Alhamdulillah, hari ni dah masuk 3 Ramadhan. Dan alhamdulillah, hari ni juga genaplah usia abah 32 tahun masihi. Syukur kerana Allah masih beri abah peluang untuk berada atas muka bumiNya. Untuk masih lagi merasa nikmat Ramadhan tahun ini, insyaAllah. Agaknya, setelah sekian lama, tahun ini baru kebetulan ulang tahun kelahiran abah jatuh pada bulan Ramadhan, sama dengan bulan Hijrah kelahiran abah: Ramadhan.
Dua hari lepas, masa berbuka, Ummi ada bercerita kisah tentang rakan ummi. Kata Ummi, rakannya dah mengenakan selendang sebagai menghormati bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Terbuka juga hati dia. Tapi semalam masa berbuka, Ummi bagitahu lagi, rakan tadi dah tak pakai tudung, kerana tak ada tudung yang match dengan baju yang dia pakai. Aduihhhhh. Abah tersenyum jugalah. Tapi apapun, abah doakan dia akan diberi hidayah oleh Allah untuk berubah kearah yg lebih baik.
Dan semalam juga ummi bercerita tentang kisah rakan tadi yang bercerita pada Ummi tentang solat sunat. Kisahnya macam ini: Dia ke surau untuk bertarawih. Memandangkan dia tiba sebelum azan Isyak, dan bila lepas azan, dia tengok muslimah pakat2 bangun solat. Dia pun bangun juga untuk solat. Tapi bila dia nak solat, dia tengok orang lain solat tak sama, ada yang rukuk ada yang belum. Dia pun konpius, apa yang orang lain solat. Sebabnya: Dia tak tahu tentang solat sunat ba'diyah(betul ke abah eja ni).
Sama macam kes yang abah alami masa solat jumaat 2 minggu lepas. Lepas azan, ramai yang bangun untuk solat sunat, termasuklah seorang lelaki barisan depan abah. Dia bangun, toleh kiri dan kanan, lepas tu duduk semula. Agaknya sebab orang sebelah dia tak bangun. Abah tak tahu apa sebab sebenar, cuma abah agak, dia mesti ingat orang dah nak solat jumaat.
Abah tahu pada sesetengah orang, cerita sebegini macam satu cerita lawak. Abah sendiri pun tersenyum bila dengar Ummi cerita. tapi bila direnung balik, ya Allah. Ramai lagi rupanya yang masih perlu dibimbing diluar sana. Dibimbing serba sedikit supaya mereka tahu akan keperluan hidup sebagai seorang Islam. Abah tak tahu mana silapnya. Diri mereka ada silapnya, tapi orang disekeliling juga menyumbang juga kepada kes2 diatas.
Kita mungkin pernah berjumpa kes rakan2 sepejabat yang tidak menunaikan solat. Dan dalam banyak kes, kita cuma mampu menggeleng kepala, atau kalau tidak, menceritakan kepada orang lain. Jarang sangat rasanya antara kita yang mampu pergi bertanya kepada rakan yg tidak solat tadi kenapa dia tidak solat. Mungkin dia tak solat sebab dia malas, atau sebab dia rasa solat itu tak penting, atau lebih teruk lagi, dia tak tahupun macamana nak solat! Salah dia seorangkah? Atau kita pun silap juga sebab tidak bertanya dan bimbing?
Sama macam kes Lorong Haji Taib di Chow Kit. Semua orang KL tahu apa yg ada dilorong itu. Dan hampir semua mencemuh akan insan2 yang berada dilorong itu. Kenapa? Cukupkah sekadar kita tahu dilorong itulah pelacur menjual maruahnya, dilorong itulah penagih melayan angan 'high'nya? Cukupkah sekadar kita mengeji mereka itu sebagai insan berdosa? Selainnya, kita tidak buat apa-apa.
Alhamdulillah, JAWI baru-baru ini membuat satu program 'mandi bunga' untuk mereka2 dilorong itu. Bukan mandi bunga betul2, cuma simbolik sahaja. Mereka dibekalkan sabun, syampu, tuala, kain pelikat, bunga supaya mereka dapat menyucikan zahir mereka, dan dengan harapan datang hidayah untuk mereka menyucikan lahir mereka juga. Abah sokong sangat usaha JAWI ini. Walaupun akan ada yg kata, belum tentu berkesan program ini, tapi pada abah, inilah satu usaha yg boleh dibuat oleh kita.
Dan sedikit lagi benda yg abah nak anda semua fikir sedikit.
Kalau abah tanya anda semua: Kenapa pelacuran masih lagi berleluasa di lorong itu? Bukan setakat perempuan, malah mak nyah pun lebih ramai yang melacur. Jawapan abah: Sebab ada permintaan. Permintaan dari siapa? Dari manusia2 yang sejenis dengan abah, sejenis dengan anda, sejenis dengan suami2 anda atau sejenis dengan ayah2 anda.
Kita tidak mengeji mereka yang 'meminta servis' ini secara langsung, tapi kita mengeji perempuan atau maknyah yang 'menawarkan servis 'itu. Kenapa? Sebab kita tidak tahu, lelaki sepejabat kita itulah yg melanggan mereka, lelaki yg tinggal berjiran dengan kita itulah yg melanggan mereka, atau lebih teruk, lelaki yang tidur disebelah kita(jika anda wanitalah) itulah yang melanggan mereka.
Abah bukan nak menakutkan, cuma nak kita semua berjaga-jaga dan berusaha supaya hidup kita, ahli keluarga, rakan-rakan, dan masyakarakat sekitar kita, sentiasa dalam rahmat Allah.
Sekiranya anda wanita, jangan asyik curiga kalau suami anda ada perempuan lain, tapi kena curiga jugalah, takut-takut suami anda ada lelaki lain.
Nantilah abah cerita lagi tentang kes ini.
Happy birthday to me...

4 comments:
happy birthday to abah :)
bangun pagi terasa mcm nak wish birthday kat somebody tapi lupa kat saper. huhu.
hari ni kena penyakit lupa. bila anim bgn pun tak ingat. haha
Terima kasih Anim. Takpe, sesekali lupa, asal jangan selalu lupa.
Bila nak belanja abah makan kek nim??
lepas raya kita celebrate sesamer ek. ajak ummi. manalah tau dpt rezeki lebih naik gred. hari ni dah dpt panggilan interview :)kalau dpt.. alhamdulillah.. birthday present tu ;)
selamat hari jadi Abah ..
Post a Comment