Tuesday, September 19, 2006

Cerita tentang kritikan dan kelemahan manusia...

Abah tertarik baca komen dari pembaca tentang epekan abah berkaitan kemahiran menyampaikan idea dan pendapat dengan orang lain.

Bang long kata, "...sebenarnya pekerjaan yg paling senang didunia ini adalah utk menjadi seorg pengkritik...mereka tidak memerlukan modal, cukup hanya dgn meneliti kelemahan kpd apa yg hendak dikritikan itu..".

Abah bukan la nak mengkritik bang long, dan tidak untuk kritik siapa2. Abah cuma nak kita kaji balik istilah kritik pada kita.

Siapa2 yang tonton Akademi Fantasia pasti tahu akan kewujudan pengkritik dalam rancangan itu. Siap ada pengkritik tetap lagi. Abah tak tonton sangat AF, tapi setakat yg abah tonton, abah rasa pengkritik mengkritik dari 2 sudut, positif dan negatif. Dan tak salah pun nak mengkritik, bukan sebab mengkritik itu perkara paling senang dibuat, tapi sebab mengkritik itu perlu. Kalau tak dikritik tak tahu pulak apa yang tak kena, dan yang kena.

Cuma yang jadi susah bila kritik tak kena tempat. Ambil contoh kritikan dalam AF, "Kamu ni hensemlah" vs "Kamu ni termengah2 masa menyanyi sambil menari, kena exercise dan kuruskan sikit badan tu".

Kritikan takleh lari dalam hidup sesiapapun, cuma bila mengkritik, kritik dengan positif, walaupun apa yg nak dikritik itu benda yang negatif.

Macam kes pemimpin negara, artis dan golongan popular yang dikritik, memang apa benda yg dibuat oleh depa, akan ada orang kritik, tapi kena tengok la kritikan yang macam mana. Abah tak rasa orang kritik sangat Siti Nurhaliza tak boleh menyanyi, tapi bab berbelanja dalam majlis kahwin, abah fikir ramai yg kritik itu membazir. Tak salah pun depa nak kritik, sebab benda itu memang betul. Memang ada yang kata, Siti kaya dan mampu nak belanja juta2, tapi kalau balik pada agama yang Siti anuti, itu ke kaedah berkenduri kendara berkahwin yang disarankan?

Memang akan ada juga orang kata, nak mengkritik, biarlah diri sendiri tu layak untuk mengkritik orang. Abah setuju pun. Tapi tak la bermaksud nak mengkritik Siti Nurhaliza membazir dalam kenduri kahwin pun kena ada PhD dalam Ekonomi, ataupun nak mengkritik gaya persembahan orang kena ada pengalaman buat persembahan 15 tahun. Rakyat2 marhaen macam abah ni pun takkan nak tunggu jadi ahli politik baru boleh nak kritik menteri dan orang penting negara tentang itu dan ini.

Abah mengkritik bukan dgn niat negatif, nak burukkan manusia lain, tidak. Cuma abah kritik untuk berkongsi pandangan abah, dan harap2 kalau betul apa yg abah kata, kita semua boleh ambil iktibar dari kritikan pada orang lain itu. Sebabnya, nak harap orang yg dikritik tu baca kritikan abah, memang mustahil la kan.

Kita yang tukang dengar atau baca kritikan pun tak boleh la nak sengih je memanjang bila dengar orang kena kritik. Kita pun bukan sempurna sangat. Belajarlah daripada kritikan orang lain. Mana-mana yg boleh diambil sebagai pengajaran, ambil, dan perbaiki diri. Takkan nak tunggu kita kena kritik perkara yang sama baru kita nak berbuat sesuatu, kan?

Hehe, malas la nak mengepek banyak-banyak, cumanya nak buat satu contoh insiden yg boleh berlaku:

Satu hari anak kita balik dari sekolah mengadu pada kita, "Ayah, cikgu along kat sekolah tu tak best la mengajar. Dia macam tak pandai sangat nak mengajar matematik tu. Bila kami bagi soalan yg susah sikit, selalu dia suruh kami cari sendiri jawapannya. Bila kami kata tak faham apa yang dia ajar, dia senyum je".

Agak-agak, apalah yang kita nak respon pada aduan anak tadi.

Adakah:

"Hah kamu nih, mengkritik cikgu je yang kamu pandai. Bukan nak belajar elok2, sibuk nak kritik cikgu. Cikgu yang tak pandai ke, kamu yang malas?"

atau,

"Along, tak apalah cikgu macam itu. Along kena ingat, manusia ni tak sempurna. Along kena terima hakikat cikgu Along macam itu."


Kenapa abah bagi contoh macam itu?

1. Sebab masa Form 4 dan 5, abah ada sorang cikgu Add Math yang hari2 kerjanya asyik bagitahu kami "Add Math ni susah, kamu semua memang takkan boleh buat SPM nanti, saya yakin ramai yang gagal". Dan betulpun telahan cikgu itu, ramai yang gagal. Abah pun nyaris2 gagal sebab dalam fikiran abah, Add Math itu susah. Tapi bila masuk matrikulasi, mungkin kerana cikgu yg ajar tu bagus, atau mungkin sebab abah dah makin matang, abah baru sedari yang Add math itu sebenarnya tidak susah. Dan alhamdulillah, result Math masa matrik agak memberansangkan juga. Abah tak salahkan cikgu, tapi abah rasa kalau orang tu bagus dalam melaksanakan kerja, insyaAllah takkan banyak kritikan perlu dilontarkan pada dia dan hasil kerjanya pun akan baik. Tapi kalau dah kerja macam nak tak nak je perform, macamanalah orang tak kritik. Kalau setakat bagi alasan, "Anda kena terima saya seadanya, sebab saya pun manusia biasa yang punya kelemahan", hancus syarikat dan negara.

2. Sebab abah macam tak boleh nak terima keadaan dimana, syarikat abah bayar 500-900 ringgit untuk abah pergi persidangan, at the end, abah kecewa sebab pembentang kertas kerja tak tahu nak present idea dan pandangan mereka. Abah cuba juga nak terima kelemahan diri depa, tapi abah macam peserta2 lain yang pergi dan bayar beratus2 itu yang tak boleh juga nak terima kenyataan semacam itu.

Malam tadi cermin kereta abah kena pecah dek mahkluk Allah yg menurut kata syaitan. Tak tahulah apa yang dicarinya. Takpelah, abah terima itu sebagai ujian Allah. Cuma nak pesan pada anda, kalau nak parking kereta dan tinggalkan lama-lama, pastikan tidak ada barang dalam kereta yang boleh menarik minat pencuri2 ini. Beg ke, sampul surat ke, smart tag ke, apa-apa sajalah. Sebab depa ni pantang nampak benda2 macam itu, walapun sebenarnya takde apa sangat pun, beg kosong, envelope kosong, hehe.

Esok pulak sambung...

3 comments:

irman_rahs said...

yaka keta kena masuk hantu?
keta yg mana satu?

psl kritik:
bagi man,bila sesuatu tu mendatangkan manfaat dan faedah,itulah ilmu...

tapi bila manusia kritik yg tidak mendatangkan apa2 kecuali kemudaratan, baik kita diam ja...

psl man:
tq pnjmkan keta tempoh hari, tak tau mcm mana nak balas jasa abah n keluarga....nanti dtg sandakan jgn lupa singgah ruma...semua jenis makanan laut menanti abah tanpa perlu mengeluarkan ongkos yg tinggi...

~comei~ said...

hari tu pun kete kawan anim pena pecah gak. diorg amik smart tag. bila tanya parking kat mana katanya kat luar kem. huu.. no komenlah sbb luar balai kan.

Abah Mui'zz said...

Man, keluarga Man dah sebahagian dari keluarga abah. Kedatangan kalian akan senantiasa dialu2kan. Haha, jangan offer macam itu, nanti abah pergi Sandakan lepas raya kang, abah makan betul2 makanan laut tu, insyaAllah. Lupa lak, keta hitam kecik tu yg kena pecah.

Anim, sekarang ni kena jaga2. Kawan ofis abah yang ralit dok bercakap guna HP masa nak buka pagar rumah(lepas keluar dari kereta), kena tumbuk kat mata bila peragut tu nak rampas HP dia. Dah la HP pecah sebab jatuh, mata lak lebam seminggu. Susah la skarang ni bila manusia2 ikut syaitan ni dah mula bermaharajalela.