Tuesday, March 14, 2006

Cerita tentang tol... :-)

Hari ni nak cerita satu kisah lawak bodoh. Abah sejak harga minyak naik tu, cuba2lah naik komuter. Nak jimat belanja sikitlah kononnya. Naik komuter macam biasa la kan, lewat dan sesak.

Tapi sebab insiden jumaat lepas dan semalam, hari ni abah bawak kereta la ke ofis. Semalam abah sampai rumah dah nak hampir Isyak, padahal abah tunggu train kat Stesen Putra tu sejak pukul 6 petang lagi. Abah tak tahulah apa masalah KTM sebenarnya, tapi bila dia jadi macam ini, abah pun macam naik malas nak guna pengangkutan awam lagi.

Pagi tadi abah drive macam biasa, cuma bila sampai Plaza Tol Sg. Buloh, baru perasan yang abah tertinggal kad TouchNGo kat dalam poket baju semalam. Oklah, abah ambik tiket je. Bila sampai Tol Jalan Duta, kereta dah banyak. Abah pun nampak la dari jauh lorong Tunai. Tapi bila dah dekat tu, since kereta banyak sangat, abah pun terotomatik masuk lane sebelah. Abah prepare duit dan pegang tiket, bila sampai turn abah, "Aik, mana pergi org yang jaga tol ni?"

Nasib baik la ada sorang pekerja tol yang lalu masa tu, abah pun hon la kat dia. Dia pun datang la dengan senyuman, "Kenapa bang, kad takleh baca ke?". Alamakkkkkkk. Tapi belum sempat cakap apa, adik tu tanya "Abang pakai tiket ke?". Abah senyum je sebab dah malu dah. "Ini lorong Touch N G bang". Aduihhhhh, dah merah dah muka.
Sekali abah hulur juga tiket dan duit pada adik tu, dan dia suruh abah tunggu kat depan sikit. Kereta belakang dah hon dah.

Dalam 2 minit cam itu, adik tu datang bagi duit baki. "Terima kasih ya dik, Maaf la abang tak perasan itu lorong TnG". Adik tu senyum je.

Aduihhhhhh, malu tul. Itulah, lain kali jangan tukar lorong last minit. Hahahahaha. Tapi oklah, at least abah terasa ceria skit sebab kes tadi.

Dan bercerita tentang kes macam ini, teringat abah pada satu insiden lain. Masa tu abah, ayah, abang ipar dan adik lelaki abah dalam perjalanan dari Trg ke Shah Alam, sebab adik lelaki abah masa tu kena lapor diri untuk praktikal di DRB Hicom. Abah duduk belakang, sampai kat Tol Batu 3, abah dah rasa pelik sikit sebab abang ipar abah tu, straight je pergi lorong Touch N Go, sedangkan abah tahu dia takde kad TnG.

Abah pun saja la nak tengok apa dia buat. Hehe, jahat juga abah ni. Sekali bila dah masuk tol tu, dia dok nak hulur duit, tapi tak ada orang jaga tol. Yang ayah abah dah dok tanya2 dah, mana orang kerja ni? Hehehe, tahu apa abang ipar abah buat, dia bukak wallet, ambik kad ATM, letak kat pembaca kad TnG tu. Hehe, abah dok tahan nak gelak. Bila kad ATM tak jalan, dia letak lak tapak tangan dia kat situ, pun tak jalan[suka sgt tengok cerita omputeh agaknya, sampai pembaca TnG pun dia ingat mesin biometrik]. Hahahahaha, abah dah takleh tahan gelak dah.

Sekali abah cakap kat dia, "Abang, ni kena guna kad TnG la. Mana boleh pakai tapak tangan. Hahahahhaahaha". Nasib baik la takde kereta lain kat belakang, boleh la gostan dan masuk lorong betul.

Itulah adanya dua kisah tentang tol. hehehehe, abah pun dah tersengih-sengih depan komputer nih. :-)

8 comments:

Anonymous said...

...biasalah kalau tersalah itu & tersalah ini...tapi yg sure, driver d belakang mesti kata %&*#@ pada black myvi driver tu...

Anonymous said...

Am biasa tengok org tersalah tu abah, punyalah panjang hon org dibelakangnya, sekali sekala tak apa abah kalau hari2 tu maksudnya bukan tersalah tapi sengaja buat salah hehehe

Anonymous said...

ooo, nakal ye, dah last minit baru tego tuh lorong tNg :P

Abah Mui'zz said...

Memang confirm la driver belakang tu &%*(^&# kat abah. haha. Maaf la banyak2.

Abah memang tak sengaja Am. Tak tersedar pun silap masuk lorong. hehehe. InsyaAllah tak buat lagi. Ampun.

Faizah, hehe, bukan nakal, tak perasan. Ataupun mungkin sebab Allah nak ketemukan abah dengan seorang pekerja PLUS yang manis je mukanya melayan driver yg tersilap cam abah ni. hehehe.

Anonymous said...

hahahaha..kisah kita hampir sama la abah..nak tergelak baca..tulah lain kali nak cepat pun kena tengok betul2..dah pagi2 kena sumpah ngan org belakang...hahaha

Anonymous said...

em.. nak jumpa si manis rupanya.. hehehehe (senyum meleret) ;)

Abah Mui'zz said...

Hahaha, embun, jangan salah sangka[kalau ya la kan!]. Budak yang kerja tol tu lelaki, bukan perempuan. Dan abah memang puji pekerja macam itu, yang bekerja dgn orang ramai, dan mampu tunjukkan muka manis[Walaupun dalam hati dia, kita tak tahu apa yang dikata].

zamdee said...

hahahaha, lawak jer baca 2nd story tuh, keh keh keh.. sempat lagi tuh gelakkan org, hahaha..