Wednesday, February 28, 2007

Cerita tentang kejutan seks...

Semalam dalam akhbar Utusan dan The Sun keluar berita yang menggemparkan semua orang, kecuali abah, dan beberapa orang lain lagi lah kan. Beritanya hanyalah cerita lama yang diberikan nafas baru. Bukan abah tak percaya dengan hasil kajian Dr. Khaidzir tersebut, abah sangat percaya. Orang lain pun abah rasa percaya juga dengan kajian itu, cumanya, kita ni macam biasalah kan. Ada orang keluarkan satu isu/penemuan, lepas tu semua orang buat kecoh, termasuklah pak-pak menteri yang entah apalah yang dibuat kat atas sana nun, lepas beberapa bulan, pastinya isu itu akan masuk almari buruk. Semua orang akan buat-buat lupa, ataupun semua orang akan terima isu itu sebagai satu kebiasaan.

Abah rasa anda semua pun pasti pernah dengar isu anak gadis remaja kita yang sudah hilang dara sebelum tamat persekolahan lagi. Tak pernah dengar? Kalau tak pernah dengar tu, alhamdulillah. Hidup anda memang dikelilingi oleh manusia2 baik sahaja. Abah pernah dengar, sejak dari abah dibangku sekolah lagi. Bukan setakat dengar, malah pernah lihat rakan satu sekolah datang menduduki SPM sambil membawa bayi didalam perutnya. Alhamdulillah masa tu, budak2 ini tidak tahu lagi istilah gugurkan anak. Berbeza dengan budak2 sekarang, cubalah tanya, apa kaedah untuk gugurkan kandungan, abah rasa depa boleh jawab lebih baik dari jawab Kertas Bahasa Melayu SPM.

Kajian Dr. Khaidzir hanyalah meliputi remaja yang masih bersekolah, belum lagi dikaji anak2 gadis yang habis sekolah. Kalau Dr. Khaidzir kaji, abah rasa, masyarakat Malaysia akan buat2 terkejut dan buat2 kecoh sekali lagi. Kalau anda nak tahu, inilah trend yang berlaku sekarang ini. Kalau rasa benda itu pelik, tidak, itu tidak pelik. Inilah realiti yang kita tidak nampak, atau sengaja buat2 tidak nampak, hanya kerana anak2 gadis kita baik-baik. Yang tak baik itu semua anak orang lain, tak penting untuk kita nampakkan mata kita dengan realiti hidup mereka. Nanti kat akhirat, kita cuma ditanya tentang anak dara kita sahaja, bukan anak dara orang lain, kan? Jadi, tak perlulah nak tengok keadaan orang lain.

Mi pernah cerita kat abah, bagaimana rakan sepejabat Mi yang masih gadis sunti berkata, “Alah kak, itulah trend zaman sekarang, awek-awek semuanya dah tak dara, sebab bagi pada pakwe. Sayang punya pasal. Kawan2 saya pun ramai yang macam itu”. Betul juga kata kawan abah sewaktu abah di universiti dulu, katanya “Jak, perempuan ni, kalau dah sayang kita, mintak apa pun dia akan bagi”. Abah tak kata kenyataan kawan abah tadi tu ‘apply’ untuk semua perempuan, tetapi ramai yang macam itu. Hanya kerana nak suruh pakwe sayang, sanggup serahkan benda paling mahal yang ada pada dia dan keluarga: DARA a.k.a MARUAH. Abah tak nak la mengepek pada anak2 gadis yang macam itu. Dan abah tak nak mengepek juga pada mak-mak bapak macam abah ni juga.

Abah cuma nak kita fikir balik, kenapa boleh jadi macam itu? Dimana salahnya? Apa yang boleh dibetulkan? Ini bukan soal anak2 zaman sekarang sahaja, ini soal mak-mak bapak dan persekitaran juga. Semua orang kena main peranan. Pada yang tidak ada anak dara, jangan tarik nafas lega. Anak2 dara itu hilang dara sebab anak2 jantan kita juga. Tidak ada anak dara yang hilang dara pada anak dara lain?(Atau mungkin ada!) Kita sebagai ibubapa bukan sekadar perlu lebih berhati2 dalam mendidik anak dara, tetapi kita perlu lebih berhati2 mendidik anak jantan kita.

Itu sajalah kot cerita tentang DARA dan uda abah kali ini. Abah nak tengok juga berapa hari isu ini akan kecoh dalam media. Dan abah pasti, tak akan sampai sebulan isu ini akan kecoh, lepas tu, diam begitu sahaja. Hehehe.

P/S: Teringat kisah waktu dimatrikulasi 16 tahun dahulu, seorang bapa bergelar Jurutera, dan seorang ibu bergelar Guru, hanya berkata, “Tak apalah dia nak tidur dengan tunang dia”, apabila diberitahu anak gadisnya ditangkap khalwat dibilik hotel bersama tunangnya. Beristighfar panjang cikgu matrik abah yg telefon ibubapa budak tu.

4 comments:

Anonymous said...

...kalau 16 tahun dulu pun udah ada peristiwa semacam itu sekarang ni jgn hairan ler kalau dari 887 yg di tanya 886 remaja pompuan sudahpun melakukan hubungan sex seblum berkahwin... pompuan oh pompuan...anak2 siapa lah itu...

Anonymous said...

betul tu abah, arwah mak saya selalu cakap klu saya dok kondem2 awek2 kg yg ke hulu ke hilir x tentu hala.."jaga tepi kain sendiri jangan dok tengok org lain"..klu makcik2 yg selalu dok ngata anak2 org lain tu kebanyakannya anak2 sendiri yg x tertajaga..hm WallahuAlam..semoga kita menyedariNya dan semoga Allah bukakan pintu hati kita memandang isu ini sebagai isu yang amat sensitif...

YuN said...

abah, den pun pernah kena. Kat tempat lama kita dulu tu. Budak2 report pasal sorang budak pompuan ni. Maka dengan baik hatinya, den tolong ler bagitau bapak dia. Sekali bapak dia sound den balik.."Anak saya budak baik, terpelajar, jangan fitnah anak saya, kalau tak saya saman!"

So, nak cakap apa. Mak bapak dah cakap camtu...

Anonymous said...

tu baru kes di sek menengah.. blom lagi kes di ipta/s... hehehe.. nak saya cite nanti ada plak kata saya tipu, 10001 kisah, semuanya mengerikan dan menakutkan, cuma tak di paparkan aje di media tempatan. org2 yg bekerja di hal ehwal pelajar di ipta/s lebih tahu...

pd pendapat saya, mak bapak kena lebih tegas, dan lebih memantau jika anak sudah meningkat dewasa. ada masa kita bagi kebebasan, kena bertempat, ada masa kita perlu bertegas. dan perlu diterangkan sebab musababkita bertegas.

lagi satu, sentiasa terapkan berpegang pd prinsip hidup atau hukum agama...

mak bapak saya dr dulu lg tekan kan, sentiasa berpegang pada DARA itu adalah MARUAH. WALAU MACAM MANA SEKALIPUN, apa keadaan pun kita perlu jaga sebaiknya. pakwe mintak jgn bagi. tu sume helah. walau mcm mana sayang sekali pun...mesti kata NO to sex seblum kawen. kalu buat jugak, umpama anda meletakkan tuhan anda di kaki anda. ha..mcm tu skali mak bapak saya tekankan... lg satu balik lambat mcm mana pun, jgn tido umah org, jgn tido rumah kwn, etc....

dan disamping tu.. ibu bapa juga sentiasalah doakan anak2... sbg kadang2 kita ni sbuk berkerja sgt.. doa utk anak2 pun lupa... sbb doa ibu bapa kan doa yg paling baik...

wallahualam.. bersamalah kita menjaga keluarga kita dan masyarakat am nya....