Thursday, November 29, 2007

Cerita tentang erti sahabat...

Apakah itu persahabatan? [Dipetik dari wikipedia]

Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.

Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:
  • kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
  • simpati dan empati.
  • kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
  • saling pengertian.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Kenapa abah timbulkan isu persahabatan dalam blog hari ni? Sebab hari ni, ada perkara buat abah terfikir "Betulkah abah benar-benar faham apa itu persahabatan?" Banyak benda datang dalam fikiran hari ini - semuanya berkisar tentang makna persahabatan.

Selama ini, abah selalu kata pada sahabat2, "Engkaulah sahabat aku." Dan tika itu abah rasa abah faham apa maknanya. Tapi selepas terjadinya beberapa insiden, abah perlu kaji semula apa maksudnya persahabatan tu pada abah. Sebab abah kalau boleh tidak mahu sekadar memasang ikrar dalam persahabatan, tapi pengisiannya - kosong.

Itu sajalah dulu untuk hari ni. Nanti bila abah dah rasa abah faham apa sebenarnya bersahabat itu, abah akan mengepek semula tentang ini, insyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

abah, try bace yg kat link blog ni lak:

http://norzailina.blogspot.com/2007/11/mysterious-world-of-bloggers.html

arsaili said...

salam abah..dalam bersahabat, saya tidak meletak satu harapan yang tinggi, cuma semestinya sy mengharapkan sahabat ni bole menjadi teman ketawa dan teman menangis. Pada masa yg sama sy juga ingin memberi yg terbaik sebagai sahabat... semoga abah berjumpa pengertian yg abah cari ....

JEFFROCKERS said...

sebagai manusia biasa, sahabat baik juga boleh mengguris perasaan. alang kan suami isteri pun sama juga keadaanya. kita sendiri pun mungkin melukakan hati sahabat. yang terbaik mungkin, ialah bersederhana dan bersedia memaafkan.