Friday, October 21, 2005

Cerita tentang bersama dan berpisah...

Pagi tadi masa abah bersahur, sambil makan tu, tiba-tiba teringat pada salah seorang saudara terdekat abah. Abah dapat berita beberapa hari lalu, yang mereka suami isteri dah berpisah. Abah pun tak tahu kenapa, sebab masa last abah ke rumah mereka, semuanya nampak ok, tup tup, dengar berita sedih macam ini.

Mungkin itu jalan terbaik buat mereka berdua, tapi abah rasa kasihan bila teringatkan anak-anak seramai 6 org itu. Mereka mungkin tertanya-tanya, apa la salah mereka hingga mak dan ayah berpisah. Mak pun sayang, ayah pun sayang, tapi bila dah berpisah macam itu, hidup tentu jadi tak ceria. Pada saat terasa perlukan belaian mak, insyaAllah mak ada, tapi bila terasa nak dipeluk ayah, ayah tak ada.

Alhamdulillah, abah tidak membesar dalam keadaan macam itu, tapi abah rasa abah boleh faham apa rasa hati anak-anak yg membesar dalam keadaan ayah dan ibu berpisah. Kena pulak tak lama lagi nak menyambut Hari Raya. Selalu pagi raya semua berkumpul mintak ampun dan maaf dari mak dan ayah, tapi tahun ini, hanya mak yang ada. Ayah entah dimana la pagi raya tu. Pakai baju melayu barukah ayah? Ada orang hidangkan ketupat dan nasi minyak ke kat ayah dipagi raya? Gembirakah ayah masa bertakbir dimasjid?

Mak pun. Gembirakah mak dipagi raya nanti? Akan dibawakah kami menziarah saudara mara seperti yang ayah selalu buat saban tahun? Selerakah mak menikmati juadah raya tanpa ayah?

Abah tak tahu. Kalau abah ditempat anak2 itu, itulah soalan2 yg akan bermain difikiran abah dipagi raya nanti.

Rasanya dipagi raya nanti, kalau diminta memilih antara duit raya RM100 dan kehadiran ayah dirumah, abah cukup yakin, anak-anak itu akan memilih ayah untuk beraya bersama-sama mereka.

InsyaAllah, kalau abah dipanjangkan usia oleh Allah, akan abah ziarah mereka itu, akan abah ceriakan mereka walau sedikit.

Lupa pulak nak cakap, Ummi semalam masakkan abah sotong rebus ala Kelantan, kegemaran abah. Simple saja masakannya, tapi sedap. Sungguh Ummi, sedap. Abah yang selalu tak gemar makan nasi masa sahur pun, makan nasi pagi tadi, semata2 sebab sotong rebus Ummi.

Ummi, terima kasih kerana hadir dalam hidup abah. Moga rumahtangga kita akan sentiasa dirahmati Allah. Abah sedih sebenarnya petang semalam bila Ummi tanya abah, masa kita sama-sama menonton siaran pengkebumian Allahyarhamah Datin Seri Endon, "Abah nanti kalau Ummi meninggal, abah akan turun kedalam liang lahat untuk kembumikan Ummi, atau abah sekadar berdiri dan tengok orang lain buat?". Dan jawapan abah semalam memang jawapan yg lahir sesungguhnya dari hati abah yg sangat kasihkan Ummi. Ummi tolong jangan tanya lagi soalan2 macam itu kat abah.

2 comments:

Anonymous said...

serasa banyak pula peristiwa2 yang menyentuh perasaan bulan Ramadhan ni...

didoakan ketenangan dan rahmat bagi mereka yang telah pergi itu, dan kita yang masih di sini... semoga mengambil iktibar.

dith said...

Memang sedih kerana yg menderita adalah anak2 yg tak tahu hujung pangkal masalah org tua mereka. Semoga Allah swt mengekalkan rumahtangga kita semua insyallah.