Tuesday, August 23, 2005

Cerita tentang cerita dalam Mastika...

Waktu abah balik ke kampung hari tu, abah sempat baca majalah Mastika. Kebetulan masa tu, abah pergi rumah kakak abah. Abah cuma baca yang 3 bulan terkini. Sepanjang baca, banyak benda datang kat fikiran abah. Dan banyak benda yg datang itu, semuanya menjurus pada satu perasaan; RISAU. Abah cukup takut membaca apa yg dipaparkan dalam majalah tu. Dan abah yakin, itu semua realiti yg betul-betul berlaku, bukan rekaan wartawan Mastika. Masalah sosial - zina, homoseksual, dadah, lumba motor, etc. semuanya dipaparkan dalam Mastika.

Dan abah fikir, kalau didasarkan pada pendedahan Mastika saja, sudah cukup untuk pihak yg berkenaan mula merancang utk mengambil tindakan sewajarnya.

Memang orang akan kata(semestinya org akan kata, sebab manusia2 zaman ini semuanya pandai berkata-kata, walaupun ilmu tidak setinggi mana), kenapa perlu diletakkan pada pihak-pihak tertentu untuk memikirkan apa yg perlu dibuat. Bukan maksud manusia biasa macam kita tak boleh buat apa-apa. Boleh. Tapi tindakan kita setakat mana sangat. Andai kata nampak ada manusia berkhalwat depan mata kita, apa agaknya kita nak buat?

Kita tidak ada banyak kuasa, lebih-lebih lagi bila melibatkan polisi kerajaan atau badan-badan tertentu. Setakat abah nampak hari ni, kuasa kecil macam kita ni masih belum mampu nak halang Inul dari menggerudi dangdutnya di Malaysia. Kita tak mampu juga lagi nak kurangkan rancangan hiburan di kaca TV. Belum juga mampu nak membaca berita tentang Siti Nurhaliza beri ceramah penghayatan Islam pada anak-anak yatim, di dalam akhbar.

Dalam banyak ahli fikir kata kita perlu kurangkan rancangan hiburan di TV dan radio, dalam mereka kata undang-undang Islam perlu digunapakai sebaiknya, dalam mereka kata pendidikan Islam untuk anak-anak muda perlu diperkukuhkan, abah rasa abah tak nampak lagi benda-benda itu dipraktikkan.

Kita sebenarnya bukan tak boleh nak mengubati penyakit-penyakit sosial yg ada, cuma abah rasa kita tak serius nak mengatasinya. Oklah, abah cakap banyak tentang tindakan pihak tertentu pun bukan jadi apapun. Baik abah cerita sikit tentang apa yang kita boleh buat sebagai individu Islam yang bertanggungjawab pada saudara seagamanya.

Banyak dari kes yg dipaparkan dalam Mastika tu, setakat yang abah baca, berlaku pada anak muda yang tiada ibubapa, ataupun mempunyai ibubapa yang tidak begitu beratkan kebajikan rohani anak-anak.

Abahpun fikir kita manusia sekarang ini, lebih banyak tumpukan pada keperluan jasmani anak-anak. Ibubapa sekarang lebih kepada pastikan, makan pakai anak2 terjaga, sedangkan rohani anak2 tidak diberatkan. Bayangkan ada anak dan mak boleh borak tentang Akademi Fantasia dalam tren komuter dengan begitu kecoh sekali. Sekali dengar, "sportingnya mak, boleh cakap benda2 macam itu dengan anak", tapi kalau difikirkan balik, "perlu ke sporting sampai tahap itu?". Kalau maknya menyokong artis-artis AF, anaknya abah rasa lebih la lagi. Kalau nenek boleh hantar SMS AFUNDI, cucunya lebih lebih lagi la mengAFUNDI.

Benda mungkin nampak remeh, tapi abah fikir kalau kita sebagai mak ayah mainkan peranan yang betul, kita boleh didik anak-anak. Anak-anak orang mungkin kita susah nak ajar, tapi anak kita sendiri, insyaAllah. Bukan abah maksudkan menghalang minat si anak cthnya bila anak tgk TV, kita pergi tutup. Bukan. Tapi tak salah kalau ibu atau ayah tengok TV sama-sama dengan anak, dan dalam masa yang sama mendidik anak baik buruk sesuatu perkara.

Kalau anak dok kata cantik si artis ini pakai baju, ibunya kena la beri komen sedikit. Memang cantik baju artis tu, tapi bukan itu cara berpakaian yg Islam tuntut. Wanita Islam sepatutnya berpakaian macam ini dan itu. Kita mendidik dalam diam. InsyaAllah, anak-anak pun akan faham dan boleh terima.

Bercakap tentang itu, abah teringat satu slot alam Astro, masa tu cerita tentang AF juga. Ditemuramahnya ibu bapa kepada peserta tadi tentang anaknya. Kata si ayah "Saya yang belikan baju ni untuk anak saya tu. Semata-mata untuk beri semangat pada dia supaya buat yang terbaik". Alhamdulillah, niatnya betul, tapi bila tengok pada baju yang anaknya pakai....abah termenung panjang. Inikah ibubapa zaman sekarang? Si ibu bertudung litup, tapi si ayah belikan pakaian 'tak cukup kain' untuk anak perempuan kesayangannya. Moga2 Allah teguhkan hati kita pada Islam yang suci ini, moga dijauhkan kita dari kelalaian.

Abah sangat berharap generasi akan datang adalah generasi pendukung ajaran Islam yang sebenarnya. Moga-moga Allah makbulkan harapan abah.

1 comment:

Anonymous said...

Bagi Am, semuanya bermula dari rumah, terlampau byk kebebasan dirumah tanpa sekatan yang betul menyebabkan anak2 mudah terjebak dengan gejala-gejala yang tak elok ini.

Bagi Am ibubapa perlu menyediakan anak2 mereka dengan asas yang baik dan kukuh, sekurang-kurangnya anak itu akan sedar baik atau buruk tindakan mereka.

Satu lagi cara mendidik anak2 zaman sekarang ini memang sudah berubah, kalau dulu bila ibubapa kata tak boleh, anak2 akan faham dan patuh tapi sekarang kita perlu menasihati dengan pendekatan yang lebih lembut dan buat mereka faham akibat sesuatu perkara itu.