Wednesday, October 11, 2006

Cerita tentang Nuzul Quran...

Alhamdulillah, lama sungguh abah menyepi rasanya. Inilah bahana blog, baru 3 hari tak menulis, rasa macam lama je tinggal. Kalaulah ini berlaku dalam kes baca Al-Quran, alangkah baiknya. Sebab dalam kes Quran, seminggu tak baca pun, tak rasa apa2 dalam hati, baik rasa rindu, rasa nak baca, rasa tak lengkap hidup, etc. Seolah2 bila tak baca macam tak ada apa2. Tapi bila tak tulis blog 3 hari, rasa macam ada benda yg tak lengkap je dalam kehidupan. Ini peringatan untuk abah la ni.

Dan alhamdulillah juga, setelah beberapa hari diuji Allah dengan sikit masalah kesihatan, hari ni abah rasa sihat sedikit. Tak la sihat sebetulnya, tapi mampulah untuk buka emel dan balas mana2 yang perlu. Pagi tadi abah ke klinik untuk buat ujian darah, alhamdulillah, ujian untuk denggi negatif. Dan betul juga kata doktor Roslinda tadi, "Allah sayang u la nih. Dia nak cuci dosa2 kecil yang ada". Moga2 Allah ampunkan dan bersihkan dosa2 kecil abah sepertimana kata doktor tu, insyaAllah.

Dan terlanjur menulis ni, nak cerita sikit tentang kisah semalam. Tengahari semalam abah temankan ummi ke klinik gigi. Sementara tunggu Ummi siap, abah tengok la satu slot Wanita Hari Ini di TV3. Hehe, itu yg abah tengok?? Dah, takde apa nak buat, tengok je le. Tak la minat sangat. Cuma tertarik bila ditunjukkan satu slot dimana orang awam ditemuramah tentang Nuzul Quran. Soalan yg ditanya, "Anda tahu ke apa itu Nuzul Quran?" Dan hasilnya, abah agak tergezut jugalah. Tapi abah tak pelik. Ada yang menjawab, "Entahlah, tak tahu." Ada juga yang jawab "Hari turunnya Al-Quran kot?". Abah tak tahu apa orang lain fikir, tapi abah nampak ada yang tengok slot tersebut bersama2 abah tersenyum sendirian.

Abah tak rasa itu satu benda yang lucu. Tidak lucu kerana yang menjawab soalan itu rata2nya mak-mak dan ayah-ayah orang. Anda bayangkan mak ayah tak tahu apa itu Nuzul Quran, anak-anak sementelah lagi. Abah bukan nak mengata sesiapa, tapi ini realiti hidup kita sekarang. Orang2 Melayu Islam kita lebih tahu Nuzul Quran sebagai hari cuti. Dan tak pelik kalau anak2 remaja tak tahu banyak benda tentang agama sendiri, sebab ibu bapa pun tak tahu sama. Agaknya kalau ditanya apa itu I'dul Fitri pun, abah rasa majoriti kita akan lebih tahu itu hari raya. Hari dimana kita tak puasa dah, dan kita berjalan rumah sedara-mara dan makan2. Atau mungkin hari pakai baju baru. Moga2 tidak adalah ibu bapa yang beritahu anak-anak yang I'dul Fitri itu hari untuk mengumpul duit raya banyak-banyak.

Kalau anda ibu dan bapa, abah harap kita sama2lah dapat perbetulkan sikit keadaan semacam itu. Jangan sampai kita terkebil-kebil bila suatu hari anak tanya, "Ayah, kenapa hari raya haji ni orang sembelih lembu?". Ada banyak benda yang kita nak kena pelajari, jika kita tak tahu, dan ada banyak benda yang perlu kita amalkan, sekiranya sudah tahu. Moga2 kita akan jadi ibubapa yang terbaik untuk anak2 kita yang kita senantiasa doakan mereka akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Hingga jumpa lagi...

3 comments:

irman_rahs said...

keadaan macam ni mmg tak mengejutkan la bah, sbb dah mmg tu yg diajar oleh pemimpin kita..
tapi klu macm hari merdeka..
valentine day dan lain2 lagi, tv pun raikan seminggu paling kurang...
tapi klu mcm hari peringatan Islam...aiman tak kisah!

sbb tu kita yg berpendidikan agama ni sgt bertuah, walaupun tak banyak yg kita ada...

Anonymous said...

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ
Abah Mui’zz yang budiman

Tulisan enta hari ini sungguh menginsafkan ana, bahawa sesungguhnya walaupun usia dan nak senja kita mesti terus belajar agama dan meningkatkan amalan kita. Sebenarnya ana sangat sedih tentang diri ana sendiri kerana gagal untuk mentarbiah sahabat-sahabat ana yang masih leka bermain. Ada yang masih mengabaikan aurat, mengabaikan solat, melewatkan solat, bermain judi ekor dan macam2 lagi kemungkaran. Insyallah anak akan emailkan blog abbah Mui’zz ini kepada sahabat2 ana, mudah-mudahan dapat melembutkan hati mereka untuk cenderung kepada agama. Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.

Abah Mui'zz said...

Man, betul kalau dikatakan keadaan ini berlaku sikit sebanyak kerana kerajaan gagal mainkan peranan sebaiknya, tapi untuk disalahkan mereka 100%, tidak patut juga. Allah beri kita akal, iman, kudrat. Kita semua kena usaha sendiri tanpa banyak bergantung pada kerajaan berubah.

Hajjah, itulah manusia. Bukan hajjah saja, abah fikir, ramai sangat yang macam itu. Bukan tidak ingin mentarbiah, tetapi masih belum ada kekuatan untuk mentarbiah. Mudah2an Allah bagi kita kekuatan untuk perbaiki diri kita dan diri orang lain kearah kebaikan, insyaAllah.