Friday, March 03, 2006

Cerita tentang komuter dan penumpangnya...

Sejak minyak naik harga ni, abah dah mula berjinak-jinak dengan komuter. Dah 4 hari abah naik komuter. Bukan tak pernah naik pun, cuma skrg ni terasa macam nak guna komuter saja untuk ke tempat kerja. Kecuali ada hal2 yang memerlukana abah drive, akan abah drive.

Dah lama niat nak guna pengangkutan awam ni, tapi bila minyak naik, terus abah ambik keputusan ini. Satu sebab nak jimat minyak, dua sebab tak tahan dengan jem, tiga sebab abah rasa lebih ekonomikal guna public transport.

Dan bila dah guna komuter ni kena terima hakikat yang perkhidmatan pengangkutan awam kat Malaysia ni masih banyak kekurangannya. Bukan kekurangan yang tak boleh diatasi, tapi mungkin sengaja tidak diatasi. Masalah seperti tren lewat, tak ikut jadual, tren takde aircon - sesuatu yang dah sebati dengan orang2 yang guna komuter dari dulu. Boleh ubah pun sebenarnya, tapi KTM pun abah rasa tak ambil pusing sangat, sebab depa dah selesa dengan pertambahan bilangan pengguna komuter sekarang ni.

Bila dah tren lewat, dan orang pun ramai, faham2 sajalah. Semua berebut nak masuk. Tolak-menolak perkara biasa. Yelah, kalau nak tunggu tak sesak, jawabnya kena naik train pukul 8 malam dan keatas la. Ditambah pulak dengan sikap rakyat malaysia yang memang agresif bab-bab macam ini, lagilah haru. Nak masuk tren berebut, nak keluar tren pun berebut. Bukan tren sajalah, hampir semua pengangkutan - bas, lrt, feri, kapalterbang, semua lah. Hatta naik teksi pun berebut.

Bagus la ada sikap agresif macam ini, tapi sayang, cuma part2 macam ini je agresif. Bila kat tempat kerja atau dirumah - tak agresif pun. Slow macam biasa. Hehe, abah tak kata orang, abah kata kat abah sendiri. :-)

Dan semalam, sebab tren lambat, abah cuma sempat tengok last part je drama bersiri Dia di Astro Ria. Hehe, abah cam suka la pulak nak follow cerita tu, walaupun jalan cerita agak slow sikit. Dan dah lama2 tengok cerita tu, buat abah suka lak dgn lagu temanya. Anda nak dengar? Ni ada abah letakkan kat sini.


Saat semua asamu hilang dan tak tersisa
Usah kau berkecil hati
Ku ada disini

Saat engkau sadari
Tiada arti hidup ini
Usah kauragukan lagi
Ku ada disini

Tak akan ada satupun yang bisa
Memisahkan kita
Sebutkan namamu dihatiku

Tak perlu seribu bintang
Yang bertaburan di langit sana
Tuk temani malam-malammu
Ku ada disini

Tak perlu seribu sahabat
Dengan senyum sapa dan hangat cinta
Cukup satu alasan indah
Ku ada disini

Saat semua lelahmu
Tak terbuangkan lagi
Usah kau simpan sendiri
Ku ada disini

Saat semua cintamu
Pergi dan tak kembali
Usah kau tangisi lagi
Ku ada disini

2 comments:

Anonymous said...

Biasalah tu abah, suruh naik pengangkutan awam tapi tarafnya masih takuk lama lagi, setakut suruh bolehlah, cuma minta menteri yang suruh tu naik sekali, ada minat tak?

Anonymous said...

menteri tu kalau naik pengankutan awam org lain tak bleh naik dah la. dia sesajer ngan kaum kerabatnyer.

abah.. best tak naik pengangkutan awam? hehe.

-comei-