Friday, September 15, 2006

Cerita tentang kemahiran...

Hari Selasa dan Rabu baru ni, abah hadiri satu persidangan tentang Knowledge Management(KM) di Crown Princess. Abah takde la nak pergi sebenarnya, tapi sebab boss dah suruh, jadi abah pergi la juga dengan beberapa org rakan pejabat yang lain.

Dan abah tak mahu mengulas banyak tentang itu, cuma abah fikir, persidangan itu sedikit sebanyak berjaya buat abah faham apa itu KM. Walaupun abah dah dengar term KM ini beberapa tahun yg lepas, baru sekarang abah tahu apa itu KM, dan abah rasa berminat pulak nak explore bidang KM ini.

Untuk anda yg mungkin tak tahu, KM ialah satu bidang yang cross-field banyak bidang lain. Ia berkaitan IT, Sains maklumat, Human studies etc. Kenapa KM diperlukan? Ambil satu contoh, dalam satu organisasi, setiap pekerja ada maklumat dan pengetahuan dalam diri dia, yang sebahagian digunakan dalam kerja, sebahagian lagi disimpan sendiri. Dan bayangkan staff yang dah 10-15 tahun bekerja, berapa banyak pengetahuan yang dia ada berkaitan kerja atau perkara lain. Tapi sebab pengetahuan cuma ada dalam diri dia, rakan2 lain tak akan tahu tentang pengetahuan berharga tersebut. Dan imagine kalau staff itu berhenti kerja, berapa banyak pengetahuan berguna yang dibawa pergi bersama-sama dia.

Andaikan pengetahuan yang ada itu dapat dicapai dan dikongsi oleh staf lain. Sudah tentu perjalanan syarikat akan lebih baik dan lancar, walaupun staf berkaitan sudah tidak ada disitu.

Itu satu daripada banyak contoh kenapa KM diperlukan didalam organisasi.

Kali ni nak mengepek sikit tentang manusia. Tentang kita semua.

Abah perhatikan sewaktu persidangan, ramai antara pembentang yang tidak ada kemahiran untuk membentangkan sesuatu perkara pada orang lain. Walaupun pangkat masing2 dah tinggi, ada yang bergelar Pengarah, Dr., Prof., CEO etc, tapi cara mereka berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka ttg suatu perkara dengan orang ramai, tidak begitu cemerlang.

Tercari2 perkataan sewaktu pembentangan, membaca slaid persembahan satu persatu, bercakap dengan skrin(bukan dengan penonton), dan macam-macam lagi. Agak malang jugalah bila orang2 yang berpangkat hebat2 ini tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Bukan setakat buat orang tidak faham, tapi dalam masa yang sama, bagi tanggapan tidak enak pada orang tentang diri dia.

Ada pembentang yang bagus idea dan pemikirannya, tapi sebab terpaksa bercakap dalam BI, terkial2 mencari perkataan dan menyusun ayat. Andaikata boleh bercakap dalam BM, abah yakin, lancar saja idea2 mereka akan keluar.

Untuk adik2 abah yg masih belajar tu, cubalah untuk belajar seni yang satu ini sebaiknya. Bila bekerja, kita akan banyak berkomunikasi dgn orang lain, dan kebolehan menyampaikan idea dan pandangan kepada orang lain, dengan baik, dan tidak membosankan ADALAH sangat penting.

Tidak guna rupa paras menarik bila terkial2 mencari ayat untuk dituturkan.

Sementara anda semua masih dalam proses belajar, cubalah kuasai kemahiran ini. Dan kilatkan kemahiran ini sewaktu bekerja nanti. Jangan nanti suatu hari anda jadi orang hebat yang gagal sampaikan atau berkongsi idea anda dengan orang lain, dengan cara yang berkesan.

Dan pesanan itu untuk abah juga. Sebab abah sendiri banyak kali berjumpa dengan profesor (sewaktu belajar dulu), yang mana setiap kali habis kuliah, abah sering tertanya-tanya "Apa benda yang lecturer tu cakap 2 jam tadi?". Dan bukan abah saja yang tertanya2, rakan sekuliah lain pun. Sebabnya, profesor itu gagal sampaikan ilmu dan pengetahuan dia dengan kaedah yang berkesan pada kami. Abah kena belajar dari pengalaman itu. Kena cuba jadi seorang pendidik yang bukan saja memiliki pengetahuan yang berguna, tapi mampu untuk berkongsi dan sampaikan pengetahuan itu pada anak2 bangsa yang lain sebaiknya, supaya mereka satu hari nanti akan jadi orang yang mempraktikkan pengetahuan yang berguna itu untuk kebaikan bersama, insyaAllah.

Sambung lagi nanti...

3 comments:

Anonymous said...

Setuju sangat dengan abah dalam bab ini, Am pun pernah pergi seminar dimana tukang cakap tu kurang kemahiran ini. Sebenarnya mereka byk ilmu dan pengalaman dan ilmu nak berkongsi tapi bila kurang kemahiran merka nampak seperti tiada apa yang hendak dikongsi dengan penonton semua.

Anonymous said...

...sebenarnya pekerjaan yg paling senang didunia ini adalah utk menjadi seorg pengkritik...mereka tidak memerlukan modal,cukup hanya dgn meneliti kelemahan kpd apa yg hendak dikritikan itu...cuba lihat sedikit contoh berikut:
Tun Dr Mahathir, world renounced speaker juga dikritik org.
Tuan Guru Nik Aziz, M'sian Islamic scholar, so to speak juga tidak lepas dikritik left n rite.
Mawi, idolised by many/thousand,yet to some he is just a kampung singer who can only sing at kampung's wedding ceremony.
Siti Nurhaliza in proving that as an SPM holder from kampung singer can enjoy the world of rich n famous by staging a grandeur wedding ceremony fit for a princess juga kene kritik sebab membazir kata mereka...
So,at the end of the day we have to accept the fact that human is not 100% perfect...kita kena terima mereka seadanya, sebagaimana kita mahu mereka menerima kita jika kita berada ditempat mereka2 itu.

Anonymous said...

Bang Long,

Macam mana Am nak mula ya, sebenarnya bagi Am kita kritik bukan kerana nak menjatuhkan tapi kerana mereka lebih maju dan sekadar untuk meyedarkan mereka atau org lain.

Memang kita semua tak 100% sempurna, Am akui dan Am pun tak 100% sempurna tapi kita kena terima hakikat bila ditegur atau dikritik baru kita sedar akan kelemahan atau ketidakupayaan kita.

Cuba kita lihat kenapa ada parti pembangkang yg mengkritik kerajaan, kita jgn pandang negatif sahaja pada parti pembankang, sebenarnya dengan adanya parti pembangkang sebagai pengkritik, kerajaan akan lebih berhati-hati atau sekurang-kurang berfikir dua kali dalam apa yang mereka lakukan.

Sepeti juga jika penyampai itu kurang dari segi penyampaiannya, sepatutnya mereka tahu itu tugas mereka, menyampaikan dengan terang dan baik, Am puji jika mereka berjaya menyampaikan dengan baik tapi Am kritik jika mereka melakukannya seperti melepaskan batuk ditangga sahaja, seolah tanpa persediaan.

Kritikan memang sakit didengar tapi jgn kita terlalu gembira dibuai pujian kerana kritikan itu bukan kerana membenci tapi sekadar teguran yang membina. Apapun terpulang kepada mereka nak menerima setiap kritikan itu.