Friday, October 14, 2005

Cerita tentang banjir dan traffic jam...

Semalam ada majlis berbuka puasa anjuran syarikat tempat abah kerja. Ok juga makanannya. Sedap jugalah. Patut la Chef Ismail tu terkenal, sebab masakan dia memang sedap.

Abis berbuka, abah bertolak balik la kerumah. Sampai je kat Tol Sungai Buloh, abah dah saspen la sebab kereta bukan main banyak dan tak bergerak. Bila dah lepas tol, baru abah tahu, Sungai Buloh dah banjir. Takut juga abah nak drive bila tengok air melintas jalan dengan lajunya. Dalam semua pakat2 nak pergi dulu, sempat la abah tengok dua kereta 'bercium' depan mata abah. Driver tersilap agak ke atau tak sabar ke, tak tahulah abah.

Nak tak nak, abah terpaksa juga berentikan kereta kat tepi jalan. Sebab kereta kat depan memang tak bergerak langsung. Bila abah keluar dari kereta, nampak la banyak kereta dah kelemasan.

Kesian jugalah abah tengok ada mak ayah yang dukung anak-anak tengah hujan lebat tu. Abah tak tahu la kemana tujuan mereka, tapi abah harap anak-anak kecil itu tidak akan demam atau sakit nanti.

Hampir dua jam abah kat tepi jalan. Call ummi, ummi kata tunggu hujan berhenti baru jalan. Bila abah tengok air atas jalan depan tol dah surut sikit, abah decide untuk keluar semula ke Highway dan masuk semula kot Exit Rawang Selatan. Alhamdulillah, abah sampai juga kat rumah dalam masa 20 minit.

Duduk dalam kereta, sambil dengar siaran langsung terawih kat IKIM.fm, sedih je rasa hati. Ini baru sikit ujian Allah pada orang-orang Sungai Buloh, itupun dah rasa sesak. Tak tahulah macam mana dengan orang2 Aceh pada masa Tsunami dulu.

Sebagai bahan sejarah satu hari nanti utk abah, abah letak sikit petikan dari Berita Harian ttg banjir semalam.

Sementara itu, di Sungai Buloh beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kepong-Sungai Buloh terperangkap lebih tiga jam apabila laluan di kilometer 17.6 dilanda banjir kilat sedalam hampir satu meter petang semalam.

Arus deras menyebabkan laluan di kedua-dua hala ditutup sejak jam 6.45 petang hingga malam tadi, menyebabkan ramai warga kota, terutama umat Islam dalam perjalanan pulang berbuka puasa dalam kereta.

Banjir juga menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan ditenggelami air sehingga paras enjin dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Jurucakap polis Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai memaklumkan kejadian pada jam 6.50 petang sebelum menghantar bantuan.

1 comment:

Abah Mui'zz said...

PB, itulah. Baru sikit kena, kita dah rasa teruk. Hehehe, lumrah manusia PB. Alhamdulillah, abah dapat sampai rumah juga. Tertidur sampai tak bangun sahur.

Muizz sihat alhamdulillah.