Thursday, March 23, 2006

Cerita tentang tudung, dan kita...

Semalam sebelum ke klinik, abah sempat tengok Buletin Utama. Dan abah terkejut, bila ADUN Indera Mahkota bangkitkan isu pemakaian tudung di sekolah. Kalau dibangkitkan dengan cara yang positif, abah pasti akan berterimakasih pada beliau. Tapi sayang, Datuk Wan Adnan bangkitkan isu itu dengan cara yang agak negatif.

Abah tahu isu tudung isu sensitif, terutamanya pada orang perempuan. Tapi sensitif manapun kita fikir isu itu, kita tahu akan peraturannya berdasarkan agama yang kita anuti. Kita tahu Islam kata menutup aurat itu wajib. Tapi bila bab tutup aurat, kita secara peribadinya cuba justify hukum Allah itu dengan kehendak dan fikiran kita.

"Alah, tak apalah. Bukan benda besar, tudung je. Tak pakai tudung tak apa, janji hati baik, aku tak buat jahat". ataupun "Eleh, pakai tudung belum tentu jadi baik, entah2 orang bertudung litup itulah buat kerja bukan2". Nauzubillah.

Kita suka memandang isu tutup aurat ni dan kaitkan dengan peribadi seseorang. Dan dari situ kita sibuk nak justify kenapa kita tak perlu pakai tudung sebab peribadi kita baik, fikir kita.

Sebagai bapa, Datuk Wan secara ikhlas mengaku anak perempuannya tak pakai tudung disekolah, dan abah fikir anak perempuan dia sudah lebih baligh dari akil baligh. Ini pemikiran ADUN tahun 2006. Anda imagine kalau nanti anak dia jadi ADUN tahun 2020, entah apalah agaknya yang dia akan katakan.

Dunia memang sudah nak sampai penghujungnya abah rasa, sebab orang Islam sendiri sudah berani mempertikaikan hukum Allah terang-terangan. Kenapa perlu pakai tudung? Kenapa perlu tutup aurat? Ini badan aku, ini kepala aku, ini rambut aku? Suka hati aku lah.

Kalaulah mereka cuba faham yang Allah suruh tutup aurat yang Dia berikan, alangkah bagusnya. Rambut itu Allah yg tumbuhkan, anggota badan yang mulus dan seksi itu Allah yang beri. Dan memang semua yang kita adapun hak Allah. Kenapa perlu pertikaikan lagi itu dan ini?

Pada mak ayah diluar sana, jom lah kita tegakkan hukum Allah ini. Kalau tak boleh untuk orang luarpun, untuk keluarga sendiri. Kita tutup aurat, isteri kita tutup aurat, anak-anak kita tutup aurat. Alhamdulillah. Jangan nanti satu hari anak2 dan isteri salahkan kita kerana kita tidak jaga benda itu. Moga2 dengan kekuatan kita menjaga agama, Allah akan mudahkan urusan kita, lembutkan hati kita, rahmati hidup kita, ampuni dosa2 kita dsbnya.

12 comments:

abiumar said...

Abipun kebetula tengok berita tu. Dia bercakap dalam sidang palimen lagi tu. Memalukan orang Pahang je.... Sedih. Timbalan Menteri Pelajaran jawab.... Kementerian hanya menggalakkan pemakaian tudung tetapi tidak boleh mewajibkan >>> kenapa agaknya kementerian tidka boleh wajibkan ???

Anonymous said...

hmm, ntahlah... takut la, kalo org dah pertikai " pakai tudung tak semstinya baik" .. sebab nila setitik rosak susu sebelanga

Anonymous said...

Ini tanda akhir zaman abah, yag tak tahu pasal agama bercakap bagai nak rak, yang tahu pula disuruh diam

Anonymous said...

dia akan sedar benda tu bila nikmat 'cantiknya' rambut dia tu di tarik allah kot.. wallahu'alam..

-comei-

abiumar said...

Malam tadi meletup lagi cerita Tudung.... Abah tak nak komen ke ?

Anonymous said...

Assalamualaikum abie, abahmuizz & semua..rasanye takkan habis kalau dbahaskan isu ini...tutup aurat is a must kan abahmuizz...ini baru dmalaysia...negara Islam yg d ragui...Bang Long berpeluang menaiki Saudi Air satu ketika dulu...imagine the arab women, sure muslim sebab bagi salam...naik je plane terus bukak purdah dia & bila nak sampai terus pakai balik ...wallahualam.

Abah Mui'zz said...

Bang long, abah menulis bukan dengan niat untuk dibahaskan. Abah menulis untuk dibaca, dan difikir oleh sesiapa yang nak berfikir. Dan abah rasa dalam hal ini, kenapa perlu dilihat pada orang lain? Sama macam rasuah la, kenapa kita nak banteras, sebab dinegara2 tertentu rasuah itu biasa. It goes to self-thinking and deciding.

Anonymous said...

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

...abahmuizz, bang long guna picturesque speech saja, tempat terhad mana boleh berbahas...
...it goes to self thinking & deciding... that is the better phrase...everyone should play a role at least with their family first...thereafter, it will goes on & on...to a nation...

Abah Mui'zz said...

Betul tu bang long. Even if it goes to self thinking and deciding, jangan buat hanya sebab nak penuhi kehendak dan nafsu diri. Memang akan ada orang kata kubur masing2, tapi better ingatkan juga, penghujungnya bukan setakat kubur.

abiumar said...

Bang Long, Abah......

Maaf kalau ABi mengahngatkan. Bukan apa kadang Abah sellau guna perkataan komen tu mintak Abah komen.... bukan Bahas. Tapi komen pun rasanya bunga bahas tak resmi kot hehehe Betul tak ????

Anonymous said...

abahmuizz...jgn buat hanya sb nak penuhi kehendak & nafsu diri...Bang long tak paham...we r talking about tudung here rait ... tutup aurat so to speak...so kalau sudah bertudung tu kira oklah kan...perangai mereka jgn kita ambil tahu...

dlm point terdahulu abahmuizz kata... kenapa perlu melihat pada org lain?...yg ni lagi Bang Long tak faham...

Abah Mui'zz said...

Abi, betul juga ya! Abah letak Comment kat sini maksudnya boleh komen dan boleh bahas la ya? hehehe.

Bang long, yang abah maksudkan tu orang yang tak tutup aurat, tapi cuba nak justify dengan bagi contoh, "bini2 menteri pun tak pakai tudung, minah2 arab pun tak pakai tudung. So, why should I? U nak pakai tudung, u punya suka la, I tak nak pakai."

Depa2 tu tak nak pakai sebab nak ikut kehendak dan nafsu diri la agaknya.

Dan kes yang melihat orang lain ni la selalu punca kenapa manusia tak nak berubah.