Semalam abah dan famili berbuka puasa kat luar. Company tempat Ummi kerja ada anjurkan Majlis Berbuka Puasa untuk kakitangan. Abah pun ikut sekali la dah ummi kata boleh bawak family. Makan kat Holiday Inn Glenmarie(dulu Pan Pacific). Makanannya, boleh la. So so saja pada abah. Berbeza dengan Pan Pac dulu. Masa Pan Pac, makanannya boleh tahan sedap juga.
Sambil2 drive ke tempat tu semalam, sempat juga la bersembang dengan Ummi tentang rasuah. Hehe, ada ke rasuah jadi topik perbualan kami. Bukan apa, Ummi kata, setakat dia bekerja, banyak sangat benda2 rasuah yang Ummi dapat tahu, terutamanya yang melibatkan kakitangan kerajaan. Ini disahkan lagi oleh rakan sepejabat abah yang katanya, ramai pegawai kerajaan yang senantiasa meminya-minta sesuatu daripada bapanya, semata-mata kerana bapa pada rakan pelajabat abah ni ada kontrak dengan jabatan kerajaan tersebut.
Kadang2 diminta belikan Handphone baru, Laptop baru, pasang Streamyx kat rumah, baiki kereta yang rosak. Hamper tak perlu cakap la, dah jadi satu kemestian. Kesian juga abah dengar cerita-cerita macam ini. Sebabnya abah rasa, yang menerima rasuah itu, kebanyakannya adalah seagama dengan abah.
Anak-anak seronok tengok ayahnya dapat hamper besar, ada macam-macam makanan. Dan anak-anak tak berdosa tadi makan la apa saja makanan yg ada dalam hamper. Yang ayah ni pulak, seronok tengok anak-anak makan. Agaknya tak terpikir pun yang anak-anak makan itu benda haram. Masuk dalam perut anak, jadi darah daging dia. Anak jadi nakal, jadi tak betul lepas itu, nak disalahkan siapa? Ayah yang menyara makan anak2 dengan cara itu.
Rakan abah yang bukan Islam tadi tu tanya juga, kenapa orang-orang itu macam itu. Tak baik katanya. Abah cakap satu sajalah. Abah kata, orang-orang yang terima rasuah ini sebenarnya orang-orang yang fikir dia akan hidup selama-lamanya. Dia tidak akan mati, dan dia tidak akan ditanya tentang apa yang dia buat oleh Tuhannya.
Entahlah, abah pun tak tahu apa nak jadi lepas ini. Rasuah agaknya dah jadi satu benda yang biasa pada sesetengah orang. Bukan calang-calang orang pulak tu. Belajar tinggi, siap ada yg ada PhD. Ada yang kadang tu, dah ke Mekah dua tiga kali. Tapi buat juga. Betul la apa yg abah dengar masa tazkirah hari tu, ini semua manusia yang jahil agama. Abah doakan orang2 sebegini akan sempat bertaubat. Dan abah juga doakan semoga kita semua yang tak terlibat ini agar dijauhkan Allah dari perkara-perkara macam itu. Allah dah kata HARAM, HARAM la jawabnya. Tak perlu la kita nak justifykan lagi itu halal atau tidak, sebab setengah orang kata, anggap la itu satu hadiah. Sekadar nak menyedapkan hati supaya itu bukan rasuah. Tapi hakikatnya, anda sendiri yang nilaikan.
Pada anggota polis yang kebetulan 2 minggu lepas meminta duit dari seorang rakan abah untuk mengelakkan disaman, abah harap dia akan diberi hidayah oleh Allah. Walaupun rasuahnya cuma RM20, azab Allah takkan sepadan dengan nikmat RM20 itu.
Selamat Berpuasa pada semua rakan abah yang membaca repekan abah ini...
P/S: Abah nak berkongsi satu website yg menarik dan bagus pada abah, kalau rajin, lawatlah http://www.bangsamusnah.com/1.swf

No comments:
Post a Comment