Thursday, October 20, 2005

Cerita tentang romantik...

Tengahari tadi abah sempat chat sekejap dengan rakan karib abah. Kata dia, "Wife aku kata aku tak romantik la Jak". Hmmm. Selalu juga abah dengar kata-kata macam itu. Ummi pun rasanya pernah cakap yang abah ni tak romantik.

Abah fikir orang perempuan ni walaupun dah beranak bercucu, masih lagi mengharapkan suami romantik, seperti mana masa bercinta dulu. Haha, abah masa berkawan dengan Ummi tak romantik pun. Bergaduh selalu adalah kot. Kan Ummi?

Abah tak tahu la nak cakap apa pada kawan abah, tapi abah kata, "Nanti ko balik, cakap ngan wife ko: Jangan asyik pandang bintang, renung bulan tinggi diawan. Bumi yg dipijak, rumput yg hijau ni dilupakan". kawan karib abah tadi mungkin kurang romantik la kot, tapi abah tahu, dia manusia yang baik sangat hati budinya. Cuma kadang temper je sikit (sori bang, aku termengutuk ko skit).

Tapi itulah, sesekali merenung laman orang tak apa, cuma jangan sampai laman kita yang bunga berwarna warni tu dah nampak tak bererti pada kita. Mungkin suami kita tak seromantik suami orang, tapi sekurang-kurangnya, ada juga benda baik pada diri dia kalau nak dibanding dengan orang lain.

Untuk suami macam abah ni, tak salah sesekali bersikap romantik sikit pada isteri, especially masa tarikh2 penting dalam hidup isteri. Ada duit lebih tu, belanjalah lebih sikit untuk isteri. Bukan orang lain pun, orang yg lahirkan anak kita dan orang yang siapkan makan minum kita juga. Ataupun kalau tak nak keluar belanja, boleh juga. Peluklah isteri tu 7 kali sehari. Sesekali bawa isteri makan ditempat kegemaran ke, atau sekadar teman isteri shopping sambil pegang tangan. Hehe, abah pun tak terbuat macam itu, pepandai je nak suggest kat orang.

Tapi kalau dua2 suami dan isteri amalkan sikap romantik kan best. Sesekali isteri romantik, time lain pulak suami pulak romantik. Betul ke apa abah cakap ni? Ke romantik tu utk lelaki je....Abah..abah...tak abis-abis merapu.

Lagi satu, untuk kawan karib abah tu, tahniah kalau betul2 ko beli rumah tu. Nanti dah siap, jangan lupa buat housewarming. Confirm aku pegi.

5 comments:

crimsonskye said...

teringat kat cerita mak yg pernah nak buat surprise floral delivery kat ayah on his 46th birthday.. tapi tak jadi sebab florist tu dah terpecah rahsia ;)

Abah Mui'zz said...

Sama la macam abah. Ummi pernah hantar bunga kat ofis abah on my birthday, tapi sebab budak deliver tu call abah awal2 lagi tanya ofis abah kat mana, so tak surprise la. Tapi still, abah ingat sampai sekarang pemberian Ummi. Ros putih berbalut wrapper ungu. Sangat cantik, secantik cinta Ummi utk abah agaknya...hehehe

dr in the house said...

Bab hantar bunga, beli present ni kerja suami saya....sebenarnya saya tak harap sgt bab benda gini sebab definisi romantik saya berbeza agaknya..kalau nak beli hadiah saya suka dia beli benda yg saya nak, bukan dia fikir saya akan suka. Contoh baru ni masa aniversary, dia beli minyak wangi yg ke berapa botol entah...yg lama masih banyak dan luak sikit je..agaknya saya yg tak romantik...anak saya iFos kata saya tak romantik berbanding ayahnya tetapi dia kata saya 'practical'..probably too practical!

Abah Mui'zz said...

Haha, kita samalah dr in the house. Abah pun sebenarnya suka macam itu, sebab itu sebelum birthday abah, abah akan tanya ummi apa yg dia terfikir nak beli, then abah suggest apa abah nak. Tapi part Ummi, abah kena buat surprise la sebab ummi suka surprise macam itu.

Sekarang ni tengah cuba bagi sesuatu yg praktikal untuk baby kawan2 abah yg baru lahir. Abah tanya kawan2 apa yg depa nak untuk newborn baby depa, which normally RM$$. Hehe.

~comei~ said...

:)