Wednesday, March 08, 2006

Cerita tentang kesilapan...

Hari tu abah berborak dgn sorang rakan. Bercerita la tentang hal-hal hidup. Dan dalam banyak2 hal yang diceritakan, entah macamana isu tentang "kesilapan dalam hidup" keluar. Dan abah ni nak cerita sikit la tentang bab kesilapan ni.

Abah fikir semua orang didunia ni ada apa yang dipanggil "kesilapan dalam hidup". Tapi tak tahulah kalau anda tak pernah ada sebarang kesilapan. Bukan kesilapan kecil maksud abah, tapi kesilapan yang kita tak boleh lupakan sepanjang hayat contohnya kesilapan memilih pasangan hidup, kesilapan membuat pelaburan, kesilapan memilih kursus di U dan kesilapan-kesilapan lain yang menghantui kita hingga sekarang. Mungkin hati kita dah terubat dengan kesilapan yang kita buat, tapi benda itu tetap ada dalam fikiran.

Abah ada juga beberapa kesilapan besar yang pernah abah buat yang sampai sekarang masih menghantui fikiran abah sampai sekarang. Ia taklah mengganggu sangat, cuma sesekali benda tu akan datang juga kefikiran, dan bila dia datang, abah selalunya agak tension juga, cuma sekejap je la. hehe.

Dan abah tak nak cerita tentang apa kesilapan yang kita buat, tapi abah nak mengepek tentang kenapa kita buat silap. Abah tak tahu la orang lain camna, tapi setakat pengalaman abah, ada satu sebab je kenapa kita buat silap: tak fikir masak-masak. Putuskan untuk buat sesuatu benda dengan terburu-buru, ikut nafsu. Bila rasa nak beli, main beli je. Bila rasa nak buat, main buat je. Bila rasa nak pegi, main pegi je. Bila rasa nak cakap, main cakap je. Takde nak fikir dulu baik-baik apa kesan apa akibat. Memang orang kata, hidup ni kalau tak buat silap, sama macam tak belajar apa pun. Memang betul, tapi tak semua kesilapan tu adalah kesilapan yang boleh dibuat setakat 'trial and error'.

Tapi itulah, cerita tentang silap, cerita tentang benda yang dah jadi ni, rasa macam tak guna juga. Sebab tak boleh nak reverse pun. Cuma kalau sesekali difikirkan, dinilai semula, dan kalau boleh diambil iktibar dan dijadikan pengalaman, bagus juga. Kurang2nya kemungkinan untuk buat kesilapan sama untuk kali kedua akan tipis, kan? Abah pernah terbaca somewhere, dia kata "Belajarlah dari kesilapan yang pernah kita buat, dan dari kesilapan2 yang orang lain pernah buat, kerana hidup kita ini tidak cukup panjang untuk kita ulangi semula segala kesilapan-kesilapan tersebut.

Oklah dulu, nanti sambung lagi. Abah sibuk betul hari ni(dan hari2 akan datang), tapi dalam sibuk-sibuk pun rasa gembira juga, sebab tadi CEO dah inform bonus untuk tahun ni. Berapa bulan??? Rahsia..hehehe.

P/S: Anda semua mesti tertanya-tanya, apa la agaknya kesilapan yang abah dah buat. hehehe.

3 comments:

Anonymous said...

amboii sukalah tu dapat bonus ye..jgn lupa banje kami di sini..

apa kesilapan ko tu jak?hihihi

Abah Mui'zz said...

Sapalah tak suka bonus. Walaupun sikit, tetap suka juga. :-)

Apa silap??? Hmmm, adalah...

Anonymous said...

saya pon suka jugak sbb ayah saya dapat bonus.. ada duit lebih bulan ni :D

oleh sbb semua org pernah buat silap, saya rasa ukuran kesilapan terletak pada sejauh mana kita nak cuba nak teruskan hidup instead of letting our mistakes to hold us back.