Monday, March 13, 2006

Cerita tentang ceria, dan mandom...

Hari tu abah dapat emel dari bang long, mintak abah mengepek tentang perkara ini.

There is tremendous happiness in making others happy, despite our own situations. Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled. If you want to feel rich, just count all the things you have that money can't buy.

Apa abah nak komen ya, sebab abah rasa semua orang yang baca akan setuju dengan apa yang ditulis. Tapi dalam semua setuju pun, tak semua yang akan buat, termasuk abah lah kan.

Kita nak hidup kita gembira, dan kalau boleh setiap hari. Tapi itu cuma impian sajalah, sebab kita tahu, tidak ada manusia yang hari-harinya adalah hari-hari gembira. Akan ada juga hari duka. Dan seduka mana pun hari kita, mesti jauh disudut hati, kita berharap akan ada manusia lain yang akan cuba untuk menceriakan kedukaan kita, dengan cara yang sewajarnya. Berapa ramai yang akan dapat keadaan macam itu. Tak ramai.

Hari yang gembira, sudah tentu ramai yang ingin turut sama gembira. Tapi bila tiba hari duka, berapa ramai yang turut berduka dengan kita. Mungkin ada. Dan berapa ramai juga yang cuba untuk ceriakan kedukaan kita, entah. Nasib baik, ada la. Nasib tak baik, tak ada.

Kadang tak susah pun nak dibuat, cuma sebab ia bukan amalan, itu yang jadi kekok sikit nak buat. Abah tak cakap orang la kan, abah kata diri abah sendiri. Abah tahu memuji ummi akan buat dia gembira sepanjang hari, tapi, abah tak puji pun. Abah tahu Muizz suka pergi taman permainan, tapi abah jarang bawak pun. Benda-benda macam itulah yang abah maksudkan. Abah enjoy sebenarnya tengok muizz seronok main kat taman permainan tiap kali abah bawak dia. Cuma time sibuk atau takde mood tu, takde la kan nak bawak dia. hehe.

Time kita happy, tendency untuk buat benda itu mungkin tinggi. Tapi time kita mandom, susah sikit la nak buat orang lain happy, sebab kita sendiri pun tak happy. Tapi abah percaya, dalam kita mandom macammanapun, dan ada orang bleh ceriakan kita, kita mesti akan jadi happy juga sikit. Sama juga macam orang lain. Disaat mereka rasa down, rasa mandom, elok juga kalau kita boleh ceriakan sikit hati mereka, dan hati kita juga.

Jadi, apa yang boleh dibuat lepas ni. Ceriakan diri walaupun kita tengah berduka, sebab dengan lihat kita ceria, orang lain pun akan rasa ceria sama. Sementelah lagi bila ada yang berduka, cubalah ceriakan mana yang patut. Hidup ini bukan sekadar memenuhi kehendak dan keinginan diri sendiri semata, tapi juga untuk orang lain.

Eh, cukuplah abah mengepek. Abah pun tak tahu apa abah cakap ni. Merapu2. :-)

Ini ada satu lagu yang abah suka dengar masa abah kat matrik dulu. Cari punya cari, terjumpa juga akhirnya. Tapi maaf, tak jumpa lirik.





P/S: Kejap ni ummi call, bagitahu Ayong dapat 9A1 dan Akhwan dapat 3A1, alhamdulillah. Abah tumpang bangga dengan anak2 buah ni. Moga Yong dan Wae dapat sambung belajar ke universiti, dan jadi orang berguna nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Akum..Abah saya cukup tertarik dengan ayat Abah yang ni.."Hidup ini bukan sekadar memenuhi kehendak dan keinginan diri sendiri semata, tapi juga untuk orang lain."..buat saya terfikir dan merenung jauh..

Anonymous said...

...kalau org t'ganu kata mandom tu apa ye...masa kat sekolah dulu org kata 'muka penyu' betul ke??