Hari ni abah nak mengepek sikit tentang satu cerita yang abah tonton minggu lepas. Cerita apa? Cerita Brokeback Mountain(BM). BM? Abah tengok cerita ni ke? Kenapa, tak percaya..! Untuk anda yang tahu tentang cerita kontroversi tu, mungkin itu yang terlintas difikiran bila abah kata abah tonton cerita tu. Sabar dulu, jangan buat apa2 judgement lagi. Baca dulu apa abah nak ngepek.
Untuk yang belum tonton dan belum tahu ttg cerita tu, BM adalah satu kisah dua koboi gay yang agaknya jatuh cinta sesama mereka. Dan hubungan mereka bertahan selama lebih 20 tahun(lama tuh). Kisah ini berlaku pada awal 60an. Dua2 berkahwin, dan masing2 ada anak. Seorang dari lelaki itu meninggal, dan seorang lagi, berpisah dengan isteri. Itu saja ceritanya.
Kenapa abah tengok cerita macam itu???
Abah tengok sebab abah dah lama tunggu satu cerita yang memaparkan kisah macam ini. Abah nak tengok bagaimana orang barat memaparkan kisah macam ini dilayar filem. Anda jangan salah anggap, walaupun sesetengah orang kata ini cerita gay, tapi pada abah, Ang Lee buat cerita ini bukan untuk ditonton golongan gay semata. Tidak ada sebab dia nak buat macam itu. Sebab kalau nak buat cerita untuk gay semata, berlambak lagi cerita lain yang ada, dan Ang Lee tidak perlu buang masa dan rosakkan reputasinya semata2 untuk itu.
Abah fikir Ang Lee cuba untuk beritahu kepada masyarakat barat akan kehidupan gay pada zaman itu. Dia cuba untuk garapkan kisah kehidupan ini dari pandangan beberapa pihak - dari pandangan gay itu sendiri, dari pandangan keluarga mereka, dan dari pandangan masyarakat. Kalau ditonton tanpa ada prejudis, cerita ini bagus. Tapi realitinya, abah orang yang ada pegangan dan kepercayaan, dan abah tonton dengan sedikit prejudis.
Izinkan abah ulas sedikit apa yang abah dapat dari cerita itu. Ini bukan untuk mengutuk, menghina atau menyindir sesiapa. Ini adalah apa yang abah fikir.
Pada abah:
Dari sudut pandangan gay - Diuji dengan cara ini adalah satu ujian yang cukup memeritkan. Bayangkan hampir setiap hari mereka ini cuba untuk jadi normal seperti lelaki lain, tapi setiap kali itulah juga jiwa mereka meronta, meronta untuk memenuhi keinginan diri. Mereka bukan tidak tahu ini bertentangan dengan batasan normal - jatuh cinta pada kaum sejenis, berhasrat untuk menjadi kaum satu lagi. Tapi kekadang iman didada, dan ilmu dihati tidak cukup kuat. Ada yang berjaya menahan, walaupun perit, dan ada yang tersungkur. Tapi rasa hati, naluri kontra ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menjadi hamba Allah sejati. Kalau dikutkan rasa hati, mungkin membinasakan, tapi untuk ditahan, sangat perit. Salahkah mereka ini mempunyai jiwa sedemikian?
Dari sudut pandangan isteri - Dalam cerita BM, isteri salah seorang lelaki itu terlihat suaminya bercumbu dengan yang seorang lagi. Dan abah boleh rasa apa yang dia rasa. Rasa kecewa yang teramat sangat. 5 tahun disimpan, tapi akhirnya tak mampu dia tahan. Dan inilah rasanya perasaan mana2 isteri pun bila tahu suami mereka gay. Sedih. Pilu. Suami yang disayang dicinta, suami yang dikasihi, suami yang telah berjaya menghadiahkan anak2 buat mereka rupanya bercinta dengan lelaki lain. Salahkah kalau mereka kecewa? Salahkah kalau mereka marah?
Dari sudut pandangan ahli keluarga - Dalam BM, tidak ditunjukan sangat pandangan ahli keluarga lain, tapi abah fikir, keluarga mana pun akan sedih, akan malu, akan marah bila mereka tahu yang anak atau adik atau abang mereka gay, yg memilih untuk bercinta dengan lelaki lain. Salahkah perasaan itu semua?
Abah tak tahu sangat akan jawapan pastinya, tapi pada abah, tidak pernah salah ibu itu mengandungkan dan melahirkan anak gay, tidak ada salahnya juga ayah membesarkan dan mendidik anak itu. Begitu juga adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak, bukan silap mereka beradik-beradikkan gay.
Dan kerana bukan salah mereka, abah rasa tidak akan ada sepicing pun rasa kesal, rasa marah kerana ada ahli keluarga gay, tetapi mungkin rasa sedih andainya ahli keluarga itu memilih jalan yang salah.
Ini semua ujian Allah, baik pada yang menghadapinya, baik pada ahli keluarganya, baik pada masyarakatnya.
Jika anda gay, dan sentiasa ada keinginan dihati untuk jadi hamba Allah yang terbaik, berusahalah sekuatnya. Ujian ini bukan mudah. Banyak halangan dan godaan. Fikirlah mereka yang rapat dengan anda. Andai ada isteri, isteri itu juga sebenarnya diuji, dan fikirkanlah kesedihan mereka andai anda memilih jalan salah. Begitu juga andai anda ada anak-anak. Mereka itu juga diuji bersama-sama anda, dan jangan biarkan anak-anak comel itu berduka dengan jalan salah yang anda pilih. Mak, ayah, adik beradik juga perlu difikirkan. Hidup ini bukan sekadar memenuhi kehendak diri semata, tapi pengorbanan untuk melepaskan kehendak diri itu juga mesti dilakukan.
Jika anda isteri, anak-anak atau adik beradik mahupun rakan taulan, janganlah dihina mereka. Percayalah, selagi iman ada didada mereka, selagi itulah mereka akan sentiasa ingin berubah. Bantulah mereka sebaiknya. Ujian itu amat berat untuk mereka, dan untuk anda. Namun, jangan sekali-kali mengaku kalah dalam perjuangan. Terimalah mereka seadanya,namun didiklah mereka ke jalan yang diredhai Allah, seikhlasnya.
Memandangkan abah akan ke Sandakan selama sebulan. Rasanya inilah post terakhir abah sebelum bertolak ke sana pagi esok. Abah tinggalkan anda untuk sama-sama memikirkan tentang isu ini. Dan ini juga adalah posting abah yg terakhir untuk isu ini. Abah tak akan sentuh lagi, insyaAllah. Doakan moga abah selamat pergi dan selamat balik ke KL semula. Kalau abah sempat meyambungkan diri ke Internet selama berada disana, adalah tu posting yang baru, insyaAllah.

3 comments:
...syabas abahmuizz, bang long memang pada mulanya skeptical ttg movie ini walaupun telah meraih award demi award, may be bang long pun nak nengok jugak di satu hari nanti...
Saya pun rasa nak try dapatkan cerita ni balik. First time dapat copy tu, tak keluar suara apa pon.
Berkenaan isu ni, kita memang dah ada pendirian tetap sebagai seorang Muslim, seperti mana yang Allah maktubkan dalam Al-Quran. Dengan suasana sekarang yang makin menjadi2 isu homoseksualitinya, itulah pegangan yang kita perlu kembali kepadanya. Yang salah tetap salah, tapi kita tak perlu terus menghukum tanpa melakukan sesuatu.
...lupa pulak, bang long doakan abahmuizz supaya selamat pergi & balik & selamat segalanya di sandakan tu...hati2 ditempat org...( abahmuizz sebulan tu lamaaaanye!!! demi tugas takpe hehe...)
Post a Comment