Monday, October 24, 2005

Cerita tentang lakonan...

Abah tak tahu apa kena dgn trafik pagi ni, abah ambil masa 45 minit untuk drive dari Tol Duta ke pejabat abah, yg selalunya cuma ambil masa 10 minit. Intro pagi ni tak begitu menggembirakan, harap2nya, endingnya petang nanti menggembirakan abah sikit.

Malam semalam abah sempat tonton drama Quran Buruk di Astro. Dah lama abah nak tengok sebenarnya, tapi selalu miss. Abah tak tahu nak komen apa, tapi itulah realiti masyarakat kita abah rasa. Sangat sedih melihat apa yang berlaku. Kita seolah2 sudah tidak takut lagi untuk melakukan dosa. Isteri berhubungan sulit dgn suami orang, anak jantan mengandungkan anak dara orang, anak betina sendiri dimengandungkan jantan lain. Maaf la abah guna kata2 kasar macam ini. Sebab pada abah lelaki dan jantan, perempuan dan betina sangat jauh beza maknanya.

Abah tidak tersentuh sgt menonton cerita tu semalam, berbeza dengan Pondok Buruk, yang pernah buat abah bergenang air mata, masa lihat Rosyam peluk kaki Fauziah Nawi mohon ampun dimalam raya. Haha, maaf la. Abah memang sensitif kalau cerita2 yg melibatkan anak-anak dan mak ayah.

Bercerita tentang pelakon dan lakonan ni, abah salute juga dengan sesetengah pelakon yg pada abah, lakonan mereka sangat berkesan. Tapi Ummi komen juga semalam watak yg Wan Maimunah bawa. Kata Ummi, muka dah menunjukkan sikap tidak baiknya, tak perlu nak ditambah dengan adegan berkemban sepanjang masa.

Dan semalam juga ummi cerita tentang satu talk show berunsur agama, dimana karyawan dan pelakon dijemput. Salah seorang pelakon yg sudah jadi muallaf(alhamdulillah) memberitahu, dia terpaksa berhenti berlakon semata2 kerana berlakon membuatkan dia tidak boleh menepati waktu solat. Dan bila soalan diajukan pada Azean Irdawaty, kata Azean, awal2 dulu solat la. Tapi bila dah lama, director dan krew2 lain pandang semacam je, tak solat on time la, terpaksa la qadha solat. Azean beri satu jawapan yang ikhlas pada abah, tapi agak mengecewakan. Itulah realitinya pelakon2 dan penyanyi2 yang kita dok minat sangat itu.

Bila berlakon, terpaksa qadha solat, semata2 tak nak kecilkan hati jurumekap yang terpaksa touch-up makeup sebab makeup hilang bila berwudhuk. Samalah dengan penyanyi yang agaknya qadha solat juga atau mungkin tak solat langsung, semata2 sebab rambut dah set cantik2 untuk show malam itu.

Abah doakan moga Allah bukakan pintu hari manusia2 ini untuk bertaubat. Sesunggunya pintu taubat itu sentiasa luas terbuka untuk mereka yg ingin memohon keampunan Allah. Ingatan itu untuk diri abah juga.

Hari Sabtu tu abah happy sikit, Ummi ajak abah pergi Sogo untuk beli baju raya abah. And guess what, abah beli baju macam nak raya sebulan. Ummi pilihkan abah 5 helai baju-t, dan 3 helai jeans. Sekali fikir macam membazir la pulak, tapi sebab abah cuma beli baju sekali dalam setahun, ok je la kot.

Semalam abah pergi baiki kereta. Rabaklah juga 600 sebab tukar absorber, bateri, brake pad. Ini semua gara2 nak berjalan jauh untuk balik kampung nanti. Tak apalah, duit boleh cari, keselamatan abah sekeluarga lebih abah utamakan.

3 comments:

dith said...

Sedih jugak ya bila Azean kata dia terpaksa Qadha solat. Daya ke? Dari blog AJ, dia menulis bahwa disebabkan suara wanita adalah aurat, maka adalah haram wanita menyanyi, dan apa lagi berlakon. Maka dgn itu, PPZ haram mengambil duit zakat dari mereka. Sedih lagi.

Semalam dan hari ini saya pirau satu Kuantan cari kedai nak tukar tayar kereta (dah botak) tapi semua tutup (hari ini Pahang cuti). Tayar kereta baru tukar masuk setahun dah botak. Parah betul. Agaknya Bridgestone koot. Lepas ni kena tukar balik Michelin (180rm satu). Lebih sedih!

Abah Mui'zz said...

Seronok la orang Pahang, bercuti dari Jumaat ke Isnin. Patut la kawan saya kata dia bercuti sakan di Pekan.

Biasa la dr, pakai kereta ni, kalau tak kena perabiskan duit, tak sah. Saya ni nasib baik la ada mekanik yg boleh bertolak ansur bab harga, boleh la tahan sikit. Kalau tak, mau botak kepala hujung bulan.

~comei~ said...

bestnyer shopping baju raya.