Semalam abah baca Berita Harian, tertarik dgn satu temubual dengan Mawi. Abah bukan la minat apa pun dengan Mawi, sebab pada abah, jika dipandang dari sudut Mawi itu sebagai penyanyi, abah boleh kata, Mawi cuma sekadar boleh penyanyi. Tapi ada benda lain yang buat abah respect dengan Mawi - tutur kata dan pemikirannya.
Mawi abah rasa bukan graduan pun, tapi bila abah baca wawancara yang ditulis dalam BH semalam itu, abah rasa Mawi manusia yang berfikir, dan bercakap mengikut fikiran. Tidak seperti wawancara dengan penyanyi-penyanyi lain yang abah rasa, percakapan mereka tak lari dari kerjaya mereka, dan bagaimana majunya mereka berusaha melalaikan anak-anak melayu Islam kita.
Berikut abah sertakan sikit part2 yang abah rasa lapang dada bila baca. Lapang kerana abah akhirnya berjumpa juga dengan penyanyi yang boleh berkata2 sebegini. Mungkin pada orang lain bendanya nampak remeh, tapi pada abah, ia satu perkara yang perlu diberi perhatian.
'Dugaan paling hebat adalah pujian'
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Mawi tidak menggenggam ijazah, tetapi populariti mengundangnya menjejakkan kaki ke gedung ilmu. Dia bercerita, berkongsi panjang pengalaman sedihnya menyaksikan saudara terdekat menghembus nafas terakhir angkara musuh yang merosakkan itu.
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang menjadi saksi anak muda yang mencetus fenomena itu berbicara mengenai dadah menerusi program, Mawi@UPM: Katakan Tidak Kepada Dadah.
Agrh... Setakat mana pengetahuan Mawi untuk berdebat mengenai topik berat seperti itu? Barangkali itu pertanyaan yang bermain di benak fikiran sebahagian besar pembaca.
Tetapi, apabila mula bersuara dia bukan Mawi yang seperti dilihat saban malam ketika Akademi Fantasia 3 (AF3) berlangsung. Jangan terlalu pantas menghukum. Baca dulu, lihat Mawi berbicara mengenai kehidupan barunya, dadah serta membongkar sejarah pahit yang pernah menimpa keluarganya.
Hip: Bagaimana rasanya dapat menjejakkan kaki ke UPM?
Mawi: Macam-macam perasaan, maklum saya tidak pernah masuk mana-mana universiti sebelum ini. Ini pengalaman pertama, rasa ‘gayat’ sikit. Sepanjang perjalanan ke sini, saya berdebar-debar. Tertanya-tanya sendiri kenapa saya yang dipilih, siapalah saya untuk bercakap di depan mereka yang mempunyai ilmu yang tinggi.
Hip: Pernah bercita-cita untuk memasuki universiti?
Mawi: Tanyalah kepada semua, pasti jawapannya adalah iya. Tetapi, saya reda dengan ketentuan Tuhan. Tak ada rezeki saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi. Saya kena realistik, tidak semua yang dicita-cita akan menjadi kenyataan. Mungkin bukan rezeki saya untuk belajar di universiti, tetapi hari ini dapat juga saya menjejak kaki ke universiti.
Hip: Apa perasaan dapat berdiri, berkongsi pengalaman dengan penuntut di sini?
Mawi: Masa masuk dewan tadi saya terkejut, UPM tak ada pelajar lelaki ke? Semua yang datang adalah pelajar wanita dan kebanyakannya bertudung. Tetapi, pengalaman ini sangat bermakna kepada saya.
Hip: Mawi rasa layak untuk berbicara mengenai topik ini?
Mawi: Apalah yang ada pada Mawi? rasanya saya bukan orang yang layak untuk berkata-kata di sini. Pada mulanya, saya tertanya-tanya juga kenapa saya yang dipilih. Tetapi, saya sedia menerima tawaran ini kerana ia untuk kebaikan.
Hip: Mawi yakin pengaruh yang Mawi ada dapat membawa manfaat?
Mawi: Kerana itu saya selalu mengingatkan diri. Saya juga punya tanggungjawab kepada masyarakat. Saya cuba melakukan apa yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Saya tidak nampak kalau ada yang berkata populariti saya digunakan. Mawi ini popular ke?
Hip: Apa yang Mawi belajar daripada pengalaman itu?
Mawi: Jangan menghina mereka ini. Bukan kehendak mereka untuk menjadi penagih dadah. Apa yang Tuhan jadikan, memang sudah ditentukan. Saya begitu sedih kerana mereka, orang yang tidak bersalah seperti keluarga menjadi mangsa hinaan dan cercaan. Tiada ibu bapa yang mahu anak mereka begitu. Mereka juga tidak mahu dihina. Pinta saya, jangan dibenci atau dihina mereka. Tiada siapa tahu nasib masing-masing, mungkin di sisi Tuhan mereka lebih mulia daripada kita yang tidak menagih ini.
Hip: Sedia bekerjasama dengan agensi atau badan berkaitan untuk membanteras masalah ini?
Mawi: Kalau sesuai, masa mengizinkan saya bersedia. Mungkin saya tidak banyak ilmu, tetapi dengan pengalaman yang sedikit ini saya sedia berkongsi.
Hip: Mawi selesa diberi perhatian? Lihat saja hari ini, lebih 3,000 hadir kerana Mawi.
Mawi: Niat awal saya menyertai AF3 hanya untuk kembangkan bakat. Mulanya, saya tidak berminat langsung untuk menyertai uji bakat. Saya ini hanya pemuda kampung. Kalau saya tidak sabar, mungkin saya tidak akan menjadi Mawi yang anda lihat hari ini. Tidak sangka di AF3, ungkapan ‘World’ menjadi ikutan. Saya terkejut, terharu sangat kerana diterima ramai. Macam tidak percaya, ketika mengadakan persembahan di Brunei, baru-baru ini, ada nenek berusia 80 dan 75 tahun datang membawa hadiah. Saya terharu. Kerana itu, saya tidak mahu anggap mereka yang menaikkan saya sebagai peminat. Sebaliknya, mereka semua adalah sahabat.
Hip: Hidup sebagai anak seni banyak dugaan. Bagaimana Mawi melihat dugaan itu?
Mawi: Dugaan paling kuat ialah pujian. Saya cukup bimbang dengan pujian. Kerana itu saya selalu berkata, sekiranya saya jatuh tolong bangunkan, kalau saya mati tolong kebumikan. Saya berada di sini kerana sokongan semua orang. Kerana sahabat yang tidak pernah jemu melihat Mawi berjaya.
Hip: Sudah mampu mengatasi rasa tertekan?
Mawi: Mungkin ramai tidak tahu saya pernah dua hari menangis. Saya kenang, fikir semula apa yang saya lalui. Rupanya tidak mudah menjadi anak seni. Sekarang baru saya tahu. Mula dulu saya rasa cukup membebankan. Terlalu tinggi harapan yang diberikan, membuat saya takut dan menangis. Proses untuk menerima perubahan itu saja memakan masa. Lebih seminggu baru saya dapat menyesuaikan diri. Bidang seni kalau tak kuat, boleh jadi gila dibuatnya.
Hip: Apabila populariti Mawi turut dipolitikkan, bagaimana Mawi menerima situasi itu?
Mawi: Saya hanya penyanyi, menghibur yang mencari makan dengan cara ini. Saya menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan. Tiada niat lain!

1 comment:
Abahmuizz kena dengar Mawi berucap kat dewan UPM tu. Dia kelihatan lain daripada apa yang kita lihat semasa di AF3. Cara dia berucap, agak berbeza, yang membezakan dia dengan penyanyi-penyanyi lain di Malaysia ni. Boleh tgk clip video tu di http://www.malaysiaview.tv
Post a Comment