Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi usia abah pada Ramadhan kali ini. Tahun ni abah rasa seronok dengan bulan ramadhan, entah kenapa, tiba2 rasa hati seronok. Moga rasa macam ini akan kekal hingga ke penghujungnya dan untuk ramadhan-ramadhan yang akan datang insyaAllah. Oh sebelum lupa, abah nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan pada semua pembaca blog abah yang juga merangkap kawan-kawan baik abah.
Abah nak berkongsi sikit ngan anda semua apa yang abah tengok dan dengar kat tv pagi tadi. Seperi biasa la, kalau muncul Ustazah Nur Bahyah kat tv tu, abah selalu akan cuba juga untuk duduk kat sofa tu dan tengok, ustazah favourite la katakan.
Ustazah Bahyah cerita tentang puasa dan anak-anak hari ni. Abah pun sebab kehulu dan kehilir dalam rumah tu tadi, so, tak dengar betul2 apa yg ustazah kata, cuma ada beberapa perkara yang abah dapat tangkap.
1. Ibu bapa kena didik anak-anak berpuasa sejak dari kecil. Bagitahu anak-anak kenapa perlu puasa, apa akan jadi kalau tidak puasa, kelebihan-kelebihan puasa. Kita kadang fikir, anak itu kecil lagi, tapi hakikatnya, anak yang kecil itu akan mampu memahami seandainya kita beritahu mereka dengan betul. Jangan sesekali menunggu anak dah besar baru kita nak bagitahu anak apa yang mereka perlu buat sebagai seorang Muslim.
2. Bila ajar anak-anak berpuasa, jangan ibubapa sendiri tidak puasa. Even kalau mak tidak berpuasa kerana 'cuti', makan la dibelakang anak-anak. Jangan biarkan anak-anak keliru tentang puasa.
3. Kejut anak bersahur sekali. Walaupun kita kasihan tengok anak tidur, tapi kejutlah. Ajaklah mereka bersahur bersama. Itu salah satu dari nikmat berpuasa. Anak pun akan nampak kelainan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Mereka akan seronok InsyaAllah. Tapi kejutlah anak dengan baik, jangan kejut anak macam nak kejut beruang tengah tidur.
4. Beri ganjaran pada anak sekiranya mereka berjaya puasa. Tak salah. Bukan nak mengajar mereka tentang ganjaran, tapi sedikit sebanyak, kita tunjuk pada mereka yang bila mereka buat yang baik, insyaAllah ganjarannya akan baik. Ini mampu membakar semangat mereka untuk yg lebih baik. Dan untuk suami seperti abah, bukan anak-anak saja yang perlu diberi ganjaran, mak anak pun nak juga ganjaran. Fikirlah apa ganjaran yang sesuai, asalkan isteri kita akan suka dengan ganjaran itu.
Itulah sikit sebanyak yang abah dapat tangkap dari ceramah ustazah pagi tadi.
P/S: Teringat tazkirah ustaz nizam disurau semalam, katanya, salah satu kelebihan bulan ramadhan, ialah memberi kita lebih ketenangan. Dengan cara apa? Salah satunya, dengan berkunjung ke rumah Allah. InsyaAllah, kalau kita dirumah Allah, kita akan rasa tenang. Kita akan terlupa seketika hal keluarga, hal pejabat bila kita beribadat dirumah Allah. Tapi jangan la sampai terlebih tenang, sampai terlentuk-lentuk masa dengar tazkirah. :-) Tergelak jugalah abah sekejap. Yalah, dalam bertazkirah sempat juga ustaz melawak.

1 comment:
ustaz kat opis anim juga pesan, kalau anak kecil (bawah 12 tahun) minta nak buka puasa tgh hari jgn larang. kanak2 tak wajib puasa tapi di galakkan puasa. takut sebenarnya mmg dia tak mampu nak teruskan puasa (sakit perut, penat dll). had mereka jgn di lupakan.. wallahu'alam..
Post a Comment