Thursday, November 11, 2010

Cerita tentang warkah ulangtahun...

Salam Along,

Selamat ulangtahun ke-9 sayang!

Sepatutnya pada harijadi Along, abah berikan sekeping kad ucapan harijadi, sepertimana Along selalu buat bila tiba harijadi Abah. Tapi tahun ini, abah memilih untuk menulis surat terbuka buat Along. Pertamanya sebagai luahan rasa hati abah pada Along, dan keduanya, sebagai bahan bacaan bila Along dah besar nanti. Mana tahu, umur abah tak panjang utk duduk berdua dengan Along 20 tahun akan datang, untuk mengimbau sejarah silam Along sewaktu kanak-kanak.

Abah beruntung ada Along. Sejak dari Along dilahirkan 9 tahun masihi yang lepas, tak pernah seharipun abah tak rasa bersyukur Allah kurniakan Along pada abah. Abah menangis waktu azan dan iqamatkan Along, sebab Along dalam inkubator waktu tu. Tapi bukan Along saja lah, waktu Achik Azim dan Adik Aimeen pun, abah menangis juga saat mengazan dan mengiqamatkan. Hehe. Along jangan kata abah tak macho pulak!

7 tahun Along jadi anak tunggal abah dan ummi. 7 tahun jugalah kasih sayang tumpah mencurah2 kat Along, walau adakalanya, tangan abah juga laju hinggap pada badan Along. Dan Along maafkanlah abah. Abah tahu memukul itu bukan jawapan pada kesilapan anak2, tapi sebab abah bukan manusia yg tinggi kesabarannya, maka memukul itu juga yg abah sering buat tiap kali Along menguji kesabaran abah.

Sekarang di usia Along 9 tahun, abah sudah boleh rasa kesan dari didikan abah pada Along selama ini. Dan abah bersyukur pada Allah, abah boleh nampak kesannya sekarang, bukan 5 atau 10 tahun akan datang. Abah akan cuba ubah pendekatan abah yg kurang baik itu. Mana yg baik, akan abah kekalkan. Sebabnya cuma 1, abah nak Along jadi anak yg baik. Abah nak mendidik Along jadi manusia yg berguna, jadi suami yg cemerlang, jadi ayah yg hebat suatu ketika nanti.

Kalau dulu dunia Along cuma dengan abah, ummi, dan nenek. Tapi sekarang dunia Along lebih luas. Along ada kawan2. Baik disekolah, ataupun dikawasan rumah. Abah tak halang Along berkawan, sebab abah tahu, berkawan itu sesuatu yg baik. Cuma abah nak Along pilih kawan2 yang baik. Bukan kawan2 yg membuli, dan kawan2 yg suka ambil kesempatan. InsyaAllah selagi abah ada, abah akan cuba monitor pergaulan Along dan kawan2.

Abah juga nak Along lebih fokus dalam pelajaran. Abah tahu Along pandai. Kepandaian saja tidak cukup sayang, untuk maju ke depan. Kena ada usaha dan kerajinan. Abah akan cuba didik Along nanti utk lebih rajin dan lebih fokus. Supaya Along akan lebih cemerlang dalam akademik. Agama pun begitu juga. Abah dan ummi akan cuba sedaya upaya untuk berikan ilmu yg secukupnya buat Along. Mana yg abah kurang, kita sama2 belajar nanti.

Abah sentiasa doakan moga2 Allah berikan abah kemudahan dalam menguruskan kehidupan abah dan keluarga abah. Semoga Allah tidak menguji abah dengan benda2 yg tak mampu abah nak tanggung. Bukan senang nak mendidik anak sebenarnya, dan bila dah ada Along dan adik2, baru abah akui kenyataan itu. Tapi susah bukan bermakna mustahil, kan Long?

Abah berhenti setakat ni dulu ya nak! Nanti kalau ada lagi, akan abah sambung.

Abah tak tahu bila ketikanya Along akan baca surat abah di blog ini. Tapi abah harap Along akan dapat baca dan faham luahan abah dalam waktu terdekat ini. Along pun dah mintak abah buat akaun Facebook untuk Along kan? Nanti bila dah mahir dengan teknologi, jangan lupa sesekali singgah baca ngepekan abah di sini. Ini antara benda yg abah boleh tinggalkan untuk Along 1 hari nanti.

Dengan genapnya umur 9 tahun hari ini, abah doakan moga Along membesar jadi anak yang soleh, jadi anak yg bijak dan pandai, serta jadi anak yg mendoakan kebaikan buat abah dan ummi disetiap ketika.

Abah dan ummi sayang sangat2 kat Along.

Selamat ulangtahun sayang.

- Abah. 11/11/10

Thursday, October 14, 2010

Cerita tentang takdir...

Salam sahabat,

Asyik (yg kadangkala keterlaluan) dengan fesbuk, buat abah lupa seketika pada blog. Kerja yg banyak tu pun ya juga (alasan!).

Apapun, moga anda terus sudi menjengah dan membaca ngepekan abah ini. Dan semoga kita semua masih tetap sihat dan ceria dalam rahmat kasih sayang Allah.

Baru2 ini, sewaktu sedang memandu sambil mendengar IKIM.fm, tertarik dengan satu sms dari pendengar yg mempertikaikan kenapa kita asyik merujuk pada bahan kajian manusia dalam memperkatakan soal jodoh sedangkan jodoh, ajal maut, rezeki, itu semua ditentukan Allah.

Tertarik juga dengan jawapan Prof tersebut. Dan disini abah nak mengulas sikit pasal itu.

Pada abah, memang kita kena yakin bahawa soal jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut - itu semua kerja Allah yang disembunyikan dari kita. Allah yg menentukan semuanya. Dan abah percaya juga Allah punya sebab untuk menyembunyikannya dari kita.

Anda tahu bila nak dapat rezeki? Bila nak bertemu jodoh? Bila nak mati? Rasa2nya takde yg tahu. Kalau agak2 tahu pun, masih belum pasti. Betul?

Dan kenapa Allah sembunyikan, pada abah, adalah kerana Allah nak kita gunakan akal yg diberi, kudrat yang diberi, ruang yg diberi, dan apa saja yg Allah pinjamkan pada kita itu, kita gunakan untuk berusaha. Bukan berusaha melawan takdir, tapi berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Samada Allah beri atau tidak beri, itu soal lain. Jika Allah beri, ataupu tidak beri, selepas kita berusaha sebaiknya, maka itulah takdir Allah pada kita.

Abah bagi contoh, orang kata "ada jodoh, ada lah tu." Betul, tapi kalau tak berusaha, agak2 ada tak jodohnya. Ada, jika itulah yg Allah kata, tapi logiknya, anda kena berusaha, kan? Berusaha mencari jodoh anda. Andai kata anda berusaha, dan anda jumpa bakal jodoh anda, tapi sehari sebelum akad nikah, dia Allah panggil menghadapNya, maka itulah takdir anda, iaitu bukan jodoh anda dengan dia. Dalam keadaan itu, kita pahamlah bahawa penentu segalanya adalah Allah SWT.

Tapi kalau kita tak berusaha. Kita suka seseorang, kita cuma diam. Kita tak berusaha nak "mendapatkan" dia. Kita cuma berdoa moga Allah jodohkan dengan dia. Dan bila satu hari kita dengar dia dah berkahwin, kita kata, "dah takde jodoh kita dengan dia.". Maka kita pun frust, walaupun masih menerima takdir Allah. Terima ya, tapi wajarkah frust. Allah beri kita pilihan. Dan kita memilih untuk tidak berbuat apa2. Andai mungkin anda berusaha, si dia mungkin jodoh anda.

Sama juga kalau bercerai, "sudah takde jodoh kami, nak buat macamana". Seringkali dengar orang cakap macam itu kan? Tak salah apa dikata, cumanya pada abah, bukankah Allah bagi pilihan untuk kita pilih.

Imagine anda jumpa sms cinta dari bekas pakwe isteri anda, apa nak buat? Ada orang tanpa usul periksa, ceraikan isteri tang2 tu juga. Dan bila dah bercerai, "Nak buat lagu mana, dah bukan jodoh." Yg sebenarnya, kita memilih untuk jadi macam itu. Andai kata kita berusaha untuk berbincang dan bertanya dengan isteri, mungkin takdir hidup kita bukan bercerai dengan isteri. Mungkin. Allah saja yg tahu.

Point abah sebenarnya ialah, jangan disalahgunakan konsep "sudah takdir Allah". Melainkan kita telah memilih untuk berusaha yg sebaiknya, sekiranya Allah kata itu bukan utk kita, maka disitulah baru kena konsep, "segalanya adalah ketentuan Allah". Jangan sesenangnya nak gunakan takdir Allah bilamana kita tidak berusaha dengan sebaiknya.

Panjang la pulak mengepek. Hehehe.

Abah berhenti disini dulu. Semoga kita akan jumpa lagi nanti insyaAllah.

Wednesday, October 06, 2010

Cerita tentang tasbih cinta...

Salam sahabat2 abah,

Hari ni tidak ada apa nak dingepekkan, sekadar mempromosi satu sinetron Indonesia yang abah sarankan anda menontonnya, terutamanya kalau anda minat dgn cerita2 sinetron. Yang abah maksudkan ialah sinetron Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan.

Abah baru menonton tidak sampai 8 episod, tapi dari episod2 yg telah abah tonton, abah yakin, jika ditonton dengan pandangan positif, pasti banyak perkara baik yg boleh diceduk dari sinetron ini.

Ia berbeza dengan sinetron2 lain yg pernah abah tonton, walaupun sinetron2 lain juga memaparkan Islam sebagai temanya.




Sinetron Ketika Cinta Bertasbih ini tidak sekuat 2 filemnya, tapi masih bagus untuk ditonton. Sinetron KCB ini lebih tertumpu pada isu2 dan realiti2 yg berlaku dalam masyarakat, di Indonesia. Tapi abah rasa tak banyak bezanya realiti masyarakat disana dengan kita disini.

Untuk sahabat2, jika ingin menonton, anda boleh muatturun di sini.

Moga2 apa yg abah dapat dari KCB Spesial Ramadhan ini akan anda dapat juga nanti, insyaAllah.

Monday, October 04, 2010

Cerita tentang anak2 kita...lagi

Salam sahabat2 semua,

Semoga kita semua masih tetap dalam rahmat dan kasihsayang Allah SWT.

Sekejap tadi abah mencari2 bahan di Internet berkaitan Ustaz Kazim Elias. Suka sangat dengar penyampaian Ustaz Kazim dalam banyak kuliah2 beliau di Internet. Alhamdulillah, dengan adanya Internet ni, banyak ilmu yg boleh dikongsi dan disebarkan.

Cuma yang mengejutberukkan abah, sewaktu dalam mencari2 bahan itu, tetiba terklik satu link yg kemudiannya bawa abah ke satu blog. Blog kepunyaan seorang anak gadis, yg abah rasa Melayu, dan Islam agamanya. Gerun sangat rasa bila baca apa yang ditulis. Minta maaf kalau abah ketinggalan zaman, tapi inilah pertama kalinya abah terjumpa blog yg macam ini.

Betul depa ada hak nak menulis apa pun diblog depa, tapi kalau dibaca apa yg depa tulis, nauzubillah. Agama dan alim ulama dijadikan bahan cemuhan dan kutukan depa.

Abah tidak tahu berapa banyak lagi anak2 sebangsa dan seagama dengan kita yang
berbuat macam itu. Kalau Namewee tu bermain dgn isu kaum, yang ini abah fikir, lebih dahsyat. Bermain dengan agama.

Pesan abah pada mak2 dan ayah2, perhatikanlah aktiviti anak2 kita diInternet. Tahu2lah sikit apa mereka buat. Semoga Allah kuatkan kita untuk membimbing dan mendidik anak2 kita supaya mereka tetap dijalan Allah.

Abah tinggalkan sahabat2 semua dengan satu snapshot yg abah ambil di blog tersebut. Anda lihat, baca dan nilaikanlah.


Thursday, September 23, 2010

Cerita tentang Gaji...

Salam sahabat,

Selamat bertemu kembali, selepas lama bercuti meraikan IdulFitri (yg lebih diraikan berbanding Ramadhan - hu hu hu).

Abah tak nak mengepek panjang hari ni, sekadar meletakkan satu video yang Ummi beria2 suruh abah dengar.

Abah belum dengar lagi, sekejap lagi insyaAllah.

Mungkin ada yg baik dari video ini, maka abah kongsi dengan anda, terutamanya para suami (dan isteri).



Sehingga jumpa lagi insyaAllah.

Tuesday, September 07, 2010

Ucapan Idul Fitri 1431H

Sebelum abah 'disengaged' dari blog untuk 12 hari yg akan datang, ingin abah mengambil kesempatan (dan waktu berkerja - hu hu hu) untuk mengucapkan Selamat Meraikan Idul Fitri pd semua sahabat2 blog abahmuizz ini.

Didoakan semoga:

1. Anda lulus cemerlang sijil Ramadhan di Madrasah bulan kerohanian yang akan meninggalkan kita tidak berapa lama lagi ini.

2. Anda berjaya kembali pada fitrah diri(hamba Allah yg patuh) dan fitrah keluarga(keluarga yg sakinah).

3. Anda berhati2 memandu tidak kira untuk pemanduan jauh atau dekat. Ingat tiga kata ini - Merah tanda berhenti. Abah doakan anda semua selamat pergi dan sampai.

4. Anda memaafkan segala tulisan2 yang pernah abah luahkan dilaman blog ini. Dalam bersemangat berkongsi sesuatu dengan sahabat2, abah bimbang ada hati terasa, ada jiwa terluka dengan tulisan2 abah.

5. Anda gembirakan diri anda, diri mereka yg rapat dgn anda (mak ayah, isteri, anak2, adik kakak, sahabat2) tanpa perlu berbelanja lebih.

6. Anda doakan juga 5 perkara diatas pada abah, insyaAllah.


Salam Idul Fitri 1431 H -
Abah, Ummi dan anak-anak (Mu'izz Hakim, Azim Hafiz & Aimeen Aqilah).

Thursday, September 02, 2010

Cerita tentang dosa...

Salam sahabat,

Semoga kita semua masih tetap dalam rahmat dan redha Allah SWT, dibulan yg penuh keberkatan, yg akan meninggalkan kita hanya dalam beberapa hari saja lagi.

Ikutkan perancangan, petang semalam ingin menulis sesuatu, tapi mungkin sebab tidak pandai susun masa, dan sebab Allah tak bagi abah menulis semalam, maka hari ini baru berkesempatan. Ini pun menulis secara offline kerana ditempat abah bertugas pada hari ini, tiada sambungan Internet. InsyaAllah petang nanti dapat la upload posting yg satu ini.

Pagi tadi, abah dengar lagi tazkirah menarik bulan Ramadahan ini di IKIM.fm. Kisah tentang dosa, yg banyak sangkut pautnya dengan abah, dengan anda semua.

Ada orang kata, tiada hari tanpa dosa. Dan sememangnya betul, setiap hari kita pasti tidak akan lari dari dosa. Baik kecil, atau besar. Samada sedar, atau tidak.

Tak perlulah abah definisikan apa itu dosa, sebab abah sangat yakin sahabat2 semua tahu apa maknanya dosa itu. Cuma satu ilmu baru yg abah dapat tadi, disisi Allah, sama saja dosa itu, baik besar atau kecil. Sebabnya ramai kita (termasuk abah) kadang2 mintak ampun pada Allah hanya pada dosa2 besar sahaja. Kita lupa bahawa yang kecil2 itu juga perlukan pengampunan Allah.

Dan menurut Ustaz itu tadi lagi, jangan bermain2 dengan dosa. Kerana dosa itu racun. Racun yg akan membunuh dan mematikan. Dia tak matikan fizikal kita, tapi dia matikan jiwa kita, mata hati kita. Kalau abah tanya siapa yg sanggup buta, pastinya takkan ada orang nak buta, hatta diberi ganjaran RM1 juta pun. Anda sanggup? Tapi bila dikata dosa2 akan membutakan mata hati kita, rasanya kita tak pandang serius, sebab tak nampak sangat kesannya bila mata hati kita buta. Kita masih dapat ketawa, masih dapat menikmati apa saja, masih mampu berbuat apa yg kita nak.

Tapi dalam waktu kita tidak sedar itu, Allah telah tutup mata hati kita dari kebenaran. Tutup mata hati kita dari kesedaran. Dan malangnya kita semua pada waktu itu, andainya kita tidak berusaha untuk mendapatkan keampunan Allah dan meminta Allah membuka semula mata hati kita. Abah yakin bahawa sahabat2 blog abah ini semua tidak tergolong dalam golongan itu. Tapi kalau nak dilihat contoh, untuk dijadikan tauladan dan pengajaran, dan untuk lebih mentawadhukkan hati kita, lihatlah pada mereka yang mempersendakan Allah, persendakan hukum Allah, persendakan kejadian2 Allah. Pada waktu itu, segala kesenangan yg diperolehi mereka adalah kerana benda dan orang lain. Dan jika kesusahan menimpa, itu juga akibat perbuatan orang lain. Dan lebih malang, Allah dipersalahkan atas segala ujian yang dia hadapi. Nauzubillah.

Semoga Allah melindungi kita semua dari menjadi manusia2 yang dibutakan mata hati, atas sebab dosa2 berterusan yang dilakukan. Ini peringatan untuk diri abah, dan untuk anda semua.

Dan satu lagi tips berguna yang abah perlu berkongsi dengan anda, adalah untuk mengetahui ketika kita melakukan dosa. Menurut ustaz penceramah itu, dosa itu menggetarkan jiwa. Maksudnya, apabila kita berbuat dosa, hati kita akan rasa resah, rasa gelisah, dan kita rasakan apabila manusia lain mengetahui apa yg kita buat, kita pasti akan malu. Dan apabila hati kita terasa begitu, maka sesungguhnya itulah dosa. Moga2 ini dapat dijadikan panduan untuk kita supaya kita semua dapat mengelakkan dari berbuat dosa pada Allah, insyaAllah.

Satu perkara juga yang kita perlu ingat dan yakin, Allah itu Maha Pengampun. Itulah besarNya Allah, agungNya Allah. Buatlah apa sahaja pun, asal tidak menyekutukanNya, Allah tetap akan mengampunkan, andai kita datang kepadaNya memohon ampun.

“Karena itu, ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan ingkar (pada nikmat-Ku)”. (Al-Baqarah, 2: 152).

Semoga dibulan keampunan ini, dosa2 kita semua akan diampunkan Allah.

Selamat mengoptimakan baki Ramadhan yang ada buat kita semua. Ada izin Allah, kita berjumpa lagi dilain waktu.

Jaga diri anda baik2, bukan sekadar dari bahaya dan bencana, tapi juga dari dosa2 yg sering datang bertandang, insyaAllah.

Thursday, August 19, 2010

Cerita tentang Cinta...lagi

Salam sahabat,

Salam 9 Ramadhan.

Balik pada post semalam, yg mana abah keluarkan soalan2 yang hakikinya untuk abah semata. Tapi jawapannya mungkin bukan.

Sebabnya, dua tiga hari kebelakangan ini, abah mendengar kuliah agama yang agak menyentuh diri abah secara peribadinya. Di mana ustaz itu (lupa dah namanya) bertanyakan tentang ibadah2 yang kita lakukan. Kenapakah agaknya kita berbuat semua ibadah tu?

Adakah kerana saja2 nak buat, sebab itulah rutin kita, atau kerana itu perintah Allah? Atau apa saja jawapan lagi, yg hati kita saja boleh menjawabnya secara jujur untuk kita.

Kalau orang tanya, mungkin kita boleh buat2 jawapan, tapi bila kita bertanya hati kita sendiri, itulah jawapan yang setulusnya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kita rasa dan tahu itu.

Seringkali abah dengar dan baca akan kenikmatan beribadah. Abah boleh bayangkan bagaimana indah rasa itu, walaupun abah tak berani nak kata yg abah pernah merasainya. Bila terdengar ustaz2 bercerita kisah sipolan dan sipolan yang mengalami kemanisan beribadah, hati abah rasa cemburu. Sebab abah pun ingin sangat merasainya. Dan banyak kali juga tertanya2, mengapa sukar sangat nak rasa? Pernah rasa yg amat takut pada Allah atas dosa2 yang abah buat. Takut yang amat sangat. Tapi merasai nikmatnya melakukan ibadah kepada Allah, rasanya belum lagi.

Tapi lega juga sedikit rasa hati bila Ustaz tu kata, tidak mengapalah beribadat kerana itu perintah Allah. Kerana sekurang2nya kita buat benda kerana Allah. Kita yakin dalam hati bahawa Allah itu sahaja yang kita sembah. Dan kita tak rasa manisnya beribadah itu sebab ianya sekadar perbuatan kerana Allah suruh kita buat.

Dan kata ustaz tu lagi, mengapa jadinya macam itu? Sebab hati dan diri kita sesungguhnya tidak banyak mengenali Allah lagi. Kita tahu, tapi tidak kenal. Kita kenal, tapi kita tidak cinta. Kita cinta, tapi cinta seadanya sahaja, mungkin.

Dan menurut beliau, untuk merasai kenikmatan melakukan segala perkara kerana Allah, adalah dengan mengenal dan mencintai Allah sepenuhnya. Bukan sekadar tahu sifat2 Allah, dan 99 Nama-namaNya sahaja, tapi lebih dari itu. Mustahil??? Tidak sama sekali. Mencintai Allah sepenuh hati bukan milik para ulama' dan sufi. Kita hamba Allah yg serba kekurangan ini pun boleh mencintai Allah dengan sepenuh hati, asal saja kena cara.

Bagaimana kita nak mengenal Allah dan menyintai Allah sepenuh jiwa kita, lebih dari kita sayangkan diri kita dan orang2 kesayangan kita? Dengan mendidik hati, mendekati Allah disepanjang waktu. Buatlah apa saja, Allah di ingatan kita.

Yakinlah dengan kasih Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang itu. Allah mendengar hati kita siang dan malam, kerana Allah sesungguhnya tidak tidur. Sudah sampai masa untuk merintih, meminta, dan berharap supaya Allah sentiasa dekat dihati dan jiwa kita.

Kalau rasa terpaksa, tidak mengapa, lakukanlah. Sebab tidak semua kita akan rasa senang untuk beribadah. Nak kesurau liat, nak berjemaah payah, nak puasa pun nak tak nak, nak mengaji rasa tak pandai, nak berguru rasa tak ada masa. Susah. Memang susah. Tapi paksalah diri kita membuat benda2 itu, disamping meminta banyak2 semoga Allah berikan hidayah dan limpah rahmatNya pada kita, supaya satu ketika nanti, kita merindui segala ibadah itu. Kita buat bukan dengan rasa susah, malah dengan rasa penuh kecintaan dan keseronokan.

Anda pun pasti pernah bercinta kan? Tahu bagaimana manisnya cinta. Tidur teringat, makan teringat, baring teringat, dalam solat pun mungkin teringat pada si dia. Sanggup buat apa saja, walaupun payah, tapi demi cinta, kita buat. Tiba masanya untuk abah dan kita semua, belajar2 mencintai Allah seperti mana kita cintakan manusia, malah lebih lagi.

Ya Allah, kuatkanlah hati2 kami dan daya upaya kami supaya kami dapat menyintaiMu sepenuh2nya hati. Berilah kami rahmat dan kasih sayangMu, supaya kami akan sentiasa merindui mu. Mudahkanlah dan lapangkanlah hati2 kami dalam beribadah kepadaMu. Sesungguhnya kami ini sangat lemah ya Allah.

Abah berhenti disini dulu. Tiba2 rasa sayu, sebab abah rasa abah sangat berdosa dan jauh dari Allah di Ramadhan ini. Dengan umur yg semakin meningkat, sebu bila kenangkan diri yang makin lalai dan alpa dengan dunia.

Wednesday, August 18, 2010

Cerita tentang puasa...

Salam sahabat,

Alhamdulillah, telah selesai kita berpuasa Ramadhan 7 hari, cepat kan? Sekejap je Ramadhan dah 7 hari meninggalkan kita.

Anda puasa? Puasaaa.
Alhamdulillah.

Sempurna puasa? InsyaAllah.
Alhamdulillah.

Kenapa puasa? Kerana Allah Taala.
Alhamdulillah.

Seronok puasa? Seronok.
Alhamdulillah.

Terasa nikmat berpuasa? Entah, rasa kot.
Alhamdulillah.

Dan anda berhenti takat ni dulu. Esok sambung lagi insyaAllah.

Friday, August 13, 2010

Cerita tentang hukuman...

Pagi ini, terlihat satu gambar dikaca TV. Sedihnya rasa hati. Dalam pada kabinet memutuskan kes buang bayi dikelaskan sebagai kes bunuh (walaupun lambat, tapi alhamdulillah), kita dipaparkan lagi dengan kisah sebegini.

Mayat seorang bayi perempuan yang ditemui
dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama
sebuah kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga,
Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Abah rasa (ikut rasa hati la ni), kalau dapat tangkap siapa yg membuat benda ni, sebelum dihukum bunuh tu, elok la dipaksa dia berendam dalam lubang kumbahan najis untuk 3/4 jam, dan siarkan di kaca TV. Daripada dok siarkan konsert2 artis yang menghancurkan itu, lebih baik siarkan hukuman yg ini. Sekurang2nya orang2 yg menonton akan boleh rasa bahananya perbuatan yg dilakukan tu.

Kita manusia ni kalau nak kata takut dengan hukum Allah, abah rasa semua tak takut. Setakat takut dimulut saja. Sebabnya, masing2 tak dapat nak bayangkan betapa siksanya hukuman Allah diakhirat, walaupun sekian banyak kisah tentang bagaimana orang2 yg meninggal merayu2 Allah supaya dihidupkan semula. Kita tetap macam itu, hanya kerana tak nampak bagaimana hukuman akhirat, kita jadi tidak takut dan tidak endah. Kita buat semua kesalahan2 yg Allah haramkan kita buat. Maka, elok juga ditunjukkan hukuman dunia ni pada semua orang. Dan bagitahulah diTV, ini baru hukuman dunia, belum hukuman akhirat lagi.

Abah tahu anda tidak setuju dengan apa yg abah kata. Tapi kita dah makin kritikal. Setelah sekian banyak benda kita buat (ataupun tidak buat apa2), kes buang bayi semakin banyak.

Mintak maaf la kalau abah terlebih emosi sikit. Sedih sgt tgk mayat bayi tu, dalam kumbahan najis. Celakanya siapa yg sanggup buat macam itu pada bayi itu.

Tuesday, August 10, 2010

Cerita tentang Ramadhan 1431H

Salam sahabat,

Sekian lama tak mengepek apa2, hari ni ada keinginan untuk mengepek.

Petang semalam, sewaktu sedang memandu pulang kerumah, abah dengar program Keluarga Sakinah di ikim.fm, dikendalikan oleh Datuk Prof Dr Sidek Baba. Program yg sangat baik, bukan kerana abah memang minat dgn Prof Sidek, tapi sebab intipati dan ilmu yang disampaikan. Berkaitan kekeluargaan dan bagaimana menjadikan rumahtangga dan kehidupan berkeluarga itu satu syurga didunia buat kita semua.

Abah mendengar untuk ilmu, dan abah mendengar untuk memeriksa diri. Banyak ilmu yang diperolehi (kalau dengar selalu la) dan banyak kekhilafan diri yang perlu diakui. Ada perkaranya abah dilandasan yang betul, tapi banyak perkaranya, masih perlu diusahakan lebih kuat dan lebih konsisten.

Bukan abah saja lah, anda semua pun. Selagi anda berkeluarga, ilmu2 ini sangat penting diketahui dan dipelajari, dan lebih penting untuk diamalpraktikan, supaya hidup kita akan lebih tenang, senang dan nyaman. Bukan kita saja, malah seluruh ahli keluarga kita.

Siapa yg tak impikan keluarga bahagia, kan? Tanyalah sesiapa pun, semuanya akan teringin punya keluarga bahagia, dari segi fizikal dan spiritualnya. Semua ibubapa inginkan anak2 yang baik dan taat, pandai, soleh. Semua ahli keluarga inginkan rumah yang kemas, bersih, tenang dan damai. Semua isteri dambakan suami yang penyayang, soleh, bertanggungjawab. Dan semua suami butuhkan isteri yg solehah, taat, lemah lembut dan penuh kasih sayang. Itulah gambaran sebuah syurga bagi keluarga.

Untuk sesetengah kita, nampak macam sempurna sangat keadaan diatas tu, kan? Mmg nampak macam sempurna, tapi tidak mustahil untuk dinyatakan. Realiti hari ini, kebanyakan rumah tangga kita tidak sebegitu. Anak2 kita nakal, suka sepahkan rumah, tak dengar kata. Isteri kita boros, dan tidak taat pada kita. Suami kita pemalas, pemarah, dan sangat ego. Dan kita saban hari asyik terkenangkan betapa bahagianya JIKA semua itu berubah ikut yang kita impikan.

Kalau anda (dan abah juga) inginkan hidup anda seperti yg diimpikan, jom kita sama2 perbaiki diri dan keadaan. Duduk mengeluh dan berfikir saja tidak akan kemana2. Kita tahu apa kita inginkan, kita timba ilmu positif dimana2 dan dari siapa2, kita pakat2 amalkan dan praktikkan. Kita tidak boleh harapkan org lain dan persekitaran mengubah kita. Kita yang kena ubah persekitaran dan orang2 dibawah jagaan kita. Disamping sentiasa berdoa moga2 Allah bantu.

Cukup2lah memberi justifikasi (dan alasan) untuk tidak berbuat sesuatu. Anak ramai, tak ada masa, kerja pejabat banyak, duit tak cukup, suami tak supportive, bla bla dan bla lagi alasan yg akan sering ada bila kita cuma untuk tidak berbuat sesuatu yang patut. Bukan anda, tapi abah. Tahu perlu berbuat sesuatu, tapi sering saja hati dan diri ini mencari alasan. Alasan yg valid pun sebenarnya, tapi dalam masa yg sama mensabotaj diri abah sendiri.

Kita banyak tidak maju dan berkembang (bukan berkembang tubuh badan) hanya kerana kita sabotaj diri kita sendiri. Susah, aku memang ditakdirkan macam ini, masa belum sesuai, nantilah, dan macam2 lagi kaedah kita mensabotaj diri.

Sempena Ramadhan 1431H ini, jom saahabat2 abah semua, kita hentikan mensabotaj diri kita. Usahakan sesuatu yang baik, dan positif, samada untuk diri sendiri, ahli keluarga dan persekitaran. Jadikan madrasah Ramadhan yg akan kita lalui selama sebulan tahun ini (insyaAllah jika dipanjangkan umur), menjadi madrasah terbaik mendidik diri kita, dan menjadikan kita manusia yg sering berusaha mengamalkan segala kebaikan yang dipelajari dan diketahui. Kita sayang Allah? Cintakan Allah? Maka sayanglah dan cintalah anak2 dan isteri serta keluarga. Sayangilah mereka dengan kita berusaha (sebaiknya bersama2 mereka) untuk menjadikan rumah kita itu syurga buat kita.


Semoga dipenghujung Ramadhan ini, kita akan berjaya menamatkan pengajian kita dengan cemerlang, selain dari mendapat keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah serta segala kelebihan lain yg Allah hanya tawarkan dalam bulan ini. Sesekali berebut membeli time sale Sogo, apa kata kali ni kita berebut membeli time sale Ramadhan.

Mustahil? Tidak sama sekali.

Salam ramadhan dari abah dan keluarga untuk sahabat semua.

Thursday, July 15, 2010

Cerita tentang Erti kerja...

Salam sahabat, moga kita semua tetap sihat dalam rahmat Allah.

Sekadar nak berkongsi pasal sesuatu yg abah dengar dari radio.

Berkisah pasal kerja, ada satu cerita berkenaan tukang rumah yang bercita2 untuk berhenti kerja dan pergi melancong. Setiap hari2 terakhir bekerja, keinginannya utk melancong bertambah kuat. Tak tau la kat mana kan, Maldives ke, Hawaii ke. Tapi sebelum dia tamat perkhidmatannya, bossnya mintak dia siapkan satu lagi rumah, sebagai projek terakhir. Oleh kerana banyak terhutang budi dengan boss, maka dia buat la juga rumah tu. Tapi kerana jiwa dan hatinya sudah berada ditempat yg dia nak pergi, (agaknya sini la kot),


maka dia buat la rumah tu dengan separuh hati dan jiwa. Dan anda pun mesti boleh agak bila kerja dibuat tanpa kesungguhan dan keikhlasan. Bila dah siap, boss dia kata, "ambiklah rumah ini, hadiah dari aku, kerana kamu seorang pekerja yang sangat dedikasi, cemerlang dan paling tekun dengan kerja2 kamu." And the rest is history (a.k.a buat kesimpulan sendiri la ya!)

Anda pernah rasa sangat malas nak ke tempat kerja? Sangat malas nak buat kerja? Berharap setiap hari adalah hari cuti? Walaupun begitu, anda tetap nak gaji masuk dalam akaun bank seperti biasa, kan? Jangan kata sahabat semua, abah pun ada ketikanya datang rasa macam itu. Dan bila ada rasa macam itu, kerja pun buat sambil lewa, tak letakkan sepenuh hati dalam kerja yg dibuat. Hanya kerana motivasi "duit gaji akan masuk", maka buat jugalah, janji siap - kualiti tolak tepi. Dan bila buat sekadar siap, faham2lah hasilnya. Mungkin tidak ada cacat celanya, tapi kesempurnaan, memang takkan capai ler.

Tapi kalau kita diberitahu awal2 bahawa bila kerja kita siap, boss akan bawak kita melancong, naikkan pangkat, bagi bonus tinggi tahun ni, agak2 la kan, apakah kesudahan kerja kita tu ya? Abah yakin, mesti kita akan bagi "the very best" dalam melaksanakannya. Tak tido malam pun tak apa. Ke tak? Tapi untuk kerja itu je la kan, lepas siap kerja tu, dan lepas dapat habuan, kita akan balik pada diri kita yg biasa itu.

Kenapa jadi macam itu? Abah rasa sebab selama ini, kita bekerja hanya kerana ganjaran. Abah mungkin salah, tapi itu yg abah pikir (dan abah dengar dari radio). Kita jarang melihat kerja kita dari sudut pemberian. Satu pemberian pada yang lain. Dan abah rasa kita kena mula melihat kerja kita dari kedua2 sudut ganjaran dan pemberian. Ganjaran adalah apa yg kita dapat secara langsung atau tidak - gaji, bonus, kepuasan etc. Dan pemberian adalah apa kebaikan yang kita berikan pada insan lain. Makcik tukang cuci ada pemberian dalam kerjanya, cikgu pun sudah pastinya ada, teller kat bank pun ada, setiausaha boss pun ada juga, pendek kata semua pekerjaan pun pastinya ada elemen pemberian.

Dan baiknya kalau kita boleh memberi yang terbaik, dalam melaksanakan kerja kita. Tidak kira kerja makan gaji, atau kerja sukarela. Kerana dengan memberi yang terbaik, ada insan lain yang akan mendapat manfaatnya dari situ. Bangunan pejabat yang kita duduki ini pun kalau tidak kerana mamat2 indon atau bangla yang menyusun batanya, atau memasang bumbungnya, kita pun pastinya tak akan merasa keselamatan dan keselesaan bangunan tempat kerja kita, kan? Dan bayangkan kalau mamat2 indon itu buat kerja separuh hati, hanya sebab duit semata2, pastinya kerja dia tidak akan sempurna.

Dan nak memetik juga kata2 Ustaz Hasrizal, jika kita orang miskin, jadilah orang miskin yang terbaik. Jika kita kaya, jadilah orang kaya yang terbaik. Jika kita boss, jadilah boss yang terbaik, dan jika kita kuli, jadilah juga kuli yang terbaik. Kenapa? Kerana kita akan diadili (di akhirat) dari posisi mana kita ditempatkan Allah didunia ini. Dan kerana jika kita jadi yang terbaik didunia ini, pastinya orang lain akan mendapat sama kebaikan yang kita buat dan ada itu, insyaAllah.

Abah tinggal anda kat sini dulu (anda buat kerja la semula lepas baca ni), sebab abah ada kerja nak diuruskan sebelum abah bertolak ke Maldives esok hari untuk bercuti bekerja. InsyaAllah kalau ada waktu senggang, abah akan cuba menyelongkar Maldives mencari sesuatu yang boleh dikongsi dengan anda nanti. Tak sabar rasa hati nak melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT, yang selama ini abah cuma saksikan dalam gambar dan TV sahaja.

Doakan abah selamat pergi dan balik, dan selamat dalam memberi yang terbaik dalam kerja yang diamanahkan pada abah, insyaAllah.

Wednesday, July 07, 2010

Cerita tentang sifat diri...

Salam sahabat,

Hari Khamis dan Jumaat lepas abah kena hadiri satu bengkel yang dibuat oleh syarikat abah. Menarik bengkelnya sebab dalam bengkel ni tak ada ceramah2 yg membuai mimpi. Yg ada cuma sesi2 mengenal diri sendiri, yang pada abah, satu perkara menarik untuk diberi tumpuan. Yang sebenarnya, penarik bengkel ini ialah tempat dimana ia dibuat - Sheraton Imperial.

Abah pertama kali dtg SI ni. Tak boleh nak komen pasal bilik, sebab abah tak stay sini, tapi kalau part makan - superb. Tapi sayang, sebab bengkel hari Jumaat, maka sesi makan tak boleh lama2, sebab nak berkejar ke masjid plak.
Berbalik pada bengkel tu. Kami diberikan beberapa soalan yang berupa ujian personaliti. Ada ujian yang pendek (kurang lebih 40 soalan), dan ada yang panjang (270 soalan). Jenuh juga la menjawab. Tapi tetap jawab, sebab syarikat nak tahu profil setiap staf yang menghadiri bengkel ini. Dan hasilnya adalah seperti yg abah kenal diri abah macam mana. Hehehe, takleh cakap kat sini, malu abah nanti. Hahahaha. [Tapi kalau anda nak agak, boleh juga. Hehe]


Apapun, kalau anda ada peluang, cuba la buat test personaliti ni. Bagus juga sesekali mengenali diri sendiri. Tapi jangan la percaya 100% apa hasilnya, sebab manusia ni banyak masanya susah nak dijangka. Kita akan berkelakuan yg berbeza dan situasi dan senario yang berbeza. Sebab tu jangan pelik bila orang 'cool' tiba2 marah, orang kidal tiba2 gunakan tangan kanan, orang pendiam tiba2 boleh bercakap banyak, sebab semuanya boleh berubah ikut keadaan dan masa.

Cuma kalau hasilnya adalah seperti yg anda kenal diri anda macamana, cubalah ubah2 mana2 yang patut. Kalau kita ni jenis manusia berat mulut, cuba2lah ringankan, paling tidak dengan orang2 kesayangan kita, kot2 itu boleh menambahkan rasa kasih depa pada kita. Atau kalau kita ni jenis cepat hot, cuba2lah cool kan sikit rasa hot tu. Mana tahu dengan memperbaiki sikit sikap dan sifat yg kurang baik untuk diri kita tu, boleh jadikan kita lebih tenang dan kurang tertekan dengan hidup. Kan?

Tuesday, June 29, 2010

Cerita tentang adil...

Malam tadi, sewaktu dalam perjalanan ke Cheng's Child Clinic (sebab Achik dan Adik baby demam), Ummi sempat berkongsi sesuatu dengan abah. Berkongsi pasal apa yg berlaku dan apa yg didengar. Berkongsi pasal 'adil'.

Dan abah berkongsi dengan anda disini, dari perspektif abah.

Bila sebut pasal adil, agak2 la, apa dalam fikiran anda? Dan pastinya abah tidak maksudkan Parti Keadilan Rakyat itu (yang abah sendiri pun sudah kurang pasti dimana keadilan yang mereka juangkan). Bukan juga berkenaan manusia bernama Mohd Adil. Tapi berkenaan bagaimana kita sering memandang akan adilnya kehidupan pada diri kita. Sebab abah yakin anda selalu dengar ungkapan, "hidup itu tidak adil".

Walaupun kita jarang ungkapkan keadilan atas namanya adil itu, kita sering juga merungut akan bagaimana kita yang bekerja keras dipejabat, alih2 si kaki bodek boss itu juga yang naik pangkat dan gaji. Dan kita juga mengeluh, akan betapa lamanya kita beratur dalam kesesakan trafik, alih2, mamat yang potong Q juga yang meluru kedepan. Betapa juga kita yang selalu ambil berat tentang mak ayah, alih2, abang sulung atau adik bongsu itu juga yang lebih disayangi mak ayah.

Dan bila merungut atau mengeluh soal itu, pastinya kita merujuk betapa tidak adilnya kehidupan pada kita. Betapa kita yang baru pertama kali nak menipu, terkantoi, sedangkan kawan kita hampir setiap bulan tipu claim, "haram" tak pernah kantoi. [Abah saja je guna perkataan 'haram' tu, sebab orang sekarang suka betul sebut, walaupun tak kena pada konteks].

Pada abah, kita ini manusia biasa. Tahap keimanan dan kesabaran kita nipis. Kita cepat rasa letih bila kerja keras kita tak dipandang boss, yg lebih memandang pada bodekan sipolan dan sipolan saja. Kita cepat putus asa bila, "asyik orang potong Q aku jer". Dan lebih parah bila kita pulak yang melakukan perkara2 yg kita tidak suka itu, atas dasar, "puas hati aku!". Abah tidak boleh nak menghukum, sebab abah pun manusia macam anda. Abah tidak sempurna. Ada masa abah macam apa yg abah tulis diatas itu. Dan seringkali juga abah rasa betapa tidak adilnya hidup pada abah. Tapi tidak la sampai menidakkan keadilan Allah SWT.

Kerana Allah SWT itu sesungguhnya Maha Adil. Segala ketidakadilan yang berlaku (yang kita rasa sebenarnya) pada diri kita, merupakan antara aturan Allah pada diri kita. Malangnya seringkali kita gagal melihatnya dari sudut yang positif, kerana kesedihan dan kekecewaan lebih tebal dihati.

Kita pastinya tidak terfikir bahawa itu kaedah yang Allah beri untuk menguji keimanan dan kekufuran kita. Untuk menguji sejauh mana keyakinan kita pada keadilanNya, dan janji-janjiNya. Kita juga gagal melihat akan implikasinya pada mereka yang kita rasa tidak berlaku adil itu. Kita rasa, bila kawan kita menipu duit claim, mereka akan lebih banyak duit. Kita rasa, mereka yang potong Q sewaktu trafik sesak itu akan sampai awal kedestinasinya, kita rasa mereka yang naik pangkat kerana kemahiran "kipasan" mereka akan hidup senang. Tapi kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi tak kisah la kan, sebab itu kehidupan mereka dan urusan mereka dengan Allah. Kerana mereka itu juga sebenarnya diuji Allah, sama seperti kita. Gagal atau berjaya, bergantung pada kekuatan kita menerima takdir yg Allah aturkan untuk kita.

Abah sangat yakin bahawa apa saja yang berlaku dalam hidup abah, ada hikmah yang kadangkala abah tahu, sebab itu kadang2 selalu keluar dari mulut, "Ha, nasib baik..." (nasib juga yang dapat nama!) Dan kebanyakan hikmah dari apa yg berlaku itu, abah tidak tahu, tapi abah yakin ia tetap ada. Sebab abah juga yakin Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani, Maha Penyayang.

Semoga abah dan anda semua akan lebih baik dalam menangangi isu rasa "ketidakadilan hidup" ini pada diri kita dan manusia2 kesayangan kita. Semoga nanti, setiap kali kita rasa hidup tidak adil, kita dapat fikirkan mereka yang lebih besar ujiannya dari kita. Bayi2 comel yang dibuang itu tidak sesekali mengeluh akan tidak adilnya hidup pada mereka, sekalipun dibuang, dibakar, di'blender'. Yakinkan diri bahawa betapa tidak adilnya apa yg berlaku, ia hanyalah didunia. Dan ia hanya ujian untuk kita kukuhkan lagi keyakinan kita pada Al-Adil Allah itu.

Yang penting, apa yang berlaku disana nanti. Kerana disana, semua kita akan diadili seadil2nya. Adilkah kita dalam hidup kita? Pada orang2 kesayangan kita? Pada tugas kita? Pada rezeki yg Allah beri pada kita?

Kita tanya diri, kita tepuk iman. Semoga jawapannya adalah yang 'adil' buat kita semua, insyaAllah.

Jumpa lagi dengan izin Allah. Minggu depan mungkin.

Monday, June 28, 2010

Cerita tentang Sujud.

Salam sahabat,

Lama menyepi, dan kehadiran sekejap ini sekadar ingin berkongsi satu lagu yg abah baru tahu keujudannya(memang ketinggalan zaman sungguh).

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


Thursday, June 03, 2010

Cerita tentang Israel dan kita...

Salam sahabat,

Zaifull komen kat chatbox abah, akan lamanya abah tidak post apa2 di blog. Bila ditengok balik post abah yg terakhir, 30 April. Haha, memang lama.

Sebab? Ada idea nak mengepek, tapi sebab kekangan masa (di ofis banyak kerja, dirumah memang tak sempat), dan juga sebab Facebook.

Tapi hari ni, nak juga mengepek sesuatu, sekadar pastikan sahabat2 blog tahu yg abah masih bernyawa, alhamdulillah.

Rata2 tahukan baru2 ni kapal yg membawa sukarelawan dan aktivis kemanusiaan yg sudah menghampiri Gaza telah diserang oleh skuad elit Israel laknatullah.

Sedih dengan apa yg berlaku. Dan reaksi yg pelbagai melanda dunia, termasuklah masyarakat Malaysia (diri kita lah tu).

Pelbagai kutukan diluahkan oleh hampir pelbagai negara. Dan sehingga hari ini, sekadar kutukan sahaja, tiada sebarang perkembangan positif berkaitan siasatan atau hukuman yg kedengaran.

Kita pun berdegar2 melaungkan Benci Israel. Kita hantar emel berkaitan serangan itu pada kawan2, kita tulis status di Facebook akan bencinya kita pada Israel, tapi ironiknya kita juga tahu Facebook itu milik Israel.

Dan abah pasti, ianya cuma hanya untuk 2-3 bulan sahaja. Selepas ini, kita masih tetap dengan kehidupan kita. Palestin jarang2 hinggap dalam minda, bencinya kita pada Israel akan kita lupakan (walaupun tetap benci). Sebab? Sebab masa akan memudarkan banyak perkara. Terutamanya perkara2 yang kita tidak sangat rasa kesannya dalam kehidupan kita. Dan kalau kita rasapun, hey, life must goes on.

Anda jangan salah faham dengan abah, abah cuma mengepek apa yang abah rasa berlaku pada diri abah, dan diri kebanyakan kita. Kalau sentuh isu nasional, ambiklah apa saja isu pun, (dera, dadah, sumbang mahram, buang anak, ragut, denggi, politik, rasuah) berapa lama kita akan ingat dan respon pada isu itu? Sebulan? Dua bulan? Setahun? Isu dunia pun sama juga rasanya.

Dan yg abah nak komen sikit lagi hari ini ialah pasal usaha boikot barangan2 dan perkhidmatan yang menyokong Yahudi Israel. Mungkin anda jenis yg mampu memboikot 100% barangan dan produk2 itu, alhamdulillah. Abah tabik pada anda. Tapi abah juga yakin kebanyakan kita takkan mampu nak boikot sepenuhnya. [Kalau anda guna Facebook, jangan sekali2 declare yg anda boikot 100% produk berkaitan Israel]. Abah sendiri masih belum mampu.

Anak abah dua2 guna pampers Huggies, abah sendiri guna hp Nokia, sesekali kami ke McD atau KFC juga, ada sehelai jeans Levi's hadiah dari seorang sahabat yg abah masih pakai, pakaian dalam abah pun banyak Calvin Klein, sabun2 mandi sekeluarga masih JohnsonnJohnson. Laptop abah yg opis bagi ini pun, CPUnya Intel, time kemaruk kadang2 tu, abah belasah Maggi juga, dan barang2 dapur masih abah cari di Tesco.

Bukan nak bagitau abah sokong Israel dengan membeli barangan yang sepatutnya diboikot, tapi sekadar nak bagitau tak mudah nak boikot. Dan kalau boleh pun berapa lama. Abah tidak rasa kita gunakan produk2 tu sebab nak tunjuk status kekayaan. Apa kelasnya sekadar beli barang rumah di Tesco? Dan bukan tidak pernah mencuba produk2 setara keluaran tempatan dan kompeni yg tidak sokong Israel, pernah. Tapi harga yg lebih kurang sama, dan kualiti tidak setanding.

Anda mungkin kata itu cuma alasan. Mungkin juga. Walaupun abah benci Israel, tapi abah tidak kuat untuk menyahut panggilan dan seruan bagi memboikot sepenuhnya benda2 itu. Mana yg boleh, abah cuba. Tapi pada yg tidak boleh, moga2 Allah ampunkan abah. Abah beli bukan sebab sokong Israel, tapi sebab harga barang2 itu yg sesuai dengan pendapatan abah. Dengan kos perbelanjaan yg makin meningkat sekarang ini, nak beli susu dan pampers anak pun, kena carik yg harga betul2 rendah. Hehehe, anda pun sama juga rasanya. Sebab itulah kecewa sangat dengan stor yg tidak masuk senarai menyokong Israel, iaitu Giant. Diiklankan susu bayi yg murah dari harga biasa, tapi bila pergi, "sorry, takde stok". Punyalah nak cari harga rendah, sampai 3 Giant abah pergi, tapi semuanya "no stock." Sudahnya, Tesco juga yg dipilih.

Dan menyentuh soal Facebook, abah juga berpendapat yg sama. Sepatutnya diboikot Facebook itu, tapi abah tidak boleh. Kerana? Anda sendiri pun tahu kenapa. Cuma nak kena berhati2 menggunakan Facebook, dan jadikan kemudahan itu sumber untuk kita mengajak rakan2 dan saudara2 kita kearah kebaikan, bukan kehancuran.

Apapun, abah serah segalanya pada Allah. Semoga Allah ampunkan abah yang sangat lemah ini.

Friday, April 30, 2010

Cerita tentang rasa...lagi

"Itu gambar dua orang adik beradik. Dia miskin."

Itu saja yang keluar dari mulut anak sulung abah, bila abah tunjuk gambar tu pada dia, dan bila abah minta pendapat dia.

"Abang tak kesian tengok derang?"

"Kesian la, diaorang miskin".

Dan dialog kami mati disitu.

Abah bukan apa, bukan nak melihat hatibudi dan perasaan anak jantan abah itu, sekadar nak menguji sebanyak mana dia boleh berkata2 dalam memberikan pendapat.

Dan abah cuma bersyukur, walaupun sekadar 2 ayat, dia boleh juga meluahkan pendapat. Tidak seperti abahnya yang boleh menulis berkajang2 esei BM waktu disekolah dulu. [masuk lif tekan sendiri nih]

Semoga sahabat2 semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Minggu ni minggu sayu rasanya. Dengan kes remaja ditembak polis, dapat pulak gambar diatas dari emel seorang sahabat, terjumpa pulak seorang wanita meminta sedekah dipasar malam, sambil memangku seorang bayi sebesar Aimeen. Ya Allah, sayunya rasa hati minggu ini.

Monday, April 12, 2010

Cerita tentang usikan jiwa...

Salam sahabat,

Sekadar cerita malam tadi.

A(bah): Abang guna pensil ni, bagi abah pensil lain.
M(u'izz): Takde dah pensel lain.

A: 1 ni je pensil yg ada?
M: {terkebil2}

A: Mana pergi pensil abang yg abah belikan banyak2 tu?
M: Hilang.

A: Pemadam? Pembaris?
M: Hilang.

A: Semua hilang?
M: {angguk}

A: Sedih abah macam ni. Abah kerja penat2 untuk dapat duit, belikan abang pen
sil, pembaris, pemadam semua. Abah ingat abang ada semua tu. Tapi bila abah tanya, abang cuma cakap 'hilang".
M: {terkebil2}

A: Abah tak nak marah abang. Abah cuma nak cakap abah sedih abang tak jaga barang2 abang kat sekolah.
M: {bergenang air mata}

dan seterusnya, sesi kaunseling bermula, dan juga sesi mengajar Multiplication.


Kenapa abah tulis drama yg berlaku malam tadi ni? Kerana pada malam tadi, abah guna pendekatan yang berbeza dengan anak sulung abah itu. Kebiasaannya, abah marah. Abah berleter bila dia hilangkan kelengkapan tulisnya. Ada masa abah rotan dia untuk setiap barang yang dihilangkan. Tapi masih tetap juga hilang alat tulisnya.

Dan malam tadi, terlintas untuk guna psikologi sikit. Dan abah tidak sangka anak abah bergenang air mata bila abah cakap macam itu. Selalu bila kena marah atau rotan, dia tak pernah bergenang air mata.

Abah harap, akan berlaku sikit perubahan dengan kaedah 'usikan jiwa' ini. Abah bukan nak dia jadi anak manja, tidak, cuma terfikir untuk usik sikit perasaan dia dalam bab ini. Tapi kalau tak berjaya juga, nak kena pikir kaedah lain la pulak.

Aduhai anak! Sukarnya membesarkan dan mendidik anda!

Semoga Allah berikan abah kesabaran, kekuatan, kebijaksanaan dalam mendidik dan membesarkan anak2 yang sangat mencabar abah kebelakangan ini.

Friday, April 02, 2010

Cerita tentang buang anak...

Salam sahabat,

Ngepekan kali ini abah dahulukan dengan tajuk satu berita di akhbar Kosmo (bila tarikhnya, abah tak pasti). Tapi tujuan abah letakkan gambar tu adalah untuk bertanya pada anda, Apa yang sahabat fikirkan bila lihat gambar itu?

Lihat pula gambar ini,

apa yang sahabat fikir atau rasa?

Mesti sedihkan tengok gambar bayi itu, dan mesti rasa nak marah bila tgk gambar atas, kan?

Abah bukan nak bagi anda sedih atau marah. Abah sebenarnya nak ajak sahabat semua berfikir tentang apa yg berlaku ini, yang semakin kerap kita lihat dan baca di TV dan di akhbar2.

Tak nak sekadar sedih atau marah atau geleng kepala saja. Abah nak kita sama2 fikir, sama2 berusaha supaya kejadian2 begini (yang merupakan simptom) tidak berlaku lagi.

Pagi ini bila abah belek akhbar, terbaca kisah seorang anak remaja berkeras mahu dikahwinkan dengan teman lelakinya, dan abah tidak tahu atas sebab apa. Bukan tidak setuju dengan pernikahan mereka (sekurang2nya mereka bernikah, tidak bersekedudukan), tapi agak ralat bila ibu dibelakangi hanya kerana mengejar cinta. Ini baru satu dari puluhan kisah tentang anak remaja kita. Umur 15 tahun sudah gila bercinta, gila nak merasa segala kenikmatan dunia. Dan bila ini jadi, kita akan selalu bertanya, salah siapa?

Salah siapa itu tidak penting sekiranya kita hanya nak mencemuh. Tapi penting ditanya, sekiranya kita ingin mengambil iktibar, dan berusaha sesuatu supaya anak2 remaja kita tidak menambah statistik kes2 sebegini lagi.

Dalam khutbah jumaat sebentar tadi pun, khatib ada sebut. Ini semua berkisar pada ibubapa. Kalau tak boleh kata "Ini salah ibu bapa, ok, fine." Kita sebutlah, "Ibu bapa mempunyai tanggungjawab sangat besar dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak2". Jika tidak, Rasul kita tidak akan sebut tentang ini,

hadith-fitrah.jpg
“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)

Ibubapa diluar sana jangan marah abah ya. Abah pun ibapa juga. Kalau ditanya hati kita, kita nak anak kita jadi apa, Yahudi? Nasrani? Majusi? Pastinya tidak sama sekali. Kita nak anak kita jadi Muslim sejati. Alhamdulillah. Cuma masalahnya, kita tak berusaha menjadikan anak itu Muslim sejati.

Jangan disalahkan persekitaran (kecuali anda boleh buat sesuatu dengan persekitaran). Nak tolak Internet? Nak gubal undang2? Nak tukar sistem pendidikan. Please, go ahead. Tapi dalam masa sama jangan lupa akan perkara paling penting, yang kita sebagai ibubapa boleh buat, mendidik dan membentuk anak2 menjadi Muslim sejati.

Penuhkan dada dan diri anak itu dengan keimanan pada Allah. Tidak susah, tidak juga mudah. Yang penting, kita sentiasa berusaha memperbaiki diri (sebab diri dan hati kita pun rosak juga), supaya dapat kita bentuk anak2 kita menjadi muslim. Ilmu, hukuman, dan apa sajalah, asalkan anak2 itu faham, yakin, dan beriman dengan Allah.

Ada orang kata, mudahkan urusan perkahwinan untuk elakkan masalah ini, betul ke? Anak2 remaja yang buang bayi itu nak kahwin ke? Abah tak rasa macam itu, depa bukan nak kawin, depa cuma nak seronok seks itu saja. Mudahkan proses kahwin itu bagus, tapi itu bukan penyelesaian konkritnya.

Ada juga yang kata hudud penyelesaiannya, dan abah tak berani nak komen lebih2. Cuma yang abah boleh kata, dengan kerajaan sekarang, bila agaknya boleh dilaksanakan hudud? Dan abah secara peribadinya, masih tetap percaya bahawa mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Memang akan makan masa panjang, akan berdepan segala macam cabaran. Tapi yakinlah dengan Allah. Berusahalah sebaiknya membentuk anak2 kita. Selebihnya, berserahlah pada Allah, kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Untuk ibubapa yang merasa sudah berusaha yang terbaik untuk anak2, tapi masih juga anak2 tidak seperti yang dididik, sabarlah. Itu ujian Allah untuk anda.

Tapi untuk ibubapa macam abah, yang tidak mencuba sebaiknya mendidik dan membentuk anak2, kita akan merasa 'hasil'nya nanti. Tapi sebolehnya, elakkan nasi menjadi bubur.

Abah seru pada diri abah, dan anda semua untuk perbaiki diri kita, perbaiki keluarga kita. Hiduplah dengan hukum Allah. InsyaAllah, anak2 kita tidak akan menjadi seperti apa yang kita lihat sekarang. Sedih sangat rasanya bila anak2 semuda itu sudah melahirkan anak luar nikah, dan membuangnya merata2 seperti sampah, hanya kerana kita lupa atau gagal mendidik mereka dengan baik.

Maafkan abah kalau ada yg abah salah tulis. Perbetuli diri abah juga jika sudi insyaAllah. Abah cuma manusia yang mendambakan kehidupan masyarakat diMalaysia ini yang berlandaskan apa yang Allah dah tetapkan.

Thursday, April 01, 2010

Cerita tentang 'love' II...

Sekadar catatan pendek, untuk dirujuk satu ketika nanti.

Malam tadi, abah bawak keluarga makan Sate Sri Subang yang sedap itu.

Sambil2 makan, Muizz keluarkan statement, "Abah ni sayang sungguh kat Ummi."

Abah teringatpost abah sebelum ni, dan abah tanya dia, "Kenapa cakap macam itu?"

Kata dia, "Yalah, Ahmad nak makan sate yg sebatang tu pun tak bagi, sebab abah simpan untuk ummi. Sayang sangat la tu."

Abah dan ummi senyum saja ler.

Ohh anak. Itulah agaknya definisi si Muizz pada apa itu cinta.

Petang nanti kalau sempat, nak mengepek sikit pasal isu semasa lak.

Jumpa lagi insyaAllah.

Tuesday, March 30, 2010

Cerita tentang 'love'...

Salam sahabat,

Abah petik ini dari emel yg abah terima. Menarik juga untuk dibaca.

-------------
Slow down for three minutes to read this. It is so worth it. Touching words from the mouth of children. A group of professional people posed this question to a group of 4 to 8 year-olds, 'What does love mean?'

The answers they got were broader and deeper than anyone could have imagined See what you think:

'When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore.
So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love..'
-Rebecca- age 8


'When someone loves you, the way they say your name is different.
You just know that your name is safe in their mouth.'
Billy - age 4

'Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other.'
Karl - age 5

'Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs.'
Chrissy - age 6

'Love is what makes you smile when you're tired.'
Terri - age 4

'Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK.'
Danny - age 7

'Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more.
My Mommy and Daddy are like that.. They look gross when they kiss'
Emily - age 8

'Love is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen.'
Bobby - age 7 (Wow!)

'If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate,'
Nikka - age 6 (we need a few million more Nikka's on this planet)

'Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday.'
Noelle - age 7

'Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well.'
Tommy - age 6

'During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling. He was the only one doing that. I wasn't scared anymore.'
Cindy - age 8

'My mommy loves me more than anybody You don't see anyone else kissing me to sleep at night..'
Clare - age 6

'Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken.'
Elaine-age 5

'Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford.'
Chris - age 7

'Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day.'
Mary Ann - age 4

'I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones.'
Lauren - age 4

'When you love somebody, your eyelashes go up and down and little stars come out of you.' (what an image)
Karen - age 7

'Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross.'
Mark - age 6

'You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget.'
Jessica - age 8

And the final one

The winner was a four year old child whose next door neighbor was an elderly gentleman who had recently lost his wife.

Upon seeing the man cry, the little boy went into the old gentleman's yard, climbed onto his lap, and just sat there.

When his Mother asked what he had said to the neighbor, the little boy said,

'Nothing, I just helped him cry'

Apalah agaknya anak2 kita kata bila ditanya benda yang sama.

Monday, March 29, 2010

Cerita tentang Sang pemimpi...

Salam sahabat, semoga hari Isnin ini bukanlah Isnin hitam buat kita semua. :-)

Tidak ada epekan atau khabar apa hari ini. Sekadar menyambung coretan lepas berkaitan laskar pelangi. Pagi semalam, abah tonton lagi cerita itu, kali ini dengan Ummi, ketika bersarapan. Menonton berdua dengan ummi rupanya lebih 'feel', sebab boleh tersengih dan ketawa bersama saat adegan2 lucu dipaparkan diskrin TV gedabak abah yg sudah 12 tahun menabur bakti (atau bala) pada abah, dan keluarga. Seronok tengok Ummi yang keadaan kesihatan masih diperingkat 'sederhana' boleh tersengih2 ketawa dengan cerita itu. Sememangnya anak2 LK itu melucukan di ketika ketikanya.

Kali ini, abah menunggu Sang Pemimpi pula. Untuk abah lihat dan ceduk apa saja yg positif dari sambungan LK itu. Moga2 SP akan sehebat LP insyaAllah.





Wednesday, March 24, 2010

Cerita tentang laskar pelangi

Salam sahabat blog, semoga kita semua tetap dalam rahmat kesihatan dan kasih sayang Allah SWT.

Pada rakan2 fesbuk abah, pastinya sudah tahu akan kondisi Ummi yang dimasukkan ke wad di DSH baru-baru ini. Sempat jugalah bermalam di hotel DSH tu selama 2 malam. Habis juga dalam RM1.6K (tapi senyum saja, sebab insurans yg bayau). Walaupun begitu, tak nak la masuk wad lagi walaupun kos ditanggung majikan. Sekarang Ummi telah sedikit sihat, dan masih dalam cuti berehat.

Terima kasih buat semua sahabat2 yang mendoakan.

Kali ni abah cuma nak bercerita sikit pasal satu filem Indo yang abah tonton minggu lepas. Dah lama nak tonton, cuma baru berkesempatan. Filem Laskar Pelangi, yang diadaptasi dari novel karya Andrea Hirata (yang berlatarbelakangkan Pulau Bangka) ini adalah sebuah kisah kehidupan. Kehidupan yang tak jauh lari dari kita. Situasi dan watak2nya.

Abah tidak baca novel itu, tapi selepas habis menonton filem ini, abah boleh rasakan yang novelnya sebagus filemnya. Cerita tentang kehidupan, dan kekangan yang ada. Ada sekian banyak kekangan yang melingkari hidup anak2 kecil itu, tapi bukak kekangan itu yang ditonjolkan. Yang diperlihatkan adalah bagaimana kita perlu hidup diatas kekangan yang ada.

Kesusahan hidup jangan dijadikan lesen untuk tunduk pada keadaan. Dan anak2 itu sesungguhnya bijak dalam melayari hidup disebalik kesulitan yang ada.

Kisah tentang duka, pengorbanan, kasih sayang, persahabatan, cita-cita...

Jika anda gemarkan kisah2 tentang kehidupan, tontonlah LP ini, dan abah pasti ada benda positif boleh diceduk dari situ, paling tidak untuk motivasi diri anda.

Tertarik abah dengan kata-kata Pak Harfan, "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...".


Tuesday, March 16, 2010

Cerita tentang Maher Zain

Takde apa nak dingepekkan hari ni. Tgh mati kutu skrg ni nak mengepek. Sekadar nak berkongsi satu lagu dari satu penyanyi yg abah baru tahu kewujudannnya hari ini. Kalau anda boleh layan nasyid Inggeris, album terbaru Maher Zain adalah satu kemestian.


Thursday, February 25, 2010

Cerita tentang mereka, dan kita...

Salam sahabat, hari ini tidak ada cerita untuk dibaca, sekadar paparan-paparan kehidupan saja. Abah bagi anda menatap, anda ciptalah sendiri ceritanya.

Mereka,

kita,


Mereka,

kita,

Mereka,

kita,

Mereka,kita.

Dan inilah kita yang paling malang...

“Ya Tuhanku berilah aku petunjuk untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapa-ku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba- Mu yang soleh.” (an-Naml, 27: 19)

Wednesday, February 10, 2010

Cerita tentang bahasa 'sex'

Salam sahabat,

Abah terima emel berkenaan satu artikel yang agak menarik untuk dibaca dan dipelajari. Baik kerana abah rasa apa yang dikatakan adalah apa yg sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian kita, kehidupan abah terutamanya.

Kata Ustaz Ahmad Baei,

Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. [Sangat setuju] Apabila isteri melakukan sesuatu perkara, selalu disalahtafsirkan. [Sebab depa tak berterus terang]

Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri. [Very true]

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas. [Abah bertunang kejap jer, itu pun banyak bergaduh ngan Ummi, jadinya memang tak sempat nak menilai]

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat. [Pun tak relevan, sebab kami tak sempat berkawan - tapi abah tetap setuju dengan apa yg dikata]

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya. [Nak baca apa yang dipaparkan, anda (para suami yg sayang isterinya) kena baca kat blog tuan empunya artikel Bahasa isteri yang perlu difahami suami]

Komen keseluruhan abah: Sebagai isteri, anda sememangnya dilahirkan penuh dgn perasaan yang halus. Oleh kerana itu, banyak yang ingin disampaikan pada suami adalah dengan menggunakan bahasa badan anda. Tetapi kena juga diingat, suami anda bukan sejenis dengan anda. Lelaki fitrahnya 'membuat', dan meluahkan dalam kata-kata adalah kebiasaan. Tidak salah menyampaikan dalam bahasa yang tidak "direct to the point" ini, tapi sesekali, bantulah suami memahami bahasa anda. Berterus teranglah dengannya supaya dia tidak tertanya2 dan membuat anggapan yang bukan2, hanya kerana dia tidak paham bahasa anda.

Pun begitu, itu bukan alasan untuk para2 suami seperti abah ini, untuk tidak cuba mempelajari memahami bahasa2 para isteri yang agak unik itu. Kita baca artikel ini, kita tahu, dan kita cuba ingat. Sebabbbbb, kalau tak esok, pasti lusa, dan kalau tak lusa, mesti satu hari nanti, isteri anda akan bercakap dengan bahasa-bahasa ini. Kan seronok bila kita tahu bagaimana nak membalas bahasa yang kita paham akan maknanya, tak gitu? Tepuk dada, tanya nilai kasih sayang anda pada isteri (dalam hati anda)...

Abah chow dulu, ada kerja urgent boss mintak antar petang ni juga. Semoga jumpa lagi insyaAllah.

p/s: Jangan disalahertikan tajuk posting abah kat atas tu. Maksud 'sex' itu adalah 'jantina', bukan 'seks'. Hehehe, boleh guna 'gender' pun sebenarnya, tapi biasalah abah, selalu je nak merepek.
Dan bercerita tentang ini, teringat satu kisah lucu:

Anak: Abah, cikgu suruh isi borang ni.
Abah: Eh, borang ni dalam bahasa omputeh, abah mana reti. Kamu je la isi, abah bagitahu.
Anak: OK lah. Name?
Abah: Nama? Ali bin Abu.
Anak: Age.
Abah: Age tu apa?
Anak: Umur abah la.
Abah: Ohhh, 43 tahun.
Anak: Sex?
Abah: Seks?? Cikgu kamu nak tahu jugak ke?
Anak: Yalah abah, sebab dia suruh tulis kat sini.
Abah: Aduhhhhh, takkan itu pun nak tahu. Takpelah, kamu tulis aje 3 kali seminggu.
Anak: ??????
[Jangan marah abah yek. Gurauan semata]


Tuesday, February 09, 2010

Cerita tentang Santa...

Salam buat semua sahabat. Semoga kita semua masih tetap dalam rahmat dan lindungan Allah SWT selalu.

Malam tadi, sewaktu dalam perjalanan balik dari klinik (Azim demam), Mu'zz buka topik pasal buah epal. Tanya dia, "Kat mana orang tanam epal?". Bila kata, "Epal tanam kat negara2 yg ada iklim sesuai macam dibarat", terus dia kata, "Macam kat Amerika tu ke?". Dan belum pun dibalas, dia terus kata, "Ahmad rasa macam nak raya krismas la."

Abah tak nampak apa kaitan epal dan krismas, tapi layan jugak la apa dalam fikiran dia.

"Kenapa Ahmad nak raya krismas?"

"Yalah, raya krismas best, dapat banyak hadiah. Ada santa claus lagi datang rumah bagi hadiah."

Oleh kerana idea itu, Ummi terus memulakan khutbahnya pasal krismas. Hahaha, abah tumpang dengar sajalah. Nampak macam isu remeh, tapi kalau difikirkan sedalamnya, anak abah itu paling tidak sudah terpengaruh dengan budaya krismas yang dipaparkan di TV. Pada dia Santa Claus itu memang benar2 wujud. Dan ini bukan isu kecil lagi. Ini soal akidah dan kepercayaan.

Takut juga sebenarnya. Jenuh juga la nak menerangkan pasal itu pada dia, supaya dia faham. Dan bukan mudah nak menerangkan benda macam itu, sebab tarikan "seronoknya dapat hadiah waktu krismas" itu nampak lebih 'tempting' pada budak sebaya dia (mungkin).

Itu baru sikit kesan bila asyik sangat tengok Santa Claus di TV. Belum lagi bila orang2 bukan Islam pakat2 guna nama Allah, macam nama salah satu gereja di Tawau ini. 2,3 kali abah toleh kat signboard gereja itu sewaktu ke Tawau baru-baru ini. Macam tak percaya ia memang terjadi.


Abah pun tak paham apa ada dalam fikiran pak pak menteri Malaysia nih. Bukan abah tak sokong konsep 1Malaysia depa tu, tapi jangan sampai Islam tergadai dan tercemar gara2 nak tunjuk pada semua orang, "Ohhh, we are Malaysian. Everyone should respect each other." Bukan soal respect atau tidak, tapi bila dah libatkan Islam, tak boleh sewenang2nya buat undang2.

Bayangkan satu hari anak2 kita tanya, "Abah, apasal abah tak gi solat jemaah kat gereja tu? Depa kan sembah Allah juga?" atau, "Kenapa Allah orang kristian ada kat batang salib, tapi Allah kita tak leh nampak?" Nauzubillah. Ini contoh saja, yang mungkin terjadi apabila kita benarkan mereka gunakan perkataan Allah sewenang2nya. Allah itu satu, hanya satu. Tidak ada Allah orang kristian, orang budha. Yang ada cuma Allah yang Maha Esa, yang sepatutnya disembah oleh semua manusia. Tapi bila depa pun guna perkataan Allah, abah sangat yakin, anak2 kecil kita kan sangat keliru.

Dan pastinya tidak mudah nak menerangkan pada mereka bila keadaan sendiri begitu menyukarkan.

Semoga abah tidak menyaksikan kejadian2 atau perbualan2 yang abah takuti itu 10-20 tahun akan datang sekiranya umur abah panjang.

Hingga jumpa lagi insyaAllah.

Wednesday, January 27, 2010

Cerita tentang tasbih cinta...

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta...



Haha, kalau dapat agak, pastinya anda tahu abah nak mengepek tentang apa hari ini.

Setelah lelah 2 hari fokus abah milik kertas2 peperiksaan yg kadangkala sesakkan nafas itu, akhirnya hari ini, abah berkelapangan untuk mengepek sedikit.

Dan epekan ini adalah berkaitan dengan sebuah cerita yg sekian lama telah abah tunggu - Ketika Cinta Bertasbih.


Abah tidak mahu komen banyak, sebab abah tidak pandai mengkritik filem. Abah mengomen ini dari sudut pandangan abah, seorang penonton yang mengharapkan ada kebaikan dari adaptasi novel yg sangat berjaya itu.

Alhamdulillah, kalau Ayat-Ayat Cinta mengecewakan abah kerana filem tidak begitu menjelmakan novelnya, tapi tidak dengan yang ini. KCB ini adalah realiti pada imaginasi abah ketika membaca kedua novelnya.

Jalan cerita yg hampir menyamai, dan filem yg berjaya mengusik rasa hati abah. Ada ketikanya abah senyum sendiri, ada masanya abah bergenang air mata, dan ada ketikanya, imaginasi abah disentuh.

Walaupun pelakon2nya bukanlah muka2 yg abah biasa lihat, tapi lakonan mereka begitu bersahaja dan tulus. Abah dapat rasakan itu. Abah tidak pasti adakah memang pelakon2 itu sekadar menjiwai watak mereka atau apa, tapi yg penting, lakonan mereka dengan kisah mereka itu, begitu mengusik jiwa abah. Sungguh.

Itu saja komen abah untuk filem yg abah sarankan anda tonton ini. Kalau anda baca novel2nya, akan lebih seronok mengikuti filem ini. Tapi kalau tidak pun, masih tidak ada cacatnya menonton KCB ini.

Ini antara filem yg abah akan beli DVDnya, yang asli pastinya. Ekekeke. Bukan senang nak tengok abah beli DVD original. Hahaha.

Semoga berjumpa dilain ketika, insyaAllah.

Kata-kata ini adalah definisi Anna pada cinta, menarik kata2nya, dan tidak sukar juga untuk difahami yg tersirat.

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

p/s: Sayang sekali, Anna Althafunnisa dalam filem ini tidak seperti yg abah imaginasikan. Tidak dari segi fizikalnya. hahahahha. Tapi sifat, sikap dan kualiti diri wanita muslimah idaman masih tetap berjaya ditonjolkan pelakonnya. Dan itulah yg penting sebenarnya, kan? kan? kan?