Tuesday, May 27, 2008

Cerita tentang 'baby'...

Ada orang tu pagi-pagi lagi dah pesan kat abah supaya jangan malas2 kerja, dan jangan update blog waktu bekerja. Bagus ingatan tu, dan abah hargai. Tapi untuk hari ni abah tak dapat nak ikut lagi, sebab sekarang ini waktu kerja, dan sekarang ini abah terasa nak mengepek. Sebabnya, tak larat nak tunggu kerja dari orang lain siap. Bercinta menunggu depa siapkan kerja. Abah punya kerja pun sangkut sebab depa tak siapkan kerja depa lagi. Aduiii.

Nak bercerita sikit tentang hari Ahad lepas, iaitu hari kenduri anak perempuan pada Kak Biah, pengasuh Mu'izz dan Azim. Kak Biah sekeluarga yang kami dah anggap seperti keluarga kami sendiri, dan kerana itu, abah turut sama la menyibukkan diri membantu mana yang patut. Tapi takat basuh pinggan, kemas meja kerusi aje la. Nak tolong masak, abah tak reti. Apatah lagi nak tolong menggubah hantaran atau mengandam. Ekekkekeke.

Dan seperti biasa, kalau dulu sewaktu perkahwinan anak sulung Kak Biah, ummi ditugaskan menghasilkan hantaran, kali ini tidak terkecuali. Entah2 anak bongsunya kahwin nanti pun, ummi juga kena buat hantaran. Tapi ummi seronok pun buat, walaupun sibuk dgn kerja pejabat dan kerja melayan Azim, tapi ummi buat juga (walaupun sampai pukul 2-3 pagi). Dan hasil hantaran kali ini, adalah seperti apa yang anda lihat ini.

Pada abah, cantik. Dan pada kak biah pun. Tapi ummi sebagai penggubahnya masih tak puashati, sebab kata ummi, terpaksa buat dalam kekalutan, maka itulah hasilnya.

Sebagai hadiah kecil dari kami, ummi tempah cupcake dari Kak Mis. Ingat nak tempah kek, tapi sebab pengantin dah siang2 tempah keknya sendiri, maka ummi sekadar tempah cup cake sajalah. Walaupun tidak memenuhi sepenuhnya 'expectation' Ummi, cup cake Kak Mis tetap cantik. Agaknya kak mis terlalu banyak tempahan nak dipenuhi, ada benda yang terlupa diletak. Ekeke, takpe kak mis. Kami faham kesibukan kak mis.

Kenduri alhamdulillah berjalan dengan baik, walaupun agak kalut sedikit pada waktu puncaknya kerana hujan tiba2 turun dengan lebat. Nak buat macam mana, itu kerja Allah, yang kita tak mampu nak jangkau sebab musababnya. Tapi tetap yakin, ada kebaikan datangnya hujan petang itu.

Tutup bab kenduri. Orang yang bagi pesanan kat abah itu juga buat satu pos diblognya berkenaan baby. Abah belum berkesempatan nak jumpa 'baby' orang tu lagi, tapi abah yakin, 'baby' mesti sangat istimewa. Sebab itulah keluarnya ayat, "Always be my baby". Ekekeke, kan Zem?

Dan abah pun nak tunjukkan jugalah baby baru abah. Walaupun tak seistimewa baby Muzem, tapi ia tetap bermakna dihati abah. Kerana baby yang tidak berapa istimewa ini dalam minggu pertama kehadirannya dah buat abah penin. Dijangkakan ia juga akan tetap buat abah garu kepala tiap2 hujung bulan. Ekekekkeke.

Abah berundur dulu. Esok kami sekeluarga akan balik ke Kelantan. Untuk sama2 memeriahkan kenduri kahwin sepupu ummi. Kita jumpa lagi minggu depan insyaAllah.

Thursday, May 22, 2008

Cerita tentang bakat...

Lama tak mengepek, hari ni nak mencurah rasa sikit. Bukan rasa apa pun, tapi rasa penat nak melayan soal kerja. Bukan abah tak ikhlas kerja, abah rasa abah buat sebaik mungkin yg mampu pun, tapi bila orang2 disyarikat ini seolah tak ambil kira tentang beberapa perkara, buat abah naik penat nak mengikut.

Bulan ni saja, abah perlu ke Penang, kemudian ke KK, dan 2 hari lepas, abah ke Batu Pahat dan Kluang. Abah suka pun kerja diluar pejabat ini, walaupun memenatkan kerjanya. Tak kisah la sangat, sebab abah enjoy. Cuma yang jadi tak best, waktu abah memandu balik KL dari Kluang petang semalam, rakan pejabat abah hantar sms, bagitahu abah, kerja yg diberi oleh syarikat, perlu abah siapkan paling lewat pukul 12 malam tadi. Aduhai.

Abah tahu itu kerja, yang memang abah kena buat, tapi depa ni kadang tak pertimbangkan langsung kerja2 lain yang abah buat. Abah buat kerja diluar itupun untuk syarikat, dan kerja2 dipejabat pun untuk syarikat juga. Bukan nak mengada2, tapi kalau la boleh dipertimbangkan kerja2 lain yg terpaksa abah buat, abah sangat berbesar hati.

Dan oleh kerana terpaksa siapkan, lepas maghrib abah siapkan juga kerja. kerja apa? Menanda kertas peperiksaan pelajar. Kalau sebelum ini, abah akan baca dengan teliti jawapan pelajar, tapi malam tadi, abah terpaksa tidak ikut kebiasaan itu. Mana jawapan yg tak tepat, abah kosongkan saja, walaupun ada sipi2. Kalau sebelum ni, abah bagi saja markah jika ada sipi2 jawapannya, tapi malam tadi, hehehe, mintak maaflah pada pelajar2 yang terlibat, abah tak sempat nak tengok jawapan yg sipi2. Dan abah juga tak sempat nak melayan nota2 cinta dari pelajar yang seringkali abah jumpa setiap semester.

Akhirnya, siap juga malam tadi. Dan lepas siap, kebetulan kat TV ada tayang ulangan American Idol. abah layan juga la. Menonton dua David, abah rasa inilah yang dinamakan manusia berbakat. Bukan seperti bakat2 yang Malaysia dok tayangkan hari-hari di Astro itu. Pada abah, yang itu cuma sekadar membuang masa mengejar glamor saja. Bakat nyanyian memang tak ada, kalau adapun, setakat seorang dua. Selebihnya, depa cuma pencari glamor dan mungkin nak dapatkan hadiah yang Astro tawarkan. Tahun depan, harap pihak Astro dapat tukar nama rancangan, jadi Akademi Mengejar Glamor. Baru sesuai dengan pelajar2nya. Ekekeke, amboi, mengutuk AF abah ya! Hahaha, bukan kutuk, tapi itulah realitinya. Astro sibuk cari untung, yang nayanya, manusia2 yang saban hari mengadap kisah2 AF, dan mengundi pelajar2 yg tak sepatutnya masuk tempat tu pun.



Abah menunggu juga bila Akademi Nasyid bakal ke udara. Dan abah berharap, bakat2 dalam AN nasyid akan punya bakat yang betul supaya mampu bukan setakat menghiburkan, tapi juga menyedarkan pendengar dan peminat akan hakikat kehidupan.

Oklah, abah berhenti dulu. Hujung minggu ini mungkin akan penat sedikit, kerana anak perempuan pengasuh Muizz dan Azim akan berkahwin. Kena la tolong sedikit sebanyak.

Thursday, May 15, 2008

Cerita tentang Saerah II...

Petang ni agak malas sikit nak buat kerja. Hahaha, gaji nak, kerja malas, camna ni abah. Ekekeke. Takpe, abah bawak balik kerja ni kerumah lah, abah siapkan malam nanti. Sebab nak kena siapkan juga sebelum 20 Mei ini.

Tengahari tadi makan nasi ayam Mancongkam. Selalu dengar orang sebut2, dan tadi baru berkesempatan gi sana. Dan pada abah, nasi ayam misai Bukit Jambul, jauh lebih sedap.

Apapun, ni saja nak kongsi dgn anda klip video episod akhir cerita Kerana Cintaku Saerah. Abah ter'miss' episod ini waktu TV3 ulangtayang cerita ni baru2 ini.





Cerita tentang Saerah I

Cerita tentang cat...

Takde cerita apa2 hari ni, sebab kepala tengah kosong dari sebarang idea untuk mengepek. Nak berkongsi dengan anda satu iklan TV yang menarik hati abah tiap kali abah tengok.

Dan sambil2 tengok iklan tu, berharap le ada 2,3 benda alah tu datang cat rumah abah. Ekekeke.



Friday, May 09, 2008

Cerita yang sama...

Abah berada di KLIA tika ini. Kalau dulu, abah tak dapat nak capai blog abah, sebab sistem wi-fi di KLIA ni tak bagi capai, tapi hari ni, boleh pulak. Tak tahu la kenapa tiba2 dia tak 'block', tapi baguslah, sebab abah boleh capai mana2 laman web yg abah selalu capai.

Takde nak mengepek apa pun sebenarnya, cuma nak menceritakan 2 insiden hari ni, yang abah dok selalu epekkan pun.

Insiden 1
Abah ke Putrajaya pagi tadi, ada urusan sikit di JPA. Itu kali pertama abah ke sana, dan bila nampak simbol parking pelawat, abah tujulah ke situ. Tapi pusing punya pusing, satu ruang untuk 'parking' pun takde, sebabnya, dah penuh. Abah rasa bukan penuh dengan pelawat, tapi penuh dengan kereta kakitangan kerajaan disitu. Bagaimana abah tahu? Sebab kereta yang parking, banyak yang angkat 'wiper'. Dan selalunya kereta yg parking dan angkat wiper, memberi maksud, "Aku nak parking lama." Kalau betullah staf gomen yang parking, maka malanglah orang awam yang ingin berurusan disitu.

Dan bila dah tak cukup parking, insiden 'double park' tak boleh nak elakkan. Kesian abah tengok seorang makcik tua, seorang pemuda cina, dan seorang lelaki yg berumur, duduk termenung tepi kereta masing2. Sebabnya - depa tak dapat nak keluarkan kereta kerana ada kereta lain 'block'. Abah nak tolong pun tak dapat, sebab kereta yang menghalang banyak, dan rapat2. No telefon pun takde tinggal. Waktu abah nak keluar dari situ pun, abah tengok makcik tu masih ada disamping keretanya. Tak tahulah sampai bila dia sanggup tunggu.

Insiden 2
Di KLIA, abah seperti biasa akan beratur untuk 'check-in' dikaunter B. Beratur dalam 5 minit, giliran abah sampai. Baru je abah nak ke kaunter, tiba-tiba ada seorang staf MAS tanya abah, "Encik dah ada 'boarding pass' ke?". Abah kata, "Saya nak 'check-in' utk dapat 'boarding pass' la ni." Lepas tu dia kata lagi, "Ohhh, tak boleh. Encik kena ambik 'boarding pass' kat mesin depan tu dulu, baru boleh beratur untuk 'register luggage'." Kebetulan orang dibelakang abah pun kena benda yg sama. Dan kami masing2 pandang sama sendiri. Hahaha. Sebab apa? Sebab kami bukan datang KLIA setiap minggu. Tak pernah tahu kena 'self check-in' dulu. Dan depa pun takdak pulak letak 'sign' atau apa2 notis bagitahu yang penumpang kena 'self check-in' dulu. Panas jugalah sikit. Tapi tak la tinggi sangat 'level'nya. Apa la salahnya depa letak satu notis dekat orang beratur tu tulis siap2 supaya pergi 'self check-in' dulu di mesin. Tak la orang kena beratur dua kali. Aduihhh, pelik2. 'World class airline' pun boleh tak prihatin benda2 macam itu. Ekekeke. Lepas abah masukkan beg, abah terpandang yang Aziah Jasmin, personaliti TV3 tu pun kena sama macam abah. Penat beratur, pastu kena keluar dari q dan pergi ke mesin.

OK lah, itu saja epekan kali ni. Abah nak sambung kerja skit. Sementara tunggu flight ke KK pukul 12 tghari nanti.

Selamat hujung minggu untuk anda semua.

Tuesday, May 06, 2008

Cerita tentang hukum...

Kalau anda belek BH hari ni, ada satu kisah duka berkaitan kita. Kisah tentang bagaimana akhirnya bila kita asyik letakkan akal di punggung dan iman di tapak kaki.

Abah tidak tahu apa sebenarnya kisah disebalik kematian seorang lelaki yang hanya disyaki mengintai anak dara orang. Kalau betul, perbuatannya itu memang salah dan perlu dihukum. Tapi kalau betul dia tak buat, abah tak tahu apa la yg ada dalam fikiran manusia2 yang memukul dia hingga mati.

Memang betul, dalam undang2 dunia, dan undang2 akhirat pun, perbuatan salah akan dihukum. Tapi setakat abah tahu, tidak pernah abah dengar istilah hukuman "belasah sampai mati." Kalau rejam sampai mati tu, abah boleh terima la. Itupun untuk pesalah zina. Belasah sampai mati ini, rasanya adalah hukuman mereka yang hatinya telah dipenuhi dengan syaitan. Sebab mereka letakkan iman mereka ditapak kaki, dan akal depa pula kat bahagian punggung. Bila hati dah kosong dari iman, itulah jadinya.

Ini bukan satu kes saja, sebenarnya banyak lagi kes2 sebegini. Cuma mungkin untuk kes2 lain, orang yg dibelasah itu tidak mati. Yang patah riok ramai sgt la rasanya.

Masyarakat wajar menghukum, tapi bukan dengan cara ini. Dalam Islam sendiri pun, kalau kes yang tidak ada bukti yang betul2 kukuh, tidak boleh dijatuhkan hukuman. Apatah lagi kes syak wasangka.

FAZILAH Muhammad, isteri Hatib Leman yang maut dipukul kerana dituduh mengintai anak dara, duduk bersama anak-anaknya merenung masa depan di depan rumah yang daif di Kampung Belakang Kilang dekat Kuala Perlis, semalam. Dalam kejadian Sabtu lalu, Hatib yang sedang bersantai bersama keluarga sambil menonton televisyen terbunuh selepas diserang oleh sekumpulan lelaki. Kumpulan penyerang yang dianggarkan lebih 20 orang melarikan diri selepas polis yang dihubungi tiba di tempat kejadian. Mangsa yang parah dan tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan disahkan meninggal dunia jam 3.45 pagi kelmarin.

Abah kasihan tgk gambar keluarga arwah mangsa pukul itu. Abah tidak tahu apa yg ada dalam fikiran orang2 yang membelasah arwah tatkala tengok gambar itu. Adakah mereka gembira? Puashati? Kerana kononya dapat menegakkan keadilan ditangan sendiri. Entah keadilan apa yg mereka tegakkan, wallahua'lam. Atau adakah mereka rasa kesal?

Apapun rasa mereka, semoga orang lain dapat jadikan kes sebegini iktibar, supaya nanti tidak akan berlaku kes2 menghukum orang lain dengan tangan sendiri. Kita ada undang2. Biarlah undang2 yang menentukan. Bukan kita yang tentukan.

Kalau betulpun nak menegakkan undang2, bukan begitu caranya.

Pernah baca kisah bagaimana seorang budak yang mencuri HP dibelasah dengan teruk di Kompleks Wilayah? Ini satu lagi contohnya. Kalau betul dia bersalah, bukan itu gayanya menghukum. Biar dia diadili sewajarnya. Kalau pun dia mungkin terlepas hukuman dunia, hukuman Allah pasti tidak akan lari.

Dan abah tak rasa pun depa yang membelasah orang lain ini jenis nak menegakkan hukum pun. Depa cuma syok saja membelasah orang. Kononnya org buat salah kena dihukum. Kalau ikut hudud, orang yang memang terbukti mencuri akan dihukum potong tangan. Tapi yang menghukum ni takde pulak potong tangan. Depa cuma suka nak belasah saja sampai patah riok orang tu. Dan inilah yg abah kata, undang2 depa sendiri.

Oklah, tutup cerita itu. Nak cerita sikit tentang trip abah ke Penang baru2 ni.

Selama di Penang, abah dan keluarga cuma sempat pergi ke Penang Hill saja. Itupun terpaksa menunggu lama untuk naik train ke puncak bukit. Hajat dihati nak beli sikit jeruk2 sebagai buahtangan kawan2, tapi cari punya cari Bazar Chowrasta tu, jangan kata dapat jeruk, kami pulak yang kenyang makan langsat dalam kereta. Pusing2 punya pusing, sampai sudah tak jumpa Chowrasta. Jadinya, PB, minta maaflah tak dapat nak bagi ole2 jeruk. Nanti kalau abah pergi lagi, insyaAllah abah belikan.

Satu yg menarik kali ini, abah dan ummi berjumpa satu kedai nasi ayam yang sungguh yummy yummy. Nasi ayam kedai Misai di Kompleks Bukit Jambul memang sedap. Sebab itulah sepanjang 4 hari kami disana, hari2 makan nasi ayam misai. Ekekekke.

Tempat lain yg sempat singgah - Queensbay Mall. Itupun ronda kejap je, sebab tak larat nak ronda semua. Besar sangat. Lagipun apa yg ada diQM, kat KL pun banyak.

Yang menarik satu lagi, makan ikan bakar di tepi pantai. Jalannya arah ke Bayan Lepas. Abah lupa la pulak apa namanya. Boleh tahan la makanan laut bakarnya.

Waktu lain?? Abah sibuk dengan kerja di Seberang Jaya. Dan selama abah sibuk dgn kerja, ummi ngan anak2 melepak kat hotel sajalah.

Terima kasih buat Muzem dan Nizam, kerana sudi bawak abah makan char kuey teow yang sedap itu. Disebalik kesibukan kalian, masih sudi luangkan masa untuk abah. Abah sangat2 hargai. Semoga kita akan jumpa lagi nanti sekiranya abah ke Penang, insyaAllah.

p/s: Nak petik kata2 Muizz selepas turun dari Penang Hill - "It's soooo boring. No fun at all." Hehehehhe. Tokojut abah dongar. Mana pulak budak kecik ni belajar speaking london. Hahahaha, ini sah2 dialog dari cerita kartun mana2 nih.