Semalam abah merepek tentang cerita orang dibarat ramai yang memilih Islam, tapi dinegara tercinta kita ini, orang Islam memilih untuk keluar Islam. Kebetulan, hari ni ada berita tentang itu diBerita Harian. Abah sertakan berita tersebut disini.
9/11 punca peluk Islam
THE HAGUE: Hasil pembacaan mengenai Islam yang hebat diperkatakan berikutan serangan 11 September mendorong seorang wanita Belanda memeluk agama suci itu dan mengumumkan keputusannya itu secara langsung melalui radio.
Meranda Houtenbos meminta juruhebah radio Nio yang berorientasikan Islam mengumumkan secara terbuka keputusannya itu dengan bermulanya Ramadan di Belanda.
Wanita berusia 26 tahun itu dijemput ke program berkenaan untuk menyatakan pendapat mengenai Islam dan umatnya sebagai reaksi kepada laporan negatif media dan kempen kumpulan berhaluan kanan berhubung agama itu.
Dibesarkan sebagai penganut Katolik, Houtenbos, berkata dia mula membaca mengenai Islam selepas agama itu menjadi tumpuan dunia berikutan serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001.
“Saya lebih suka membaca untuk mendapatkan gambaran sebenar berbanding mendengar apa yang dicanangkan media. Rakan-rakan Islam saya menjadikan tugas itu lebih mudah dan memberikan buku tulisan ulama terkemuka untuk dibaca,” katanya dalam temu bual secara spontan.
Radio Nio mula ke udara pada 4 September lalu sebagai perkhidmatan istimewa kepada penduduk Islam Belanda dan mensasarkan untuk membetulkan pandangan salah mengenai umat Islam.
Dia turut menyentuh mengenai perselisihan faham dengan keluarganya berhubung keputusan memeluk Islam dan bagaimana mereka mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan dia supaya menarik balik keputusan itu.
“Memang saya rasa terasing daripada keluarga dan ibu bapa saya tidak mahu menerima kenyataan ini,” katanya.
Rami Sukraman, seorang imam yang turut hadir ketika temu bual, berkata semakin ramai rakyat Belanda daripada pelbagai latar belakang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup.
“Saintis, doktor, penuntut dan guru memeluk Islam baru-baru ini. Sekurang-kurangnya seorang rakyat Belanda memeluk Islam di masjid saya,” katanya.
Sukraman turut menggesa mualaf menganggap semua kesukaran sebagai satu ujian dan mengekalkan hubungan rapat dengan keluarga masing-masing tidak kira bagaimana buruknya layanan mereka. – Agensi
Alhamdulillah, abah sendiri pernah menjadi saksi pada seorang sahabat abah yang memeluk Islam. Abah tak boleh nak describe the feeling bila dengar dia mengucap 2 kalimah syahadah depan abah, dan bila tengok dia ambil wudhuk dan solat. Pada masa itu abah terfikir betapa besarnya kuasa Allah, agungnya Allah, dan kasihnya Allah pada hambaNya. Terharu rasa hati, bukan terharu sebab sedih, tapi terharu sebab gembira.

2 comments:
biasalah, manusia Islam nie kalau selagi tak kena kat diri sendiri, selagi tuh tak nampak keindahan yang dah terbentang luas kat depan mata.. nak juga cari keseronokan yang bakal menghampakan kelak..
Dee,
Itu yang abah dok semat dalam kepala abah ni, dan abah dok selalu cakap pada sahabat-sahabat baik abah. "Bila diri terasa nak buat dosa, ingatlah azab Allah. Sanggup ke kita nak merasa azab Allah yang panjang sekadar untuk merasa 'nikmat' dunia yang sekejap ini".
Post a Comment