Thursday, October 05, 2006

Cerita tentang Solat...

Terasa nak update blog, tapi tak tahu apa nak ditulis.

Sibuk sikit kebelakangan ni. Minggu lepas, abah terpaksa ke Besut sebab ada kerja sikit, dan terlanjur ke Besut, abah ambil peluang untuk bercuti di Kelantan. Sempat juga bersama-sama Mek berbuka puasa untuk beberapa hari, dan sempat juga untuk merasa makanan kelantan yang memang abah suka. Gulai itik serati, sambal mangga, sira labu, etc.

Hari ni memandangkan tak ada apa abah nak mengepek, abah cuma nak letak satu link ke satu tapak web yang abah rasa anda patut baca artikel yang ditulis. Bagus artikelnya, iaitu 25 Strategies to Help You in Concentration In Your Prayer.

Anda bacalah, dan moga2 ada sesuatu yg bermanfaat boleh dipelajari dari situ.

Selamat berpuasa untuk kawan2 semua.

Siapa yang nak kad raya, sila emelkan abah alamat anda.

3 comments:

Anonymous said...

Abahmuizz, bercerita tentang solat terawih...rata2 masjid & surau yg bang long kunjungi baik di JB atau di Melaka semuanya macam express ERL, 35 ke 40 minit dah habeh 8+3, so macamanalah nak kusyuk...satu surau/masjid di Bangi pulak bagusnya sampai jam 10.30 ke 11.00 mlm baru habis 20+3 sesuai untuk orang2 yg sudah pencen...apa2 pun itu semua ujian dari Allah utk kita umatnya...
Anyway Abahmuizz, thanks for the book...masalah betul, bila baca je ngantuk...satu lagi ujian Allah kut.

irman_rahs said...

di sabah ada masjid/surau yg baca satu juz tiap malam, datang la sabah utk menikmati keindahan berpuasa di sabah, antara kelebihannya, berbuka seawal jam6 petang....tapi taun ni tak berpuasa di sabah kot!huhuhuhu

Anonymous said...

Abahmuizz, selamat hari jadi yg ke 33, ( nice number ) I wish u whatever u wish 4 ...God bless u...