Friday, October 13, 2006

Cerita tentang perkhidmatan pelanggan...

Alhamdulillah, hari ni abah masuk semula bekerja setelah 4 hari bercuti. Hari ni abah nak mengepek sikit tentang apa yang abah dah lama nak mengepek. Sebenarnya dah pernah abah sentuh dalam post yang terdahulu, tapi hari ni nak sentuh juga lagi.

Al-kisahnya macam ini. 3 bulan lepas, abah ada buat pengeluaran duit tabungan takaful. Abah pergi ofis Takaful Malaysia(TM) di Sungai Buloh. Isi borang semua siap, abah tanya adik yg cute tu berapa lama masa untuk abah dapat duit tu. Katanya 2 bulan. Walaupun sedikit pelik sebab Yun pernah bagitahu abah, dia buat pengeluaran cuma makan masa 2 minggu saja, tapi abah tak kisah sebab duit tu bukan nak guna cepat sangat pun.

Selepas 2 bulan abah pergi lagi ke pejabat depa tanyakan tentang cek tu, sambil2 abah pergi bayar untuk tabungan bulanan macam biasa. Depa kata tak siap lagi.

2 minggu lepas, iaitu selepas 2 bulan setengah abah tunggu, abah pergi lagi sekali. Kakitangan TM, Aswad kalau tak silap namanya, kata cek tak sampai lagi pada depa. Dan dia pun pelik, sebab cek tu print awal bulan Ogos lagi.

Dan hari Isnin lepas, abah call tanyakan Aswad. Pun jawapan yang sama, cek tak sampai lagi. Dia berjanji akan semak untuk abah. OK la kan.

Dan semalam dia call, kata cek dah sampai. Alhamdulillah. Lega. Akhirnya dapat juga cek tu. Cuma yang nak jadi ceritanya, bila abah pergi ambik, ketara tertera pada muka depan invois, cop tarikh terima cek ialah pada 30 Ogos 2006. Dan dalam buku catatan mereka pun tertulis 30 Ogos sebagai tarikh terima cek.

Abah diam sajalah, sebab fikirkan abah tak berapa sihat, dan sebab bulan Ramadhan. Kalau ikutkan abah yang biasa, abah rasa dua2 staff TM tu dah kena tegur dengan abah.

Bukan nak tegur apa pun, paling kurang, dah tahu mereka silap tak inform abah awal2, minta maaflah. Bagilah alasan apapun, "Kami terhilang no HP encik ke", "Kami misplaced cek encik ke" atau apa ke. Ini dua2 buat muka poyo je masa abah ambik cek tersebut, seolah2 abah ni tak reti nak baca apa yang tertera pada invois dan buku rekod mereka.

Benda2 macam ini yg kadang buat pelanggan terkilan dengan sesuatu bisnes. Abah berurusan dengan Takaful Malaysia kerana fikirkan ianya takaful, dan ianya syarikat orang melayu Islam. Tapi kadang benda2 yg nampak remeh pada depa macam inilah yang buat orang berjauh hati. Kalau nak bandingkan dengan kenalan abah yang wakil insuran syarikat lain, abah rasa kenalan2 abah tadi lebih pandai menjaga hati pelanggan berbanding TM. Abah pelik juga, kalau betul pihak TM begitu mementingkan perlaksanaan Islam dalam urusan, mereka patutnya tekankan juga pada kakitangan mereka akan kepentingan berurusan dengan baik dengan pelanggan.

Abah fikir dalam bisnes apa pun, selagi mereka perlu berurusan dengan pelanggan, perkhidmatan pelanggan perlu bagus. Secikai mana pun pelanggan, layanan kena baik. Sebab pelanggan itulah yang bawa duit kepada mereka, bukan minta duit pada mereka. Macam bank-bank tempatan juga, ada sesetengah tu layan pelanggan macam lepas batuk ditangga saja.

Lepas ni abah nak cuba berurusan dengan Takaful Nasional la pulak, nak tengok bagaimana cara mereka menguruskan pelanggan.

6 comments:

Anonymous said...

...maaf cakap abahmuizz, orang melayu Islam ni sebenarnya memang tak reti berniaga ( extreme ke statement nih ), dlm organasasi bang long pun udah berbuih mulut, training demi training di hantar, result dia camtu gak...tak percaya ke?? pergilah berurusan ngan depa...pada mereka pelanggan tu menyusahkan, depa suka kalau takde pelanggan hari tu sebab depa boleh duduk relax... jabatan kerajaan lagi ler hancus termasuk gak spital gomen...itu yg MB N9 kata semalam jadikan tugas itu sebagai ibadah...

Anonymous said...

bang long, sebenarnya bukan tak reti berniaga tapi MALAS hehehe

Am pula kena dengan seorang bangsa bukan melayu semasa Am mengeluarkan caruman KWSP Am untuk kurangkan hutang pokok rumah Am, urusan yang sepatutnya siapa dalam masa 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan tapi sampai hari ini masih belum selesai lagi. Sekarang dah nak masuk 3 bulan, Am dan isteri dah malas nak layan

Anonymous said...

Am, MALAS tu sespecies ler ngan tak reti or 2 x 6 kata org...berniaga mana boleh malas kan...

KWSP tu Am kene f/up ler, mana boleh sampai 3 moon, something ( very big ) wrong somewhere tu...

Abahmuizz takde geng ke kat KWSP tu utk tolong Am...

~comei~ said...

abah tulis TM tu hmm... TM... :D

Anonymous said...

ya..kadang2 depa2 ni berlagak bagus tak bertempat. nak kata tak dpt gaji, tiap2 ujung bulan pasti masyuk..bukan kene bayar pun kalo 'senyum'.

...lebih senang berurusan dgn ah hock dan mei mei.

Anonymous said...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Abah Mui'zz
Ana berpendapat mereka boleh diperbaiki dengan menghantar mereka ke kursus khas, bahawa melayan pelangan atau tetamu adalah ibadah. Tetamu yang datang di kaunter mesti dilayan sama macam kita melayan tetamu dirumah. Ana rasa Insyallah akan ada sedikit cahaya kesedaran pada diri mereka. Allahu'allam.