Friday, December 05, 2008

Cerita tentang loghat...

Irman ada tulis di Msjbox kat bawah tu tentang betapa tergelincir telinganya mendengar orang Terengganu bercakap dalam TV. Itu baru dengar orang biasa Man, belum dengar MB Ganu bercakap lagi. Sebab abah pernah dengar dia bercakap dalam TV pasal isu Proton Perdana hari tu. Alhamdulillah abah dah biasa dgn loghat Ganu, faham la abah apa dia kata. Tapi orang lain? Sebab itu ada satu manusia tu tulis dalam suratkhabar minta MB Ganu itu cakap bahasa yang orang lain faham.

Betul jugalah. Dalam menyokong loghat ibunda pun, jangan dilupa akan orang yg mendengar. Depa pun nak tahu juga apa kita kata kan. Kalau dibantai dalam loghat kampung sendiri, susah la orang lain nak tahu apa kita kata. Kesian la kat depa kan? Abah tak kata nak kena cakap macam orang KL (ada ke cakap KL?) tapi memandangkan semua orang dah belajar silibus Bahasa Malaysia sejak dari Darjah 1, takkan la tak boleh nak bercakap Bahasa Malaysia sewaktu orang temuramah, atau sewaktu bercakap dengan orang yg kita tahu bukan suku sakat kita.

Abah bangga dengan loghat Ganu, tapi itu bukan modal untuk abah menuturkannya dengan semua orang. Tengok dengan siapa abah bercakap la. Kalau dengan org yg abah rasa dia faham, ok jer nak cakap ala2 makang ikang ni kang. Tapi kalau abah rasa dia tak faham, dan dia tak selesa, abah cakap la macamana yg abah rasa dia akan faham.

Dan bercakap soal loghat dan bahasa ni, abah pelik juga bila tengok orang2 kita bercakap dengan cina2 atau india2, kita seboleh tidak nak guna bahasa pelik. Manyak, mulah, talak. Apa bendanya tuh? Padahal cina2 dan india2 itupun orang Malaysia juga. Dan depa pun belajar gak BM waktu sekolah dulu. Tapi nak juga kita cakap melayu ala2 cina dan india bercakap. Mungkin sebab nak dia faham, betul. Tapi kalau cakap BM biasa pun, abah tak rasa dia tak faham. Tak perlu la nak pelatkan bahasa melayu kita tu, atau cuba nak cakap apa2 cina+english. Pelik bebenor abah dengar. "I told you oledi what", "No need to write maaa, just draw only".

Tutup bab tu. Nak bukak bab accident yg abah lihat petang semalam. Sepanjang abah memandu dari Tanjung Malim ke Sg Buloh, ada 4 kemalangan berlaku, dan kesemuanya adalah kerana terbabas. Memang betul la kata kawan abah, lebuhraya PLUS dari TM ke KL ni kena hati2 sikit, sebab jalannya licin, terutamanya waktu hujan. Setakat 2 minggu abah ulang alik SB-TM ni, memang banyak sangat kemalangan yg abah dah lihat. Untuk anda yg lalu jalan ni, berhati2lah ya memandu. Jangan bawak kereta tu laju sangat.

Dan bercakap soal berhati2 memandu ni, teringat perbualan maya abah dgn seorang sahabat beberapa hari lepas.

Sahabat: Hati2 bawak kereta balik nanti.

Abah: InsyaAllah. Saya pun sayang juga kereta tu bro. Tak nak apa2 jadi kat dia.

Sahabat: Le, ke situ pulak. Orang bukan sayang kereta lah, orang sayang drivernya tu.

Alhamdulillah, ada juga sahabat yang sayangkan abah ya! terima kasih. Ingatkan dah takde sahabat2 yang sayangkan abah. Ekekekeke.

Selamat berhujung minggu, selamat menyambut hari raya AidilAdha dan Selamat bercuti pada yang terlibat. Abah insyaAllah akan balik ke kg Ummi di Kelantan untuk beberapa hari.

p/s: Entah apa kena hari ni, abah lupa banyak benda - lupa nak pakai jam tangan, lupa nak sembut perfume (hangit semacam je pagi ni), dan lupa nak bawak AC adapter laptop abah ni. Sib baik sempat post satu entri ni. :-)

3 comments:

CAHAYA said...

Cahaya suka dengar orang bercakap dengan loghat negeri masing². Terasa negara kita unik dan berbilang kaum gitu. Rasa universal.

p/s: bosan juga kalau concerntrate satu bahasa je. Bahasa Arab pun best, lenggok² dalam baik AlQuran, asyik!

irman_rahs said...

banyak benda fikir kot..tu yang semua benda tak ingat...makan tak lupa?

Am said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha juga untuk Abah Sekeluarga

Berhati-hati dijalan raya, ingat orang tersayang termasuk Am hehehe