Lepas lunch tadi, abah dan dua tiga orang kawan duduk baca akhabar hari ni. Tiba-tiba kawan sekerja abah (a chinese lady) tanya abah, "In Islam, do you allow this kind of wear?", sambil merujuk pada satu gambar diakhbar yg menunjukkan dua gadis Melayu memakai baju yang bahagian atasnya terdedah, dan juga singkat hingga menampakkan perut.
Abah kata, dalam Islam, berpakaian sebegitu dilarang, kerana pakaian itu membuka aurat.
Kemudian dia tanya lagi,"Then, why these 2 girls wear like that?". Abah tak tahu nak kata apa, cuma abah cakap, itu benda yg terpulang pada individu. Walaupun dalam Islam telah jelaskan benda itu salah, tapi kalau orang nak buat, kita tak boleh nak buat apa. Sebab kalau dia buat pun, dia berdosa. Kita tak boleh nak buat apa?
Dia tanya lagi, "Why don't they kena saman sebab pakai macam itu?"
Abah kata, sebab di Malaysia, undang-undang Islam masih belum digunapakai sepenuhnya. Kalau digunakan pun, masih boleh dioverwrite oleh undang2 konvensional.
Kemudian abah melawak la dengan dia. Abah kata, "orang yg pakai macam itu sebenarnya orang yang perasan dia cantik dgn berpakaian macam itu. Sebab itu dia pakai. Kalau org kata dia nampak hodoh pakai macam itu, mesti dia tak akan pakai". Tergelak besar dia sambil berkata "mana ada cantik pakai macam itu, nampak itu perut semua".
Then the converstion goes on and on, hinggalah kami bercakap tentang Haji, dan terberhenti disitu sebab masa rehat dah habis.
Abah rasa kagum dgn org bukan Islam seperti rakan sekerja abah tadi, yang nampak peka dengan Islam. Walaupun dia tak tahu banyak, tapi dia concern juga. Jadi malu juga bila dia boleh tegur benda macam itu, sedangkan kita yg Islam ini pun, masih boleh langgar hukum Islam walaupun dah tahu. Dah tahu tutup aurat itu wajib, kita buka juga. Dah tahu arak itu haram, kita minum juga. Dah tahu rasuah itu haram, kita menghulur juga. Dah tahu tipu claim itu haram, kita tipu juga. Sebab apa kita buat juga? Sebab kita tak nampak apa kesannya pada kita.
Kita bukak aurat pun, kulit kita tetap cantik(atau hodoh) macam itu juga. Kita minum arak, paling terukpun mabuk saja, takde pulak arak tu menggelegak dalam perut. Kita tipu claim, duitnya kita boleh guna buat makan anak bini juga, dan anak2 sihat je, takde la pulak sakit ke apa.
Semuanya sebab kita tak nampak apa itu dosa, apa hukumannya. Kadang2 abah cakap juga dgn kawan2, kita ni kalau bercakap hal kesan dosa, kesan berbuat baik, macam susah nak terangkan pada org yang tak nampak. Cthnya kalau nak berzakat, tak nampak apa baiknya pada diri kita. Yg kita nampak, duit kita habis sebab bayar zakat.
Tak habis kalau bercakap bab ini. Paling2 abah boleh kata kan kat siapa2 yg jenis suka menyoal atau cakap2 macam itu: Jangan sentiasa nak gunakan akal dan pandangan kasar semata2 dalam menilai sesuatu. Kuasa akal kita kadang tak mampu nak jelaskan apa yg tersirat.
Moga2 Allah ampunkan dosa kita semua, dan tetapkan hati kita pada jalanNya yang suci ini. Amin.

No comments:
Post a Comment