluarga itu satu syurga didunia buat kita semua.

Abah mendengar untuk ilmu, dan abah mendengar untuk memeriksa diri. Banyak ilmu yang diperolehi (kalau dengar selalu la) dan banyak kekhilafan diri yang perlu diakui. Ada perkaranya abah dilandasan yang betul, tapi banyak perkaranya, masih perlu diusahakan lebih kuat dan lebih konsisten.

Bukan abah saja lah, anda semua pun. Selagi anda berkeluarga, ilmu2 ini sangat penting diketahui dan dipelajari, dan lebih penting untuk diamalpraktikan, supaya hidup kita akan lebih tenang, senang dan nyaman. Bukan kita saja, malah seluruh ahli keluarga kita.

Siapa yg tak impikan keluarga bahagia, kan? Tanyalah sesiapa pun, semuanya akan teringin punya keluarga bahagia, dari segi fizikal dan spiritualnya. Semua ibubapa inginkan anak2 yang baik dan taat, pandai, soleh. Semua ahli keluarga inginkan rumah yang kemas, bersih, tenang dan damai. Semua isteri dambakan suami yang penyayang, soleh, bertanggungjawab. Dan semua suami butuhkan isteri yg solehah, taat, lemah lembut dan penuh kasih sayang. Itulah gambaran sebuah syurga bagi keluarga.

Untuk sesetengah kita, nampak macam sempurna sangat keadaan diatas tu, kan? Mmg nampak macam sempurna, tapi tidak mustahil untuk dinyatakan. Realiti hari ini, kebanyakan rumah tangga kita tidak sebegitu. Anak2 kita nakal, suka sepahkan rumah, tak dengar kata. Isteri kita boros, dan tidak taat pada kita. Suami kita pemalas, pemarah, dan sangat ego. Dan kita saban hari asyik terkenangkan betapa bahagianya JIKA semua itu berubah ikut yang kita impikan.

Kalau anda (dan abah juga) inginkan hidup anda seperti yg diimpikan, jom kita sama2 perbaiki diri dan keadaan. Duduk mengeluh dan berfikir saja tidak akan kemana2. Kita tahu apa kita inginkan, kita timba ilmu positif dimana2 dan dari siapa2, kita pakat2 amalkan dan praktikkan. Kita tidak boleh harapkan org lain dan persekitaran mengubah kita. Kita yang kena ubah persekitaran dan orang2 dibawah jagaan kita. Disamping sentiasa berdoa moga2 Allah bantu.

Cukup2lah memberi justifikasi (dan alasan) untuk tidak berbuat sesuatu. Anak ramai, tak ada masa, kerja pejabat banyak, duit tak cukup, suami tak supportive, bla bla dan bla lagi alasan yg akan sering ada bila kita cuma untuk tidak berbuat sesuatu yang patut. Bukan anda, tapi abah. Tahu perlu berbuat sesuatu, tapi sering saja hati dan diri ini mencari alasan. Alasan yg valid pun sebenarnya, tapi dalam masa yg sama mensabotaj diri abah sendiri.

Kita banyak tidak maju dan berkembang (bukan berkembang tubuh badan) hanya kerana kita sabotaj diri kita sendiri. Susah, aku memang ditakdirkan macam ini, masa belum sesuai, nantilah, dan macam2 lagi kaedah kita mensabotaj diri.

Sempena Ramadhan 1431H ini, jom saahabat2 abah semua, kita hentikan mensabotaj diri kita. Usahakan sesuatu yang baik, dan positif, samada untuk diri sendiri, ahli keluarga dan persekitaran. Jadikan madrasah Ramadhan yg akan kita lalui selama sebulan tahun ini (insyaAllah jika dipanjangkan umur), menjadi madrasah terbaik mendidik diri kita, dan menjadikan kita manusia yg sering berusaha mengamalkan segala kebaikan yang dipelajari dan diketahui. Kita sayang Allah? Cintakan Allah? Maka sayanglah dan cintalah anak2 dan isteri serta keluarga. Sayangilah mereka dengan kita berusaha (sebaiknya bersama2 mereka) untuk menjadikan rumah kita itu syurga buat kita.


Semoga dipenghujung Ramadhan ini, kita akan berjaya menamatkan pengajian kita dengan cemerlang, selain dari mendapat keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah serta segala kelebihan lain yg Allah hanya tawarkan dalam bulan ini. Sesekali berebut membeli time sale Sogo, apa kata kali ni kita berebut membeli time sale Ramadhan.

Mustahil? Tidak sama sekali.

Salam ramadhan dari abah dan keluarga untuk sahabat semua.

Thursday, July 15, 2010

Cerita tentang Erti kerja...

Salam sahabat, moga kita semua tetap sihat dalam rahmat Allah.

Sekadar nak berkongsi pasal sesuatu yg abah dengar dari radio.

Berkisah pasal kerja, ada satu cerita berkenaan tukang rumah yang bercita2 untuk berhenti kerja dan pergi melancong. Setiap hari2 terakhir bekerja, keinginannya utk melancong bertambah kuat. Tak tau la kat mana kan, Maldives ke, Hawaii ke. Tapi sebelum dia tamat perkhidmatannya, bossnya mintak dia siapkan satu lagi rumah, sebagai projek terakhir. Oleh kerana banyak terhutang budi dengan boss, maka dia buat la juga rumah tu. Tapi kerana jiwa dan hatinya sudah berada ditempat yg dia nak pergi, (agaknya sini la kot),


maka dia buat la rumah tu dengan separuh hati dan jiwa. Dan anda pun mesti boleh agak bila kerja dibuat tanpa kesungguhan dan keikhlasan. Bila dah siap, boss dia kata, "ambiklah rumah ini, hadiah dari aku, kerana kamu seorang pekerja yang sangat dedikasi, cemerlang dan paling tekun dengan kerja2 kamu." And the rest is history (a.k.a buat kesimpulan sendiri la ya!)

Anda pernah rasa sangat malas nak ke tempat kerja? Sangat malas nak buat kerja? Berharap setiap hari adalah hari cuti? Walaupun begitu, anda tetap nak gaji masuk dalam akaun bank seperti biasa, kan? Jangan kata sahabat semua, abah pun ada ketikanya datang rasa macam itu. Dan bila ada rasa macam itu, kerja pun buat sambil lewa, tak letakkan sepenuh hati dalam kerja yg dibuat. Hanya kerana motivasi "duit gaji akan masuk", maka buat jugalah, janji siap - kualiti tolak tepi. Dan bila buat sekadar siap, faham2lah hasilnya. Mungkin tidak ada cacat celanya, tapi kesempurnaan, memang takkan capai ler.

Tapi kalau kita diberitahu awal2 bahawa bila kerja kita siap, boss akan bawak kita melancong, naikkan pangkat, bagi bonus tinggi tahun ni, agak2 la kan, apakah kesudahan kerja kita tu ya? Abah yakin, mesti kita akan bagi "the very best" dalam melaksanakannya. Tak tido malam pun tak apa. Ke tak? Tapi untuk kerja itu je la kan, lepas siap kerja tu, dan lepas dapat habuan, kita akan balik pada diri kita yg biasa itu.

Kenapa jadi macam itu? Abah rasa sebab selama ini, kita bekerja hanya kerana ganjaran. Abah mungkin salah, tapi itu yg abah pikir (dan abah dengar dari radio). Kita jarang melihat kerja kita dari sudut pemberian. Satu pemberian pada yang lain. Dan abah rasa kita kena mula melihat kerja kita dari kedua2 sudut ganjaran dan pemberian. Ganjaran adalah apa yg kita dapat secara langsung atau tidak - gaji, bonus, kepuasan etc. Dan pemberian adalah apa kebaikan yang kita berikan pada insan lain. Makcik tukang cuci ada pemberian dalam kerjanya, cikgu pun sudah pastinya ada, teller kat bank pun ada, setiausaha boss pun ada juga, pendek kata semua pekerjaan pun pastinya ada elemen pemberian.

Dan baiknya kalau kita boleh memberi yang terbaik, dalam melaksanakan kerja kita. Tidak kira kerja makan gaji, atau kerja sukarela. Kerana dengan memberi yang terbaik, ada insan lain yang akan mendapat manfaatnya dari situ. Bangunan pejabat yang kita duduki ini pun kalau tidak kerana mamat2 indon atau bangla yang menyusun batanya, atau memasang bumbungnya, kita pun pastinya tak akan merasa keselamatan dan keselesaan bangunan tempat kerja kita, kan? Dan bayangkan kalau mamat2 indon itu buat kerja separuh hati, hanya sebab duit semata2, pastinya kerja dia tidak akan sempurna.

Dan nak memetik juga kata2 Ustaz Hasrizal, jika kita orang miskin, jadilah orang miskin yang terbaik. Jika kita kaya, jadilah orang kaya yang terbaik. Jika kita boss, jadilah boss yang terbaik, dan jika kita kuli, jadilah juga kuli yang terbaik. Kenapa? Kerana kita akan diadili (di akhirat) dari posisi mana kita ditempatkan Allah didunia ini. Dan kerana jika kita jadi yang terbaik didunia ini, pastinya orang lain akan mendapat sama kebaikan yang kita buat dan ada itu, insyaAllah.

Abah tinggal anda kat sini dulu (anda buat kerja la semula lepas baca ni), sebab abah ada kerja nak diuruskan sebelum abah bertolak ke Maldives esok hari untuk bercuti bekerja. InsyaAllah kalau ada waktu senggang, abah akan cuba menyelongkar Maldives mencari sesuatu yang boleh dikongsi dengan anda nanti. Tak sabar rasa hati nak melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT, yang selama ini abah cuma saksikan dalam gambar dan TV sahaja.

Doakan abah selamat pergi dan balik, dan selamat dalam memberi yang terbaik dalam kerja yang diamanahkan pada abah, insyaAllah.

Tuesday, June 29, 2010

Cerita tentang adil...

Malam tadi, sewaktu dalam perjalanan ke Cheng's Child Clinic (sebab Achik dan Adik baby demam), Ummi sempat berkongsi sesuatu dengan abah. Berkongsi pasal apa yg berlaku dan apa yg didengar. Berkongsi pasal 'adil'.

Dan abah berkongsi dengan anda disini, dari perspektif abah.

Bila sebut pasal adil, agak2 la, apa dalam fikiran anda? Dan pastinya abah tidak maksudkan Parti Keadilan Rakyat itu (yang abah sendiri pun sudah kurang pasti dimana keadilan yang mereka juangkan). Bukan juga berkenaan manusia bernama Mohd Adil. Tapi berkenaan bagaimana kita sering memandang akan adilnya kehidupan pada diri kita. Sebab abah yakin anda selalu dengar ungkapan, "hidup itu tidak adil".

Walaupun kita jarang ungkapkan keadilan atas namanya adil itu, kita sering juga merungut akan bagaimana kita yang bekerja keras dipejabat, alih2 si kaki bodek boss itu juga yang naik pangkat dan gaji. Dan kita juga mengeluh, akan betapa lamanya kita beratur dalam kesesakan trafik, alih2, mamat yang potong Q juga yang meluru kedepan. Betapa juga kita yang selalu ambil berat tentang mak ayah, alih2, abang sulung atau adik bongsu itu juga yang lebih disayangi mak ayah.

Dan bila merungut atau mengeluh soal itu, pastinya kita merujuk betapa tidak adilnya kehidupan pada kita. Betapa kita yang baru pertama kali nak menipu, terkantoi, sedangkan kawan kita hampir setiap bulan tipu claim, "haram" tak pernah kantoi. [Abah saja je guna perkataan 'haram' tu, sebab orang sekarang suka betul sebut, walaupun tak kena pada konteks].

Pada abah, kita ini manusia biasa. Tahap keimanan dan kesabaran kita nipis. Kita cepat rasa letih bila kerja keras kita tak dipandang boss, yg lebih memandang pada bodekan sipolan dan sipolan saja. Kita cepat putus asa bila, "asyik orang potong Q aku jer". Dan lebih parah bila kita pulak yang melakukan perkara2 yg kita tidak suka itu, atas dasar, "puas hati aku!". Abah tidak boleh nak menghukum, sebab abah pun manusia macam anda. Abah tidak sempurna. Ada masa abah macam apa yg abah tulis diatas itu. Dan seringkali juga abah rasa betapa tidak adilnya hidup pada abah. Tapi tidak la sampai menidakkan keadilan Allah SWT.

Kerana Allah SWT itu sesungguhnya Maha Adil. Segala ketidakadilan yang berlaku (yang kita rasa sebenarnya) pada diri kita, merupakan antara aturan Allah pada diri kita. Malangnya seringkali kita gagal melihatnya dari sudut yang positif, kerana kesedihan dan kekecewaan lebih tebal dihati.

Kita pastinya tidak terfikir bahawa itu kaedah yang Allah beri untuk menguji keimanan dan kekufuran kita. Untuk menguji sejauh mana keyakinan kita pada keadilanNya, dan janji-janjiNya. Kita juga gagal melihat akan implikasinya pada mereka yang kita rasa tidak berlaku adil itu. Kita rasa, bila kawan kita menipu duit claim, mereka akan lebih banyak duit. Kita rasa, mereka yang potong Q sewaktu trafik sesak itu akan sampai awal kedestinasinya, kita rasa mereka yang naik pangkat kerana kemahiran "kipasan" mereka akan hidup senang. Tapi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi tak kisah la kan, sebab itu kehidupan mereka dan urusan mereka dengan Allah. Kerana mereka itu juga sebenarnya diuji Allah, sama seperti kita. Gagal atau berjaya, bergantung pada kekuatan kita menerima takdir yg Allah aturkan untuk kita.

Abah sangat yakin bahawa apa saja yang berlaku dalam hidup abah, ada hikmah yang kadangkala abah tahu, sebab itu kadang2 selalu keluar dari mulut, "Ha, nasib baik..." (nasib juga yang dapat nama!) Dan kebanyakan hikmah dari apa yg berlaku itu, abah tidak tahu, tapi abah yakin ia tetap ada. Sebab abah juga yakin Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani, Maha Penyayang.

Semoga abah dan anda semua akan lebih baik dalam menangangi isu rasa "ketidakadilan hidup" ini pada diri kita dan manusia2 kesayangan kita. Semoga nanti, setiap kali kita rasa hidup tidak adil, kita dapat fikirkan mereka yang lebih besar ujiannya dari kita. Bayi2 comel yang dibuang itu tidak sesekali mengeluh akan tidak adilnya hidup pada mereka, sekalipun dibuang, dibakar, di'blender'. Yakinkan diri bahawa betapa tidak adilnya apa yg berlaku, ia hanyalah didunia. Dan ia hanya ujian untuk kita kukuhkan lagi keyakinan kita pada Al-Adil Allah itu.

Yang penting, apa yang berlaku disana nanti. Kerana disana, semua kita akan diadili seadil2nya. Adilkah kita dalam hidup kita? Pada orang2 kesayangan kita? Pada tugas kita? Pada rezeki yg Allah beri pada kita?

Kita tanya diri, kita tepuk iman. Semoga jawapannya adalah yang 'adil' buat kita semua, insyaAllah.

Jumpa lagi dengan izin Allah. Minggu depan mungkin.

Thursday, June 03, 2010

Cerita tentang Israel dan kita...

Salam sahabat,

Zaifull komen kat chatbox abah, akan lamanya abah tidak post apa2 di blog. Bila ditengok balik post abah yg terakhir, 30 April. Haha, memang lama.

Sebab? Ada idea nak mengepek, tapi sebab kekangan masa (di ofis banyak kerja, dirumah memang tak sempat), dan juga sebab Facebook.

Tapi hari ni, nak juga mengepek sesuatu, sekadar pastikan sahabat2 blog tahu yg abah masih bernyawa, alhamdulillah.

Rata2 tahukan baru2 ni kapal yg membawa sukarelawan dan aktivis kemanusiaan yg sudah menghampiri Gaza telah diserang oleh skuad elit Israel laknatullah.

Sedih dengan apa yg berlaku. Dan reaksi yg pelbagai melanda dunia, termasuklah masyarakat Malaysia (diri kita lah tu).

Pelbagai kutukan diluahkan oleh hampir pelbagai negara. Dan sehingga hari ini, sekadar kutukan sahaja, tiada sebarang perkembangan positif berkaitan siasatan atau hukuman yg kedengaran.

Kita pun berdegar2 melaungkan Benci Israel. Kita hantar emel berkaitan serangan itu pada kawan2, kita tulis status di Facebook akan bencinya kita pada Israel, tapi ironiknya kita juga tahu Facebook itu milik Israel.

Dan abah pasti, ianya cuma hanya untuk 2-3 bulan sahaja. Selepas ini, kita masih tetap dengan kehidupan kita. Palestin jarang2 hinggap dalam minda, bencinya kita pada Israel akan kita lupakan (walaupun tetap benci). Sebab? Sebab masa akan memudarkan banyak perkara. Terutamanya perkara2 yang kita tidak sangat rasa kesannya dalam kehidupan kita. Dan kalau kita rasapun, hey, life must goes on.

Anda jangan salah faham dengan abah, abah cuma mengepek apa yang abah rasa berlaku pada diri abah, dan diri kebanyakan kita. Kalau sentuh isu nasional, ambiklah apa saja isu pun, (dera, dadah, sumbang mahram, buang anak, ragut, denggi, politik, rasuah) berapa lama kita akan ingat dan respon pada isu itu? Sebulan? Dua bulan? Setahun? Isu dunia pun sama juga rasanya.

Dan yg abah nak komen sikit lagi hari ini ialah pasal usaha boikot barangan2 dan perkhidmatan yang menyokong Yahudi Israel. Mungkin anda jenis yg mampu memboikot 100% barangan dan produk2 itu, alhamdulillah. Abah tabik pada anda. Tapi abah juga yakin kebanyakan kita takkan mampu nak boikot sepenuhnya. [Kalau anda guna Facebook, jangan sekali2 declare yg anda boikot 100% produk berkaitan Israel]. Abah sendiri masih belum mampu.

Anak abah dua2 guna pampers Huggies, abah sendiri guna hp Nokia, sesekali kami ke McD atau KFC juga, ada sehelai jeans Levi's hadiah dari seorang sahabat yg abah masih pakai, pakaian dalam abah pun banyak Calvin Klein, sabun2 mandi sekeluarga masih JohnsonnJohnson. Laptop abah yg opis bagi ini pun, CPUnya Intel, time kemaruk kadang2 tu, abah belasah Maggi juga, dan barang2 dapur masih abah cari di Tesco.

Bukan nak bagitau abah sokong Israel dengan membeli barangan yang sepatutnya diboikot, tapi sekadar nak bagitau tak mudah nak boikot. Dan kalau boleh pun berapa lama. Abah tidak rasa kita gunakan produk2 tu sebab nak tunjuk status kekayaan. Apa kelasnya sekadar beli barang rumah di Tesco? Dan bukan tidak pernah mencuba produk2 setara keluaran tempatan dan kompeni yg tidak sokong Israel, pernah. Tapi harga yg lebih kurang sama, dan kualiti tidak setanding.

Anda mungkin kata itu cuma alasan. Mungkin juga. Walaupun abah benci Israel, tapi abah tidak kuat untuk menyahut panggilan dan seruan bagi memboikot sepenuhnya benda2 itu. Mana yg boleh, abah cuba. Tapi pada yg tidak boleh, moga2 Allah ampunkan abah. Abah beli bukan sebab sokong Israel, tapi sebab harga barang2 itu yg sesuai dengan pendapatan abah. Dengan kos perbelanjaan yg makin meningkat sekarang ini, nak beli susu dan pampers anak pun, kena carik yg harga betul2 rendah. Hehehe, anda pun sama juga rasanya. Sebab itulah kecewa sangat dengan stor yg tidak masuk senarai menyokong Israel, iaitu Giant. Diiklankan susu bayi yg murah dari harga biasa, tapi bila pergi, "sorry, takde stok". Punyalah nak cari harga rendah, sampai 3 Giant abah pergi, tapi semuanya "no stock." Sudahnya, Tesco juga yg dipilih.

Dan menyentuh soal Facebook, abah juga berpendapat yg sama. Sepatutnya diboikot Facebook itu, tapi abah tidak boleh. Kerana? Anda sendiri pun tahu kenapa. Cuma nak kena berhati2 menggunakan Facebook, dan jadikan kemudahan itu sumber untuk kita mengajak rakan2 dan saudara2 kita kearah kebaikan, bukan kehancuran.

Apapun, abah serah segalanya pada Allah. Semoga Allah ampunkan abah yang sangat lemah ini.

Friday, April 02, 2010

Cerita tentang buang anak...

Salam sahabat,

Ngepekan kali ini abah dahulukan dengan tajuk satu berita di akhbar Kosmo (bila tarikhnya, abah tak pasti). Tapi tujuan abah letakkan gambar tu adalah untuk bertanya pada anda, Apa yang sahabat fikirkan bila lihat gambar itu?

Lihat pula gambar ini,

apa yang sahabat fikir atau rasa?

Mesti sedihkan tengok gambar bayi itu, dan mesti rasa nak marah bila tgk gambar atas, kan?

Abah bukan nak bagi anda sedih atau marah. Abah sebenarnya nak ajak sahabat semua berfikir tentang apa yg berlaku ini, yang semakin kerap kita lihat dan baca di TV dan di akhbar2.

Tak nak sekadar sedih atau marah atau geleng kepala saja. Abah nak kita sama2 fikir, sama2 berusaha supaya kejadian2 begini (yang merupakan simptom) tidak berlaku lagi.

Pagi ini bila abah belek akhbar, terbaca kisah seorang anak remaja berkeras mahu dikahwinkan dengan teman lelakinya, dan abah tidak tahu atas sebab apa. Bukan tidak setuju dengan pernikahan mereka (sekurang2nya mereka bernikah, tidak bersekedudukan), tapi agak ralat bila ibu dibelakangi hanya kerana mengejar cinta. Ini baru satu dari puluhan kisah tentang anak remaja kita. Umur 15 tahun sudah gila bercinta, gila nak merasa segala kenikmatan dunia. Dan bila ini jadi, kita akan selalu bertanya, salah siapa?

Salah siapa itu tidak penting sekiranya kita hanya nak mencemuh. Tapi penting ditanya, sekiranya kita ingin mengambil iktibar, dan berusaha sesuatu supaya anak2 remaja kita tidak menambah statistik kes2 sebegini lagi.

Dalam khutbah jumaat sebentar tadi pun, khatib ada sebut. Ini semua berkisar pada ibubapa. Kalau tak boleh kata "Ini salah ibu bapa, ok, fine." Kita sebutlah, "Ibu bapa mempunyai tanggungjawab sangat besar dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak2". Jika tidak, Rasul kita tidak akan sebut tentang ini,

hadith-fitrah.jpg
“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Ibubapa diluar sana jangan marah abah ya. Abah pun ibapa juga. Kalau ditanya hati kita, kita nak anak kita jadi apa, Yahudi? Nasrani? Majusi? Pastinya tidak sama sekali. Kita nak anak kita jadi Muslim sejati. Alhamdulillah. Cuma masalahnya, kita tak berusaha menjadikan anak itu Muslim sejati.

Jangan disalahkan persekitaran (kecuali anda boleh buat sesuatu dengan persekitaran). Nak tolak Internet? Nak gubal undang2? Nak tukar sistem pendidikan. Please, go ahead. Tapi dalam masa sama jangan lupa akan perkara paling penting, yang kita sebagai ibubapa boleh buat, mendidik dan membentuk anak2 menjadi Muslim sejati.

Penuhkan dada dan diri anak itu dengan keimanan pada Allah. Tidak susah, tidak juga mudah. Yang penting, kita sentiasa berusaha memperbaiki diri (sebab diri dan hati kita pun rosak juga), supaya dapat kita bentuk anak2 kita menjadi muslim. Ilmu, hukuman, dan apa sajalah, asalkan anak2 itu faham, yakin, dan beriman dengan Allah.

Ada orang kata, mudahkan urusan perkahwinan untuk elakkan masalah ini, betul ke? Anak2 remaja yang buang bayi itu nak kahwin ke? Abah tak rasa macam itu, depa bukan nak kawin, depa cuma nak seronok seks itu saja. Mudahkan proses kahwin itu bagus, tapi itu bukan penyelesaian konkritnya.

Ada juga yang kata hudud penyelesaiannya, dan abah tak berani nak komen lebih2. Cuma yang abah boleh kata, dengan kerajaan sekarang, bila agaknya boleh dilaksanakan hudud? Dan abah secara peribadinya, masih tetap percaya bahawa mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Memang akan makan masa panjang, akan berdepan segala macam cabaran. Tapi yakinlah dengan Allah. Berusahalah sebaiknya membentuk anak2 kita. Selebihnya, berserahlah pada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Untuk ibubapa yang merasa sudah berusaha yang terbaik untuk anak2, tapi masih juga anak2 tidak seperti yang dididik, sabarlah. Itu ujian Allah untuk anda.

Tapi untuk ibubapa macam abah, yang tidak mencuba sebaiknya mendidik dan membentuk anak2, kita akan merasa 'hasil'nya nanti. Tapi sebolehnya, elakkan nasi menjadi bubur.

Abah seru pada diri abah, dan anda semua untuk perbaiki diri kita, perbaiki keluarga kita. Hiduplah dengan hukum Allah. InsyaAllah, anak2 kita tidak akan menjadi seperti apa yang kita lihat sekarang. Sedih sangat rasanya bila anak2 semuda itu sudah melahirkan anak luar nikah, dan membuangnya merata2 seperti sampah, hanya kerana kita lupa atau gagal mendidik mereka dengan baik.

Maafkan abah kalau ada yg abah salah tulis. Perbetuli diri abah juga jika sudi insyaAllah. Abah cuma manusia yang mendambakan kehidupan masyarakat diMalaysia ini yang berlandaskan apa yang Allah dah tetapkan.

Wednesday, February 10, 2010

Cerita tentang bahasa 'sex'

Salam sahabat,

Abah terima emel berkenaan satu artikel yang agak menarik untuk dibaca dan dipelajari. Baik kerana abah rasa apa yang dikatakan adalah apa yg sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian kita, kehidupan abah terutamanya.

Kata Ustaz Ahmad Baei,

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. [Sangat setuju] Apabila isteri melakukan sesuatu perkara, selalu disalahtafsirkan. [Sebab depa tak berterus terang]

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri. [Very true]

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas. [Abah bertunang kejap jer, itu pun banyak bergaduh ngan Ummi, jadinya memang tak sempat nak menilai]

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat. [Pun tak relevan, sebab kami tak sempat berkawan - tapi abah tetap setuju dengan apa yg dikata]

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya. [Nak baca apa yang dipaparkan, anda (para suami yg sayang isterinya) kena baca kat blog tuan empunya artikel Bahasa isteri yang perlu difahami suami]

Komen keseluruhan abah: Sebagai isteri, anda sememangnya dilahirkan penuh dgn perasaan yang halus. Oleh kerana itu, banyak yang ingin disampaikan pada suami adalah dengan menggunakan bahasa badan anda. Tetapi kena juga diingat, suami anda bukan sejenis dengan anda. Lelaki fitrahnya 'membuat', dan meluahkan dalam kata-kata adalah kebiasaan. Tidak salah menyampaikan dalam bahasa yang tidak "direct to the point" ini, tapi sesekali, bantulah suami memahami bahasa anda. Berterus teranglah dengannya supaya dia tidak tertanya2 dan membuat anggapan yang bukan2, hanya kerana dia tidak paham bahasa anda.

Pun begitu, itu bukan alasan untuk para2 suami seperti abah ini, untuk tidak cuba mempelajari memahami bahasa2 para isteri yang agak unik itu. Kita baca artikel ini, kita tahu, dan kita cuba ingat. Sebabbbbb, kalau tak esok, pasti lusa, dan kalau tak lusa, mesti satu hari nanti, isteri anda akan bercakap dengan bahasa-bahasa ini. Kan seronok bila kita tahu bagaimana nak membalas bahasa yang kita paham akan maknanya, tak gitu? Tepuk dada, tanya nilai kasih sayang anda pada isteri (dalam hati anda)...

Abah chow dulu, ada kerja urgent boss mintak antar petang ni juga. Semoga jumpa lagi insyaAllah.

p/s: Jangan disalahertikan tajuk posting abah kat atas tu. Maksud 'sex' itu adalah 'jantina', bukan 'seks'. Hehehe, boleh guna 'gender' pun sebenarnya, tapi biasalah abah, selalu je nak merepek.
Dan bercerita tentang ini, teringat satu kisah lucu:

Anak: Abah, cikgu suruh isi borang ni.
Abah: Eh, borang ni dalam bahasa omputeh, abah mana reti. Kamu je la isi, abah bagitahu.
Anak: OK lah. Name?
Abah: Nama? Ali bin Abu.
Anak: Age.
Abah: Age tu apa?
Anak: Umur abah la.
Abah: Ohhh, 43 tahun.
Anak: Sex?
Abah: Seks?? Cikgu kamu nak tahu jugak ke?
Anak: Yalah abah, sebab dia suruh tulis kat sini.
Abah: Aduhhhhh, takkan itu pun nak tahu. Takpelah, kamu tulis aje 3 kali seminggu.
Anak: ??????
[Jangan marah abah yek. Gurauan semata]


Tuesday, February 09, 2010

Cerita tentang Santa...

Salam buat semua sahabat. Semoga kita semua masih tetap dalam rahmat dan lindungan Allah SWT selalu.

Malam tadi, sewaktu dalam perjalanan balik dari klinik (Azim demam), Mu'zz buka topik pasal buah epal. Tanya dia, "Kat mana orang tanam epal?". Bila kata, "Epal tanam kat negara2 yg ada iklim sesuai macam dibarat", terus dia kata, "Macam kat Amerika tu ke?". Dan belum pun dibalas, dia terus kata, "Ahmad rasa macam nak raya krismas la."

Abah tak nampak apa kaitan epal dan krismas, tapi layan jugak la apa dalam fikiran dia.

"Kenapa Ahmad nak raya krismas?"

"Yalah, raya krismas best, dapat banyak hadiah. Ada santa claus lagi datang rumah bagi hadiah."

Oleh kerana idea itu, Ummi terus memulakan khutbahnya pasal krismas. Hahaha, abah tumpang dengar sajalah. Nampak macam isu remeh, tapi kalau difikirkan sedalamnya, anak abah itu paling tidak sudah terpengaruh dengan budaya krismas yang dipaparkan di TV. Pada dia Santa Claus itu memang benar2 wujud. Dan ini bukan isu kecil lagi. Ini soal akidah dan kepercayaan.

Takut juga sebenarnya. Jenuh juga la nak menerangkan pasal itu pada dia, supaya dia faham. Dan bukan mudah nak menerangkan benda macam itu, sebab tarikan "seronoknya dapat hadiah waktu krismas" itu nampak lebih 'tempting' pada budak sebaya dia (mungkin).

Itu baru sikit kesan bila asyik sangat tengok Santa Claus di TV. Belum lagi bila orang2 bukan Islam pakat2 guna nama Allah, macam nama salah satu gereja di Tawau ini. 2,3 kali abah toleh kat signboard gereja itu sewaktu ke Tawau baru-baru ini. Macam tak percaya ia memang terjadi.


Abah pun tak paham apa ada dalam fikiran pak pak menteri Malaysia nih. Bukan abah tak sokong konsep 1Malaysia depa tu, tapi jangan sampai Islam tergadai dan tercemar gara2 nak tunjuk pada semua orang, "Ohhh, we are Malaysian. Everyone should respect each other." Bukan soal respect atau tidak, tapi bila dah libatkan Islam, tak boleh sewenang2nya buat undang2.

Bayangkan satu hari anak2 kita tanya, "Abah, apasal abah tak gi solat jemaah kat gereja tu? Depa kan sembah Allah juga?" atau, "Kenapa Allah orang kristian ada kat batang salib, tapi Allah kita tak leh nampak?" Nauzubillah. Ini contoh saja, yang mungkin terjadi apabila kita benarkan mereka gunakan perkataan Allah sewenang2nya. Allah itu satu, hanya satu. Tidak ada Allah orang kristian, orang budha. Yang ada cuma Allah yang Maha Esa, yang sepatutnya disembah oleh semua manusia. Tapi bila depa pun guna perkataan Allah, abah sangat yakin, anak2 kecil kita kan sangat keliru.

Dan pastinya tidak mudah nak menerangkan pada mereka bila keadaan sendiri begitu menyukarkan.

Semoga abah tidak menyaksikan kejadian2 atau perbualan2 yang abah takuti itu 10-20 tahun akan datang sekiranya umur abah panjang.

Hingga jumpa lagi insyaAllah.

Monday, January 18, 2010

Cerita tentang pujian...

Salam sahabat,

Dalam post yg baru lepas ini, abah ceritakan ttg anak2 di KK. Semalam, waktu baca akhbar, terbaca cerita yg sama tapi tak serupa, iaitu cerita anak2 gembel di Indonesia. Bukan nak mengata atau apa, tapi perkataan gembel tu pada pendengaran, hina sangat bunyinya. Tapi itulah realiti hidup mereka. Samada mereka dihina, atau dipandang sepi oleh mata memandang. Dan tidak kira mereka dihina atau tidak dipandang langsung oleh masyarakat, hidup mereka tetap sukar dan melarat. Hidup hari ini sekadar memastikan esok masih boleh lagi hidup. Bagaimana untuk hidup? Hanya mereka dan Allah saja yg tahu. Kita? Sekadar mendoakan agar mereka diberi kerahmatan dan rezeki hidup oleh Allah.

Tutup pasal isu anak2 gembel.

Kali ni nak bercerita pasal bakhil. Hahaha, bukan Haji Bakhil dalam cerita P. Ramlee tu, tapi tentang diri kita yang bakhil. Siapa rasa diri dia bakhil, angkat tangan? 1,2,3..ha, ada 3 orang (salah sorangnya abah la tu). Bukan bakhil apa pun, jangan sahabat salah faham maksud abah. Bakhil yg abah nak katakan bukan bakhil harta, tapi bakhil pujian. Ya, bakhil dalam memuji. Sukar sekali nak lontarkan kata2 pujian.

Abah faham kalau sahabat akan berkata, "Hidup tak perlu pujian. Asalkan ikhlas, pujian itu bukan isunya.". Betul, abah sokong itu. Dan pasti juga yang akan berkata, "Pujian itu hanya untuk Allah, kita hambaNya tidak layak menerima pujian." Abah akan kata, 'Betul juga." Tapi kena tengok la pujian yang macam mana. Pujian bukan bermaksud kerja itu tidak ikhlas. Kerja yang ikhlas, dan diiringi pujian sebagai penghargaan, tidaklah salah pada abah. Asal saja jangan keterlaluan.

Kita manusia. Ada orang tak suka dan benci dipuji. Tapi percayalah, ramai manusia yang dambakan pujian, terutamanya dari orang2 penting dalam hidupnya. Bukan pujian tinggi melangit, cukup sekadar, "Kemas penampilan awak hari ni, suka saya tengok." Atau, "Terima kasih atas hasil kerja yang lengkap dan tiada ralat ini. Chaiyokkk."

Abah juga percaya, sekadar 'Bagus anak abah ni, rajin buat kerja sekolah dan tolong ummi." tidaklah sampai menidakkan "segala puji bagi Allah ". Asal saja pujian kita sesama manusia itu bersandarkan bahawa hanya Allah yang memberikan segala perkara, termasuklah kepada benda yang dilakukan, yang dipuji tadi. Tak salah "Sedap la Ummi masak ari ni.", asalkan disyukuri bahawa nikmat kebolehan memasak yg sedap tadi adalah dari Allah SWT.

Abah sebenarnya nak sentuh pasal pujian lain, terlalut plak kesitu. Maafkan abah.

Maksud abah dengan bakhil pujian itu, adalah bakhilnya kita dalam memuji Allah. Allah bagi kita mulut yang baik, suara yang sedap dan merdu, itupun kita masih bakhil dalam memujiNya.

Sekadar Maha Suci Allah, Segala Puji bagi Allah, Allah Maha Besar itupun, sekali sehari pun agaknya susah nak keluar dari mulut kita ini, kan? Abah la tu, bukan sahabat2.

Padahal kalau nak difikirkan, takde kena bayar apa2pun. Tak rugi apa2pun. Tapi tetap bakhil.

Lagu kegemaran, 50 kali sehari kita boleh ulang2 nyanyi, tapi Asma'ul Husna, sekali sehari pun payah. Jangan kata nak lagukan, nak dengar pun payah.

Khilafnya abah, hinanya abah. Dan manusia2 seangkatan dengan abah.

Semoga sahabat2 semua tidak tergolong dalam kategori bakhil pujian ini, insyaAllah.

Sekadar disini saja hari ini, bersambung dilain waktu insyaAllah.

Sedikit kata2 untuk tatapan sahabat sekalian, yang abah ambil dari blog reyhane-masoumah.

Kurniaan tuhan terdayakah kau hitung?
Atau siapakah mampu mensyukuri satu dari ribuan nikmatnya.

Tuhan menciptakan samudera, daratan, pepohon, anak adam, suria, bulan, bebintang, malam dan siang.

Puspawarna kenikmatan tidak mungkin bisa disyukuri
Kelengkapan tidak mudah dihitung.

Tanah mati dengan kesan pancaran suria dianugerahi taman buahan, padang rumput dan bunga lale.

Anak Adam tiada mengesai tuhan melainkan kicauan setiap bolbolnya (burung Bolbol) di atas ranting.

Kemurahan yang lalu, kurniaan dan rahmatnya diberi harapan dengan akibat baik atas kita.
Bertaqwalah! Yang Maha Adil pencipta langit memasukkan orang bertaqwa ke dalam firdausi (syurga).

Jikalau tanpa usaha harta tidak mudah didapati
Wahai saudara ganjaran didapati dengan hasil susah payah.

Barangsiapa tidak berusaha berangankan harapan,
Bodohlah ia tidak menyemai benih hanya menanti hasil

Yang zalim telah mati namun menyisakan amalan keji
yang adil pun mati namun nama baiknya dikenangi

Menyembah selain tuhan tiada gunanya,
Sial sesiapa yang tidak mengambil ikhtiar.

Thursday, November 05, 2009

Cerita tentang pimpin...

Wanita bakal mendominasi pengurusan tertinggi negara jika lelaki terus bersikap malas dan sambil lewa dalam menimba ilmu pengetahuan serta kemahiran, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Itu antara benda yg abah dengar dalam IKIM.fm pagi tadi. Dan kerana ia dijadikan topik perbincangan, maka ramailah yg menelefon berikan pandangan mereka. Ada yg abah sependapat dgn mereka, dan ada juga yg abah tidak berapa setuju. Tapi adat la tu kan, sebab pendapat itu hak masing2. Selagi pendapat itu tidak memudaratkan iman dan akidah, insyaAllah, boleh saja diluahkan.

Pada abah, betul juga kata Tun M itu. Jika melihat situasi sekarang di Malaysia ini, memang itu yg akan berlaku sekiranya tiada apa-apa perubahan minda dan tindakan dipihak orang lelaki. Dan isu wanita mendominasi pekerjaan ini, tidak perlu dilihat sebagai satu ancaman pada lelaki, sebaliknya lihat itu sebagai satu cabaran dan panggilan kesedaran, supaya kita bergelar lelaki ini bangun dan cuba berusaha menjadi lelaki yang Allah kata kita perlu jadi.

Ini bukan soal perempuan tidak boleh jadi pemimpin. Sebab perempuan boleh dan perlu jadi pemimpin, jika lelaki-lelakinya tidak layak jadi pemimpin. Ini juga bukan soal, peluang kerja dipenuhi wanita sahaja, dan lelaki tidak dapat kerja. Abah fikir, wanita mana pun, jika diberi pilihan, tidak mahu jadi pemimpin pada lelaki. Sebab dalam Islam pun, lelaki itu sendiri diberi tanggungjawab menjadi pemimpin. Pemimpin keluarga, masyarakat, negara. Tapi kalau lelaki yang diberi tugas itu layu semacam saja, macamana nak letakkan mereka memegang tugas memimpin.

Wanita-wanita yang keluar bekerja itu pun pada abah, bekerja untuk membantu ekonomi rumahtangga, dan juga bekerja membantu membangunkan bangsa, melalui pengalaman dan ilmu yang mereka ada. Jika lelaki-lelaki harapan bangsa kita boleh diharap, dan boleh melakukan kerja2 itu semua, abah yakin, ramai ibu2 dan wanita2 ini lebih memilih untuk berada dirumah menguruskan rumahtangga dan keluarga.

Malaysia, dan kita semua ini, sebenarnya memerlukan lelaki2 yang mampu menjadi pemimpin yang baik dan adil. Memang ramai lelaki macam itu yg kita ada, tapi masih tidak cukup. Sebab generasi akan bertukar sentiasa, dan generasi muda yg moden hari ini, agak was-was juga abah dengan mereka. Ramai lelaki generasi muda ini yang pandai dan hebat, tapi dari satu sudut, mereka kekurangan perkara2 yang boleh jadikan mereka lebih hebat dan terpuji. Mereka kurang dari sudut meletakkan Islam itu ditempat paling atas.

Dan sebab Islam tidak dijadikan landasan dan tapak, maka sehebat manapun mereka, masih banyak yang akan tidak kena. Dan abah bercakap tentang diri mereka sebaya abah, juga adik2 serta anak2 kita yg hidup pada hari ini. Pada masa ini, lelaki-lelaki kita lebih suka bergaduh pasal politik, lebih suka fitnah memfitnah, tuduh menuduh. Lebih suka bertekak dan bergaduh, walau sesama Muslim. Anak2 kita pula hanyalah anak2 Ben 10, anak2 Mr Potato, anak2 Cartoon Network. Kalau ini lelaki2 yang kita harap dapat jadi pemimpin kita nanti, abah tidak tahu segawat mana masyarakat kita.

Abah tidak mengata siapa2. Abah pun termasuk dalam kelompok lelaki2 ini. juga Yang mungkin sudah selesa dengan apa yang ada. Degree dah ada, kerja pun stabil alhamdulillah, keluarga pun ada, cukup la tu. Nak apa lagi? Hahaha, banyak benda lagi bang.

Yang dah cukup tu kita kekalkanlah cukup, terutamanya benda2 duniawi. Masa depan yg perlu difikirkan dan diusahakan sekarang ini. Mari kita didik dan bentuk anak2 kita (lelaki dan perempuan) jadi pemimpin masa depan yang sebetul2nya pemimpin. Tak kisah la pemimpin apa, janji dia jadi pemimpin yang penuh dengan kualiti pemimpin Muslim sejati. Kalau kita rasa pemimpin sejati itu perlu menjaga agamanya, kita didik hero2 dan heroin2 kita kearah itu. Jika kita rasa pemimpin sejati perlu kuat sifat dan sikapnya, kita bentuk mereka jadi macam itu. Jika dirasa pemimpin sejati perlu juga menjadi pencuci pinggan, tukang masak, pengemas rumah dirumah sendiri, kita bentuk dan ajar mereka juga benda itu.

Apa yg jadi dimasa depan, kita adalah penyumbang utamanya. Sama2 lah kita berusaha dan berdoa, moga2 kehidupan kita dimasa depan, dipenuhi dengan lelaki2 (dan perempuan2) yang membawakan watak dan menjalankan tanggungjawab kepimpinan mereka, berkiblatkan Allah, insyaAllah.

Cukup sini dulu, kang abah sambung mengepek lagi. Lega rasanya bila idea2 mengepek dah datang semula, dan Allah beri sikit kelapangan waktu untuk ini juga.

Apa yg salah dan silap, abah mohon maaf dari sahabat semua. Apa yg abah ngepekkan tidak ada sikit pun niat negatif. Jika sahabat terasa ada yg negatif, mohon maafkan dan betuli abah.

"Kamu maju bukan dengan memperbaiki apa yang sudah terjadi
melainkan menggapai ke arah apa yang terjadi." - Khalil Gibran

Wednesday, September 16, 2009

Cerita tentang hero...

Salam sahabat,

Untuk masa sekarang, idea mengepek merayau entah kemana. Atau mungkin ia sudah melarikan diri, harap2nya tidak insyaAllah.

Hari ni, sekadar nak paparkan antara benda yang mengujakan abah. Abah dah makin sgt kurang menonton TV, tapi kalau benda alah ni datang balik, hehehe, nak follow lagik jugalah. Dgr kata 21 Sept ni first episode di US.

Wednesday, August 19, 2009

Cerita tentang menepati waktu...

Salam sahabat.

Petang semalam, ada seorang sahabat baru abah, yg juga kakitangan ditempat kerja abah, telefon abah. Dia minta pandangan abah pasal bidang pengajian yg ingin diikutinya - psikologi. Bila abah kata psikologi bukanlah bidang abah, kata dia, "Eh, dalam blog tu nampak cam psikologis jer". Hahaha, adoiii. Dikala itulah juga abah teringat pada blog yg sudah semakin renggang dari abah ini.

Bukan tidak ingin mengepek lagi, masa pun ada, tapi tak tahulah. Mungkin dalam waktu sebegini, ada banyak perkara yang perlu difikirkan dan cuba diselesaikan mana yang boleh. Banyak sangat benda berkaitan hidup abah yg berlaku dikala ini, ada baik dan ada yg kurang baik. Harap2nya semua akan berjaya abah atasi dan terima dengan baik, dengan pertolongan Allah SWT.

Hari ni nak mengepek sikit tentang satu benda. Sewaktu abah diBangkok dulu, abah terpaksa berdepan dengan boss yang sangat tepat waktu. Bukan sekadar tepat waktu saja, tapi lebih awal dari tepatnya waktu. Bila boss kata dia nak breakfast pukul 7 pagi, pukul 6.45 pagi dia dah ada ditempat makan. Oleh kerana abah sekretariat lawatan itu, dan antara tugas abah adalah memastikan semuanya berjalan dengan baik, maka abah terpaksa juga awalkan diri abah dari waktu yg ditetapkan, sekurang2nya 15 minit awal. Tapi abah manusia biasa, ada kalanya abah terlewat juga, tapi masih tepat pada waktu, kerana abah pun jenis yg bila kata pukul 7, mesti pukul 7. Tertekan juga sikit awal2nya, sebab abah rasa terpaksa awalkan diri kerana orang lain. Dan oleh kerana orang lain ini adalah boss besar abah, maka abah buat juga. Takut reputasi abah terjejas, dan takut dia buat persepsi yg salah tentang abah hanya kerana abah tidak boleh awal spt dia.

Dan kerana takut itu jugalah abah mengepek hari ni. Mengepek kerana terdengar dalam radio beberapa minggu lepas soal ketepatan waktu ini. Kata ustaz yg bagi tazkirah itu, kita manusia ni seboleh2nya cuba untuk menepati waktu dalam banyak perkara - terutamanya dalam soal dunia. Kalau terlambat pergi kerja, kita rushing bawak kereta, kita tak sabar atas jalan - sebab kita takut punch card merah, dan kita takut boss kita marah. Bila boss bagi kerja dengan dateline, kita berusaha sekerasnya cuba siapkan sebelum atau pada dateline yang diberi. Sebabnya - kita tak nak boss kata kita lemah. Kalau berjanji dengan client pukul 7, pukul 6.30 kita dah tercegat kat tempat dijanjikan. Sebabnya - kita tak nak kehilangan client, dan kita tak nak dicop sebagai orang yg tak tepat waktu.

Tetapi.... bagaimana dengan yang ini.


Adakah kita mengamalkan benda dan prinsip yg sama bila kita dengar panggilan itu? Abah tak tahu anda, tapi abah rasa sangat terpukul dengan tazkirah ustaz itu. Sebab abah tahu, banyak waktunya, abah tidak pegang langsung pada prinsip "tepat pada waktu", dalam soal ibadat. Bila terasa nak solat waktu tu, waktu itu baru abah solat. Dalam soal kerja dan lainnya, abah berusaha sebaiknya untuk tepati waktu, tapi sedih sekali, dalam soal ibadat tiang agama ini, abah lalai terus dari berpegang pada prinsip itu. Sebabnya mungkin seperti diatas, sebab abah tak rasa kemurkaan Allah pada abah kerana melewat2kan solat. Dan abah tidak nampak kesannya serta merta. Tidak sepertimana bila kita kena marah dengan boss sebab lewat.

Lihatlah kita, betapa lemahnya kita. Sangat takut pada manusia lain bergelar bos, kawan, pelanggan dsbnya, tetapi kita tidak takut pada Allah Maha Pencipta. Walaupun seringkali kita takut dengan azab Allah, dengan neraka Allah, tapi realitinya, perbuatan kita tidak menunjukkan yg kita takut.

Semoga Allah berikan kekuatan dan rahmat kasihsayangNya buat kita dengan lebih lagi, terutamanya sempena Ramadhan yg akan kunjung tiba ini, supaya kita akan dapat align diri kita untuk masuk semula dalam track yang sepatutnya kita lalui.

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan kali ini dengan jayanya buat kita semua. Abah dan keluarga insyaAllah akan mulakan awal Ramadhan tahun ini dengan keluarga mertua dan keluarga abah sendiri di dua-dua kampung. Dah lama tak rasa keseronokan menyambut awal Ramadhan dengan mak ayah dikampung.

Kita jumpa lagi nanti disatu ketika yg Allah tentukan. Jaga diri anda semua baik2.

Friday, July 03, 2009

Cerita tentang hantu...

Malam tadi waktu abah teman Muizz buat kerja sekolah dia, mata dok jeling2 TV. Terpandang la satu iklan TV yang buat abah rasa tertarik. Rasanya sebelum ni pernah tertengok juga, tapi sebab tak beri perhatian, maka tak rasa benda tu menarik sangat. Cuma malam tadi, sebab tengok dan beri perhatian, menarik pulak iklan tu.


Cuma yang jadi masalahnya bila Muizz tanya, "Apa benda tu bah?" Hahaha, soalan simple, tapi nak jawab supaya dia faham tak sesimple itu. Yalah, abah bukan pandai sangat nak terangkan "apa itu 'cupid?'". Malaikat ke, hantu ke, manusia ke, robot ke? Budak sekarang tak boleh salah jawab. Bukan sebab takut dia lebih banyak tanya, tapi sebab takut dia salah faham. Macam cerita Ceplos yang ditayangkan ditv9 itulah. Mula2 abah tak berapa kisah sangat Muizz tengok Ceplos. Tapi bila dia mula ceritakan bahawa kawan2 sekolah dia ramai tengok Ceplos, dan pada mereka, Ceplos itu hantu baik. Dan abah rasa nak kena betulkan persepsi Muizz tentang konsep "hantu baik" itu.

Abah tak tahu samada perlu atau tidak sebenarnya abah ambil kisah pasal itu. Sebab ada orang kata, "Alah, budak2, awal2 dia tak nampak benda tu, bila dah besar dia faham sendiri la apa benda tu." Mungkin betul juga. Tapi abah dan ummi memilih untuk terangkan juga, supaya anak abah itu dapat cakap pada kawan2 sekolahnya, bahawa dalam dunia ini tidak ada istilah "hantu baik". Sebab hantu itu sebenarnya syaitan, dan tidak akan ada syaitan yang baik pada manusia. Semua syaitan, tidak kira apa nama dan kastanya, kerjanya cuma satu - menyesatkan manusia supaya dapat ikut mereka ke neraka Allah.

Dan abah pun tidak pasti nak cakap Ceplos itu apa. Hantu? Jin? Dan itu abah akui pada Muizz. Sebab dalam dunia ni bukan hanya manusia dan binatang saja makhluk ciptaan Allah. Makhluk2 yang kita tidak nampak pun ada, antaranya syaitan dan jin. Syaitan semuanya jahat, dan jin ini pula ada yang baik sebab dia Islam, dan ada yang jahat. Abah tak tahu la Penerbit cerita Ceplos tu kelaskan Ceplos sebagai apa, jin atau syaitan. Tapi yang pastinya, selain dari lawak, ia juga mengelirukan kanak2 yg masih baru nak kenal apa itu dunia dan cerita2 didalamnya.

Bukan abah tidak setuju dengan cerita2 sebegini. Mungkin niatnya baik, tapi kena fikir juga siapa yang tonton. Ramai kanak2 tonton cerita hantu ni, yang macam2 ada kat TV skrg ni. Tak faham juga abah kenapa perlu banyak sgt cerita2 hantu di TV. Entahlah, tak reti pulak nak komen yg ini.

Balik pada iklan Digi tadi tu, susah juga nak terangkan pada budak sebesar Muizz akan apa itu cupid. Yang kononnya adalah Dewa Cinta, yang ideanya dtg dari kepercayaan orang2 Roman dulu kala. Dan skrg pun dipercayai oleh ramai orang lagi. Paling baik abah boleh terangkan, itu cuma khayalan orang2 bukan Islam. Tidak pernah ada Cupid dalam dunia ini, sama seperti tidak pernah adanya Tuhan orang2 bukan Islam. Alhamdulillah, dia tidak banyak tanya lagi selepas itu. Sebabnya, kerja sekolahnya masih belum siap. hahaha. Selamat abah.

Oklah, abah berhenti sini dulu. Sambung lagi minggu depan insyaAllah.

Selamat berhujung minggu buat anda dan keluarga. Semoga akan tetap dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa, insyaAllah.

Friday, June 12, 2009

Cerita tentang suami...

Salam sahabat, semoga semuanya sihat ceria hari ni, walaupun abah tahu ada sahabat yg tak berapa ceria. Biasalah kan, hari2 dalam hidup kita takkan senantiasa hari2 kita cerah mempesona. Pelik la pulak kalau tiap2 hari dalam hidup adalah hari2 yang membahagiakan. Kaunselor dan Penceramah motivasi yg sentiasa nampak bahagia itupun belum tentu setiap hari dalam hidupnya dia tersenyum bahagia sokmo.

Sebut pasal kaunselor ni, dan kalau anda rajin baca Berita Harian (opsss, wah3x, dah makin pro BH lak abah ni), pastinya anda akan perasan kolum Kaunselor Anda. Abah kalau berkesempatan baca BH, mesti abah akan cari dan baca kolum ini. Bukan sebab seronok baca, tidak sangat. Tapi sebab abah nak tahu apa saranan2 kaunselor2 ini pada permasalahan yang dikemukakan, untuk dijadikan panduan dan ilmu dalam diri, insyaAllah.

Tapi...bukan itu yang abah nak mengepek hari ni. Yang abah nak mengepek adalah permasalahan yang dikemukakan oleh pembaca. Abah letak sedikit tajuk permasalahan yang pernah diutarakan dikolum itu kebelakangan ini.
Kalau anda lelaki, dan rasa tak sedap hati membaca, abah mintak maaf awal2. Bukan nak tuduh atau mengata kaum sendiri, tapi realitinya itulah yg berlaku. Abah tidak kata 100% masalah rumahtangga berpunca dari lelaki a.k.a suami, tapi abah fikir (dan abah rasa anda pun fikir yang sama), bahawa kebanyakan kes yang melibatkan keluarga dan rumahtangga adalah disebabkan oleh diri lelaki, suami, ketua keluarga. Banyak juga kes rumahtangga berpunca dari wanita, ibu, timbalan ketua keluarga, tapi abah tak nak usik dulu dari sudut itu. Sebabnya, abah nak sedarkan diri abah sendiri dulu, kerana abah ini lelaki, yang juga suami, dan ketua pada keluarga abah.

Masalah rumahtangga mungkin banyak jenis dan pesen, tapi abah rasa, akar pada permasalahan yg timbul dan ditimbulkan, adalah kerana kita tidak menghayati, memahami dan mengamalkan suruhan2 Allah dengan sebaiknya. Soal cinta, nafsu, duit - itu semua berpunca dari kegagalan kita sebagai ketua keluarga dalam menghidupkan diri kita dan keluarga kita dengan kehidupan yg Allah dah beritahu kaedahnya.

Abah faham kalau anda kata, kita bukan Nabi, kita juga bukan Rasul. Betul, abah dan anda adalah manusia biasa yang akan sentiasa buat silap dan dosa. Tapi abah fikir, kalau kita berusaha untuk hidup dijalan Allah, Allah pasti akan bantu mudahkan. Banyak benda yang kita sebagai suami ini perlu fikirkan, dan usahakan dalam membentuk keluarga kita menjadi keluarga bahagia. Bermula dengan diri kita sendiri sebagai ketua keluarga, banyak yg perlu diusahakan untuk menjadi ketua keluarga mukmin sejati. Cara hidup kita bagaimana, hati kita bagaimana, akhlak kita bagaimana? Isteri kita, bagaimana dia? Sudah berusahakah kita mendidik dia kejalan Allah? Anak2? Sudahkan kita berusaha sebaiknya mendidik mereka jadi anak2 soleh dan solehah2 seperti yg kita idam2kan selama ini?

Atau kita terlalu sibuk fikirkan kenapa isteri tak hormat kita, kenapa isteri tak nak layan kita, kenapa anak2 degil, kenapa itu, kenapa ini, tanpa bertindak dan berusaha apa2. Atau mungkin kita berusaha, untuk lari dari persoalan2 itu. Isteri tak best, kita alihkan perhatian pada wanita lain. Anak2 degil dan tak dengar cakap kita, kita cuma, "Lantaklah ko nak jadi apa. Tak larat dah ayah nak ajor ko."

Abah tak nak ngepek lebih banyak. Sekadar nak bagi sikit point untuk abah dan anda semua fikirkan. Tentang betapa kita sebagai ketua keluarga, masih banyak hak2 isteri dan anak2 yg kita tidak penuhi. Kita mungkin agak sibuk memikirkan kenapa isteri dan anak2 tidak memenuhi hak kita sebagai ketua keluarga sahaja.

Tapi abah juga yakin, anda semua adalah lelaki2 dan suami2 baik, yang senantiasa berusaha menjadikan keluarganya dan kehidupannya, sebagai sebuah keluarga yg bahagia dan hidup dalam kerahmatan Allah sentiasa.

Untuk yg bakal menjadi suami, pesan abah, "Perkahwinan dan pembentukan keluarga bukan sekadar cinta dan keduniaan semata2. Tanggungjawab anda besar, laksanakanlah ia dengan sebaiknya. Mudah2an dalam menjaga agama Allah, dan membentuk keluarga yg dicintai Allah, anda akan diberi kebahagiaan hidup yang tidak putus2, sebagai seorang suami dan ayah. Jangan takut untuk berkahwin. Perkahwinan itu sangat membahagiakan. Cuma kena sentiasa perbaiki diri dan tanggungan, berusaha sebaiknya memahami dan menghidupkan Islam dalam kehidupan anda sekeluarga."

Abah berhenti dulu. Nak kena siapkan beberapa kerja. Malam ini abah perlu memandu ke Kuala Terengganu pula, sebab ada kerja sikit disana sehingga Ahad. Anda doakan keselamatan perjalanan abah, kerana doa2 sahabat semua, adalah doa2 yg abah harapkan. Dan abah juga mendoakan supaya anda semua akan tetap dalam rahmat kasih sayang Allah SWT.

Friday, April 03, 2009

Cerita tentang Tanjung Malim...

Bermula 1 April lalu, hinggalah ke 26 April nanti, abah akan hampir setiap hari berulang alik ke Tanjung Malim, atas sikit urusan kerja di UPSI. Satu tugas yg abah tunggu sentiasa, kerana dengan tugas inilah abah boleh escape dari kesesakan trafik ke pejabat. Dan kerana tugas inilah minyak kereta abah ditanggung oleh syarikat. Hahaha, itu je sebabnya, kan?

Tanjung Malim spt biasa. Abah suka keadaan disini. Waktu abah tiba kat sini jam 8 pagi, kabus masih ada. Sejuk saja rasa. Nyaman sekali. Berbeza benar dengan keadaan diKL. Kat KL ada kabus juga pagi2, tapi kabus ekzos kereta dan lori. Jangan kata sejuk, nyaman jauh sekali.

Dan selama 3 hari diUPSI setakat ni, satu saja yg abah ralat. Bila abah perhatikan gelagat pelajar U sekarang ini, tidak nampak bezanya dengan waktu abah jadi pelajar dulu. Sama saja. Padahal kalau nak kira, abah dah 13 tahun tinggalkan zaman pengajian. Tapi senario nampak masih juga sama. Disana sini, pelajar berkumpul, tak tahu melepak ke belajar. Tapi dari gaya bercakap dan gelak ketawa, rasanya melepak saja. Walaupun didepan mata, laptop terbuka, dengan capaian Internet pun boleh tahan laju, abah rasa pelajar sekarang masih bawa mentaliti kami waktu belajar dulu. Iaitu pelajaran cuma didalam bilik kuliah dan diperpustakaan.

Kalau ditempat2 lain, adalah masa bersembang soal kehidupan dan soal jiwa (faham kan?). Abah tak salahkan depa. Depa mahasiswa yang juga remaja. Nak la bersosial dan berhibur hati juga. Tapi rugilah sikit. Sebab abah perhatikan, mahasiswa bangsa lain, walaupun remaja, masih sempat belek2 buku waktu makan. Sama juga dengan keadaan waktu abah belajar dulu. Pelajar bangsa lain, seolah2 tahu menggunakan waktu. Bukan macam kami, yg kalau takde kelas, membuta atau melepak bilik member saja kerjanya.

Cukup la tu ya. Tak elok berleter pasal ni banyak2. Sebab kita akan tetap jadi kita juga. Dah nama melayu, islam - nak kemana lagi kalau tak kesitu. Tapi untuk mahasiswa melayu yang pandai menghargai waktu dan tahu apa tujuan depa belajar, abah tabik spring pada anda. Andalah contoh melayu yang akan lari dari stereotaip pelajar melayu yg biasa orang nampak.

Terfikir juga abah, kalaulah mahasiswa melayu islam kita belajar macam kakak-kakak dan abang2 Indon bekerja cari duit di Malaysia, abah rasa ramai graduan Melayu kita akan sangat cemerlang dalam pelajaran.

Dan kalau juga kita semua bekerja setekun dan serajin orang2 Indonesia dan Myanmar yang cari rezeki dinegara kita ini, abah rasa akan maju dan makmurlah syarikat2 Malaysia ini. Tapi sayang, realitinya tak semacam itu.

Dan dengan itu, abah berehat lagi. Tak pasti untuk berapa lama. Terima kasih sebanyaknya pada yang masih sudi menjenguk blog abah ini, walaupun ada yg berkata, "rasa macam dah 'jauh' je dengan abah sekarang ni..."

Semoga kita semua akan tetap dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Monday, March 02, 2009

Cerita tentang tenang...

Salam sahabat2 yg dikasihi Allah,

Hari ni abah cuma nak berkongsi satu emel yg abah terima di group SIM yang abah kasihi itu, emel tentang betapa sepinya sang isteri bila suami dikatakan tidak memberikan perhatian.

"...kami ni dah kawin lebih kurang 7 tahun..sepanjang perkahwinan kami dah pun dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel..diluaran orang memang nampak kami bahagia tapi dalam hati saya nie Allah saja yang tau....sepatutnya seorang suami mestilah sedia tau yang wanita memerlukan cinta, kasih sayang, dan perhatian... tapi saya tak rasa semua tu sepanjang kami berumahtangga. ...lebih2 lagi kalau suami saya outstation.. .kalau orang lain dapat curi masa utk telefon or sms tapi suami saya bila saya dah merajuk...dah marah barula dia buat...."

Dan sebelum abah mengupas (ada jer benda dia nak kupas, abah..abah), abah nak tampalkan juga jawapan dari seseorang pada emel tersebut.

"...yang saya tahu sedikit pasal lelaki
apabila dia telah mendapat kamu
dan dia telah pun memahami kamu
dia sangat tenang akan diri kamu
jadi dia rasa sangat selamat dengan kamu

dia bukan tak sayang tapi tenang
dia bukan tak kenang kamu tapi dia sudah pun tahu kamu ketenangan dia
tak percaya cuba kamu buat perangai
kamu menggodam ketenangan dia
maka dia akan merasa susah hati dan gundah gulana
perlu kah kita jadi wanita yang sebegini ?

jadi lah perempuan yang sangat bermotivasi
jika suami telah pun tenang
tumpukan untuk menaikkan taraf diri puan untuk menjadi lebih berharga di
sisi masyarakat dan agama..."

Kupasan abah pun tak lebih dari untuk berkata, dalam berumahtangga, kena ada sesi perbincangan, sesi meluahkan rasa antara kedua suami isteri. Dan juga kena sentiasa ada sesi menunaikan hak diri pasangan. Jangan jadikan sifat diri yang sebegitu batas untuk tidak berbuat sesuatu yang positif, "Dah saya macam ini, awak kena terima lah diri saya seadanya.". Betul, tetapi tidakkah boleh diubah? 

Abah tak mengata orang, abah mengata diri abah sendiri. Abah orang yang kasar kata2 dan ucapannya. Dan abah sedari kelemahan ini sejak remaja lagi, seringkali berusaha untuk mengubah, tapi abah lemah, kadangkala abah terkasar juga pertuturan, lebih2 lagi dengan orang2 kesayangan abah. 

Kalau dahulu, ummi lebih suka memendam rasa tiap kali abah bercakap kasar dengan ummi, tetapi sekarang ummi ubah taktik, dia meluahkan. Dan alhamdulillah, abah yang assume ummi ok dengan cara abah bercakap selama ini, rupa2nya baru tahu yang ummi banyak makan hati. Dan bila telah diluahkan, abah fikir yg abah memang sangat2 perlu mengubahnya, demi menjaga kerukunan rumahtangga kami, dan juga demi menjadikan abah manusia yang lebih disayangi. 

Tidak adil untuk abah kata, "Ini diri abah, semua orang kena terima yg abah memang macam ini". Tak boleh. Abah kena ubah, sepertimana juga suami2 yg lain, bila isteri meluahkan, dan sekiranya apa yang dia minta itu, tidak melanggar hukum Allah, dan untuk kebaikan bersama, apa kata, kita cuba penuhi. Mana tahu dengan berbuat macam itu, kita akan lebih disayangi, dan rumahtangga akan lebih bahagia. 

Dan pada isteri, sekiranya suami tidak memberikan apa yg anda inginkan, sekalipun telah diluahkan, jangan kecewa. Terimalah saja itu suami anda. Dan anda masih lagi beruntung kerana ramai lagi isteri2 diluar sana yang bukan sekadar makan hati, tapi juga makan meja dan lantai. Dan ada juga yang belum dapat makan apa2, sebab suami idaman yang dinanti, masih belum2 juga ditemui. Moga2 Allah mudahkan urusan jodoh mereka ini, insyaAllah.

Teringat sesi sms antara abah dan ummi 2,3 hari lepas.

Bila abah kata kat ummi, "Abang minta maaf sebab banyak berkasar dengan ummi selama ni. Sebab tidak jadi suami yang baik. You deserve someone better." Ummi balas, "Kenapa abang cakap macam tu, abang dah bosan dengan mi ke?" Dan abah setulusnya kata, "Bukan sebab abang bosan, tidak, but because I want to be that "someone". Help me!" And I mean it very2 much. Anda doakan semoga abah akan mampu mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik. Ya? 

Abah berhenti dulu, nak mulakan kerja. Jumpa lagi esok insyaAllah. 

Friday, December 05, 2008

Cerita tentang loghat...

Irman ada tulis di Msjbox kat bawah tu tentang betapa tergelincir telinganya mendengar orang Terengganu bercakap dalam TV. Itu baru dengar orang biasa Man, belum dengar MB Ganu bercakap lagi. Sebab abah pernah dengar dia bercakap dalam TV pasal isu Proton Perdana hari tu. Alhamdulillah abah dah biasa dgn loghat Ganu, faham la abah apa dia kata. Tapi orang lain? Sebab itu ada satu manusia tu tulis dalam suratkhabar minta MB Ganu itu cakap bahasa yang orang lain faham.

Betul jugalah. Dalam menyokong loghat ibunda pun, jangan dilupa akan orang yg mendengar. Depa pun nak tahu juga apa kita kata kan. Kalau dibantai dalam loghat kampung sendiri, susah la orang lain nak tahu apa kita kata. Kesian la kat depa kan? Abah tak kata nak kena cakap macam orang KL (ada ke cakap KL?) tapi memandangkan semua orang dah belajar silibus Bahasa Malaysia sejak dari Darjah 1, takkan la tak boleh nak bercakap Bahasa Malaysia sewaktu orang temuramah, atau sewaktu bercakap dengan orang yg kita tahu bukan suku sakat kita.

Abah bangga dengan loghat Ganu, tapi itu bukan modal untuk abah menuturkannya dengan semua orang. Tengok dengan siapa abah bercakap la. Kalau dengan org yg abah rasa dia faham, ok jer nak cakap ala2 makang ikang ni kang. Tapi kalau abah rasa dia tak faham, dan dia tak selesa, abah cakap la macamana yg abah rasa dia akan faham.

Dan bercakap soal loghat dan bahasa ni, abah pelik juga bila tengok orang2 kita bercakap dengan cina2 atau india2, kita seboleh tidak nak guna bahasa pelik. Manyak, mulah, talak. Apa bendanya tuh? Padahal cina2 dan india2 itupun orang Malaysia juga. Dan depa pun belajar gak BM waktu sekolah dulu. Tapi nak juga kita cakap melayu ala2 cina dan india bercakap. Mungkin sebab nak dia faham, betul. Tapi kalau cakap BM biasa pun, abah tak rasa dia tak faham. Tak perlu la nak pelatkan bahasa melayu kita tu, atau cuba nak cakap apa2 cina+english. Pelik bebenor abah dengar. "I told you oledi what", "No need to write maaa, just draw only".

Tutup bab tu. Nak bukak bab accident yg abah lihat petang semalam. Sepanjang abah memandu dari Tanjung Malim ke Sg Buloh, ada 4 kemalangan berlaku, dan kesemuanya adalah kerana terbabas. Memang betul la kata kawan abah, lebuhraya PLUS dari TM ke KL ni kena hati2 sikit, sebab jalannya licin, terutamanya waktu hujan. Setakat 2 minggu abah ulang alik SB-TM ni, memang banyak sangat kemalangan yg abah dah lihat. Untuk anda yg lalu jalan ni, berhati2lah ya memandu. Jangan bawak kereta tu laju sangat.

Dan bercakap soal berhati2 memandu ni, teringat perbualan maya abah dgn seorang sahabat beberapa hari lepas.

Sahabat: Hati2 bawak kereta balik nanti.

Abah: InsyaAllah. Saya pun sayang juga kereta tu bro. Tak nak apa2 jadi kat dia.

Sahabat: Le, ke situ pulak. Orang bukan sayang kereta lah, orang sayang drivernya tu.

Alhamdulillah, ada juga sahabat yang sayangkan abah ya! terima kasih. Ingatkan dah takde sahabat2 yang sayangkan abah. Ekekekeke.

Selamat berhujung minggu, selamat menyambut hari raya AidilAdha dan Selamat bercuti pada yang terlibat. Abah insyaAllah akan balik ke kg Ummi di Kelantan untuk beberapa hari.

p/s: Entah apa kena hari ni, abah lupa banyak benda - lupa nak pakai jam tangan, lupa nak sembut perfume (hangit semacam je pagi ni), dan lupa nak bawak AC adapter laptop abah ni. Sib baik sempat post satu entri ni. :-)

Monday, November 24, 2008

Cerita tentang sms...

Sewaktu dalam perjalanan balik dari Kluang hari Jumaat lepas, abah terima satu sms dari seorang adik. Kandungan smsnya adalah seperti berikut:

Ketika ibumu ttdr LeLap, cba pndg dia dLm2..
BygKn,mtAnya tdk akn tbka utk sLmanyA, Tgnnya tdK Lg mgHpuS air mta,dN tiadA Lg naShat yg sLma ini sring daBaikn.
BygkN ibu sdh TIADA. Apakh kmu sdh mbhgiakN diA Yg sLLu mbhgiaknmu,mnuhi khndakmu?
Apakh kmu prnh bfkr? Btpa bsar pngorbnannya?
Krim sms ni kpd 10org,klu kmu trmsuk org yg syg pd ibu.
AMANAH..

Komen abah:-

1. Abah sekarang ni pelik betullah dengan tulisan sms budak2 sekarang. Kalau tak kerana bunyinya yang agak "biasa" didengar, memang sah2 abah takkan faham apa yang ditulis. Abah pun kesian kat Muizz. Setiap kali sms masuk dalam henpon abah, tiap kali itulah dia nak cuba baca, dan dia tak dapat baca. Sebabnya, ayat yang ditulis bukan ayat yang dia belajar di sekolah. Akhirnya, "Susah la nak baca mesej abah ni." Abah faham yg sms ni terpaksa guna shortform perkataan, untuk mengelakkan hantar sms berjela2, tapi kalau dah nak membaca pun tergeliat biji mata nak memaham apa yg ditaip tuh, tak ke naya. Teringat kata seorang sahabat senior sepejabat abah. Katanya, "Saya kalau student jawab exam ada shortform2 macam depa tulis dalam sms, memang saya takkan bagi markah tinggi." Tang tu abah tak boleh nak komen apa la kan, sebab sahabat itu seorang ahli bahasa Melayu. Ekekekke.

2. Abah tak berkenan betul bila ada sms yang menyebarkan perkara kebaikan, diminta sipenerimanya pula menyebarkan kepada sebilangan orang lagi. Dan selalunya siap bagitahu, 10, 5, 7 atau beberapa orang. Bukan tidak berkenan soal nak sebarkan, tapi pantang betul abah bila sipenghantar nyatakan jumlahnya. Abah tahu bahawa sipenghantar tu cuma menyebarkan sms tersebut, tapi abah tak faham kenapa depa ni tak boleh nak berfikir sedikit sebelum menyebarkan sms sebegitu. Mesejnya bagus, alhamdulillah. Tapi kenapa nak sebarkan kepada 10 orang, kenapa tidak 1 atau 100 atau 70 orang? Ilmu agama abah memang cetek, tak abah nafikan itu, tapi setakat yg abah belajar, belum pernah lagi ada ilmu yang menyuruh sebarkan kebaikan pada bilangan orang yang tertentu sahaja.

Bukan setakat suruh sebarkan pada sebilangan orang sahaja, siap ugut lagi pulak tu. Kononnya, kalau anda sayangkan ibu, sebarkan sms ini pada 10 sahabat lain. Adakah abah tidak sayang ibu kalau abah tidak sebarkan sms ini? Adakah abah tidak sayangkan ibu kalau abah memilih untuk sebarkan sms ini pada 15 orang, dan bukan 10 orang?

Abah tak tahu. Tapi abah minta pada sahabat2 abah yang seringkali terima sms2 sebegini supaya baca, fahami, dan fikir sejenak sebelum disebarkan pada orang lain. Kalau anda memilih untuk menyebarkan, apakah niat dan tujuan anda? Kalau anda berniat untuk berkongsi benda baik, alhamdulillah. Tapi kalau berniat untuk buktikan anda sayang ibu, abah rasa ini bukan caranya. Ibu anda takkan tahu pun anda sebarkan sms sebegini pada 10 rakan baik anda. Tapi sekiranya selepas baca sms itu, anda telefon ibu, bertanya khabar dan ucapkan bahawa anda sangat kasihkan mereka, itu baru betul. Dan kalau betul nak sebarkan, tengok balik isi kandungannya, jangan main forward saja. Sebab kalau tersalah forward pada abah, dan kena pulak mood abah tak berapa baik hari itu, akan rajinlah abah membalas sms sinis pada rakan2.
Hahaha, jangan ikut resmi abah yg ini tau! Nanti lari semua kawan2.

Sekejap tadi njuga abah terima emel yang mengatakan bahawa amalan membaca Salawat Syifa' adalah syirik. Nauzubillah. Abah tidak tahupun itu syirik. Dan itulah antara salawat yang abah gemar lagukan untuk Azim dan Muizz. Takut juga bila baca yang amalan itu syirik. Oleh kerana abah tidak faham kenapa dikatakan syirik, abah menyelusuri laman web Dato Dr Haron Din berkenaan isu ini: Penjelasan tentang kekeliruan Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah, dan abah terima penjelasan Tuan Guru bahawa amalan membaca Salawat Syifa' tidak syirik seperti yang dikatakan. Cuma abah agak takut juga bila soal2 macam ini diperjelaskan sebagai syirik oleh satu pihak, dan satu pihak lagi kata tidak syirik. Abah yang cetek agama ini, seolah2 tersepit antara dua fahaman ini. Tapi abah memilih untuk menerima mana yang akal dan hati abah kata betul dengan penjelasan mereka. Semoga Allah ampunkan abah, dan semoga Allah pelihara hati abah supaya tidak berpaling dariNya. Dan abah doakan yang sama untuk anda.