Tuesday, March 07, 2006

Cerita tentang ribut...dan isu agama...

Petang semalam abah rasa agak takut juga masa drive kereta. Mana tak takut, masa abah tengah drive sepanjang Jalan Genting Kelang, hujan turun dengan sangat lebat dan angin pun boleh tahan kuatnya. Didepan mata abah, ada sebatang pokok tumbang, dan menghempap sebuah kereta Iswara. Dan agaknya sebab terkejut dengan kejadian tu, sebuah MPV dibelakang iswara tu tetiba membelok masuk ke laluan abah. Nyaris abah terlanggar MPV tu. Abah dah cuak sikit masa tu. Tapi abah teruskan drive, sebab tak boleh nak berhenti sebab trafik dah jadi kelam kabut. Bergerak dalam 200m, abah sekali lagi ditunjukkan Allah dengan pokok kedua tumbang menghempap sebuah Kancil. Allahuakbar. Dia saja yang tahu betapa kecut abah rasa masa tu, dan dalam masa yg sama, risau dengan driver kereta yang dihempap tu. Abah berdoa moga depa semua selamat, tak kiralah siapa depa itu.

Dan abah pecut sedikit walaupun hujan lebat, sebab abah tengok pokok2 lain sepanjang jalan itupun macam nak tumbang. Berdepan dengan kejadian macam itu, abah tetiba terasa betapa kerdil sungguh kita ni. Benda yang kita tak jangka, boleh jadi depan mata kita. Itu orang lain, dan abah terfikir kalau itu abah. Entah macamana la jadinya. Ya Allah, agungnya KuasaMu ya Allah.

Tutup bab ribut petang semalam. Ini abah nak cerita tentang cerita pagi semalam. Ada sorang rakan sekerja abah yang bukan Islam(kena mention). Dia mintak abah baca kertas kerja yang dia tulis. Bukan mintak abah edit(abah tak tahupun nak edit), tapi dia mintak abah bagi pandangan abah sbg seorang Muslim.

Dia mengkritik tentang Melayu Islam diMalaysia, dan asas kritikan tu bersandarkan kepada dua novel Gunawan Mahmood - Tanah Ini dan Namaku Ayoko (abah pun tak baca lagi novel2 ni). Dan abah agak tersentak jugalah baca tulisan dia. Banyak juga yang dipertikaikan tentang Melayu dan Islam. Secara peribadi, abah bagitahu dia yang abah terkejut dengan tulisan dia. Dan abah kata, kalau niatnya sekadar bertanya untuk mencari jawapan, dia boleh proceed. Tapi kalau niatnya lebih kepada condemn, better dia lupakan saja. Sebabnya, isu itu sensitif. Mungkin abah seorang Islam melayu yang tipikal. Tapi tipikal macam manapun abah, abah masih rasa isu2 tentang Islam dan bukan Islam tidak boleh dibangkitkan dengan cara yang salah. Tidak perlu dipertikaikan kenapa anak cina takleh bawak bekal babi panggang ke sekolah. Tidak perlu dipertikaikan kenapa orang Islam tidak boleh tukar agama. Sebab pada abah, kita orang Islam pun tidak pernah pertikaikan akan hal agama bangsa lain. Abah tak pernah baca kes pelajar bukan Islam dipaksa pakai tudung disekolah. Dan abah juga tak pernah dengar ada orang Islam pertikaikan kenapa kedai depa selalu berbau colok pagi2.

Dan abah minta dia bezakan antara Melayu dan Islam. Islam dan Melayu itu tidak ada kaitan, sebab dalam ajaran Islam, tidak diajar tentang bangsa(melayu, cina , india, negrito etc). Yang diajar adalah saudara seagama. Tidak kira apa bangsa dan keturunan. Dan ideanya juga banyak bersandarkan idea Sisters in Islam yang abah sendiri sangsi dengan SIS ini. Entahlah, nak komen banyak-banyak tak reti sangat. Dan satu sebab lagi, abah rasa dia tahu apa yang akan abah cakap sebab semuanya tertulis dalam kertas kerjanya.

Hmmmm.....

4 comments:

HamZahidi said...

kadang2 kita tak bole salahkan diorg pasal tak faham agama kita, cuma kita terlupa sebab ada org seagama dgn kita sendiri yg membenci org Islam sendiri....tapi tu pun dah kira bagus sebab dia tanya pdpt abah dulu....

~comei~ said...

apa respond dia dgn apa yg abah komen tak dia tu?

hmm.. byk benda yg kita umat islam tak pertikaikan ttg ajaran agama diorg ni tp diorg sebok nak pertikaikan ttg amalan kita.. dah la tu tak der nak tanya. tau nak condemm jerk.

baru ni anim call mak pasal talipon kat umah mak rosak (call lps tipon tu diperbaiki). mak citer dia bengang ngan cina sblh umah tu. sbb dia pertikaikan 'kalau org melayu cepat je dia baikkan talipon'. padahal masa org tu dtg betulkan talipon cina tu tak der kat umah. ntahlaa.. mcm2 hal la diorg ni. tak bleh kita buat baik, sure diorg pijak kepala.

Umar Faruqi said...

Nak tak nak selagi kita semua berpecah memang teruslah jadi mangsa mainan bangsa lain. Kita dah tak de pilihan bersatu dalam Islam tu je pilihan yang ada....... hehehehe

Tq

Faizah said...

saya semalam nak pegi lrt wangsa maju pon ribut kuat sangat ... risau jugak takut pokok tumbang ...