Thursday, March 02, 2006

Cerita tentang Jawi...

Pagi ni abah terima emel dari rakan abah tentang satu artikel dalam bahasa Tamil yang ditulis dan diedarkan masa perayaan Thaipusam hari tu. Abah tak tahu la kesahihan tentang apa yang ditulis, tapi kandungannya agak memeranjatkan(atau mungkin tidak). Artikel yang menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. Abah tak nak komen tentang itu, cuma abah tertarik dengan saranan si penulis emel tentang Jawi. Bukan Jawi Wilayah tu, tapi tulisan/skrip Jawi.

Abah pun tak tahu lah apa kena dengan abah. Dari kecik abah dibesarkan dan diajar membaca Utusan Melayu. Daripada tak tahu jawi, sampai kepada, alhamdulillah boleh baca dengan lancar. Tapi bila abah dah besar, abah dengan mudahnya lupa akan akhbar kesayangan ayah abah itu. Abah lebih tertarik dengan akhbar Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris(walaupun banyak tgk gambar je). Bila timbul isu Utusan Melayu tidak mendapat sambutan, abah sekadar pandang dingin isu itu. Hinggalah Utusan Melayu dihentikan penerbitannya, abah masih macam itu, macam tunggul kayu, tak ada apa perasaan pun tentang satu-satunya akhbar jawi yang mengajar abah mengenal jawi.

Kata Dr. Rais Yatim - "When the newspaper closed, I did not hear a single sad voice to mourn its passing and this shows most Malays do not care about their own heritage".

Kata abah - "I am one of those Malays who care less about it" . :-(

Tapi hari ni, abah baru sedar yang abah lah antara orang- orang yang menyumbang pada penutupan akhbar jawi itu. Abah tidak langsung menyokong supaya ia dikekalkan. Dan abah tak patut regret sekiranya Muizz tak pernah tahu yang diMalaysia, pernah ada akhbar tulisan jawi. Orang Cina suruh anak-anak belajar bahasa Cina, orang India pun sama. Tapi orang Melayu, cuma suruh anak belajar Bahasa Melayu yang bertulisan a b c itu saja.

Memang akan ada orang kata, "Alah, apa nak kecoh, tulisan jawi je. Lebih baik belajar Bahasa Arab". Betul, abah tak nafikan. Tapi bukankah baik kalau kita dan anak-anak kita tahu menulis dan membaca tulisan jawi ini, selain bahasa-bahasa lain.

Mengepek saja pun takde gunanya juga. Abah kena buat sesuatu juga. Abah nak kena cari bahan-bahan bacaan dalam tulisan jawi, dan polish semula kemahiran abah yang dah hampir berkarat itu. Bila dah berkilat sikit-sikit, abah kena ajar Muizz macam ayah abah ajar abah dulu. Biarlah nanti Muizz besar, dia tahu tulis dan baca Jawi, dan insyaAllah pada anak-anak Muizz juga.

5 comments:

Anonymous said...

Itulah abah..saya lagi dahsyat..tak tau pun yang akhbar bahasa jawi tu dah tak wujud..kenapalah kita sekarang nak mengagungkan bahasa bangsa lain sedangkan bahasa kita sendiri kita tak ambik peduli..saya pun dulu selalu baca akhbar tu masa arwah ayah ada..patutlah sekarang dah tak jumpa..rupanya dah tutup..alpanya saya..

Anonymous said...

Am pun rasa abah, Am juga salah sorang penyumbang tu, Am ni tulisan jawi lansung hancur, nak tulis nama sendiri pun tak tahu, susah juga bila kita sendiri tak tahu tapi nak mengajar anak kita bagi tahu ya

~comei~ said...

bukan bahasa jawi.. tp tulisan jawi.. bahasa masih bahasa melayu dan ada antara kandungannya bahasa inggeris.

Abah Mui'zz said...

A'ah la Nim, tulisan Jawi. nanti abah betulkan penulisan abah.

TQ, tq.

irman_rahs said...

berita kecik2 ni memang kerajaan tak nak kecoh2 sebab bukan penting pun tulisan jawi ni...saya dah tulis artikel tulisan jawi ni bulan lepas...9 feb...