Thursday, October 27, 2005

Selamat Hari Raya AidilFitri 1426H


Hari ni abah cuma nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut AidilFitri buat semua rakan-rakan dan pembaca repekan blog abah. Abah tahu, dalam abah syok sendiri menulis dan merapu di blog ni, mesti ada abah terlanjur kata, terkasar bahasa, tersilap bicara dan terlebih senda. Abah mohon ampun dan maaf seikhlas hati.

Moga AidilFitri tahun ini adalah AidilFitri yang paling bermakna buat kita semua. AidilFitri yang benar-benar mengembalikan kita kepada fitrah kita yang asal, fitrah sebagai makhluk Allah yang akan terus sujud dan taat padaNya.

Pada yang akan berjalan jauh, hati-hati dijalanraya. Doakanlah moga perjalanan kita semua akan dilindungi Allah, dan moga segalanya selamat buat kita dan keluarga. Abah insyaAllah akan bertolak ke Kelantan awal pagi Ahad nanti.

Dipagi raya kang, mohonlah ampun dan maaf dari mak ayah, mohon dengan sungguh-sungguh dan seikhlas hati. Mungkin sebelum ini kita cuma jadikan perbuatan itu satu rutin Hari Raya, tapi kali ini, jadikan ia satu perbuatan yang boleh 'melegakan' hati kita dan kedua ibubapa.

Selamat Hari Raya...

5 comments:

Anonymous said...

SALAM MESRA AIDILFITI.
HURUF DITAIP PENGANTI DIRI.
WALAU TAK KENAL, NAMUN RASA RAPAT .
DAH MCM DAH KENAL LAMA.
MAAF DIPOHON DOA DIHULURKAN.
MOGA SELAMAT DIPERJALANAN.
MOGA BERGEMBIRA DI HARI LEBARAN.
MOGA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.
MOGA BERKAT AMALAN DI BULAN RAMADHAN

Abah Mui'zz said...

InsyaAllah, terima kasih PB.

dith said...

Ambil H/W mana? Gua Musang? Or Pahang? Kg kat mana? Pasir Putih?

Abah Mui'zz said...

Dr, abah akan lalu Jalan K.Lipis ke Gua Musang. Tahun ni balik ke rumah mertua di Bachok. InsyaAllah raya ke3 baru abah balik ke Ganu.

zamdee said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan untuk Abah Muiiz dan juga keluarga..

Hati-hati semasa memandu..