Monday, October 10, 2005

Cerita tentang Ramadhan dan kita...

Malam Ahad hari tu, ada tazkirah menarik dari seorang Ustaz dari Perlis. Abah tak dengar pulak nama ustaz tersebut masa dia dijemput oleh pengerusi surau. Dan abah nak cerita sikit tentang intipati tazkirah tersebut.

Kisahnya berligar tentang betapa Ramadhan ini bulan yang penuh dengan keistimewaan. Dan yang ustaz sentuh, ialah betapa hanya di bulan Ramadhan, masjid dan surau2 penuh dengan jemaah hampir setiap malam, bulan selain Ramadhan - sambutan tidak sehebat Ramadhan, di bulan ini juga, mereka yang tidak bertudung, mengenakan tudung sebagai menghormati Ramadhan, org yang solatnya jarang sesekali, tapi dibulan ini, dipenuhkan juga 5 kali sehari, alasannya, tak sah puasa kalau tak solat. Di bulan ini jugalah, kita boleh sabar diatas jalanraya, yang selalunya kita tak sabar waktu bukan bulan puasa. Dan banyak lagilah contohnya.

Alhamdulillah, apa yg berlaku, adalah benda-benda yang positif. Tetapi sayang, bila Ramadhan habis, kita akan kembali pada asal kita sebelum Ramadhan. Al-Quran yg dibaca saban hari sepanjang Ramadhan, kita letakkan diam disatu tempat, tudung yang begitu sopan kita pakai, dah kita gantung diam-diam didalam almari. Solat yg cukup 5 kali sehari itu, kita dah jarang-jarangkan, marah dan makian atas jalanraya kembali menjadi habit kita.

Sayang sungguh kalau berlaku demikian, kerana nampak gayanya, Ramadhan ini sama saja seperti Ramadhan2 lain. Ramadhan yang cuma mampu mengubah kita selama sebulan. Abah pun mungkin salah seorang dari orang2 ini, tapi abah berdoa moga Allah sentiasa berikan hidayah pada abah, moga abah boleh jadi abah seperti dibulan Ramadhan.

Kisah kedua yg ustaz sebut, ialah tentang kita umat Islam malaysia. Betapa kita kata kita sayang pada agama Islam, tapi ada banyak benda yang kita tak boleh buat sebagai tanda sayangnya kita pada agama Allah yang suci ini. Ambil satu kes, dibarat, ramai orang bukan Islam diIslamkan, tapi dinegara kita, sebaliknya. Ramai orang Islam, ditidakIslamkan. Tapi apa kita buat, NIL. Ustaz itu kata, kalau rajin, pergilah ke Pejabat Agama Negeri, tanyakan pada pegawai, berapa banyak kes Islam murtad yang terjadi.

Dan bila disebut kisah itu, terngiang-ngiang kembali ditelinga abah, rintihan dan rayuan Pakcik Bukhari, bapa kepada NurAisyah, yang pernah menggemparkan kita satu ketika dulu. Sedih sungguh hati abah masa itu. Masakan tidak, sibapa yang sudah tua itu menangis, menangis kerana sedih atas apa yang berlaku, dan dalam masa yang sama, memohon bantuan sahabat seagama yang lain supaya membantu. Membantu menyelamatkan akidah seorang anak yang disayang. Abah cuma mampu berdoa utk beliau pada masa itu. Tapi abah sangat kagum dgn manusia ini, dia telah mencuba segala daya yang ada untuk menyelamatkan akidah Islam anak yang dididik sebaiknya itu. Tapi kuasa Allah itu lebih besar, beliau diuji dengan ujian yg sangat berat. Kita semua umat Islam dinegara ini pun sebenarnya diuji dengan kes itu. Tapi kita sekadar mampu mendengar dan bersimpati.

Kisah kedua, cerita tentang seorang remaja 13 tahun ditangkap kerana meliwat 6 rakannya. Kenapa dia meliwat rakan-rakannya? Kerana terangsang selepas menonton VCD lucah yang dicuri dari simpanan bapanya, seorang lelaki yang dikenali kerana kopiah tidak pernah tanggal dari kepalanya. Apa yg ada dalam fikiran anda bila tahu kisah benar ini? Terkejut? Mungkin. Sedih? Alhamdulillah. Marah? Alhamdulillah, tapi marah pada siapa. Si anak salah, siayahnya lagi besar kesalahannya. Ini semua berlaku dalam masyarakat kita. Tapi ceritanya sekadar gempar untuk sehari dua saja, selepas itu kita lupa. Kenapa boleh berlaku? Sebab 'Jahil Agama'.

Semalam juga abah terbaca diakhbar MM, diruangan dalam Pancaindera, kisah tentang seorang PRO lelaki yang membelikan kereta untuk seorang artis lelaki. Wartawan itu tulis, kalau artis perempuan ditaja oleh lelaki kaya, itu tidak pelik(abah ulang, wartawan itu kata, "Itu tidak pelik"). Tetapi dalam kes lelaki taja lelaki ini, wartawan itu kata "Ini pelik". Apa yang peliknya? Kita saja yang tidak terfikir sampai tahap itu, sedangkan disekitar KL ini sendiri, benda2 seperti itu sudah menjadi trend. Pernah tengok lelaki makan bersuap dengan lelaki lain direstoran? Pernah dengar cerita dari driver teksi yang lelaki bercium mulut sesama lelaki dalam teksi? Pernah dengar isteri balik rumah utk berehat kerana MC terserempak suami sedang bersetubuh dengan lelaki lain diatas katil dalam bilik tidur mereka?

Abah bukan menentang sepenuh hati mereka ini. Abah cuma menentang perbuatan mereka. Mereka mungkin diuji Allah dengan keadaan macam itu. Tetapi ada juga yang sengaja menguji diri dengan perkara-perkara itu. Allah jadikan mereka lelaki normal, mereka jalinkan juga hubungan dengan lelaki. Jika lelaki yg dikurniakan Allah naluri keperempuanan itu, abah terima yang mereka diuji Allah. Sebab itu abah kata abah tidak menentang mereka. Mereka ini orang-orang yang perlu dibantu, dididik, dibimbing. Kerana apa? kerana mereka sebahagian kita. Mereka sebangsa kita, dan yg utamanya, mereka seagama dengan kita.

Abah nak anda celik mata sedikit dgn apa yg berlaku sekarang ini diMalaysia ini. Sekarang bukan zaman segalanya berjalan dengan baik seperti yang kita harapkan. Didepan mata kita, mungkin segalanya nampak OK, tapi sesekali, jengahlah juga apa yang berlaku dibelakang pandangan kita. Sebab jika anda toleh sesekali kebelakang pandangan normal anda, anda akan rasa isu Hattan nyanyi lagu negaraku itu, isu mawi menyanyi dikelantan itu, cuma isu yg sebesar kuman sahaja.

Setaka inilah saja utk hari ni repekan abah. hehehe, apalah abah ni, bulan puasa pun suka merepek.

P/S: Al-fatihah pada Allahyarham Ismail Din, pelakon yg pernah buat abah tersentuh dengan Pondok Buruknya.

Al-fatihah juga pada 30,000 sahabat-sahabat seagama, mangsa gempa bumi di Pakistan. Semoga mereka yang terselamat redha dengan ujian Allah ini, dan semoga kita di Malaysia ini, dapat mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Moga mereka semua ini ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

betul tu abah, org kita ini memang cepat panas dan cepat surutnya. Inilah sebabnya byk kes2 besar yg tertanguh dan byk kes kecik yg diperbesarkan.

Negara makin maju, pemikiran masih sama.

Happy Belated Birthday AbahMuizz

Abah Mui'zz said...

Terima kasih Am for the wish. Semalam masa terawih pun dah tinggal 1/4 dari yang biasa. Haha, abah pun kadang dtg juga rasa hati cam malas je nak pegi. Hehehe, tapi kena lawan nafsu macam itu.

Abah menunggu juga Am, bila la kita akan berfikir seperti sepatutnya kita berfikir.