Wednesday, March 01, 2006

Cerita tentang ajal...

Tengahari semalam Ummi call abah, inform abah yang jiran abah meninggal dunia. Abah pun ambik cuti setengah hari, dan balik rumah. Arwah, Abang Dollah, antara jiran yang rajin menegur dan berborak sesekali berjumpa abah. Abah tahu arwah banyak penyakit, dan tak kuat sangat, tapi abah langsung tak jangka yang dia meninggal sebab kemalangan jalan raya. Dan abah sendiri pun tak tahu yang arwah kemalangan minggu lepas. Bila arwah meninggal semalam baru abah tahu sebab kemalangan. Mungkin salah abah juga tak bertanya jiran2. Dan abah tak suspect apa2 sebab abah tengok anak2 arwah macam biasa je lepak depan rumah malam-malam, so, tak terfikir la yang arwah terlantar kat hospital.

Tapi itulah, janji Allah. Bila sampai masa, dipanggilnya kita menghadap. Mudah2an roh arwah Abang Dollah akan senantiasa dicucuri rahmat Allah. Abah ni pun entah bila Allah akan panggil, entah esok, entah lusa. Takut sebenarnya mati ni,takut sebab memang tahu yang kita tak bersedia dengan apa yang patut. Ya Allah, lemah sungguh iman. :-(


Itu sajalah abah nak mengepek hari ni, macam tak ada idea apa nak tulis lagi.

4 comments:

~comei~ said...

innalillahiwainnailaihirrajiunn.. al-fatihah..

ex student abah said...

erm..tulah abah..cite pasal mati ni semua org tak boleh sangkal..last week pun wife bos saya meninggal..tiba2 je..kat umah lak tu...dah lah pregnant, dah nak due pun..first baby lak tu..meninggal skali ngan anak dia..kelahiran yang ditunggu..kematian yang dihadapi..tulah kita seharusnya sentiasa bersedia...

Abah Mui'zz said...

Ex-student, dengar cerita macam tu, buat abah takut nak dapat baby lagi. Bukan takut apa, takut kehilangan Ummi. Walaupun abah tahu ajal itu dah ketentuan Allah, tapi still, abah jadi takut bila fikirkan Ummi akan tinggalkan abah masa pregnant atau deliver. Masa Ummi lahirkan Muizz hari tu pun, abah dah takut. Dengar cerita ex-student ni, lagilah abah takut.

zamdee said...

al-fatihah..