Monday, March 02, 2009

Cerita tentang tenang...

Salam sahabat2 yg dikasihi Allah,

Hari ni abah cuma nak berkongsi satu emel yg abah terima di group SIM yang abah kasihi itu, emel tentang betapa sepinya sang isteri bila suami dikatakan tidak memberikan perhatian.

"...kami ni dah kawin lebih kurang 7 tahun..sepanjang perkahwinan kami dah pun dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel..diluaran orang memang nampak kami bahagia tapi dalam hati saya nie Allah saja yang tau....sepatutnya seorang suami mestilah sedia tau yang wanita memerlukan cinta, kasih sayang, dan perhatian... tapi saya tak rasa semua tu sepanjang kami berumahtangga. ...lebih2 lagi kalau suami saya outstation.. .kalau orang lain dapat curi masa utk telefon or sms tapi suami saya bila saya dah merajuk...dah marah barula dia buat...."

Dan sebelum abah mengupas (ada jer benda dia nak kupas, abah..abah), abah nak tampalkan juga jawapan dari seseorang pada emel tersebut.

"...yang saya tahu sedikit pasal lelaki
apabila dia telah mendapat kamu
dan dia telah pun memahami kamu
dia sangat tenang akan diri kamu
jadi dia rasa sangat selamat dengan kamu

dia bukan tak sayang tapi tenang
dia bukan tak kenang kamu tapi dia sudah pun tahu kamu ketenangan dia
tak percaya cuba kamu buat perangai
kamu menggodam ketenangan dia
maka dia akan merasa susah hati dan gundah gulana
perlu kah kita jadi wanita yang sebegini ?

jadi lah perempuan yang sangat bermotivasi
jika suami telah pun tenang
tumpukan untuk menaikkan taraf diri puan untuk menjadi lebih berharga di
sisi masyarakat dan agama..."

Kupasan abah pun tak lebih dari untuk berkata, dalam berumahtangga, kena ada sesi perbincangan, sesi meluahkan rasa antara kedua suami isteri. Dan juga kena sentiasa ada sesi menunaikan hak diri pasangan. Jangan jadikan sifat diri yang sebegitu batas untuk tidak berbuat sesuatu yang positif, "Dah saya macam ini, awak kena terima lah diri saya seadanya.". Betul, tetapi tidakkah boleh diubah? 

Abah tak mengata orang, abah mengata diri abah sendiri. Abah orang yang kasar kata2 dan ucapannya. Dan abah sedari kelemahan ini sejak remaja lagi, seringkali berusaha untuk mengubah, tapi abah lemah, kadangkala abah terkasar juga pertuturan, lebih2 lagi dengan orang2 kesayangan abah. 

Kalau dahulu, ummi lebih suka memendam rasa tiap kali abah bercakap kasar dengan ummi, tetapi sekarang ummi ubah taktik, dia meluahkan. Dan alhamdulillah, abah yang assume ummi ok dengan cara abah bercakap selama ini, rupa2nya baru tahu yang ummi banyak makan hati. Dan bila telah diluahkan, abah fikir yg abah memang sangat2 perlu mengubahnya, demi menjaga kerukunan rumahtangga kami, dan juga demi menjadikan abah manusia yang lebih disayangi. 

Tidak adil untuk abah kata, "Ini diri abah, semua orang kena terima yg abah memang macam ini". Tak boleh. Abah kena ubah, sepertimana juga suami2 yg lain, bila isteri meluahkan, dan sekiranya apa yang dia minta itu, tidak melanggar hukum Allah, dan untuk kebaikan bersama, apa kata, kita cuba penuhi. Mana tahu dengan berbuat macam itu, kita akan lebih disayangi, dan rumahtangga akan lebih bahagia. 

Dan pada isteri, sekiranya suami tidak memberikan apa yg anda inginkan, sekalipun telah diluahkan, jangan kecewa. Terimalah saja itu suami anda. Dan anda masih lagi beruntung kerana ramai lagi isteri2 diluar sana yang bukan sekadar makan hati, tapi juga makan meja dan lantai. Dan ada juga yang belum dapat makan apa2, sebab suami idaman yang dinanti, masih belum2 juga ditemui. Moga2 Allah mudahkan urusan jodoh mereka ini, insyaAllah.

Teringat sesi sms antara abah dan ummi 2,3 hari lepas.

Bila abah kata kat ummi, "Abang minta maaf sebab banyak berkasar dengan ummi selama ni. Sebab tidak jadi suami yang baik. You deserve someone better." Ummi balas, "Kenapa abang cakap macam tu, abang dah bosan dengan mi ke?" Dan abah setulusnya kata, "Bukan sebab abang bosan, tidak, but because I want to be that "someone". Help me!" And I mean it very2 much. Anda doakan semoga abah akan mampu mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik. Ya? 

Abah berhenti dulu, nak mulakan kerja. Jumpa lagi esok insyaAllah. 

6 comments:

-ajeem- said...

Macam2 kisah rumahtangga kan Abah..hm saya skang duduk berjauhan ngan man selalu susah hati...saya percayakan man tapi risau, takut bercampur baur..yelah jauh di mata...semoga Allah merahmati rumahtangga kami yang baru bermula...Amin...

CAHAYA said...

manusia ni tidak tahu bersyukur. Bila ada suami yang tidak curang, benda lain pulak yang kurang. Ada je yang tidak betul itu dan ini.

aliff muhammad said...

Sebenarnya dalam hidup berumah tangga saya melihat perlunya ada "give and take" dan juga "readjustment".

Melihat ayah dan emak, ayah panas baran..emak sabar. Emak tamahu masak (merajuk), ayah masak untuk kami...He!he! Bila tanya ayah dan emak jawapannya mudah..

Berkahwin dan berkasih sayang itu kerana Amanah Allah SWT.

Abah Mui'zz said...

Sue, percaya pada dia. Dan dalam masa yg sama, beringat2. Man manusia biasa, Sue juga. Berusaha sebaiknya, insyaAllah. Dan semoga Ajeem (dan adik2nya nanti) akan mampu mengikat Sue dan Man, selamanya insyaAllah.

Cahaya, manusia, akan sentiasa tidak puas dgn apa yg ada. Tapi tidak salah meminta, kerana itu satu hak diri mereka. Cuma nak kena imbang2kan, jangan terlalu melebih.

Aliff, satu tips untuk kerukunan rumahtangga, salah seorang pasangan mesti sangat penyabar. Kalau rasa diri kita kurang sabar, carilah orang yg penyabar. Ekekeke. Tapi jangan lupa, kesabaran setiap orang ada batasannya juga.

uMMiHakimi said...

Dlam hubungan suami isteri mesti harus telus..sekiranya kita sama2 ikhlas utk hidup berumahtangga kerana Allah,saya percaya jika salah seorang berbuat silap pasti pihak yg satu lagi akan terasa nalurinya...kita suami isteri mmg perlu sentiasa saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain,harus sama2 berusaha memperbaiki diri kita..saya amat setuju dgn kata2 seorang pendakwah "apabila kita menyerahka sepenuhnya cinta kita padaNya,insyaAllah rumahtangga kita juga akan mengalir cinta yang berkat dariNya"...wallhualam

Abah Mui'zz said...

ummihakimi, abah sangat bersetuju dengan pandangan anda. TQ.