Monday, March 20, 2006

Cerita tentang angklung...

Hari Sabtu hari tu abah ada hadiri satu jamuan makan tengahari di PWTC. Dan abah tak nak komen tentang makanan, sebab makanannya biasa-biasa saja. Kebetulan masa makan tu, ada persembahan angklung oleh Kumpulan Warisan Perdana(kalau tak silap abah la) dari Johor. Menarik juga persembahannya. Siap ada lagu Mawi - Aduh Saliha lagi. Hampir setengah hari jugalah abah melayan irama2 tradisional dan moden hari tu. Dah la sebelah pagi tu abah dok dengar muzik gamelan, diselangselikan dengan irama ghazal dalam satu majlis. Tengahari pulak, ada irama angklung.

Dalam dok makan-makan tu, ada la sorang kawan abah tanya abah, "Angklung ni muzik orang melayu ke?". Abah terdiam la sekejap, sebab abah tak tahu nak jawap apa. Sekali abah kata, angklung bukan alat muzik orang melayu, agaknya orang cina kot. Dan kawan abah yang berbangsa cina pun tak tahu samada itu betul alat muzik depa atau tidak.

Balik dari jamuan tu, abah tengok TV dengan Ummi petang tu, adalah satu dokumentari tentang Angklung. Hehe, kebetulan la pulak. Dari situlah baru abah tahu angklung ini sebenarnya alat muzik yang berasal dari bahagian tengah Jawa Timur. Sudah berabad lamanya mereka memainkan alat muzik ini. Dan mereka juga mengeksport angklung ini ke Malaysia, Jepun, Korea dan negara-negara barat. Dan abah dengar cerita, persembahan angkung sudah jadi satu yang biasa di hotel-hotel ternama sekarang ini.

Itu sajalah nak cerita untuk hari ni. Semalam sehari suntuk abah kerja, so, tak ada aktiviti luar la yang abah buat.

Dan hari ni, sambung lagi kerja-kerja yang banyak tu, yang kena siapkan juga sebelum abah ke Sandakan untuk 3 minggu pada awal April nanti, insyaAllah.

2 comments:

Anonymous said...

...abahmuizz, sesekali dgr irama anklung memang mengasyikkan, tak kisahlah dari mana asalnya... rasanye sesiapa yg sudah menghadiri hari konvokesyen pastinya akan berpeluang menikmati irama tersebut dari duhulu kini & mungkin selama lamanye...

Anonymous said...

masa baca tajuk entry ni, terus ingat tanglung je.. heran jugak kenapa tiba2 tanglung tu jadi alat muzik =P

mungkin jugak saya dah pernah dengar macam mana bunyi angklung ni, cuma tak tahu namanya je.