Semalam abah terbaca dalam BH satu artikel menarik tentang Kisah Masyarakat. Kalau anda rajin, bacalah, dan cuba buat sedikit kajian atas kisah benar yg anda baca ini.
Kisah Masyarakat: Sendiri, sedih pada Ramadan
Oleh Halina Mohd Noor
RAMADAN ini sesungguhnya menimbulkan pelbagai perasaan. Ada insan yang gembira, ada juga yang duka dengan kedatangan bulan mulia ini. Duka kerana mengenang dosa lalu. Sayu juga kerana terpaksa bersendirian mengharungi Ramadan Al Mubarak. Kesepian begitu mencengkam di saat bersahur dan tatkala melihat sebuah keluarga berkumpul ketika berbuka.
Sendirian!...inilah yang dirasai oleh Badrul (bukan nama sebenar) ketika ini. Hidupnya kini umpama sampan kecil yang teroleng-oleng di tengah lautan sepi. Bila-bila masa boleh ditelan ombak ganas dalam sekelip mata. Badrul bukannya tidak mempunyai sanak saudara mahupun keluarga. Malah merata saudara maranya di sekitar Kuala Lumpur ini. Sebutlah di mana saja. Bermula dari Kampung Baru sehingga ke sekitar Gombak dan sempadan Negeri Sembilan, ada saja sanak saudaranya. Badrul saja yang sengaja melarikan diri daripada mereka. Kalau boleh Badrul tidak mahu bertembung muka langsung dengan mereka terutama emak, abah dan adik-adiknya yang lain. Bukan kerana benci atau dendam. Malah Badrul mengakui betapa dia amat merindui wajah mereka terutama emak yang sudah hampir sedekad tidak ditatapnya.
“Entah apalah khabar emak,” ujar Badrul yang ditemui di warung nasi lemak terkenal di Kampung Baru ketika berbuka puasa minggu lalu. Matanya terkelip-kelip menahan air jernih yang mula bergenang di bibir mata. Ego lelaki Badrul cair juga sebaik saja menyebut nama wanita yang melahirkannya. Wajah Badrul yang putih melepak kelihatan kemerahan kerana menahan sebak. Cepat-cepat dia menekup wajahnya dengan dua telapak tangan berpura seperti mengelap peluh. Lelaki bertubuh kurus itu kemudian menongkat dagu. Matanya memandang polos ke depan. Sepinggan nasi lemak di depannya masih belum terusik.
“Semuanya salah saya sendiri. Saya begitu malu pada emak dan abah, pada adik-adik yang lain dek perbuatan saya selama ini. Sebagai anak sulung, saya gagal menjadi contoh adik-adik. Perbuatan lepas laku menghancurkan harapan tinggi yang diletakkan oleh emak dan abah selama ini. Anak apa saya ini?” ujar Badrul lemah.
Berwajah tampan, mungkin ramai tidak menyangka Badrul bekas banduan. Penjara Kajang sudah beberapa kali dihuninya. Pelbagai kesalahan jenayah dilakukan Badrul. Sebutlah apa saja. Mencuri, merompak, meragut malah Badrul pernah terbabit dengan penagihan dadah. Entah mengapa semua itu seolah-olah menjadi keseronokan baginya. Perkataan ‘takut’ tidak ada dalam kamus hidupnya. Cuma Badrul belum lagi tergamak membunuh atau merogol.
“Sejak kecil, hidup saya penuh sengsara. Kami sekeluarga hidup susah sebab abah selalu sakit-sakit. Kecil-kecil lagi saya sudah membantu menambah pendapatan keluarga dengan berjalan kaki menjaja nasi lemak dari rumah ke rumah. Biarpun terpaksa meredah panas dan hujan, saya tetap seronok terutama bila semua jualan habis.
Begitupun, saya tetap ke sekolah. Entah mengapa walaupun tidak pernah membaca buku, otak saya memang cergas. Saya sentiasa dapat nombor satu dalam kelas. Emak dan abah sentiasa tersenyum riang tatkala menatap ‘report card’ saya yang cemerlang,” katanya.
Namun, kemiskinan menjadikan hidup Badrul lebih ‘kasar’. Dia kerap bergaduh dengan teman sekolah yang sering mengejeknya kerana miskin. Bila pulang ke rumah, dia dibelasah teruk oleh abahnya kerana bergaduh. Kerana benci dan dendam pada abah dan rakan sekolahnya, Badrul sering ‘melencong’ daripada sekolah. Keluar rumah dengan seragam tetapi destinasinya bukan sekolah tetapi melepak di pusat membeli belah.
“Perangai saya menjadi semakin teruk. Selain ponteng sekolah, saya mula bergaul dengan budak-budak jahat. Batang tubuh saya sudah lali dengan pukul bantai abah. Pukullah dengan apapun, saya tetap berdiri tegap tanpa setitik air matapun keluar. Hati saya jadi keras kerana dipenuhi benci dan dendam. Benci pada abah dan kawan-kawan di sekolah. Saya semakin ganas dan tidak takut dengan sesiapapun. Mula-mula pecah rumah orang, tertangkap dan dipukul separuh mati. Saya disumbat ke Henry Gurney tetapi tidak sampai beberapa hari, saya lari balik,” katanya.
Biarpun berjanji pada ibu bapanya untuk berubah sikap, Badrul ternyata tidak serik. Paling menyedihkan, Badrul sudah tidak mahu ke sekolah malah SRP (kini PMR) pun dia tidak mahu ambil. Badrul semakin lepas bebas dan jarang pulang ke rumah.
“Kali terakhir saya keluar penjara pada dua bulan lepas. Setiap kali dibebaskan, saya tidak pernah pulang ke rumah lagi. Saya sedar jalan hidup yang saya lalui ini adalah pilihan saya sendiri. Bukan salah abah atau orang lain. Setiap kali dibebaskan juga, saya berusaha menjadi insan tetapi entah mengapa setiap kali juga saya terhumban ke penjara. Saya jadi takut pula tinggal di luar ini berbanding di sebalik tembok berjeriji itu kerana ‘kejahatan’ seolah-olah sentiasa menunggu saya.
Kerana itu, saya cukup malu berdepan dengan keluarga. Sampai bila-bila rasanya saya tidak akan menemui mereka selagi hidup saya masih tidak berubah. Mereka juga mungkin sudah melupakan saya. Biarlah... kerana saya tidak mahu ‘mencalit’ dosa ini ke wajah mereka,” katanya penuh kesal.
Pada abah, Badrul seorang manusia yang baik di'dalam'nya. Dia mengaku dia berdosa, dan dia mengaku dia banyak memalukan keluarga. Abah tahu jauh disudut hati dia, dia ingin sangat balik ke pangkuan keluarga, tapi memikirkan keluarga mungkin tidak menerima dia, dia tak balik. Dia sanggup hidup bersendirian walaupun itu banyak menyeksa jiwanya.
Badrul juga antara manusia yang tidak bernasib baik. Andaikata ayahnya tidak memukul Badrul, abah rasa Badrul mesti adalah seorang manusia yang berbeza berbanding dirinya sekarang. Lihatlah betapa kukuh ingatan terhadap kisah ayahnya yang selalu memukulnya. Berulang-ulang kali disebut tentang itu.
Itulah yang abah dok merepek dua tiga hari lepas. Anak itu sesungguhnya sangat suci lahirnya. Kita sebagai ibubapa yang banyak mengotorkan kesucian itu. Kita pukul mereka, kita marah mereka, kita jatuhkan self confidence mereka unnecessarily. Only if kita tak buat benda-benda itu, abah rasa lebih dari separuh yang menghuni penjara itu tidak akan berada disitu.
Apa komen anda?

4 comments:
bercakap tentang hukuman (eg rotan) kat anak2, bagi pandangan peribadi saya tak ada salahnya asalkan tujuannya memang untuk mengajar memberi ingatan, bukan sehingga mencederakan atau sampai tahap mendera.
kami adik beradik semua pernah kena macam2 hukuman tapi mak ayah always made it clear kenapa dorang buat macam tu, dan lepas dah mintak maaf semua, dorang akan pujuk dan peluk kami... perasaan dendam memang tak ada langsung.
bagi saya, yg mereka perlukan hanya orang yang cuba faham dulu kenapa mereka jadi begitu, bukannya yg terus menghukum tanpa usul periksa...
Itu yang abah cuba kata, mak ayah pukul anak unnecessarily. Kalau nak mendidik, memang tak salah, malah Nabi s.a.w sendiri pun membenarkan memukul anak dengan tujuan mengajar.
Abah sendiri pun pernah pukul Muizz unnecessarily, semata2 kerana abah marah. Tapi bila tengok dia tidur malam itu, abah rasa sangat berdosa dan sgt sayu.
bab pukul anak, embun setuju dengan abah. embun ada pengalaman - pernah dipukul masa kecil, suami pun begitu. suami embun pun 'graduate' Henry Gurney tp atas kesalahan org lain. cuma Alhamdulillah, jiwanya kuat. dan dia jug spt badrul, pukullah sekuat manapun, tiada lagi air mata utk dititiskan. jiwanya keras bak batu. tiada apa dapat melembutkan. puncanya satu, mangsa pukul waktu kecil. bukan pukul mengajar tp....
w/pun suami tak pernah membangkitkan kisah dia dipukul arwah ayahnya waktu kecik2 dulu, tp dari cerita adik dan ibunya, embun tahu jiwanya terluka atas perbuatan arwah.
Abah simpati atas apa yg berlaku pada suami Embun, tapi abah percaya, dia akan pastikan anak-anaknya nanti tidak akan melalui pengalaman yg sama. Sangat besar harganya nilai sebuah kepercayaan dan kasih sayang anak-anak pada ibu bapanya.
Post a Comment