Friday, November 04, 2005

Cerita tentang Qada dan Qadar...

Hari Raya ke-2 ni abah tak kemana-mana. Sepupu-sepupu Ummi datang. Seronok juga ramai yang bertandang ni. Dan dalam ramai-ramai yang datang, abah dapat satu pengajaran dan kisah dari salah seorang sepupu ummi. Sepupu ummi ini berkahwin tanpa restu keluarga mertuanya. Dia tidak diterima mertua dari seawal kahwin hinggalah sekarang. Anak-anak dia pun dah besar panjang. Dan satu kisah lagi, lebih kurang sama juga. Alhamdulillah, abah tengok mereka bahagia juga, anak2 semuanya menjadi, kebanyakannya lepasan Maahad Muhammadi. Itulah abah fikir, restu ibu ayah ni memang penting, tapi kena tengok juga kenapa mereka tidak restu. Kalau setakat tidak restu kerana tidak suka menantu yang sememangnya baik, abah rasa kes restu ibu bapa ni boleh diketepikan.

Bukan nak kata tak penting, tapi abah perhatikan dan dengar cerita, ada ibubapa yang memilih menantu mengalahkan anak-anak nak memilih pasangan hidup mereka. Mungkin niat mereka baik, tapi kalau anak itu sudah berkahwin, restuilah, maafkanlah mereka. Itu anak, itu menantu mereka. Kenapa sampai tak mengaku menantu.

Orang selalu kata, kita ni kalau dah kawin, kena anggap mertua sebagai ibu bapa kandung kita. Dan abah fikir pun, mak ayah ni kena la amalkan benda yang sama. Bila anak kita dah kawin, anggaplah menantu itu sebagai anak kita juga. Jangan dibezakan anak dan menantu, menantu dan menantu lain. Menantu itu juga ada rasa hati. Walaupun tarafnya cuma anak, mereka berhak untuk rasa diterima dan dihormati. InsyaAllah dari mereka itu nanti, akan lahir zuriat penyambung keturunan kita. Cucu kita, cicit kita. Janganlah dibezakan mereka atau tidak diaku mereka itu menantu kita, cucu kita.

Abah nanti kalau dipanjangkan umur untuk lihat Muizz berumahtangga, abah fikir, untuk setakat kewarasan abah hari ini, abah akan berikan kepercayaan untuk Muizz memilih siapa pasangan hidupnya. Abah akan beri pendapat mana yang perlu. Siapa yang dipilih, itulah menantu abah, itulah anak abah. Kalau abah yakin dengan Allah, Rasul, Hari Kiamat, Kitab dan Malaikat...kenapa abah tak boleh yakin dengan Qada dan Qadar Allah? Ramai antara kita yang kata percaya dengan 6 rukun iman itu, tapi bila tiba bab jodoh anak-anak atau bab rezeki, macam senang saja kepercayaan kita pada Qada dan Qadar Allah tergugat. Kita tak nak terima itu jodoh anak-anak, sebab itu kita haramkan menantu jejak kaki kerumah kita. Kita tak mengaku cucu-cucu kita semata-mata kerana ia lahir hasil perkahwinan anak yg kita tak restui.

Abah rasa anda yg baca blog abah ni mesti berfikiran terbuka. Moga saat-saat kita dah tua nanti, kita takkan buat sesuatu yang melukakan hati anak2 cucu2. Kita takkan buat perkara2 yang menggugat iman kita pada Allah. Ini peringatan untuk abah juga.

Bercakap tentang Muizz tadi, teringat abah dua kisah menarik(pada abah la). Kisah pertama, sewaktu abah memandu balik kekampung tempohari, abah melalui satu stesen minyak yang dah ditinggalkan, dah buruk sangat pun. Muizz nampak tiang logonya patah dan tumbang, dan dia terus berkata kat Ummi. "Ummi, tengok tu, siapa la patahkan tiang tu, ya Allah, ya Allah Tuhan". Haha, abah tak pernah dia sebut nama Allah dengan nada seserius itu. Abah tak boleh tahan gelihati, tergelak juga abah dalam kereta.

Kisah kedua, baru sekejap tadi. Kata buahati abah tu, "Abah, boleh tak abah buatkan Ahmad satu benda?", Abah tanya la, "Buat apa?". Kata dia lagi, "Abah buat guna sudu, dan masukkan dalam botol". Dia siap buat demonstrasi lagi. Abah fikirkan juga sekejap, tapi bila Ummi kata anak abah nak main teka teki, barulah abah faham. Hehe, abah ingatkan apalah bendanya, rupanya dia nak suruh abah buatkan dia susu. Abang..abang...dah pandai main teka teki ngan abah la pulak sekarang ni.

Seronok tengok Muizz main air pantai petang tadi.

3 comments:

crimsonskye said...

saya selalu cakap dengan ummi, suruh dia jelah yg carikan :P

~comei~ said...

anak abah (muizz) pandai berkias ye. haha.

pasal jodoh dan restu tu.. hmm.. kalau tak dpt restu nak buat apa2 benda ni hati tak tenang kan?...

Abah Mui'zz said...

Crimsonskye, abah dulu macam itu juga. Abah bagi masa untuk cari sendiri. Kalau tak jumpa, mak yg carikan. Ditakdirkan abah jumpa juga, so, tak sempat la mak carikan. :-)

Memang betul Anim, restu keluarga penting. Tapi kalau keluarga tak restu atas alasan yang terlalu kecil, abah rasa tak boleh juga. Mak ayah pun kena fikir rasional, jangan main hentam keromo je tak nak restukan perkahwinan anak-anak, hanya kerana menantu bukan pilihan kita.