Tuesday, August 15, 2006

Cerita tentang Utara...

Seminggu dua ni abah kalut sikit dgn tugas pejabat yang tak pasti bila boleh selesai. Tapi abah ni biasa la, sekalut mana pun, akan ada masa juga nak mengepek kat blog.

Tapi kali ni nak cerita sikit tentang kunjungan abah ke Utara. Abah ke Sungai Petani hari Jumaat lepas atas urusan kerja. Bertolak lambat sikit, sebab tunggu Muizz habis sekolah. Sampai sana dalam pukul 8, tapi sebab pihak hotel salah bagi info, abah cari hotel tu dalam sejam juga. Rasa nak marah tu adalah juga sebab pihak hotel bagi direction yang salah. Masa abah call, dia suruh masuk exit SP Utara, tapi bila abah masuk exit Utara, dia bagitahu masuk exit Selatan pulak. Aduihhhh. Lepas tu bila abah call lagi mintak guide, dia suruh abah follow satu jalan dan pergi straight. Straight punya straight, sampai terlajak kedepan pulak. Sabar je hati.

Hari Sabtu abah kerja sehari suntuk. Pukul 6 lebih baru balik hotel. Apa lagi, bawak Muizz pergi main kat swimming pool la. Kebetulan masa tu takde orang guna, so, pool tu kami yang punya saja lah.

Hari Ahad, abah bawak ummi dan Muizz ke rumah keluarga angkat abah di Kg. Legong, Baling.

Kebetulan masa abah pergi, mak dan abah ada anak angkat lain yang kebetulan program anak angkat belia Perlis sedang berjalan. So, kenal la anak-anak angkat abah yang baru ni.

Kami sama-sama berkelah sambil makan2 di Sungai Kap. Abah ngan Muizz main air. Dan ummi, sebab tak tahan tengok kami enjoy main air, terus join sama. Hehe, memang syok la mandi kat situ. Airnya sejuk betul.

Lepak kejap rumah mak, lepas tu singgah ke rumah 2,3 jiran abah yang baik dgn abah masa program keluarga angkat hari tu. Kami bertolak balik ke Sungai Buloh dalam pukul 6 juga. Tapi sebelum berangkat balik tu, sempat lagi ikut abah menjala udang galah dikolam abah. Dapat la juga dalam sekilo. Hehehe, nanti merasalah abah makan tomyan udang galah best yang ummi akan masak, kan Ummi??

Itulah dulu untuk kali ni. Nak sambung buat kerja laks.

2 comments:

Anonymous said...

lerrrr river farmer yg kecik tu pun bole abahmuizz sesat kesana kemari, idak ke nengok dlm internet seblom pergi hehe ...takpe takpe itu semua pengalaman utk abahmuizz buat buku nanti kan hehe

Abah Mui'zz said...

Haha, abah pakai cara senang je bang long: Call je pihak hotel. Tapi mana pulak sangka depa boleh bagi direction salah. Biasa la hotel milik bumiputera ni, suka nak pandang enteng tentang customer. Kalau omputeh atau yg tak berapa puteh tu, excellent abis servis diberi. Kalu jenis sawo matang dan tak speaking london macam kita ni, hendak tak hendak je le dilayan.

Hehe, bukan nak downgrade bisnes org tempatan, tapi kalau pergi ke hotel yg international, servis memang best, walaupun kita cuma ber-tshirt dan berjeans lusuh.