Wednesday, March 29, 2006

Cerita tentang Muizz...

Semalam abah nampak Sue tinggal mesej kat shoutbox tanyakan tentang cerita Muizz. Betulpun Sue, lama betul abah tak cerita tentang Muizz. Hari ni abah cerita sikitlah apa dah jadi dengan si kecik kesayangan abah sorang tu.

Muizz sekarang dah makin membesar, makin pandai sikit, makin kuat main, makin pandai cakap, makin kurang makan, makin suka merajuk, etc. Sejak dia sekolah tadika ni, abah nampak dia dah ok sikit in terms of berkawan dengan budak2 lain. Maunya tidak, tiap2 petang akan heret keluar basikal dia, pergi main entah mana2, pukul 7 baru balik rumah. Awal2 tu abah risau juga, tapi dah lama2 ni, abah biarkan aje, asalkan dia tak pergi main jauh2.

Dan malam, selalunya dia akan tidur awal, penat katanya. Nasib baik homework dia dah siapkan kat rumah pengasuh, so, takde la buat homework malam2. Cuma time dia rasa nak mewarna je, dia akan sibuk dengan kerja2 mewarna. Habis dibantainya orang warna merah, lembu warna hijau. Abah tak kisah sangat sebab pada abah, budak memang tak pandai lagi nak appreciate warna dan benda. Ummi la kadang tegur juga Muizz, kenapa orang warna merah, kenapa ini kenapa itu. Hehehe, abah dengar sajalah.

Abah tak nak paksa Muizz sangat, sebab abah nak dia enjoy hidup dia sebagai seorang kanak2 5 tahun. Akan tiba masanya nanti abah akan stress benda2 macam tu kat dia. For the moment, let him do what he likes to do.

Terlanjur cerita tentang Muizz, ini ada satu lagu kegemaran Muizz satu ketika dulu. Ini lagunya:


"Yusuf Islam - My Mother''

(Teacher): “The Prophet Muhammad (sall-Allahu alayhi wa sallam) told us that we must obey Allah and His messenger at all times. But who else did he tell us to listen to, and be close to?

(Children): “My Mother!”

Who should you give your love to?
Your respect and your honour to?
Who should you pay good mind to - after Allah,
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night,
Holding you tight?
That’s right no other, your Mother

Who should you take good care of,
Giving all your love?
Who should you think the most of - after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but, your Mother, your Mother

Who should you stay right close to?
Listen most to?
Never say no to – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
Your Mother

Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah for my Mother


Tapi sekarang ni Muizz suka la pulak lagu Tak Tahu. Abah pun tak tahu mana dia dengar lagu tu, sebab setahu abah, abah tak pernah dengar lagu tu. :-)

Semalam abah tak sihat sangat, tapi sebab dah terpaksa kerja, so, abah kerja jugalah. Malam tadi pergi klinik. Alhamdulillah pagi ni sihat sikit. Dan semalam masa tengah rasa tak larat tu, tetiba abah terasa yang kecik sungguh kita, lemah sungguh kita. Allah baru beri sikit ujian macam itupun, kita dah rasa tak larat. Besar sungguh kuasa Allah, dan Maha Pemurahnya Allah itu. Sekian lama abah diberi nikmat kesihatan, abah selalu lupa tentang kerdilnya abah, tapi bila diuji dengan hal kesihatan sekecik ini, baru abah tersedar sekejap dari kealpaan abah.

6 comments:

Faizah said...

Tak tahu tu lagu Adam AF2 la abah .. hehe

bang long said...

abahmuizz cerita tentang anak2 ni mmang seronok, itu baru sorang...(tak teringin nak tambah ke)... hehe, bang long ada 4 org mcm2 ragam & perangai...kalau dirumah terasa begitu bising tapi bila mereka tiada dirumah, ya Allah sunyi sepi hidup ini...
tentang kesihatan tu jagalah dari skrg sb kita ingat kita muda...bang long baru nak berjinak2 pergi gym...abahmuizz cubalah sure akan addicted, sari sejam pun cukup

ummi oti said...

ni pun dulu lagu kegemaran anak2... beli CD pasang dlm kereta, kalau balik kg, alamat la dr KL sampai kg nasyid yusuf islam je la... skrg sejak diorg masuk kindy + nursery, nyanyi nasyid 25 rasul plak (raihan punya)... belajar kat school la tu... walau pun hentam je la sebutan tu, tapi sejuk hati...

sue~x-student abah~ said...

hehe..thanks abah..suka dengar cite budak2 ni..tapi bukan bermaksud boring ngan cerita2 lain..hari2 kalau tak bukak blog abah ni tak sah..rugi rasa sebab banyak benda yang boleh dijadikan panduan dan iktibar..
bilalah boleh dengar cite pasal "adik" muizz lak...hehehe
erm..lagu Yusuf Islam ni memang best..semua lagu nasyid untuk ibu2 memang best la abah..saya lagi suke lagu Ummi Haddad Alwi ngan sulis tu..lirik die menyentuh kalbu kalau kita hayati...sebab tulah "Syurga di bawah telapak kaki ibu"...

Umar Faruqi said...

Bang long dulu rasanya ada abah cakap nak ke GYM tapi sibuk sangatlah tu kotnya....... Bang Long kalau sudi jenguklah blog saya. hehehe

bang long said...

abiumar, abahmuizz tu nak kene heret ke gym baru dia pergi agaknye...sebok sokmo dia tu...