Thursday, October 20, 2005

Cerita tentang blog...

Semalam abah menerima komen dari teman rapat abah berkenaan blog abah. Alhamdulillah, akhirnya ada juga orang yg sanggup memberi komen.

Katanya, abah perlu berhenti menulis tentang isu keruntuhan agama seperti pelacuran, dadah, gay dan sebagainya, kerana pada fikiran dia, tulisan-tulisan sebegitu akan buat orang naik jemu membacanya. Betul juga kata dia. Abah agaknya terlalu syok menulis banyak perkara yang ada dalam fikiran abah berkaitan isu-isu tersebut, hingga abah tak sedar akan implikasinya. InsyaAllah, abah akan hentikan penulisan tentang isu-isu sebegitu.

Yang kedua, dia menegur abah juga. Katanya abah bukan seperti apa yang abah cuba tulis dalam tulisan abah. Dia kenal abah, dan dia tahu abah bukan manusia baik yang patut menulis dan mengajak orang lain untuk berbuat baik. Betul juga kata dia. Mungkin abah terlalu seronok merepek dalam tulisan, hingga abah tidak bertanya diawal2nya, "Layakkah aku ni menulis benda-benda sebegini?". Alhamdulillah, terima kasih pada teman rapat yang juga pengkritik setia abah. Abah baru sedar yang abah sebenarnya tidak patut menulis2 benda yg seolah2 mengajak orang lain menuju kebaikan sedangkan diri abah sendiri masih banyak dosanya pada Allah.

InsyaAllah, dalam abah mencari keampunan Allah, dalam abah berusaha untuk jadi hamba Allah yang baik, abah rasa abah perlu berehat dulu dari merepek tentang benda-benda sebegitu. Abah perlu betuli diri sendiri dulu. Bukan apa, bila kita tak betul, dan kita menyuruh orang supaya jadi betul, abah bimbang abah secara tak sedar mencipta dosa baru untuk diri abah. Astaghfirullahaladzim. Dosa silam pun masih banyak yg tidak dimohon ampun dari Allah, inikan ditambah dosa baru.

Semalam abah baca Mastika keluaran terbaru, dan seperti biasa, banyak cerita2 menakutkan dipaparkan, berkaitan kumpulan JIT(Jangan Ikut Tuhan) dan isu gay. Abah tak mahu komen banyak, anda bacalah, dan anda nilaikan sendiri pendedahan oleh Mastika. Cuma pinta abah pada anda, jika ada antara kenalan anda itu pelacur, penagih atau gay, cubalah sebaiknya bimbing mereka kearah kebenaran. Abah cukup percaya, selagi dalam hati mereka ini masih tetap teguh pada syahadah Allah, akan tersimpan juga walau sedikit rasa berdosa dan ingin bertaubat kepada Allah. Cuma mungkin mereka tidak nampak jalannya, atau mungkin usaha itu terbantut, kerana insan-insan 'baik' diluar sana sekadar tahu mengeji mereka.

Abah juga terbaca tulisan Rozmal Malakan berkaitan kisah Pelacur insaf yg tidak diterima masyarakat. Abah tidak kisah kalau masyarakat membenci pelacur ini, sebab masyarakat ada hak. Tapi bila pelacur itu sudah bertaubat dan insaf, dan kita masih menolak mereka, jangan disalahkan sesiapa sekiranya Gerakan Kristian berjaya menghampiri mereka dan membawa mereka jauh dari kita, jauh dari agama yang pernah mereka anuti. Kita mungkin secara tak sedar mengeji dan menghina manusia yang Allah sendiri telah menerima taubatnya.

Abah tutup la isu berkenaan. Nanti anda bosan pula baca repekan abah.

Abah juga terima berita sedih, canselor tempat kerja abah, merangkap Isteri Perdana Menteri telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi, lebih kurang pukul 7.45pagi. Berita ini abah dapat dari rakan abah di JPM Putrajaya. Kita sedekahkan al fatihah pada beliau, dan berdoalah moga roh beliau ditempatkan dikalangan roh-roh orang yg beriman. Kita pun cuma mungkin menunggu ajal datang menjemput, yang entah bila.

Tuhanku, aku tak layak masuk syurgaMu. Namun tak upaya menghadapi api nerakaMu. Terima taubatku, dan ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu.

5 comments:

zamdee said...

erm.. mungkin boleh diselang selikan nasihat & sedikit hiburan semasa menulis kot..

bosan?? kebosanan muncul apabila terjadi benda yg berulang, contoh dah baca kat paper dan baca lagi kat dlm blog, mungkin begitu maksud kawan tuh..

mmg begini sepatut nyer sifat manusia, menegur dan sedia ditegur..

Abah Mui'zz said...

Itulah Dee, abah ni tak pandai nak menulis sebenarnya. Apatah lagi nak tulis benda yang menghiburkan dan kata-kata nasihat. Haha. Agaknya lagi 2 minggu, jadi pondok sepi tak berpenghuni la blog kesayangan abah ni.

Abah Mui'zz said...

PB, terima kasih atas sokongan PB. Hehe, lama betul tak dengar khabar PB, abah harap semuanya sihat walafiat.

Laptop tu dah ok ke?

Anonymous said...

embun tak kenal abah so embun tak kisah. tp embun suka baca komen abah ttg isu2 yg abah timbulkan. alah, kalau bosan, tak payah bacalah kan. buka saja blog/web lain yg banyak terdapat di lautan internet nie. :)

Anonymous said...

kisah2 tu boleh beri peringatan... macam saya pun selalu jugak terlepas pandang berita2 macam tu.

kita sememangnya perlu byk beringat, saling mengingatkan dan menerima ingatan sekarang ni...