Wednesday, August 09, 2006

Cerita tentang Muizz...

Ada dua insiden menarik tentang Muizz yang abah nak kongsi ngan anda.

Hari tu, masa abah balik dari Kuching, Muizz tak sihat. So, abah ngan ummi bawak dia gi klinik Dr. Cheng.

Klinik tu dekat dengan KJMC. Dan masa pergi tu abah park la kereta depan KJMC tu. Balik dari klinik, kami lalu la depan KJMC tu. Muizz tanya abah, "Abah, itu apa?". Abah kata "hospital". Dia pun mengeja la signboard KJMC tu, Pusat Perubatan Kelana Jaya. Tahu apa dia eja?? "PUSAT" - hospital. Aduihh, anak abah, PUSAT jadi hospital. Hehehehe. Abang..abang.

Dan 2,3 malam lepas, dia dok belek2 majalah Variasi. Kebetulan cover majalah tu, ada gambar hantu. Dia pun cam biasa la, cuba nak tunjuk kebolehan dia mengeja. Tau dia eja apa? VARIASI, "hantu". Abah ngan ummi pun takleh tahan nak gelak. Tapi dia buat muka innocent je la.

Aduilah, harap2 tak lama la dia macam itu.

1 comment:

bang long said...

abahmuizz ni lah, kan si muizz tu baru 5 tawon...sabo jerk...lama2 nanti dia boleh eja bebetui ler...dlm dunia ni ada dua tiga kerat je Adi Putra, tak ramai pun.

4 d time being speak english 2 him a lot supaya dia tak kaku nanti nak speaking london bila besar.