Monday, November 24, 2008

Cerita tentang sms...

Sewaktu dalam perjalanan balik dari Kluang hari Jumaat lepas, abah terima satu sms dari seorang adik. Kandungan smsnya adalah seperti berikut:

Ketika ibumu ttdr LeLap, cba pndg dia dLm2..
BygKn,mtAnya tdk akn tbka utk sLmanyA, Tgnnya tdK Lg mgHpuS air mta,dN tiadA Lg naShat yg sLma ini sring daBaikn.
BygkN ibu sdh TIADA. Apakh kmu sdh mbhgiakN diA Yg sLLu mbhgiaknmu,mnuhi khndakmu?
Apakh kmu prnh bfkr? Btpa bsar pngorbnannya?
Krim sms ni kpd 10org,klu kmu trmsuk org yg syg pd ibu.
AMANAH..

Komen abah:-

1. Abah sekarang ni pelik betullah dengan tulisan sms budak2 sekarang. Kalau tak kerana bunyinya yang agak "biasa" didengar, memang sah2 abah takkan faham apa yang ditulis. Abah pun kesian kat Muizz. Setiap kali sms masuk dalam henpon abah, tiap kali itulah dia nak cuba baca, dan dia tak dapat baca. Sebabnya, ayat yang ditulis bukan ayat yang dia belajar di sekolah. Akhirnya, "Susah la nak baca mesej abah ni." Abah faham yg sms ni terpaksa guna shortform perkataan, untuk mengelakkan hantar sms berjela2, tapi kalau dah nak membaca pun tergeliat biji mata nak memaham apa yg ditaip tuh, tak ke naya. Teringat kata seorang sahabat senior sepejabat abah. Katanya, "Saya kalau student jawab exam ada shortform2 macam depa tulis dalam sms, memang saya takkan bagi markah tinggi." Tang tu abah tak boleh nak komen apa la kan, sebab sahabat itu seorang ahli bahasa Melayu. Ekekekke.

2. Abah tak berkenan betul bila ada sms yang menyebarkan perkara kebaikan, diminta sipenerimanya pula menyebarkan kepada sebilangan orang lagi. Dan selalunya siap bagitahu, 10, 5, 7 atau beberapa orang. Bukan tidak berkenan soal nak sebarkan, tapi pantang betul abah bila sipenghantar nyatakan jumlahnya. Abah tahu bahawa sipenghantar tu cuma menyebarkan sms tersebut, tapi abah tak faham kenapa depa ni tak boleh nak berfikir sedikit sebelum menyebarkan sms sebegitu. Mesejnya bagus, alhamdulillah. Tapi kenapa nak sebarkan kepada 10 orang, kenapa tidak 1 atau 100 atau 70 orang? Ilmu agama abah memang cetek, tak abah nafikan itu, tapi setakat yg abah belajar, belum pernah lagi ada ilmu yang menyuruh sebarkan kebaikan pada bilangan orang yang tertentu sahaja.

Bukan setakat suruh sebarkan pada sebilangan orang sahaja, siap ugut lagi pulak tu. Kononnya, kalau anda sayangkan ibu, sebarkan sms ini pada 10 sahabat lain. Adakah abah tidak sayang ibu kalau abah tidak sebarkan sms ini? Adakah abah tidak sayangkan ibu kalau abah memilih untuk sebarkan sms ini pada 15 orang, dan bukan 10 orang?

Abah tak tahu. Tapi abah minta pada sahabat2 abah yang seringkali terima sms2 sebegini supaya baca, fahami, dan fikir sejenak sebelum disebarkan pada orang lain. Kalau anda memilih untuk menyebarkan, apakah niat dan tujuan anda? Kalau anda berniat untuk berkongsi benda baik, alhamdulillah. Tapi kalau berniat untuk buktikan anda sayang ibu, abah rasa ini bukan caranya. Ibu anda takkan tahu pun anda sebarkan sms sebegini pada 10 rakan baik anda. Tapi sekiranya selepas baca sms itu, anda telefon ibu, bertanya khabar dan ucapkan bahawa anda sangat kasihkan mereka, itu baru betul. Dan kalau betul nak sebarkan, tengok balik isi kandungannya, jangan main forward saja. Sebab kalau tersalah forward pada abah, dan kena pulak mood abah tak berapa baik hari itu, akan rajinlah abah membalas sms sinis pada rakan2.
Hahaha, jangan ikut resmi abah yg ini tau! Nanti lari semua kawan2.

Sekejap tadi njuga abah terima emel yang mengatakan bahawa amalan membaca Salawat Syifa' adalah syirik. Nauzubillah. Abah tidak tahupun itu syirik. Dan itulah antara salawat yang abah gemar lagukan untuk Azim dan Muizz. Takut juga bila baca yang amalan itu syirik. Oleh kerana abah tidak faham kenapa dikatakan syirik, abah menyelusuri laman web Dato Dr Haron Din berkenaan isu ini: Penjelasan tentang kekeliruan Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah, dan abah terima penjelasan Tuan Guru bahawa amalan membaca Salawat Syifa' tidak syirik seperti yang dikatakan. Cuma abah agak takut juga bila soal2 macam ini diperjelaskan sebagai syirik oleh satu pihak, dan satu pihak lagi kata tidak syirik. Abah yang cetek agama ini, seolah2 tersepit antara dua fahaman ini. Tapi abah memilih untuk menerima mana yang akal dan hati abah kata betul dengan penjelasan mereka. Semoga Allah ampunkan abah, dan semoga Allah pelihara hati abah supaya tidak berpaling dariNya. Dan abah doakan yang sama untuk anda.

4 comments:

irman_rahs said...

rilex abah,
tak payah nak meragam...hikhik
biasa la budak2..tapi man tau bukan man yg hantar sms tu...

Abah Mui'zz said...

Abah tak meragam pun Man. Nak kata budak2 tak juga Man. Sebab sms yang ini entah kali keberapa abah terima. Dari kawan2 yang pelbagai. Kadang2 emel. Abah cuma nak kita berfikir je sekejap sebelum sebarkan. Sebab tak nak jadi masyarakat "buat bila disuruh, tapi tak tahu apa sebab". :-)

Am said...

Biasalah abah, Am pun selalu terima juga, email pun melambak, malas nak layan

Ps: boleh abah kasi abah punya nick facebook, Am nak invite abah, Thanks

Abah Mui'zz said...

Abah pun kadang2 malas juga nak layan Am. Tapi kali ni terasa nak mengepek pulak tentang benda ni. :-)

hahaha, Am cam tahu2 je abah ada facebook. Sebenarnya baru daftar minggu lepas, setelah beberapa kali disuruh oleh kawan2 lama. Nanti Am invite yer - nick abah: muizzhakim