Tuesday, March 14, 2006

Cerita tentang idaman...

Hari ni nak cerita sikit tentang benda-benda idaman dalam hidup abah. Hehe, idaman yang juga satu impian, dan entah bila kan jadi kenyataan.

Bukan benda apa pun, tapi cerita tentang kereta idaman. Kena pulak baru ni Honda launch Civic 2006, perghhhhh, abah memang berkenan betul. Tengok dia punya design luaran dan panel dahsboard dia yang sungguh anggun tu, buat abah rasa seronok kejap bila terbayang yang abah drive Civic tu. Hehe, bayangan je, bukan betul pun.



Harganya - dalam RM118K - RM132K. Boleh tahan gak tuh....mahai.

Dan ini pulak, kereta idaman Ummi, cewah, lagi tinggi taste dari abah.



Ummi skrg ni tiap kali lalu sebelah Acord, mesti cakap kat abah, "Cantiknya bah kereta ni". Hehe, tapi kan Mi, harganya...dalam RM140K - RM210K gak tuh. Mahai untuk abah. Tapi siapa la tahu, insyaAllah, satu hari kalau rezeki abah dan ummi murah, hehe, dapat la juga Ummi rasa pandu Accord. InsyaAllah Ummi.

Ini pulak satu lagi kereta idaman kami berdua satu ketika dulu, dan sekarang pun. Sebabnya, first time tengok dan first time masuk duduk2 kat dalam, abah dan ummi terus berkenan. Tapi harganya yang sekitar RM160K - RM185K itupun diluar gapaian kami buat masa ni.



Hari ni tak sihat sikit, selsema dan sakit tekak. Tapi datang kerja juga sebab ada benda nak disiapkan juga. Dan pagi ni, alhamdulillah, The Sun melaporkan satu kajian yang dibuat oleh Unit Penyelidikan Kemajuan Wanita UIA mendapati hanya 2% sahaja wanita malaysia yang menjadikan selebriti sebagai idola mereka. Lega hati abah baca benda macam ini. Sebab abah takut orang-orang kita jadikan selebriti sebagai idola. Tak salah pun, cuma bila tengok selebriti2 tu semua, abah tak fikir kita nak generasi masa depan macam itu.

Semalam abah tertonton Warta Perdana TV1, ada satu segmen hiburan yang melaporkan tentang 2 majlis tahlil yang diadakan kerana pemergian artis. Bagus, tapi dalam ramai yang tak berapa ramai hadirin tu, abah tak nampak pun selebriti2 pujaan ini ada. Sebabnya, kalau pergi majlis tahlil nak kena bertudung, berkopiah, baca Yasin etc. Susah sikit la kot depa nak pegi. Mana nak letak rambut yang baru set tu dalam tudung, cutex pun baru je pakai 2 hari lepas, takkan nak kena tanggalkan untuk tahlil. Silap-silap, takut nak pergi sebab tak tahu nak baca Yasin, sebab banyak sangat lirik lagu yang dah terhafal. Takut malu nanti kan, bila ada wartawan boleh dengar selebriti baca Yasin macam budak tadika baca esei perdana.

Abah bukan mengutuk, bukan menghina atau apa. Tapi abah rasa ini realiti yang kita semua tak boleh kata mustahil berlaku. Tengoklah dalam TV kalau ada majlis2 hiburan atau anugerah yang ada, tengoklah mereka, berduyun2 datang, sebabnya boleh tunjukkan kepada seluruh antero rakyat malaysia, inilah fesyenku yang anggun dan terkini. Tapi bila majlis tahlil, majlis penuh berkat, nak tengok hidung pun susah.

Sedih...sungguh sedih. Tapi apa nak buat, sebab dalam ramai yang mengeluh tentang benda macam ini, ada jutaan lagi yang menyokong.

6 comments:

Faizah said...

uii, sama lah taste saya dengan umi hehe cantik woo kete tuh

zamdee said...

setuju 200% pasal majlis tahlil tuh..

Anonymous said...

...ya seharusnya kita hidup sebagai manusia harus mempunyai cita2 & angan2 ( manusia yg tidak mempunyai angan2 & cita samalah diibaratkan seperti living dead )walaubagaimanapun we can't aim for the sky...TokWan

p/s...abamuizz...insyaAllah anda akan dpt keta idaman tersebut...work hard for it.

HamZahidi said...

keta idaman aku pula,
cuma wira hitam....
tapi mungkin kalu jadi bilionaire mau wira semua warna...hahahahah

PB said...

waduh hebat hebat kereta idaman abah dan ummi nie...

PB pulak, teringin nak bawak keter Marcedez......teringin la kan. Asyik tengok Rosyam Nor dan Eja je bawak, mana aci...

Umar Faruqi said...

Moga-moga kan tertunai idaman abah......... Abi dapat tumpang tenggek je dah le....