Thursday, August 10, 2006

Cerita tentang generasi...

Hari ni nak mengepek lagi. Bukan mengepek nak marah sesiapa, tapi mengepek untuk merayu dan memohon. Memohon agar kita lebih berusaha kearah membentuk keluarga dan orang disekitar kita, termasuklah diri kita sendiri.

Semalam berborak dengan seorang kawan yang secara tidak langsung berkhidmat untuk PLKN(Program Latihan Khidmat Negara). Dan dalam berborak, kami rupanya berkongsi rasa dan pandangan yang sama. Abah cuma banyak mendengar kerana abah perlukan input dari dia tentang apa yang jadi dengan PLKN.

Banyak benda sebenarnya yang perlu orang tahu tentang adik2 dan anak2 kita di Kem PLKN tu. Tentang apa yang depa belajar, apa yang depa buat, apa yang jadi pada depa, etc. Dn semalam, abah tahu juga sikit sebanyak tentang itu.

Program 3 bulan itu bertujuan untuk membentuk satu kelompok remaja yang boleh berfikir dan bertindak dengan lebih baik, dan dalam masa yang sama, cintakan negara. Alhamdulillah niatnya baik, dan perlaksanaanya pun baik, walaupun masih boleh dipertingkatkan.

Yang abah nak kongsi dengan anda ialah kisah budak2 PLKN ini. Ada bermacam2 jenis budak dengan bermacam2 jenis latar belakang yang pastinya datang dengan bermacam2 peel dan perangai. Ada yang bagus, ada yang biasa, ada yang kurang.

Yang baik tu abah tak nak komen la kan. Cuma nak komen tentang yang kurang baik sikit itu.

Kenapa abah kata kurang baik?
- Suka main2 dalam kelas.
- Tidak hormat para jurulatih yang majoritinya orang lebih dewasa.
- Suka langgar disiplin.

Mungkin ada orang kata ini benda biasa untuk budak2, tapi bagaimana kalau abah kata, ada kes pelatih PLKN nak bunuh diri, ada pelatih hisap ganja dalam kem??

Nak bunuh diri sebab tak tahan terkurung dalam kem. Hisap ganja sebab tak tahan ketagih.

Belum campur yang merokok, sedangkan rokok diharamkan dalam kem. Mana dapat rokok?? Mak ayah yang bawak sewaktu sesi perjumpaan dengan keluarga.

Mungkin kes terpencil, tapi abah rasa tidak.

Imagine ramai budak2 PLKN tu yang tak berapa mahir solat. Solat Asar 3 rakaat. Belum dicampur dengan yang solat sambil bergurau senda.

Abah tak nak kata ini salah siapa2. Cuma nak kita semua tahu akan keadaan ini, dan cuba bentuk keluarga dan orang2 yg dekat dengan kita supaya mereka dan kita tidak akan jadi macam itu.

Abah, dan kawan tadi bersetuju dalam satu perkara: banyak benda tidak baik yang terjadi dan dibuat pada budak2 ini ialah kerana keluarga. Mak ayah kadang tidak ambil berat sangat pada anak2. Cukup makan pakai belanja sekolah, OK, dah! Perasaan anak2, perkembangan karekter anak2, pendidikan anak2 terutama agama, semuanya macam tak ditekankan. Dan lebih teruk kalau mak ayah sendiri bukan jenis yang particular tentang kebajikan dan tanggungjawab mereka sendiri. Tak pelik kalau anak solat Asar 3 rakaat, sebab mak ayah pun solatnya bila free saja, ataupun lagi hebat, tak solat langsung. Tak pelik juga kalau anak remaja hisap rokok berkepul2, sebab bapaknya hisap 2X ganda kepulan asapnya.

Kawan abah kata, kadang2 sedih dengar cerita budak2 ini. Betapa kosong jiwa depa, walaupun ada mak ayah adik beradik. Keperluan fizikal selalunya mencukupi, tapi keperluan jiwa dan hati, kosong! Dan kita sebagai mak ayah sentiasa fikir kita dah besarkan anak dengan cukup makan dan pakai. Tugas cikgu2 dan ustaz2 disekolah untuk didik anak2 kita.

Untuk para2 mak ayah termasuklah abah sendiri, lebih2kan sikit masa tengok keperluan anak2, terutamanya yang kita tak nampak. Anak2 itu perlu bimbingan dan contoh. Agama jangan sekali2 diabaikan dari jiwa anak2. Kawal anak2 dari perkara2 yang tidak baik untuk dia. Kita buat yang terbaik untuk anak, dengan doa dia akan jadi manusia dan hamba Allah yang baik satu hari nanti.

Abah risau dengan apa yang jadi hari ni. Gerun tengok keadaan generasi muda. Dan kesian juga dengan generasi tua. Kalaulah kita boleh mainkan peranan kita dengan lebih baik sekarang ini, abah harap satu hari nanti, kita tidak perlu menyesal dengan banyak benda.

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa, moga Allah beri kita semua kekuatan.

1 comment:

Anonymous said...

...zaman & peredaranya...dulu lain sekarang lain...sapa yg telah menjadik emak bapak di zaman ini semua akan paham so, sapa yg ada anak2 kecik tu, jgn ler dimanjakan sgt anak2 tu sebab mereka tu lah yg akan menjadi seperti yg abahmuizz ceriterakan itu...tak caya tunggu & lihat bila mereka besar nanti, by then its already become a little too late...at times emak bapak ni yg lebih2 memanjakan anak2 mereka tuh...tak caya gak cuba nengok di sekeliling kita...budak tahun 2 udah ada handphone, hanya sebagai satu contoh dari berbanyak2 contoh.